Thursday, November 18, 2010

UMNO Makin Ekstream, Batalkan Pertunjukan Rap?

HALAMAN HIBURAN:
KL 18 NOV 10: UMNO nampaknya makin ekstream bila pertunjukan penyanyi rap kontroversi, Namewee yang dijadual Sabtu ini di sebuah pusat hiburan di Kuantan dibatalkan kononnya kerana mendapat bantahan banyak pihak.

Di Temerloh, Pergerakan Pemuda Umno Pahang membantah sekeras-kerasnya pertunjukan itu kerana bimbang akan mencetuskan perkara tidak diingini. Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimmi Samat berkata bantahan itu bukan bersifat perkauman, tetapi bagi menjaga keamanan kerana sebelum ini pemuda terbabit pernah menguris perasaan rakyat negara ini.

"Kita mahukan penghibur yang baik, bersih dan berakhlak mulia yang boleh menjadi idola kepada semua kaum," katanya.

Sementara itu, pemilik pusat hiburan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dan menyatakan ia berlaku akibat salah faham. Beliau berkata pengelola pertunjukan berkenaan sebelum ini datang menemuinya untuk menyewa premis berkenaan bagi pertunjukan seorang artisnya.

"Dia menawarkan harga yang tinggi, saya pun tidak tanya siapa artis itu," katanya.

Wong berkata beliau hanya menyedari artis berkenaan ialah Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee setelah kain rentang pertunjukan itu digantung di premisnya, Isnin lalu. Lebih 30 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Pahang membantah pertunjukan individu yang pernah mencetuskan kontroversi mempermainkan lagu Negaraku dalam sebuah laman web pada 2007 selain menghasilkan klip video yang mencerca guru serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Wong berkata beliau juga dinasihatkan polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) supaya membatalkan pertunjukan itu. Tinjaun Bernama mendapati pemilik pusat hiburan terbabit telah mempamerkan kain rentang memberitahu pembatalan pertunjukan berkenaan. (AK)

1 comment:

  1. politik punya pasal, pak2 janggoat PAS sokong cina yg pernah hina Islam, cikgu Melayu, azan & lagu negaraku...

    ReplyDelete