Tuesday, November 16, 2010

Hina Hukuman Bunuh, Penulis Britian Dipenjara

S'PURA 16 NOV 10: Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara enam minggu ke atas penulis Britain, Alan Shadrake, 75 tahun berhubung bukunya yang membidas hukuman bunuh di negara itu.

Selain dihukum penjara, Shadrake juga didenda S$20,000 (RM48,350) kerana menghina mahkamah berhubung bukunya yang turut memuatkan wawancara dengan bekas ketua algojo atau tukang bunuh.

Hakim Mahkamah Tinggi, Quentin Loh menolak permohan maaf Shadrake yang dikemukan pada minit-minit terakhir dan menganggapnya sebagai "tidak lebih daripada helah taktikal supaya mahkamah mengurangkan hukumannya” dan memutuskan wartawan sambilan itu perlu menjalani tambahan hukuman penjara dua minggu jika tidak mampu membaya denda berkenaan.

"Denda perlu dikenakan supaya Encik Shadrake tidak mendapat sebarang keuntungan daripada tindakannya menghina (mahkamah), “ kata hakim itu.

Penghakiman itu dikatakan antara yang paling keras dijatuhkan bagi kesalahan menghina mahkamah. Rekod menunjukkan hukuman penjara bagi kesalahan seumpama itu yang paling lama adalah 15 hari.

Shadrake, yang tinggal di Malaysia dan Britain, ditangkap oleh polis Singapura pada Julai selepas majlis perasmian bukunya, 'Once a Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock'.

Buku itu juga memuatkan profail Darshan Singh, bekas ketua algojo di Penjara Changi di singapura yang menurut penulis itu telah membunuh 1,000 orang daripada 1959 hingga beliau bersara pada 2006.

Ia juga memaparkan wawancara dengan aktivis hak asasi manusia, peguam dan bekas pegawai polis dalam kes-kes yang membabikan hukuman bunuh. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails