Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Fadzil Kemi ketika dalam sidang media di Pejabat Parti Keadilan Cabang Tasek Gelugor semalam menegaskan, yang peliknya SPR tidak pun memaklumkan kepada isteri tentera terbabit bahawa mereka telah menukar status pemilih dari pengundi awam ke pengundi pos. Sedangkan, katanya jika mahu berbuat demikian seseorang isteri tentera harus mengisi borang 1 bukan boleh melakukan tanpa pengetahuan mereka terlebih dahulu.
Walhal isteri tentera sebelum ini, ujarnyaadalah pengundi awam yang tertera dalam daftar pemilih dan bercanggah dengan peraturan-peraturan pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) pindaan 2002 dalam seksyen 2(b) yang mana isteri seorang anggota tentera diberi pilihan sama ada mahu mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (undi pos) atau pengundi awam.
"PAS Pulau Pinang mendapati apa yang berlaku terhadap 630 orang isteri tentera di Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Air Tawar sebagai undi Pos diragui kerana mereka tidak pun dimaklumkan tentang status pemilih mereka sebelum ini," ujarnya sebagaimana yang terdapat pada pertambahan undi Pos dalam Pendaftar Pemilih Tambahan (DTP) suku ketiga 2010.
Katanya, menjadi persoalan sekarang ialah nama mereka diletakkan di bawah pengundi baru sedangkan mereka mendaftar dan mengundi beberapa kali sebelum ini. Tambahnya, ia juga bertentangan dengan sistem SPR yang tidak akan membenarkan pendaftaran baru bagi orang yang pernah mendaftar.
Contohnya, Nazirah Mahmood yang sebelum ini mengundi di Jarak, Tasek Gelugor dalam Dun Permatang Berangan tetapi kini namanya tiada lagi sebagai pengundi awam sebaliknya diletakan di daerah mengundi Jalan Masjid dalam Dun Teluk Air Tawar.
"Bila ditanya beliau mengatakan tidak pernah memohon pertukaran status pemilih dari pengundi awam ke pengundi pos. Walaupun beliau seorang isteri tentera namun lebih senang memilih mengundi cara awam daripada pos," katanya yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang.
Jika begitu, sambung Fadhil, ianya berkemungkinan mempunyai agenda tertentu untuk menggunakan undi pos sebagai 'fixed deposit' dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Sertai sama dalam sidang media itu ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man, Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor, Mohd Nasir Mohamed dan Setiausaha DAP Bahagian Bagan, Francis Ong Koon Liak.
"Sepatutnya SPR sudah lama sedar, dan perlu selesaikan segera terhadap penyelewengan-penyelewengan seperti ini. Apakah SPR sudah mengiyakan, bahawa ia sudah jadi barua atau pecacai kerajaan BN?" kata Weblog Ibnu Hasyim. "Syabas Fadhil! Terus bongkar lagi.. SPR sila bertindak dan jelaskan segera." (AK)
by ASYOK KUMAR
No comments:
Post a Comment