KL 11 NOV 10: AHLI parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad semalam di diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana dituduh menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.
Ini membuktikan bahawa teknik penyampaian Islam yang dibawa oleh PAS lebih toleran dan sesuai dengan negara Malaysia yang majmuk ini. Bukan seperti Islam sederhana yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini. Demikian Pandangan editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim sebentar tadi.
Di parlimen semalam, Dzulkefly (kiri -PAS Kuala Selangor) yang berang dengan hujah ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam.
Justeru, “tidak wajar” bagi seseorang Islam membawa makanan “haram” ke sekolah. “Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam,” kata Zulkifli.
Namun, menurut Dzulkefly (Kuala Selangor), isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.
Dzulkefly (K/Selangor) terus membidas balik, dengan berkata: "Inilah amalan agama yang paling sempit".
Disokong oleh sebahagian ahli parlimen Pakatan Rakyat lain. Turut bangun membantah Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), dan Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja). Dzulkefly (K/Selangor) kemudiannya bangun membantah sehingga dewan menjadi kecoh dan tidak terkawal oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar.
Meskipun diarahkan oleh timbalan speaker supaya berhenti bertengkar dan duduk, namun Dzulkefly (K/Selangor) terus membidas bekas ahli parlimen PKR yang berpaling tadah itu. Wan Junaidi kemudian mengarahkan supaya beliau keluar dewan sehingga waktu makan tengahari berahir pada jam 2.30 petang ini.
"Apa yang memanaskan saya apabila saya disuruh duduk, dalam masa sama Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) terus menerus menyerang PAS, serang Islam dan serang saya," katanya di luar pintu dewan.
Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly mendakwa ahli parlimen Kulim Bandar Baharu sengaja menggunakan ruang perbahasan untuk mencetuskan pertentangan.
"Dalam semangat toleransi beragama, Kulim Bandar Baharu membuat satu penyataan yang menunjukkan orang Islam ekstrem.
"Kalau benar mahu bahas isu ini, bukan di sini, tapi Kulim Bandar Baharu terus mengatakan bahawa inilah PAS, yang menghalalkan orang Islam makan babi.
"Inilah cara paling jahat yang sebenarnya mengkhianati agama atas kononnya untuk memperjuangkan agama," katanya kesal.
Sementara itu, Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pada sidang media sama turut mengecam sikap Zulkifli. Katanya, Zulkifli tidak bertanggungjawab dan tidak mengamalkan konsep Islam moderat yang mahu ditonjolkan kepimpinan negara.
by ASYOK KUMAR
No comments:
Post a Comment