Keputusan itu dibuat selepas baginda menyedari kos majlis sambutan ulang tahun yayasan tersebut terlalu tinggi pagi ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud hari ini. Oleh itu kata beliau, Sultan Selangor telah membatalkan keputusan untuk perkenan menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur Isnin ini.
“Baginda terkejut dan sedih apabila dimaklumkan bahawa kos majlis sambutan tahun ini terlalu tinggi, lebih RM300,000. Ia satu pembaziran dan tidak (akan) membawa (sebarang) manfaat,” kata Ramli kepada pemberita di sini hari ini.
Baginda berpendapat wang itu adalah lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau untuk membiayai lebih ramai pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan selaras dengan visi, misi dan objektif Yayasan Selangor, kata Ramli.
Ramli berkata: “Baginda juga telah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Datuk Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Yayasan Selangor sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara ini dan kos yang terlibat.”
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih dari rakyat yang kerdil ini..(AK)
Bersyukur kita kerana soerg Sultan pun sudah perihatin terhadap pembaziran yg melibatkan kepentingan majlis baginda sendiri. Walhal mungkin kos itu sudah menjadi adat selama ini, sebelum PR memerintah Selangor.
ReplyDeleteKalau seorg Sultan sudah begitu perihatin dgn pembaziran, bagaimana pula seorg PM tidak perihatin dgn kos utk membina Menara Wawasan yg membazir itu.
Malu dan insaflah sikit wahai PM. Sultan akan bertakhta seumur hidup sedangkan PM sat lagi akan turun takhta.
Sungguh tak layak mercakap mengenai kepentingan rakyat dan negara kalau pembaziran berbillion pun dibuat juga.
Sedangkan baru hanya RM300K Sultan sudah katakan membazir. Tidakkah nampak sindiran baginda kepada kamu yg berusaha utk merampas Selangor wahai umno!