Monday, November 01, 2010

RM100 Upah Pakai Kemeja-T 1Malaysia. Malunya..


GUA MUSANG 1 NOV 10:
Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T 1Malaysia untuk mengambil bahagian di kawasan perumahan mereka semalam.

Kebanyakan mereka di bayar untuk memakai kemeja-T dengan logo 1Malaysia di depan dan belakang dilihat berkeliaran di sekitar kawasan pilihan raya kecil Gasa di Gua Musang itu sejak beberapa hari lalu.

Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan"Satu Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.

Selain itu, penganjur perarakan itu juga menjamu mereka dengan jamuan makan malam oleh pihak penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'NGO 1Malaysia' yang ditugaskan menyebarkan kempen perpaduan kerajaan tetapi menafikan mereka berkempen untuk mana-mana-mana parti politik.

"Antara 1,000-2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi adalah orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain,” kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan.

Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada satu kali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur untuk mengecam mereka.

Pengerusi Dewan Penyokong PAS Gua Musang, Hua Pang Chow, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata dia dimaklumkan perkara tersebut oleh penduduk tempatan.

"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS,” katanya.

Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia NGO di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka di Galas untuk memupuk kempen perpaduan.

Beliau menafikan mereka yang terlibat dibayar tetapi mengakui penduduk diberikan barangan dan kemeja-T.

"Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi,” katanya.

Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata ia hasil derma oleh usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Ada yang kata, "Mengapa tidak suruh pakai baju 'Undilah BN'? Eh, malunya..."
Jawab.. "Siapa yang malu? BN, SPR atau pemakai upahan itu?" (AK)

Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

1 comment:

Anonymous said...

Kalau dah kalah tu diam2 jela.Jangan la nak reka2 cerita plak hamPAS ohhhhhh hamPAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails