Monday, November 15, 2010

PKR Diuji Lagi, Zaid Akhirnya Keluar Parti



Zaid Ibrahim

KL, 15 Nov 10: Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Isnin lalu, beliau mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden atas alasan diselubungi kepincangan dan kecacatan. Malah ketika itu beliau juga mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan hari ini memutuskan untuk meninggalkan PKR.

“Saya tahu hari saya dalam parti (PKR) sudah dihitung kerana pemimpin — pemimpinnya secara terus-menerus menyerang saya,” kata Zaid yang menyertai PKR 18 bulan yang lalu.

Kata Zaid, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu. Minggu lalu, Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Zaid, penyelaras Pakatan Rakyat, menyertai PKR pertengahan Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno beberapa bulan sebelum itu, di mana beliau juga kritikal dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Kelmarin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak akan menerima beliau kembali.

Dalam temu bual dengan The Star edisi hari ini, Zaid berkata, “saya tidak jelek dengan parti tetapi jelek dengan pemimpin-pemimpin yang sakit dalam parti.”

Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang. Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil. Zaid, yang berada dalam Umno selama 23 tahun, sebelum ini merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politiknya. Pada April lalu beliau bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PKR diuji lagi, supaya lebih matang.

4 comments:

  1. PKR akan lebih kuat dan hebat tanpa bekerjasama dengan DAP dan PAS! percayalah.....

    ReplyDelete
  2. Kata Zaid, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana mahu memutuskan hubungan dengan pembohong dan penipu. Minggu lalu, Zaid turut meminta Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pesaing jawatan timbalan presiden Azmin Ali agar meninggalkan PKR atas alasan mereka punca kepada segala masalah dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

    ReplyDelete
  3. Zaid mengambil keputusan ini ketika tinggal sebulan lagi Pakatan Rakyat dijadual mengadakan konvensyen kedua mereka di Pulau Pinang. Malah kata Zaid, beliau diserang bertubi-tubi hanya kerana meminta agar diadakan pemilihan yang bersih dan adil. Zaid, yang berada dalam Umno selama 23 tahun, sebelum ini merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan anggota Biro Politiknya. Pada April lalu beliau bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

    ReplyDelete