SHAH ALAM, 18 Nov 10: Alhamdulillah, Kerajaan Selangor bertindak wajar demi menyelamatkan harta rakyat dari pembaziran. Selangor arah anak syarikat bentang perbelanjaan sebelum anjur aktiiviti. Seperti yang dilaporkan oleh Bernama hari ini..
Pertama: Kerajaan Selangor mengarahkan semua anak syarikat negeri supaya mendapatkan kelulusan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) terlebih dahulu sebelum menganjurkan sebarang aktiviti, termasuk sambutan perayaan ataupun ulang tahun.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara lain ia termasuk kelulusan belanjawan bagi penganjuran majlis, senarai jemputan dan aturcara.
“Dengan cara ini, kerajaan negeri dapat memantau penganjuran aktiviti oleh anak-anak syarikat dan seterusnya mengawal perbelanjaan agar ia munasabah dengan majlis bagi mengelak pembaziran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Keputusan itu dipercayai dibuat ekoran kontroversi perbelanjaan yang melanda anak syarikat kerajaan Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor baru-baru ini.
Yayasan itu kini disiasat ekoran perbelanjaan RM300,000 untuk majlis ulang tahunannya ke-40 yang menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis itu apabila dikatakan dukacita kerana kos penganjurannya amat tinggi.
Kedua: Selain itu, semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan ekoran dakwaan salah guna kuasa, termasuk tajaan jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang dilaporkan bernilai lebih RM500,000.
Ketiga: Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri tidak menggalakkan anak-anak syarikat menggunakan khidmat syarikat pengurusan acara bagi menguruskan majlis anjuran, sebaliknya menggunakan tenaga kerja dan kepakaran kakitangan yang sedia ada bagi mengeratkan hubungan antara pihak atasan dan kakitangan bawahan.
“Kerajaan negeri berpendapat cara ini sudah tentu akan menjimatkan lagi perbelanjaan dan wang yang dijimatkan ini nanti dapat disalurkan ke tempat atau kepada individu yang layak sejajar dengan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya. — Bernama
Kelima: Menurut Weblog Ibnu Hasyim, perlu dikikis habis perangai pemimpin-pemimpin dulu (BN) membazirkan wang rakyat, apalagi kalau digunakan untuk kepentingan individu. Tahniah kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat. Sama-sama kita doakan semoga Pakatan dapat terus menguasai Putrajaya atau Kerajaan Malaysia. (AK)
No comments:
Post a Comment