Pada wawancaranya dengan Bloomberg pada 16 November lalu, Mahathir berkata “BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh” pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013.
Namun, katanya parti pemerintah itu “mungkin mendapat satu atau dua” daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.
Mahathir bagaimanapun tidak menamakan negeri-negeri yang dijangkakan akan jatuh semula ke tangan BN. Namun dipercayai beliau merujuk kepada negeri asalnya, Kedah yang jatuh kepada PAS buat pertama kali pada pilihan raya 2008.
Sebuah negeri lain yang diintai oleh BN adalah Selangor, antara negeri paling kaya di Malaysia. Andaian Mahathir itu dipercayai dipengaruhi oleh kejayaan BN pada dua pilihan raya kecil awal bulan ini - kerusi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi - dan juga krisis kepimpinan yang melanda PKR sekarang.
“Buat masa ini, partinya (ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalam keadaan kucar-kacir,” kata Mahathir.
Anwar, yang dikatakan, merupakan bekas anak didik Mahathir dijangka menghadapi tentangan dalaman dari partinya berikutan perletakkan jawatan bekas menteri, Zaid Ibrahim yang merupakan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Mahathir juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak sebagai “satu perubahaan besar” jika dibandingkan dengan penggantinya, Tun, Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah dipilih oleh Mahathir untuk menggantikannya apabila beliau bersara pada Oktober 2003. Namun, akibat pergeseran kedua-duanya dan diburukkan lagi dengan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2008, Mahathir terus membidas Abdullah dan mendesaknya meletak jawatan. (AK)
Ikuti kisah PRK dari mula, seterusnya hingga ulasan-ulasan terakhir.
PRK DUN GALAS.
1 comment:
Baru dengar khabar angin nak rombak kabinet, Tun Maha dah risau takut Mokhzani tersingkir. Maka macam-macam lah kenyataan dibuat sebagai ugutan kepada Najib. Yang merungsingkan beliau jika Khairi yang dilantik sebagai menteri atau timbalan sekalipun. Tapi jika dilihat kepada kebolehan sebagai seorang pemimpin, memang Khairi jauh lebih berbakat dan berkebolehan berbanding Mokhzani. Kalau seandainya Mokhzani benar-benar tersingkir nanti, maka Tun Maha akan kata UMNO/BN akan tewas semua DUN dan hanya menang satu kerusi Parlimen iaitu di Changloon Kedah aje..... tempat Mokhzani. Demikianlah Fatwa Mamak Kutti.
Post a Comment