Tuesday, November 16, 2010

Berita Dari Wukuf Haji Di Padang Arafah.

Ratusan ribu jemaah haji berhimpun di Padang Arafah dekat Mekah semalam.

Sejumlah jemaah haji berdoa di Bukit Jabal ar-Rahmah di Padang Arafah semalam.

Arafah Hujan Tangis dan Keharuan Saat WukufPersiapan Wukuf

PADANG ARAFAH, Arab Saudi 16 NOV 10: Dengan memakai ihram, sekitar dua juta umat Islam melakukan wukuf di sini bagi menunaikan rukun kedua ibadat haji. Ramai jemaah memulakan perjalanan sebelum subuh dalam usaha mereka untuk sampai ke puncak Bukit Arafah yang juga dikenali sebagai Jabal ar-Rahmah, di luar tanah haram iaitu kira-kira 18 kilometer dari kota Mekah.

Bukit tersebut merupakan tempat Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam. Mereka yang berjaya sampai bukit itu selepas berasak-asak duduk di lereng-lereng bukit sambil berdoa dan membaca al-Quran. Sejumlah lagi dilihat menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan gambar manakala sebahagian lagi jemaah duduk di atas hamparan tikar di atas batu-batu di bukit berkenaan.

"Sukar untuk saya menggambarkan perasaan saya. Saya seperti berada pada Hari Kebangkitan," kata seorang jemaah dari Syria, Mossaad Mheymeed ketika berdiri di puncak Jabal ar-Rahmah.

"Syukur kepada Tuhan kerana memberikan nikmat ini," kata rakannya, Hussein al-Alawi, 55, juga dari Syria.

Wukuf atau berhimpun di Padang Arafah yang menandakan kemuncak dalam ibadah haji bermula kelmarin apabila lebih dua juta umat Islam beredar dari Mekah untuk menuju ke Mina. Setakat ini, tiada laporan berhubung sebarang kemalangan besar berlaku di Arafah. Demikian menurut Agensi.

Sumber lain menyebutkan, suasana wukuf di Lembah Arafah sungguh sangat mengharukan. Rombongan-rombongan jamaah yang sudah datang sejak Ahad 14 November malam, tidak pernah meninggalkan aktiviti ibadah. Sejak semalam, khemah selalu dipenuhi jamaah yang sedang berdzikir dan bertafakkur dengan dipandu oleh masing-masing kiai atau ustadz melalui pembesar suara.

Di luar khemah, di antara sela-sela lorong khemah, trotoar-trotoar dan ruangan-ruangan terbuka atau di bawah-bawah pohon, hampir-hampir tidak ada yang sepi dari jamaah yang sedang berdoa, berdzikir mahupun membaca al-Qur`an. Pemandangan seperti ini berlangsung hingga petang Isnin 15 November. Bahkan sejak Isnin siang tadi, ketika matahari mulai tergelincir ke arah barat dan waktu Sholat Dzuhur dimulai, kegiatan ibadah wukuf di Arafah mencapai puncaknya.

Khemah-khemah semakin penuh dan ruang-ruang di luar khemah juga semakin padat. Meski tidak ada larangan untuk diam atau melakukan ibadah wukuf di dalam khemah, namun beberapa jamaah lebih memilih berdzikir dan bertafakkur di luar khemah. Sejak melaksanakan sholat Dzuhur, hampir semua jamaah tidak lagi berganjak dari tempat masing-masing. Dengan berjamaah atau sendiri-sendiri mereka terus menerus berdoa dan berdzikir kepada Allah SWT. Masing-masing terpekur dengan fikiran dan persimpuhan munajatnya masing-masing.

Namun pemandangan ini rupanya tidak berlangsung lebih lama dari waktu Dhuhur. Sebentar kemudian, ketika bayang-bayang mentari telah melebihi benda-benda di atas bumi, dan waktu Sholat Ashar mulai menjelang, pemandangan mendadak berubah. Suasana haru kini meliputi wajah setiap jamaah, mata menjadi sembab memerah dan suara tertahan dalam isak parau. Sementara lantunan doa terus mengalun di setiap khemah meningkahi air mata yang bercucuran dari tiap pasang mata jamaah.

Ketika matahari semakin rendah, padang Arafah pun berubah menjadi menjadi lembah yang dipenuhi keharuan oleh hujan tangis. Dengan dikomando oleh ustadz atau tok syeikh masing-masing, para jamaah haji di semua khemah hampir serempak berdiri dan bersalam-salaman. Mereka berbaris berjajar dan saling berpelukan dengan mata berkaca-kaca.

Suami-isteri saling berpelukan dan bermaaf-maafan dalam tangis-tangis tertahan. Mereka yang bersahabat dengan teman masing-masing juga saling bersalaman dan mulai saling berusaha mencuba memanggil nama baru dengan gelar haji di depannya. Rata-rata jamaah sudah menunaikan sholat Ashar dengan Jama`Taqdim, maka suasana ini tampak utuh dan tidak terpotong oleh kegiatan jamaah yang meninggalkan tempat untuk mengambil wudhu sholat Ashar.

Hingga akhirnya keharuan berangsur reda dengan sendirinya. Bila sore mulai menjelang, di khemah-khemah petugas, kesibukan telah dimulai. Mereka yang akan bertugas ke Muzdalifah demi malayani para jamaah yang akan bermalam menginap di sana, akan berangkat lebih awal sebelum matahari terbenam. (Pelbagai sumber/IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails