KL 11 NOV 10: Ahli parlimen Bebas, Zulkifli Noordin menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlauk sosej babi ke sekolah, mempunyai dua identiti.
Semalam, ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak seorang Muslim bernama Norazman Abdullah @ Beginda anak Minda. Beliau membayangkan kemungkinan Beginda murtad kerana dia telah didakwa mempunyai dua nama yang berlainan.
Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Zulkifli merujuk kepada blog yang menyiarkan butiran penglibatan Beginda dalam politik. Katanya, Beginda yang dikatakan bapa kepada pelajar tersebut - pada tahun 1998, sewaktu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim - namanya adalah Norazman Abdullah @ Beginda Minda dan beragama Islam.
Zulkifli berkata, sijil perkahwinan dikeluarkan pada 29 Julai 2009 sedangkan perkahwinan berlangsung pada 25 Disember 1999 iaitu setahun selepas kes Anwar, ketika Beginda seorang Islam.
Menurutnya, pada hari perkahwinan itu yang kebetulan juga hari Krismas, dia dikenali sebagai Beginda Anak Minda, berkahwin dengan Angela, dan dikenalpasti tidak mempunyai agama pada sijil lahir kanak-kanak tersebut, yang dilahirkan pada 8 Mei 2000 dan dia menggunakan Beginda dan juga dinyatakan tidak beragama.
Katanya, Beginda, yang juga dikatakan bertanding di bawah tiket PKR dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004, memfailkan pencalonannya pada masa itu sebagai seorang Islam. Selain itu, kata Zulkifli lagi, semakan dengan lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pendaftaran pencalonan Beginda menunjukkan dia menggunakan nama Norazman Abdullah.
"Bila kita bertanding dalam pilihan raya, kita mesti memberi kad pengenalan (KP). Bermakna SPR menulis namanya sebagai Norazman Abdullah tetapi kedua-dua dokumen (sijil kelahiran dan sijil perkahwinan) tidak menggunakan nama ini," katanya.
Menurut Zulkifli, inti utama perkara tersebut ialah persoalan yang serius mengenai dua indentiti yang berlainan. (Malaysiakini/AK)
Sebelum ini...
1 comment:
awas setan berkopiah dah berhujjah..hehehe setan pendek yg dulu bukan main berlagak dlm mesjid jamik k.l,jemaah dah penuh setan pendek trus msk pegi solat kat tempat imam...setan tunjuk alim(kucing)
Post a Comment