Thursday, November 04, 2010

Sendiket Rasuah Pengundi Atas Pagar?



GUA MUSANG, 4 Nov 10: Menurut sumber berita Harakahdaily.net, Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi atas pagar yang pernah menyokong PAS dengan tawaran lumayan sehingga RM1,000 setiap pengundi malam tadi.

Sindiket itu didalangi kumpulan yang menemui pengundi di saat-saat akhir sejak malam tadi dengan membawa tawaran tersebut. Menurut sumber itu, Umno kini berusaha keras mendapatkan 500 lagi pengundi bagi mencapai misi mereka.

Sementara itu dari sudut keselamatan, menurut Timbalan Pengarah Operasi Polis Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Ahmad Sofian Md Yassin selepas berlaku sedikit insiden kecil berkata,

"Tidak ada insiden teruk tercetus dan tidak ada apa-apa tangkapan dibuat setakat ini." katanya. Menurut beliau lagi, keadaan kini terkawal sepenuhnya...

Ikuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS

1 comment:

tungkaran hati.blogspot said...

Sakadar batakun aja! Bujurkah sambatan urang! urang PAS pintar-pintar babanar badusta? tambahan lagi bakawanan dengan Syaitan kaya Datuk Nik Aziz?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails