Monday, November 01, 2010

Laksana Hukum Sebat T/Pakistan, Taliban Lumpuh?


MOMAZAI, 1 NOV 10: Taliban Pakistan telah mengenakan hukum sebat ke atas 65 lelaki di depan umum kerana kesalahan menggunakan dan menjual ubat-ubatan terlarang di daerah kaum yang disifatkan oleh tentera Pakistan telah dibersihkan dari Taliban.

Setiap orang diberi 10 sebatan di kawasan terbuka yang biasa digunakan oleh kanak-kanak bermain bola sepak dan khotbah agama di kota Mamozai di wilayah barat laut kaum Orakzai, kata jurucakap Taliban Hafiz Said.

Hukum sebat ini menggambarkan bagaimana Taliban Pakistan yang merujuk ke gerakan al-Qaidah masih mampu menerapkan Islam di beberapa bahagian wilayah barat laut Pakistan meskipun kenyataan pemerintah menyebutkan serangan telah melumpuhkan beberapa pasukan Taliban.

"Mereka terbukti bersalah menggunakan dan menjual ubat terlarang setelah pengadilan Islam menghukum mereka bersalah, jadi kita hukum mereka dengan hukuman sebat yang dilakukan di depan umum," kata Said.

Pada bulan Mac lalu, tentara Pakistan melancarkan serangan di Orakzai, yang digambarkan oleh pejabat Pakistan sebagai pusat saraf Taliban di Pakistan, termasuk kamp-kamp pelatihan. Pejabat tentera mengatakan minggu lalu serangan memecah kekuatan Taliban hingga 90% di Orakzai, sedangkan Mamozai masih dikuasai Taliban.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jelas kerajaan Pakistan masih belum mampu menundukkan rakyatnya yang mahu kepada perundangan Islam, apalagi bila mereka dianggap sebagai 'trojen horse' atau barua Amerika Syarikat. (AK)

Sebelum ini..

No comments:

Post a Comment