Sunday, November 21, 2010

Pmilihan PKR Kecoh Terus. Tak Selesai Lagi?


KL 21NOV 10: Malaysia kin melaporkan proses pemilihan PKR yang memasuki minggu terakhir kini kembali 'kecoh' apabila beberapa insiden didakwa berlaku, antaranya pertikaian dalam proses pengiraan undi. Sekurang-kurangnya terdapat dua kekecohan berlaku semalam yang melibatkan cabang di Puchong dan Hulu Selangor - kedua-duanya di Selangor.

Menurut seorang wakil calon, di Puchong malam tadi berlakunya "drama" merampas kertas undi apabila seorang calon naib presiden dikatakan tidak berpuas hati dengan proses pengiraan undi bagi jawatan itu. Ia ekoran dakwaan pengiraan pengundian tidak memihak kepadanya dan pengawas yang bertugas sewaktu pengiraan didakwa menyebelahi calon yang lain bagi jawatan yang sama.

Kejadian perang mulut antara kedua-dua pihak itu akhirnya memaksa pihak pengawas di situ meminta bantuan polis untuk menteramkan keadaan dan mengiringi pegawai pemilihan membawa pulang kertas undi ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Sementara itu, di cabang Hulu Selangor pula, media melaporkan sekumpulan ahli PKR bertindak menghalang kereta yang membawa kertas undi daripada memasuki pekarangan sebuah dewan pengundian di Kuala Kubu Bharu semalam. Lebih 100 orang dilaporkan berkumpul bagi membantah pemilihan peringkat cabang yang tidak tidak dibuat serentak dengan pengundi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Sehubungan dilaporkan berlakunya insiden tolak menolak dan pertikaman lidah antara individu kumpulan terbabit dan anggota Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR. Di cabang Ayer Hitam di Johor pula hari ini terdapat dakwaan pemilihan tidak dapat dijalankan susulan dakwaan notis mengadakan pemilihan tidak diterima daripada ibu pejabat.

Ketua penaja cabang Zaid Mohd Yusof berkata, walaupun beliau menerima SMS daripada pengawas pemilihan pada pukul 1 pagi tadi memaklumkan proses berkenaan akan dijalankan, tetapi pihaknya enggan mengadakannya. Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Zaid mendakwa, ini kerana ia " tak ikut prosedur".

"Sepatutnya kamu beritahu lebih awal," kata ketua cabang yang masih lagi ditahap penajaan.

Sementara itu, muncul juga dakwaan terdapatnya kebocoran kertas undi hari ini sebelum pusat pengundian dibuka pada jam 10 pagi tadi. Memetik sumber dakwaan itu disiarkan oleh sebuah portal berita dan laman blog seorang peguam Haris Ibrahim yang pernah membuat dakwaan hampir sama sebelum ini.

Daripada gambar yang dimuatkan, kertas undi untuk jawatan timbalan dan naib presiden itu berwarna merah jambu, lengkap gambar calon dan mempunya nombor siri. Malaysiakini turut dimajukan e-mel daripada seorang yang tidak dikenali membuat dakwaan yang sama. Ketika dihubungi bagi mendapatkan butiran lanjut berhubung dakwaan itu, individu itu mendakwa memperoleh "dua set" kertas tersebut yang diberikan padanya.

Ditanya bagaimana beliau yakin bahawa ia bukan kertas lebihan yang dicetak, dia menjelaskan "tiada lebihan" dicetak dan kesahihannya boleh disemak dengan PKR melalui nombor siri yang tertera.

Mengakui tidak dapat membuktikan kebocoran itu ekoran tindakan pihak tertentu yang mahu menambah undi, dia berkata kemungkinan itu ada. Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan penjelasan dan komen daripada ibu pejabat PKR berhubung dakwaan-dakwaan itu.

Hari ini, sekurang-kurangnya 37 lagi cabang menjadi yang terakhir melangsungkan pemilihannya di seluruh negara. Keputusan pemilihan akan diumumkan minggu depan dalam kongres tahunnya di Petaling Jaya. (AK)

1 comment:

  1. PKR adalah umno versi nuar beraim. Pada pandangan saya tendang saja PKR dari pakatan rakyat.

    ReplyDelete