Monday, November 15, 2010

Mustahil Barat Kalahkan Al-Qaeda -Jenderal David Richards


KL 15 NOV 10: Panglima Angkatan Tentera Inggeris, Jenderal David Richards mendedahkan, Barat tidak akan mampu mengalahkan al-Qaeda dan kumpulan bersenjata lainnya yang berafiliasi dengan kelompok ini.

"Kita tidak perlu mengalahkan mereka dan milisi bersenjata Muslim, hal itu adalah mustahil," kata David Richards dalam wawancaranya dengan Sunday Telegraph edisi khusus Daily Telegraph cetakan Ahad, 14 November.

Ia juga menyebutkan bahawa Barat hanya mampu mengontrol dan membatasi gerak Al-Qaeda serta milisi bersenjata lainnya sehingga ancaman terhadap warga awam di berbagai negara termasuk Inggeris dapat dibendung. David Richards, 58 tahun yang menjawat komando tentera Inggeris sejak bulan lalu menambah, ancaman al-Qaeda dan berbagai kelompok yang berafiliasi dengannya itu dapat mengancam keamanan nasional Inggeris selama 30 tahun.

Dia mengisytihar, bahawa perang yang digelar Barat terhadap ideologi al-Qaeda seperti perang anti Nazi di perang dunia kedua. Dalam wawancaranya, David Richards mengakui tentera dan pemerintah Inggeris telah melakukan kesalahan kerana tidak mengetahui secara detail kondisi sebenarnya di Afghanistan.

"Rakyat Afghanistan telah penat dengan kelemahan fakta Pertahanan Atlantik Utara (NATO) dalam menjalankan janji-janjinya di negara ini," tambah Richards.

Inggeris setakat ini menempatkan sekitar 10,000 tentaranya di Afghanistan dan majoritinya bertugas di Provinsi Helmand, sejak tahun 2001 hingga kini 343 tentera Inggeris terkorban di Afghanistan.

Frank Gardner, penganalisis bidang pertahanan di BBC wawancara David Richards mengatakan, pernyataan komando tentera Inggeris itu menunjukkan pandangan realiti mengenai perang anti keganasan di Inggeris dan AS. Dia menambahkan, jika kenyataan ini diungkapkan lima tahun lalu, ianya dapat disebut sebagai pengakuan kekalahan dan membangkitkan kemarahan banyak pihak.

David Richards dalam wawancaranya juga mengatakan, senjata terbaik untuk menghadapi al-Qaeda adalah metode antisipasi dan meningkatkan pendidikan serta demokrasi. Ia menambahkan, 'saya masa ini tidak nampak alasan bagi tentera Inggeris untuk kembali terlibat dalam perang seperti di Afghanistan dan Irak, di negara-negara lain. Namun demikian ia menyebut' dungu' bagi kenyataan yang mengatakan kejadian seperti ini di masa mendatang tidak akan terjadi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ertinya orang yang seperti Panglima Angkatan Tentera Inggeris, Jenderal David Richards ini sudah dapat mengesan di mana kekuatan Islam, sehingga membocorkan 'senjata terbaik untuk menghadapi al-Qaeda adalah metode antisipasi dan meningkatkan pendidikan serta demokrasi'.

Iaitu dengan menghambur virus 'al-wahnu' bagi melemahkan umat Islam. Apa itu?? Lihat pesan Muhammad SAW ini…

Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang kerumuni kamu bagaikan puak-puak lapar kerumuni makanan mereka.”

“Apakah kerana jumlah kami sikit pada hari itu?" Kawan beliau tanya balik.

Jawab Nabi SAW, “Ya! Pada hari itu jumlah kamu ramai sangat, tetapi kamu bagaikan buih di lautan, dan Allah akan cabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan lemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”

“Apa itu al-wahnu, ya Rasulullah?” Tanya sahabatnya pula.

“Cinta dunia dan takut mati!” Jawab Rasullah SAW.

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

Allah akan lemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu. Penyakit cinta dunia dan takut mati... Tiada itu, di situlah rahsia kekuatan umat Islam, yang kini sedang dirangkul erat oleh Al-Qaeda atau rakyat Afghanistan. Mereka ingn menghapuskan keyakinan ini dengan bersembunyi di balik ciptaan topeng 'metode antisipasi dan meningkatkan pendidikan serta demokrasi'.

Sila rujuk artikal berkaitan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails