Thursday, November 04, 2010

BN Menang Berganda Galas & B/Sapi, PRU 13 Dekat.



KL, 4 Nov 10
: Barisan Nasional (BN) merampas balik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kemenangan selesa pada pilihan raya kecil yang diadakan serentak hari ini. Dalam kemenangan berganda BN juga mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah dengan majoriti dua kali ganda.

BN juga mencatatkan majoriti berganda di kedua-dua kerusi Galas dan Batu Sapi. Kemenangan dua pilihan raya kecil serentak ini dilihat memberi bayangan awal kemungkinan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menerima 4,134. Abdul Aziz merekodkan majoriti 1,190 undi — hampir dua kali ganda berbanding kelebihan undi dicatatkan oleh PAS pada 8 Mac 2008.

Pada Mac 2008, kerusi itu ditawan oleh PAS dua tahun lalu dengan kelebihan 646 undi menerusi Che Hashim Sulaima. Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Gua Musang. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima pada 27 September akibat barah usus.

DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Seramai 9,555 pengundi atau 82.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Galas berbanding 81 peratus pada pilihan raya umum 2008. Kira-kira 82 peratus keluar mengundi kali ini.

Di Batu Sapi, keputusan penjumlahan undi oleh SPR menunjukkan calon BN Datin Linda Tsen mempertahankan kerusi itu dengan kelebihan 6.359 undi, juga lebih besar berbanding dua tahun lalu. Penjumlahan undi itu dilakukan di Dewan Masyarakat Sandakan. (AK)

Ikuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS.

4 comments:

Anonymous said...

kekalahan di galas menunjukakan bahawa kemerosotan pengaruh tok guru kita..tok guru telah melakukan beberapa kesilapan di saat akhir menyebabkan pengundi swing kpd BN. Antara yg ketara ialah isu duit zakat yg hebat dimanipulasikan oleh lawan.

sudah sampai masanya tok guru mengundurkan diri dan memberikan laluan kpd pemimpin lain.

pandangan ikhlas dari saya

Ali Mahmud said...

Kalau ikhlas, sila beritahu identiti.

MAMAT said...

YA, ANA PUN SETUJU DENGAN PANDANGAN ANON DI ATAS. DAH MASANYA TOK GURU BERI LALUAN KEPADA MUKA BARU. KESIAN KAT TOK GURU DAH TAK LARAT SANGAT TU. FAKTA2 SEJARAH YANG TOK GURU BAGI WAKTU CERAMAH PUN DAH CELARU. FAHAM2 SAJALAH, TAKKAN NAK ELABORATE.

ABG JOe said...

kekalahan di galas menunjukakan bahawa kemerosotan pengaruh Pas..tok guru telah melakukan beberapa kesilapan di saat akhir menyebabkan pengundi swing kpd BN. Antara yg ketara ialah isu rasuah pengundi yg hebat...
PAS patut kluar dari pakatan syaitan dgn DAP dan PKR jika tidak sokongan melayu akan berkurangan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails