NUSAJAYA 7NOV 10: Malang sungguh nasib seorang wanita yang belum habis berkabung akibat kematian suami apabila datang pula ceti haram atau along membuat kacau ketika upacara menguruskan mayat di Taman Seri Yaacob, di sini, baru-baru ini.
Lebih menyeksakan, wanita itu kini hidup dalam ketakutan apabila diganggu sekumpulan along yang menuntut dia melunaskan baki pinjaman mendiang suaminya yang meninggal dunia dipercayai akibat membunuh diri, dua minggu lalu.
Tidak cukup menerima puluhan panggilan telefon daripada along terbabit, mangsa mendakwa pintu pagar rumahnya turut dipasang mangga oleh anggota sindiket berkenaan. Ketika mayat mendiang suami masih di rumah mangsa dua minggu lalu, along berkenaan menemui wanita berusia lewat 40-an itu dan mengarahkannya melunaskan baki hutang tanpa menghormati upacara yang berjalan. Mangsa bukan saja ketakutan akibat diancam along berkenaan, malah bimbang jika suaminya turut meminjam wang daripada beberapa along lain.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berhubung tindakan along yang mengganggu wanita terbabit.
“Wanita terbabit mendakwa dia diganggu along yang menuntut baki pinjaman oleh mendiang suaminya sebelum ini, menyebabkan dia dalam ketakutan dan tertekan.
“Siasatan awal mendapati mangsa kerap diganggu, namun tidak membabitkan kecederaan fizikal atau tindakan membaling cat pada rumah sebagai amaran,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa sudah jadi dengan negaraku Malaysia? Rakyat terpaksa hidup dalam ketakutan walaupun atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Mana pihak berwajib, termasuk menteri-menteri BNnya? Sudah puluhan tahun merdeka, jenayah-jenayah seperti ini masih berleluasa. Polis jadi pelindung kepada siapa, kepada rakyat tertindas atau penjenayah berlesen? (myMetro/AK)
Adakah tuan haji gerenti jika bukan BN yg memerintah, jenayah tidak akan ada di bumi Malaysia?
ReplyDeleteKalau Islam memerintah, semuanya akan selamat, samada di dunia atau di akhirat. Itu gerenti dari Allah SWT. Selamat, walaupun jenayah masih ada,kalau dicuba penyelesaian menurut Islam.
ReplyDeleteGagal bila tidak mahu melaksanakan perintah dan perundangan Allah. Terima kasih komen tuan.