Monday, November 01, 2010

Kini Rosmah Pemangku PM?

KL, 1 Nov 10: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin. (AK)

6 comments:

Anonymous said...

salam.. mintak izin nak share..

Ibnu Hasyim said...

Ok.alhamdulillah.

Anonymous said...

Sebentar tadi ada gambar kecil termuat Rosmah berbicara dengan PM Australia. Aneh. Sangat aneh, kerana Malaysia mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri. Apa fungsi Timbalan Perdana Menteri tatkala PM sendiri MC dan tidak boleh bertemua dengan orang lain kerana mungkin merebak penyakitnya.
Lebih menarik, iseri PM juga tidak sepatutunya bertemu orang luar apa lagi pemimpin negara asing boleh mngundang merebak penyakit demam campak.
Apa sudah jadi?
Adakah KP Kesihatan tidak boleh menasihat?
Atau isteri PM sudah gila nak jadi PM pulak? Itulah yang kelihatan sekarang ini.
Semalam di Kota Bharu labih menarik bila Piala Malaysia diusung ke Galas dan bukan ke Istana Sultan. Apa sudah jadi kepada Sultan Kelantan? Anuar MUsa sudah lupakah beliau salah seorang yang beriyer-ieya mahu melantik sepupu Sultan Ismail pada masa itu untuk menggantikan Sultan Ismail pada masa itu.
Bila orang sudah gila kuasa, semua boleh jadi dan kita hanya menonton apa langkah mereka seterusnya nanti.

ahmed said...

Adakah KP Kesihatan tidak boleh menasihat?
Atau isteri PM sudah gila nak jadi PM pulak? Itulah yang kelihatan sekarang ini.
Semalam di Kota Bharu labih menarik bila Piala Malaysia diusung ke Galas dan bukan ke Istana Sultan. Apa sudah jadi kepada Sultan Kelantan? Anuar MUsa sudah lupakah beliau salah seorang yang beriyer-ieya mahu melantik sepupu Sultan Ismail pada masa itu untuk menggantikan Sultan Ismail pada masa itu.

ali said...

Sebentar tadi ada gambar kecil termuat Rosmah berbicara dengan PM Australia. Aneh. Sangat aneh, kerana Malaysia mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri. Apa fungsi Timbalan Perdana Menteri tatkala PM sendiri MC dan tidak boleh bertemua dengan orang lain kerana mungkin merebak penyakitnya.

zaid said...

Semalam di Kota Bharu labih menarik bila Piala Malaysia diusung ke Galas dan bukan ke Istana Sultan. Apa sudah jadi kepada Sultan Kelantan? Anuar MUsa sudah lupakah beliau salah seorang yang beriyer-ieya mahu melantik sepupu Sultan Ismail pada masa itu untuk menggantikan Sultan Ismail pada masa itu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails