Siaran berkenaan dipancarkan dari kota London dan hanya mempunyai rancangan sejam bermula jam 6.30 hingga 7.30 pagi waktu Sarawak di gelombang pendek pada frekuensi 7590 kHz.
Rancangan berita, ehwal semasa dan komentar akan diulang pada hari yang sama pada jam 6-7 petang waktu tempatan pada frenkuensi 15869 kHz.Menurut seorang daripada penganjurnya, Ong Boon Keong, kandungan program itu akan diterbitkan oleh NGO tempatan dan pemimpin masyarakat setempat di sarawak dan dihantar ke London untuk dipancarkan.
“Kami mulakan projek ini beberapa bulan lalu. Kami uji siran pertama hari ini dan mendapati masih ada pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan kejelasan siaran,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, ramai lagi penduduk di pedalaman Sarawak yang mendapatkan berita melalui gelombang pendek, yang kini tidak lagi digunakan di negara-negara maju.
“Kami dapati ramai yang masih guna gelombang pendek radio untuk mendengar siaran RTM,” katanya sambil menambah Radio Free Sarawak bercadang mengisi kekosongan akibat kandungan berat sebelah daripada kerajaan itu.
Adalah dipercayai ini bukan usaha pertama membawa kandungan tempatan ke Sarawak melalui siaran luar negara. Namun semua usaha berkenaan berakhir dengan kegagalan. (AK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tandanya sudah bermula pertarungan PRU 13 Bagi DUN Sarawak, yang dijadualkan berlaku awal.
No comments:
Post a Comment