Akhbar harian milik Umno itu mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan “Umno orang kafir” demi mempengaruhi pengundi kaum Melayu pada pilihan raya kecil DUN Galas yang sedang berlangsung.
Berita kontroversi tersebut melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai berkata, Lim membuat kenyataan demikian di depan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, Berita Harian hari ini melaporkan kenyataan Ali Rustam itu tidak merujuk kepada Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.
“Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang, seperti yang disiarkan Berita Harian semalam (kelmarin) bukan merujuk kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang,” kata notis ralat Berita Harian yang disiarkan di halaman lapan hari ini.
Dalam notis ralat itu, Pengarang Berita Harian turut menyuarakan rasa kesal ekoran laporan tidak tepat yang dirujuk kepada Lim sebagai berkata. “Kesilapan dikesali — Pengarang,” kata notis itu lagi.
Semalam, DAP menyifatkan laporan yang disiarkan Berita Harian kelmarin sebagai tuduhan palsu. Dalam kenyataannya di lobi Parlimen, Lim menegaskan bahawa beliau tidak berada di pentas ceramah Sungai Terah, Gua Musang seperti yang dituduh Berita Harian dan Ali.
Beliau juga menafikan dakwaan Ali kononnya cuba mencampuri urusan masyarakat Islam dengan menuduh “Umno orang kafir” seperti yang dilaporkan Berita Harian. The Malaysia Insider difahamkan, penafian Lim itu dibuat selepas wakil Pemuda Umno Putrajaya Hishamudin Yahaya membuat satu laporan polis ke atasnya kelmarin.
Ekoran itu, Lim turut mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman ke atas Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka.
“Yah, saya melihat permintaan maaf (tersebut), saya tidak tahu bagaimana mereka (Berita Harian) boleh tersalah lapor seperti itu, terutama Ketua Menteri Melaka.
“Kami akan membuat sidang akhbar kemudian untuk memberitahu tindakan susulan kami,” kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang ada ahli UMNO yang kafir, kerana UMNO bukan parti Islam tetapi parti kebangsaan. Buktinya.. ramai. Bumiputera Malaysia Timur, Kedah bumiputera keturunan Siam dan lain-lain. Tanya UMNO! (AK)
Ikuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS
2 comments:
kuasa Allah...
akhirnya Tuan Haji sendiri mengaku yg UMNO bukanlah parti Assobiyah. (^__^) Pelbagai kaum ada dalam UMNO...
Kebenaran terserlah juga akhirnya... =)
Saman je LKS. Itu je cara nak ajar media lebih beretika.
A[a makna asobiyah anon? Tak kisah la umno melayu ke x. Tp mmg majoriti umno melayu. So x salah umno=asobiyah(melayu).
Asobiyah bila menyokong kaumnya wp dlm perkara2 zalim
Post a Comment