Wednesday, November 17, 2010

Jemaah Haji Mula Melontar Jamrah

Ribuan jemaah melontar batu di salah satu jamrah yang merupakan tugu batu di Mina semalam.

MINA, Arab Saudi 17 NOV 10:Hampir tiga juta jemaah haji semalam melontar batu di tiga tugu batu sebagai simbol merejam syaitan di sini.

Hari pertama melontar batu itu diadakan pada Hari Raya Aidiladha yang disambut di Arab Saudi semalam awal sehari dari Malaysia. Selepas melontar batu, sebahagian jemaah membeli baucer untuk membolehkan seekor biri-biri disembelih dan dagingnya diedarkan kepada penduduk miskin.

Hari melontar di tiga jamrah itu diadakan selama tiga. Musim haji berakhir pada Ahad ini. Sementara itu, umat Islam di beberapa negara lain seperti di Greece, Belarus, Bosnia, Bangladesh, Palestin, Iraq, Pakistan selain beberapa tempat di Indonesia menyambut hari raya korban semalam.

Penganut Islam di negara-negara itu menyembelih kambing dan lembu bagi mengingati kisah Nabi Ibrahim yang akur dengan perintah Tuhan supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Namun, semasa melakukan sembelihan Tuhan menggantikan tempat Nabi Ismail itu dengan seekor kibas. - Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails