Tuesday, November 09, 2010

DAP Cadang Inggeris Bahasa Ke2, Patutnya B/Cina

Ibnu Hasyim

KL 8 Nov 10: ADUN DAP cadang Inggeris jadi bahasa rasmi kedua


Kerajaan Pulau Pinang hari ini diminta mempertimbangkan cadangan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua Pulau Pinang selaras dengan hasrat menjadikan negeri ini sebagai bandar antarabangsa pada masa hadapan.


Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) berkata, Bahasa Inggeris penting kerana ia lingua franca (bahasa antarabangsa) yang digunakan oleh kebanyakan negara di dunia.

"Saya tidak menolak Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, tetapi Bahasa Inggeris juga penting dan mohon kerajaan negeri pertimbangkan cadangan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Pulau Pinang," katanya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Georgetown hari ini.

Selain itu, Jagdeep juga mencadangkan agar kerajaan negeri menamakan beberapa jalan di negeri ini dengan nama pemimpin veteran dari Pakatan Rakyat sebagai mengenang jasa mereka dalam politik. "Inisiatif ini telah dilakukan oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu menamakan beberapa jalan dengan tokoh-tokoh politik seperti Jalan Yap Chor Ee. Sebagai contoh mungkin kita boleh namakan satu jalan di Butterworth dengan nama tokoh veteran dari PR," katanya.


Sementara itu, Tsim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) (pertama dari kanan) mencadangkan kerajaan negeri menggubal satu dasar bagi menggalakkan pembinaan rumah mampu milik bagi memastikan rakyat Pulau Pinang mempunyai kediaman sendiri yang selesa.

"Masalah yang berlaku ialah jurang antara rumah mewah dan rumah kos rendah adalah terlalu ketara iaitu harga rumah mewah terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah.

"Sedangkan rumah kos rendah keadaannya terlalu menyedihkan tetapi rakyat negeri ini tidak mepunyai pilihan, kita seharusnya lebih fokus untuk pembinaan rumah yang diperlukan oleh rakyat Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata setiap rumah mampu milik yang hendak dibina perlu mempunyai keluasan 1,000 kaki persegi dengan harga jualan antara RM100,000 hingga RM200,000. Tsim turut mencadangkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya lebih fokus kepada usaha membina rumah mampu milik dengan persekitaran yang selesa.

"Saya juga berharap Suruhanjaya Perumahan yang akan ditubuhkan memantau spekulasi harga jualan rumah dan menetapkan supaya satu rumah hanya boleh dijual sekali sahaja kepada setiap keluarga, ini bagi mengelakkan spekulasi harga," katanya. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Blog ini cadang supaya bahasa Cina jadi bahasa kedua. Mengapa? Lihat tulisan Jul 19, 2008 ini. Ibnu Hasyim: Bahasa Cina Perlu Jadi Bahasa Kedua..

Yang saya nak, kalau boleh di Malaysia ini diletakkan Bahasa Malaysia bahasa utama, bahasa Cina bahasa kedua dan meletakkan bahasa Inggeris di bawahnya.”

Lain-lain artikel ada kaitan...

1 comment:

Anonymous said...

sepatutnya Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin & Bahasa Tamil jadi bahasa rasmi untuk Penang. Bahasa Melayu DAP boleh bakulsampahkan. baru la betul2 ikut idola depa, Lee Kuan Yew. Kata nak contohi Singapore jadik negara maju?

Tunggu gak pelan Lim Guan Eng nak tubuhkan Socialist Republic of Penang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails