Tenggelam... laluan di Kilometer 4 dan 5 Jalan Langgar, Alor Setar yang tidak pernah ditenggelami air dinaiki air sehingga 0.5 meter, semalam.
ALOR SETAR 6NOV 10: “Tidak pernah sepanjang hidup selama 67 tahun kawasan kami dinaiki air termasuk ketika Kedah dilanda banjir besar pada 1999 dan 2005, tetapi (banjir) kali ini, kami turut terjejas.” Itu luahan penduduk Hutan Kampung, dekat sini, Mokhtar Ahmad, 67, yang terkejut apabila kawasan tempat tinggalnya dinaiki air sehingga sedalam dua meter semalam.
Menurutnya, ketika keluar dari rumahnya ke pusat bandar raya untuk membeli keperluan rumah kira-kira jam 7 malam semalam, keadaan jalan dari Hutan Kampung ke Alor Setar masih seperti biasa sedangkan daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Langgar teruk dilanda banjir selain beberapa kawasan bersebelahan Sungai Kedah di Alor Setar.
“Bagaimanapun, air meningkat mendadak di Hutan Kampung dan Jalan Langgar sejak awal pagi tadi (semalam) menyebabkan sebahagian besar jalan utama di Hutan Kampung ditenggelami air.
“Keadaan air juga dilaporkan agak tinggi di Kepala Batas berpunca dari banjir yang sudah surut di Bukit Pinang mengalir ke Hutan Kampung dan Kepala Batas,” katanya.
Peniaga, Tolha Ahmad, 49, pula bimbang barangan persediaan perkahwinan anaknya dua minggu lagi musnah apabila rumahnya di Taman Mawar, Hutan Kampung dilanda banjir.
“Saya hanya mendapat tahu rumah kami dimasuki air pagi ini (semalam) apabila dihubungi jiran ketika saya berada di rumah seorang lagi anak di Kuala Kedah sejak dua hari lalu,” katanya.
Menurutnya, dia bergegas pulang bersama dua anaknya untuk menyelamatkan barangan dalam rumah termasuk peralatan perkahwinan anak ketiganya yang akan berlangsung dua minggu lagi. (myMetro Online)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sewaktu Ibnu Hasyim terperangkap di Selatan Thai dan melalui Kedah-Perlis beberapa hari lepas, ada kawan-kawan bertanya,"Tidak nampak pun sukarelawan-sukarelawan PAS membantu mangsa banjir?"
Lihat...
3 comments:
Persoalan banjir yang sedang melanda utara Semenanjung berlaku oleh sebab kawasan ini tidak dapat menampung jumlah air hujan yang turun pada kadar yang tinggi dan secara berterusan.
Anaar faktor ialah perubahan guna tanah dari sawah padi kepada kawasan perumahan. Bandar-bandar baru yang dibina juga menebusguna kawasan bakau dan tanah lembap yang dulunya berfungsi seperti sponge yang menyerap air dan tersimpan untuk tempoh yang lama sehingga membentuk kelompok-kelompok tanah lembap.
Perubahan guna tanah kepada pertanian sawit juga mengurangkan kebolehan menyerap air dan mengurangkan aliran permukaan.
Aliran permukaan boleh dikurangkan dengan banyaknya apabila aliran diperlahan sebelum air itu jatuh ke permukaan. Bererti air ini dipintas oleh pokok dan apa juga tumbuhan. proses ini akan lebih berkesan dikawasan hutan kerana lapisan tumbuhan kawasan tropika lebih banyak dan dalam ketinggian pokok sehingga 30 meter sudah cukup baik untuk menampung dan melambatkan aliran permukaan sehingga 1 hari. Ini satu tempoh yang cukup lama untuk menghalang banjir dari berlaku.
Pembinaan berturap yang menghalang resapan air dalam tanah meningkat lairan permukaan 10 x ganda dan hingga 100x ganda bila cerun dan rupabumi landai.
Kedah adalah sau contoh yang paling baik.
Bagi penduduk Kedah, sukarelawan PAS sendiri mungkin sedang bertarung meyelamatkan kediaman masing-masing dan yang di negeri lain mungkin keletihan ari kehampaan kekalahan di Galas dan Batu Sapi.
Dato Azizan MB Kedah sudah lama bergerak bagi memastikan rakyat Kedah tidak tenggelam bersama air bah. Mungkin media PAS sendiri tidak melaporkan dengan baik aktiviti semua Exco dan MB mereka.
PAS pusat perlu menggunakan sumber maklumat alternatif agar pasaukan bantuan dan unit sukarelawan ini dapat bergerak segera sebelum agensi seperti SYABAS pulak di dilhat hero kepada suasana ini.
Dah anam pun dataran Kedah. Apa nak heran kalau setakat banjir 2-3 hari.
Cuma yang silap orang-orang tua terlupa menceritakan pengalaman mereka di bahagian lain negeri kedah dulu dulu...
Ana masih ingat. Dulu kat sepjang sungai di Pinang Tunggal selalu banjir. Tapi bila Pak Lah jd PM maka diluluskan projek tebatan banjir.
Pas tu x dengar cite dah banjir di Tsk Gelugur, Padang Serai, Kuala Muda.
Daripada buat menra 100 tingkat baik buat tebatan banjir kat Sg Pendang, Anak Bukit dan Sungai Muda.
Mana boleh beb! Tu negeri pas, Tunggulah kami menang balik.
Kata bantuan x kira politik. Pirah! Tuih!
Post a Comment