SURABAYA, INDONESIA 27 NOVEMBER 10: Arus kemunculan berita Lamsamana Cheng Ho diperingkat dunia tidak akan dapat ditutup, ianya akan terus muncul dan berkembang selaras dengan kebangkitan Islam se dunia. Demikan dinyatakan oleh Editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Mohd Hasyim sewaktu dihubungi di Surabaya sebentar tadi.
Beliau sedang melawat dua buah Masjid Cheng Ho di Surabaya, menemui Imam dan pegawai-pegawai terbabit yang terdiri dari orang-orang Tionghua Muslim.
"Terdapat juga di sana beberapa pelancong dari German, Belanda dan dari beberapa negara Erapah yang terus mengikuti perkembangan sejarah Laksamana Cheng Ho. Kerana ianya akan menjadi model kearah perkembangan Islam menguasai masyarakat majmuk dunia." Katanya.
Ditanya mengenai kekesalan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana (Malaysia) tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010,
"Kerana itulah masing-masing kena main peranan mengatasi bukan sahaja di peringkat Malaysia bahkan di peringkat dunia.. Itulah antara perjuangan tokoh-tokoh da'i Islam yang membina Masjid Cheng Ho di Surabaya.
"Bahkan masih ramai lagi yang sedang membina masjid Cheng Ho diluar Surabaya seperti yang diberitahu oleh jurucakap masjid tersebut. Musuh kita sama, cuma tempat duduknya yang berlainan. Teruskan perkenalkan Cheng Ho..." Kata Hj Mohd Hasyim.
Ikuti kisah lanjut Mohd Cheng Ho dalam..E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
(by ASYOK KUMAR)
4 comments:
INI MESTI PROJEK HUSAM DAN MENANTU N.AJIS ADA SHARE KE?
Lamsamana Cheng Ho diperingkat dunia tidak akan dapat ditutup, ianya akan terus muncul dan berkembang selaras dengan kebangkitan Islam se dunia. Demikan dinyatakan oleh Editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Mohd Hasyim sewaktu dihubungi di Surabaya sebentar tadi.
Bahkan masih ramai lagi yang sedang membina masjid Cheng Ho diluar Surabaya seperti yang diberitahu oleh jurucakap masjid tersebut. Musuh kita sama, cuma tempat duduknya yang berlainan. Teruskan perkenalkan Cheng Ho..." Kata Hj Mohd Hasyim.
Terdapat juga di sana beberapa pelancong dari German, Belanda dan dari beberapa negara Erapah yang terus mengikuti perkembangan sejarah Laksamana Cheng Ho. Kerana ianya akan menjadi model kearah perkembangan Islam menguasai masyarakat majmuk dunia." Katanya.
Post a Comment