Monday, November 15, 2010

Filem '... Dlm Botol' Lulus JAKIM? Jelaskan Segera!

HALAMAN HIBURAN


KL 13 NOV 10: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seolah-oleh dicabar apabila Raja Azmi produser filem 'Anu Dalam Botol' yang mengakui telah membuat rujukan dengan badan tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Sejak awal proses pembikinan lagi, filem '... Dalam Botol' arahan Khir Abdul Rahman sudah mencetuskan kontroversi berkenaan judulnya yang dianggap sangat kasar selain plot yang membongkar kisah golongan gay dan mak nyah. Bagaimanapun, Raja Azmi yang dikenali sebagai produser berhati waja tampil mempertahankan filem itu yang dikatakan mempunyai mesej tersendiri sambil membuat rujukan dengan badan tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Polemik demi polemik hangat diperkatakan apabila ada segelintir pihak menuduh Raja Azmi sememangnya suka mencetuskan kontroversi murahan bagi memancing perhatian masyarakat terhadap filem lakonan Arja Lee, Wan Raja dan Diana Danielle itu.

Namun heboh-heboh yang berlaku di sini rupanya diperhatikan pihak luar kerana filem berkenaan semakin mendapat liputan di Itali, Perancis, Singapura, Indonesia, Australia dan terbaru, Amerika Syarikat.

Ujian sebenar bagaimanapun dirasai apabila isteri bekas jaguh badminton, Jalani Sidek itu mengadakan sesi previu ... Dalam Botol kepada penulis blog (bloggers) tempatan dan wakil media luar negara di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, baru-baru ini. Hanya kegembiraan mampu diluahkan apabila hampir 60 wakil media hadir ke tayangan khas itu.

"Ramai yang teruja mahu datang untuk menonton sendiri filem ini. Jemputan hanya dibuat kepada 50 orang tapi yang hadir lebih 60 orang. Antara penulis blog yang hadir ialah Ajami Hashim dan Klubbkidd. Saya gembira melihat sambutan yang diberikan mereka. Daripada respons yang diberikan ramai berpuas hati dengan hasil filem ini.

"Boleh dikatakan daripada 10, lapan memberikan komen positif dan hanya dua yang memberi komen negatif. Wakil media luar yang datang ialah dari BBC, Reuters dan Associated Press (AP). Mereka juga memberi komen yang positif mengenai filem ini.

"Komen mereka boleh diikuti menerusi Internet. Ia satu pembakar semangat buat diri saya, Khir Rahman dan pelakon-pelakon filem ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro, baru-baru ini.

Filem yang menelan belanja RM800,000 itu memaparkan percintaan kaum sejenis namun digambarkan dalam bentuk berhemah tanpa babak cium dan seks seperti kebanyakan filem Barat. Turut membintangi filem ini ialah Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Jalil Hamid, Pekin serta pejuang makyung, Rosnan Rahman.

Bakal menemui penonton pada 10 Februari 2011, Raja Azmi bercadang mengadakan sesi prebiu ... Dalam Botol kepada pihak media tempatan pula selepas ini melalui satu tayangan gala. Dia akui teruja menantikan reaksi media tempatan lain kerana mahu mendengar pandangan yang jujur.

"Saya mahu semua wakil media menonton dan memberi pandangan seikhlas mungkin kepada saya dan Khir. Mungkin prebiu itu akan dibuat sebelum Krismas dan kalau tidak sempat, mungkin akan dibuat selepas sambutan Tahun Baru 2011. Buat masa ini biarlah filem ini ditonton penulis blog terlebih dulu sebagai publisiti awal.

"Biarlah mereka cakap-cakap dulu di Internet mengenai filem ini supaya peminat teruja menyaksikannya nanti. Malah saya tampilkan di sini poster rasmi ...Dalam Botol yang baru disiapkan.

"Ia unik dan diilhamkan sendiri oleh Khir bagi disesuaikan dengan tema filem ini," katanya.

Weblog Ibnu Hasyim bimbang trend menggunakan nama agama dalam kegiatan-kegiatan kontroversi dan menyalahi hukum. Jakim perlu menjelaskan pendirian segera. (Sumber myMetro, Harakah Dll.) Sila lihat pandangan Dewan Pemuda PAS mengenai filem ini...

4 comments:

  1. бесплатно онлайн измена жены -)







    реальная измена жены онлайн 358612
    861 измена жены смотреть видео онлайн
    порно измена жены онлайн бесплатно 4751

    ReplyDelete
  2. "Daripada 10 orang,8 memberi komen positif"...macammana pula dengan yang bakinya?...kalau semua komen positif pun tidak hairanlah kerana filem maksiat yang dijemputnya pun ahli-ahli maksiat maka memanglah dapat komen positif kerana memenuhi kehendak mereka.Masyarakat sudah jelak dengan filem begini kerana sudah muak menontonnya dari filem Barat..Gunalah bakat terserlah itu untuk buat filem yang baik-baik.kan lebih senang message disampaikan.

    ReplyDelete
  3. bodoh dah tak ada akal
    dah ler dari dulu asyik ingat seks jer
    buat buku black widow
    skandal dengan roslin dalam hotel
    ada dapat tajaan atau galakan dari dajjal kut buat semua ni

    ReplyDelete
  4. katalah apa-apa. utk pengajaran ke, ada unsur2 islamik ke, tapi NIAT TIDAK AKAN MENGHALALKAN CARA. kenapa itu pun tak paham? dah salah tu salah la. ibarat robin hood, mencurik dari pemerintah yg korup pastu sedekah kepada orang miskin. macam pencuri baca bismillah sebelum mencuri.

    ReplyDelete