▼
Wednesday, November 10, 2010
Nganggur K'tan Paling Rendah. Mampu Bayar Gaji Penganggur?
KL, 10 Nov 10: Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus.
Menurut laporan yang di keluarkan oleh jabatan itu, bilangan dan kadar pengangguran mengikut negeri, untuk Suku Tahun Pertama 2009 (Q1 2009), Kelantan berada di tempat terbaik iaitu 11,300 sahaja penduduknya menganggur. Ia diikuti oleh Melaka (2.5 peratus seramai 7,300 penduduk menganggur), Pulau Pinang (2.6 peratus, 18,300 penganggur) dan Pahang (3.0 peratus 18,600 penganggur).
Negeri yang paling tinggi kadar pengangguran di negara ini adalah Sabah dan Labuan iaitu 6.1 peratus di mana 85,000 penduduknya menganggur. Sebelum ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk kegagalannya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.
Kerana itu, kata dakwaan itu, ramai rakyat Kelantan bekerja di luar dari negeri itu.
Sementara itu, mengikut satu blog, Malaysia Wave, yang mendedahkan data ini, beberapa blogger kenalan penulisnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari pekerjaan di Kelantan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rupanya di Kelantan pengangguran paling rendah di Malaysia. Kalau begitu, memang pemimpin PAS Kelantan layak perintah Malaysia. Melihat kepada kejayaan Kelantan dalam Projek Ladang Rakyat, membayar wang kepada pengusaha-pengusaha, maka tidak mustahil pemimpim PAS mampu membayar wang kepada penganggur-penganggur pula, seperti yang berlaku di negara barat.
Tidak mustahil, berilah peluang PAS perintah Malaysia. Marilah kita sama-sama berdoa, supaya Islam dapat memerintah di Malaysia. (IH)
DI LUAR KELANTAN, RAMAI PEKERJA SWASTA ATAU KERAJAAN TERDIRI DARI RAKYAT KELANTAN.
ReplyDeleteDI KELANTAN, SEBILANGAN BESAR PEKERJA DI SINI ADALAH RAKYAT KELANTAN (ORG LUAR MMG JARANG).
KESIMPULANNYA RAKYAT KELANTAN BIJAK, TAK MEMILIH KERJA, RAJIN DAN BOLEH SESUAIKAN DIRI.
JADI TAK PELIKLA KALAU RAMAI ORG UMNO MENGATA ORG KELANTAN BUKAN BENCI SGT KT PAS, TP SBB DENGKI NGA KEJAYAAN ORG KELANTAN