Thursday, November 04, 2010

Terus Ke Galas 2..


GUA MUSANG, 4 Nov: Sebanyak 9.93 peratus pengundi telah keluar mengundi pada sekitar satu jam pusat pengundian dibuka pada PRK Dun Galas.

Menurut maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Jabatan Penerangan, jumlah itu tidak membabitkan pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi yang melibatkan masyarakat Orang Asli.

Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas membuang undi bermula jam 8.00 pagi ini.

1.50pm: Suasana sekitar tempat pembuangan undi mula lengang. Kedua dua penyokong juga makin berkurangan.

12.50 pm: lebih 300 orang pengundi luar kini sedang berkumpul di Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati sedang mendaftar nama untuk mengambil wang pulang mengundi.

Beberapa orang yang ditemui mengesahkan menerima RM250 seorang.

Difahamkan terdapat seorang 'ustaz' di dalam bilik tempat duit diberikan. Setiap orang yang datang mengambil duit akan diberitahu "Kita bagi ni bukan rasuah, ikhlas ni, jangan pk bukan-bukan" katanya.

12.30pm: Jalan di pekan Gua Musang masih sesak dengan kenderaan.

12.27pm: Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi.

12.20 pm: Biarpun cuaca mula panas menjelang tengahari, sebahagian besar penyokong masih tidak berganjak dari tempat pembuangan undi. Pengundi juga masih bertali arus menjelang tengahari.

11.50am: Seorang anggota polis menyifatkan suasana pengundian di SJK (C) Cawangan Pulai sebagai paling aman.

Hanya sedikit penyokong dari kedua-dua parti tertumpu di sini. Jumlah pengundi di lokaliti SJK (C) Cawangan Pulai adalah 471 orang.

11.35am: Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

11.30am: Cuaca di Galas mulai cerah. Dijangka pengundi lebih ramai keluar sesi petang ini.

"Orang tak ramai lagi pagi ni sebab orang sini keje sendiri pagi ni, petang ramai la ni," kata seorang pengundi di sini.

11.00am: Pondok panas PAS di kawasan luar SK Seri Wangi penuh dengan pengundi yang mahu mendapatkan maklumat pengundian.

10.58am: Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

10.57am: Anggota Mafrel dilihat melakukan soal selidik kepada penyokong kedua-dua parti di Sek Keb Gua Musang dan Sek Keb Sungai Terah.


10.55am: Suasana sekitar pembuangan undi masih terkawal. Di SK Sri Wangi, kedua-dua penyokong masih bersemangat merayu undi. Mereka bagaimanapun dikawal pihak polis. Pagi tadi sudah berlaku kekecohan di sini sehingga pasukan FRU dikerah berkawal.Keseluruhan Batu Papan 542.

Pengundi di sini adalah antara paling ramai dengan jumlah 542 orang pengundi.

10.15am: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di SK Tengku Muhammad Fakri.
10.02am: Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi. Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11 pagi. (Sumber Harakahdaily)

Ikuti kisah PRK dari mula dan seterusnya.
PRK DUN GALAS

No comments:

Post a Comment