Saturday, October 23, 2010

Tentera Semut PAS Ceroboh Himpunan UMNO, Siapa?



KL 23 OKTO 10
: Parti PAS dikesan telah menghantar wakil untuk mengikuti perjalanan mesyuarat di perhimpunan agung Umno yang berlangsung, kata setiausaha kerja parti itu Datuk Abdul Rauf Yusof.

Umno bagaimanapun tidak dapat mengenalpasti jumlah "tentera semut" berkenaan yang datang ke perhimpunan berkenaan, katanya lagi. "Setakat ini belum terima apa-apa laporan serius tapi kita harap semua pihak hormati langkah-langkah baru yang diambil (oleh urusetia)," katanya.

Langkah tersebut termasuk mengetatkan proses mengeluarkan pas kepada perwakilan, pemerhati dan juga orang kenamaan dan juga sokongan kawalan keselamatan oleh pasukan polis bantuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Kita tidak terima sebarang maklumat tentang pencerobohan tapi saya dimaklumkan bahawa pihak pembangkang telah menghantar wakil-wakil sebagai tentera semut untuk menyeludup ke dalam perhimpunan agung Umno.

"Tapi bagi Umno kita terima siapa saja yang datang mendengar keikhlasan hati kita memperjuangkan nasib anak bangsa dan negara.

"Kita mengalu-alukan jugalah sekiranya PAS menghantar perwakilan tentera semut ini untuk memantau pemilihan agung Umno pasal kita rasa tidak ada yang perlu disembunyikan daripada orang awam kerana Umno selama ini begitu telus kepada semua rakyat Malaysia ini tentang perjuangan Umno itu sendiri," katanya lagi dalam satu sidang media di PWTC hari ini.

Jelasnya, golongan berkenaan bebas untuk mengikuti perjalanan mesyuarat melalui siaran litar tertutup yang yang disediakan di luar dewan tersebut. Langkah itu, katanya merupakan satu langkah keterbukaan yang ditunjukkan Umno.

"Kita harap mereka dapat terima cara baru kita. Kita sedang tunggu maklum balas semua orang, kita tunggu maklumat untuk dapat kita perhalusi dalam mesyuarat bedah siasat kita selepas ini," katanya.

Bagaimanapun, langkah itu tidak harus disalahgunakan oleh mana-mana pihak, katanya lagi yang menujukan saranan tersebut kepada portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider. "Tapi Umno menerima secara terbuka kerana kita membebaskan diri kita dari belenggu dengan mengizinkan The Malaysian Insider dan Malaysiakini membuat liputan semasa perhimpunan kali ini," katanya.

Ditanya mengenai laporan media rasminya Umno Online hari ini mengenai dua laporan Malaysiakini yang dipertikaikan itu, Abdul Rauf bagaimanapun tidak dapat menjelaskannya kerana belum melihatnya lagi. Dua laporan berkenaan merupakan satu laporan langsung dan juga satu laporan yang disifatkan "memberikan gambaran seolah-olah ahli-ahli Umno adalah bodoh seperti Pak Pandir kerana hanya mengikut arahan kepimpinan secara melulu."

"Saya tidak dapat lagi melihat apa laporan dalam Malaysiakini saya tengah tunggu maklumat. Saya harap Malaysiakini juga berlaku adil kepada kita dengan sikap keterbukaan kita begitu juga The Malaysian Insider, melaporkan benda yang didengar dengan nyata.

"Walaupun ada pandangan berbeza daripada sudut berbeza tapi daripada kita mengharapkan bahawa yang benar itu biarlah tetap benar, jangan diputarbelitkan.

"Terserah kepada masyarakat untuk menerima maklum balas yang dilaporkan sama ada ia benar atau tidak memandangkan keterbukaan Umno kali ini menunjukkan Umno lebih matang memperjuangkan nasib bangsa daripada pembangkang," katanya.(AK)

1 comment:

Ahmad Khalilul said...

ala...itu pun kecoh umno nie...aku depan TV pun boleh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails