ALOR SETAR, 7 Nov 10: Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam. Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi (gambar) berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini. "Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau. Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah. Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah. "Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily. Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.
"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya. Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran. Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat. "Memang di Jalan Tun Razak dan Jalan Sultanah ada isu itu, kita akan siasat secara menyeluruh hari ini," katanya. (Gambar: Pengerusi surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang menyerahkan sumbangan kepada ustaz Ghazali Omar (kanan) untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Kedah) Sementara itu, sumbangan dari luar datang mencurah-curah untuk membantu mangsa banjir di negeri Kedah. Tengahari ini, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyerahkan sumbangan RM400,000 dari kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan negeri Kedah. Bantuan juga diserahkan oleh kawasan-kawasan PAS di seluruh negara di samping kutipan dibuat di masjid dan surau untuk diserahkan kepada mangsa banjir. Pemuda PAS kawasan Selayang telah menghantar kira-kira 50 kampit beras dan diserahkan di bilik oeparasi banjir PAS yang terletak di Kompleks PAS Kedah, dekat Kota Sarang Semut. (AK) |
▼
Pengalaman banjir kali ini mengajar erti kehidupan dan kemasyarakan sebenar hingga berkawal dan berkumpul sampai 2 pagi mengawasi dan menunggu bantuan bekalan air yang tak kunjung tiba.Salah seorang jiran menceritakan mengenai kakaknya di Mergong yang ditenggelami banjir dimana atas bantuan YB Dato, Bashah memohon agar Stadium Suka Suka Menanti dibuka untuk pusat pemindahan. Tetapi pihak berkuasa tidak mahu diberikan sebagai Pusat Pemindahan dan Pengumpulan. Akibat didesak oleh Dato, Bashah dan beliau akan bertanggungjawab maka pintu Stadium dibuka dan Beliau mengeluarkan wang peribadi bagi membeli kemudahan asas.
ReplyDeleteDari sini kita lihat keperibadian pemimpin PAS yang tak kelihatan kerana takut keluarkan wang dan tanda tidak bertanggungjawab dan bersifat amanah dalam menjalankan tugas.
Balik pada fakta di atas, maka teringat saya seorang anak ketua PAS Taman Wira Mergong yang diistana Kedah memberitahu keburukan dan sentiasa mencaci dan mengeji Dato' Bashah. Maka saya sebagai tidak memelahi haluan mana mentaksir semua tuduhan dan fitnah terhadap Dato' Bashah adalah pembohongan dan retorik semata-mata, malah perangai dan sifat keji itu adalah milik Pemimpin PAS yang bertopengkan kopiah puteh dan serban serta gelaran ustaz.
Kita jumpa lagi.
Anonymous on 7/11/10 2:02 PM #
Salam untuk semua terutama warga Kedah dan Warga Perlis terlibat bencana banjir. Respon puak masih jadi boneka dan kaldai PAS menyalahkan tempat kejadian dan pembangunan landasan keretapi berkembar puncanya. Mereka ini cetek ilmu agama. Kalau Kediaman Rasmi MB aku memang setuju jika katakan pusat penyebaran bagi mengata dan mengeji setiap Hari Sabtu Azizan mulalah pembohongan mungkin ada juga diselik hal agama tapi hakikatnya banyak mencurahkan kearah kebencian dan pemusuhan.
Kita harus mempunyai sifat positif setiap kejadian dan hikmahnya dan jangan asyik bencikan pembangunan. Apa tidaknya banyak kerosakan akibat perbuatan pemimpin PAS yang sangat rakus dalam menghapuskan dan merosakkan pokok-pokok dan mahkluk yang mendiaminya. Malah banyak pokok-pokok kws tadahan air diampangan digondolkan. Kita harus bersyukur disebalik pembinaan landasan berkembar itulah banyak hikmahnya yang tersirat dan tersurat. Kita lihat arus air sangat laju dan pembinaan landasan berkembar itu setidaknya melambatkan laluan air dan menghalang air dan banyak menyelamatkan harta benda dan nyawa.
Dari kejadiaan itu juga hilangnya perasaan keegois dan sifat permusuhan serta terjalin semangat setiakawan tanpa kira fahaman politik dan agama saling bantu membantu. Tapi malang hanyaPihak BN sahaja banyak membantu dan Pihak PAS tidur lena dakap bini dan kedekut macam Haji Bakhil dalam filem Tan Sri P.Ramli.
Akibat lawatan Tuanku Sultan Kedah maka terkejut beruk Zizan terhegeh-hegah bangun tidur untuk jaga dan hati busuknya menjenguk. Apa beliau keluarkan jawapannya habuk?. malah habiskan kopi teh untuk hak mangsa lagi ada. Lihatlah keperihatinan Sultan mengeluarkan wang zakat, duit peribadi dan duit Yayasan Sultanah Bahiyah untuk mangsa-mangsa banjir.
Apa Azizan bagi hanyalah tahi mata dan lakonnan terkejut beruk yang ada. Dia tahu salah itu dan ini. Tapi dirinya diperbodohkan oleh puak-puak berkepentingan dan balaci dengan jawapan bodoh dan tak masuk akal walaupun bagi kanak-kanak umur 7 tahun. Bertapa hinanya MB Kedah dan sekutu dengan sewaktunya.
www.e-referrer.com
© PISAU.NET. All Rights Reserved
kalau dah ada yb dari UMNO...buat apa tengok saja..tolonglahhhh....hal rakyat...hangpa wakil rakyat mereka.kerajaan negeri pergi tolong kat lain nun...byk lagi mangsa banjir nyaaa...yg hidup bersyukurlahhh....
ReplyDelete