Thursday, November 04, 2010

28,000 Mangsa Banjir Di Kedah. Deepavali Dlm Banjir

DEEPAVALI DALAM BANJIR...

K. Rajamahendren, 30, (kanan) bersama ibunya, R. Solamal, 50, (kiri) berbincang mengenai sambutan perayaan Deepavali pada Jumaat ini selepas rumah mereka dinaiki air di Kepala Batas dekat sini, Rabu. Tinjauan foto BERNAMA mendapati kebanyakan masyarakat India di sini yang bakal meraikan Perayaan Deepavali Jumaat ini secara meriah tidak kesampaian apabila segala persiapan yang telah dibuat habis ditenggelami air. Difahamkan mangsa banjir akan menyambut perayaan Deepavali di rumah saudara terdekat dan di pusat penempatan banjir secara sederhana. - Foto BERNAMA


Khamis November 4, 201: Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Kepada Lebih 28,000

ALOR SETAR: Angka penduduk yang dipindahkan kerana banjir di negeri ini meningkat kepada lebih 28,000 orang pagi Khamis berbanding sekitar 27,000 malam tadi, ekoran keadaan yang semakin buruk di empat daerah.

Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang mencatatkan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan, manakala keadaan banjir di Padang Terap pula semakin baik dan jumlah mereka berada di pusat pemindahan berkurangan.

Di Kubang Pasu, seramai 15,637 penduduk daripada 4,347 keluarga kini dipindahkan, manakala di Padang Terap seramai 3,219 orang masih berada di pusat pemindahan, Kota Setar melibatkan 1,788 penduduk, Pokok Sena (1,259 orang) dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk dipindahkan.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga 9 pagi ini, sebanyak 104 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Katanya keadaan banjir di Padang Terap bertambah baik dengan 774 orang daripada 274 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Keadaan banjir di Kota Setar semakin buruk dan tinjauan Bernama mendapati paras air semain naik walaupun hujan telah berhenti.Beberapa jalan utama di bandar raya Alor Setar pula semakin digenangi air menyebabkan keadaan sesak.

Selain itu beberapa kawasan kediaman juga berdepan dengan gangguan bekalan air, termasuk terputus bekalan. - BERNAMA

Ikuti catatan perjalanan Ibnu Hasyim semalam.

No comments:

Post a Comment