KL, 19 Okt 10: Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Tanah Orang Asli, Simpan Suda menyuarakan bahawa Orang Asli Semenanjung Malaysia cuma mahu hak mereka dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan sahaja.
"Apa yang kita lihat, jangan dipertikai (Perkara) 153 Hak Istimewa Orang-Orang Melayu (dan Agama Islam) Perlembagaan Persekutuan."
"Tapi, kita nak memanjangkan keistimewaan Orang Asli di Semenanjung (Malaysia) saja kerana hak orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak saja yang ada," ujar beliau.
Difahamkan, Perkara 153 dan 160 perlembagaan tidak memberikan hak istemewa kepada Orang Asli Semenanjung sebagai Bumiputera. Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalah Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu tetapi tidak menjamin sebarang hak keistimewaan kaum minoriti tersebut.
Baginya, Hak Orang-Orang Asli nampaknya seakan tidak dipelihara menurut Parlimen. "Seolah-olah hak kami (Orang Asli Semenanjung) tidak ada hak apa-apa dalam Perlembagaan kerana tafsiran hak kami pun tidak ada," ujarnya.
Menurut beliau, Perlembagaan wajar ditafsirkan semula dengan menjamin hak Orang Asli di Semenanjung Malaysia. "Kita nak minta panjangkan sendiri untuk pertahankan hak-hak kami, bukan kita minta dimansuhkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya prihatin dengan tuntutan mereka. Beliau juga telah menyuarakan rasa kecewa apabila Dewan Rakyat mengetepikan usul tergempar yang dibawa oleh Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
"Usul (tergempar) hari ini mungkin ditolak, terpulang pada Ahli Parlimen kita (Kamarul Baharin) untuk membawanya," ujarnya ketika ditemui di luar Parlimen.
Difahamkan, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengetepikan usul tergempar tersebut demi melaksanakan peraturan mesyuarat. Menurut Simpan, pemimpin-pemimpin Orang Asli terbabit tidak berniat mempertikai keistimewaan Orang Melayu serta Bumiputera Sabah-Sarawak yang termaktub dalam Perlembagaan.
Sambut Sotet, 65, juga mengaku bahawa beliau disoal siasat oleh polis cawangan khas (SB) di Pahang, semalam. SB, katanya meminta beliau memberikan maklumat lanjut berhubung suatu khabar angin bahawa lebih 200 pemimpin Orang Asli bertekad untuk berkampung di Parlimen pagi ini.
"Kita hanya datang ke sini (Parlimen) untuk lihat usul tergembar kita dibahaskan, itu sahaja, tidak ada apa-apa.
"Polis sedia kata ada beberapa biji bas datang, itu semua tidak ada," katanya.
Beliau yang juga pemimpin utama suku Temuan di Pahang berkata, SB sepatutnya tidak wajar mendesaknya memberitahu tentang inti memorandum badan bertindak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
"Dia tanya (tentang) memorandum kami, saya tetap kata tiada apa-apa," tegasnya.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sampailah masanya bagi PAS untuk memikirkan Orang Asli dipilih sebagai calon dalam PRK Galas yang sedang hangat diperkatakan sekarang. (AK)
Sebelum ini...
- Orang Asli Dlm Senarai Calon Galas -Tuan Ibrahim
- Gereja Orang Asli, Tiada Masalah Ikut Saloran -SUP MB ...
- Orang Asli: Serangan Kristian PKR, Apa Sikap PAS?
- Pemberimilikan Tanah: Orang Asli Bantah.
- Isu Tanah: 30 Orang Asli Demo Di Gombak
- Hubungan Orang Asli Dengan Kristian & Yahudi.
- Rehlah Bersama Orang Asli, Anda Minat? Sila Hubungi ...
- Strategi Kristian Menawan Orang Asli?
- Tok Batin Orang Asli Cabar Mahyuddin Yasin?
- 80% Orang Asli Di Bawah Garis Kemiskinan -Presiden PPPP (CAP)
- Orang Asli Bukan Bumiputera -Perkara 153 & 161.
- Jangan Me'Melayu'kan Orang Asli..
- Orang Asli: Pengkhianat & Serang balas Kristian?
- Lelaki Asli. Tiup Seruling Dengan Hidung
- Selamatkan Aqidah Masyarakat Kami..
No comments:
Post a Comment