Friday, December 10, 2010

Blogger Pro K'jaan Dominasi Media Baru -Drs Khalil Idham Lim

KL 10 DIS 10: Kedudukan 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa ranking kini menunjukkan senarai blogger pro kerajaan mendominasi kedudukan teratas blog-blog yang sering dikunjungi oleh pelayar internet. Kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim ketika mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini.

Senarai ini menggambarkan blogger pro kerajaan kini berjaya mendominasi media baru dalam melancarkan serangan siber. Khalil juga berkata, tidak dinafikan blogger pro kerajaan melancarkan serangan terhadap Pakatan secara tersusun dan berstrategi. Justeru ujarnya, blogger pro Pakatan juga harus dibentuk dan disusun secara lebih teratur dan kukuh untuk membalas serangan itu.

"Saya dapati serangan blogger BN agak berstrategi dan semacam ada kesatuan dan perancangan yang rapi yang dilakukan oleh mereka.

"Kerana itu saya berpandangan usaha dari blogger pro Pakatan juga perlu dengan perencanaan dan strategi secara terancang bagi menawan BN," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Tambahnya juga, peranan blogger juga jelas membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas terutamanya menarik minat golongan muda. Ini juga kerana blogger Pakatan lebih beretika dalam membuat sebarang pendedahan dengan memberikan bukti dan fakta yang jelas, bukan hanya memfitnah.

"Saya melihat semasa PRU ke 12 media pro pembangkang berjaya menarik minat golongan pengundi muda untuk mendapatkan maklumat

"Apalagi segala pendedahan dari blogger Pakatan adalah dengan fakta dan bukan niat untuk memfitnah serta menjaga akhlak Islam.

Katanya lagi, jika Pakatan mengambil ringan usaha ini, tidak mustahil golongan muda beralih kepada BN. "Jika kita lambat dan silap percaturan mungkin mengakibatkan pengundi yang datang dari kelompok yang mempercayai media ini akan memilih BN," katanya.

Beliau mencadangkan, Pakatan Rakyat harus memberikan perhatian serius terhadap peranan blogger pro Pakatan dalam menyebarkan maklumat yang tepat berhubung Pakatan dan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional (BN). Pakatan Rakyat harus mempersiapkan pasukan blogger agar lebih berstrategi dalam menyampaikan maklumat dan menjawab segala serangan BN terhadap Pakatan.

Persiapan ini juga, katanya harus dilakukan segera memandangkan terdapat jangkaan PRU akan diadakan tahun hadapan. Blogger pro Pakatan mestilah digembleng tenaga untuk menjadi media alternatif bagi menjawab serangan BN kepada Pakatan. "Disebabkan gendang pilihan raya telah dipalu oleh BN, usaha tersebut mestilah disegerakan," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pakatan kena dengar baik-baik, jangan sombong buat-buat pekak, tidak prihatin. (AK)

3 comments:

  1. Mintak Dr Khalil nasihat PR Perak. Panggil la balik bloogger yg dulunya mati2an pertahan Kerajaan PR Perak dahulu. MSK,Al husseyn, Dugong Barat, Ajijoi dan byk lagi.
    Adakah depa merajuk? Masalah kewangan? Percakaran dgn pimpinan?

    ReplyDelete
  2. Komen YB Khalil ini adalah perkara serius. Jika blogger PAS sendiri tidak boleh bersatu hati dan merangka penyebaran maklumat dan dakwah secara sistematik, saya kuatir laman laman web ini hanya akan membantu meruntuhkan PAS sendiri dari pentadbiran kerajaan negeri yang diperintah sekarang ini.
    Sebagai contoh, sepanjang banjir di Kedah, hampir tidak ada langsung mana-mana laman web pro PAS yang menggambarkan exco dan ADUN PAS sedang bekerja keras.
    Jadi macam mana nak harap pembaca nak masuk laman web pro PAS?
    Jadi mereka yang atas pagar akan mencari maklumat dari sumber lain. aka pro UMNO tegar. aka lubang untuk sumber pendapatan besar. Tak kurang ribuan ringgit sebulan sebagai gaji tetap sebagai blogger,
    Yang ada dari pro PAS hanya asyik bertekak menghentam pmipinan PAS sendiri. Bandingkan dengan UMNO mana ada yang menghentam pimpinan secara terbuka?
    YB Khalili memang wajar mengingatkan perkara ini berulang kali.

    ReplyDelete
  3. anon
    Kami pro PR x report isu banjir? Tengoklah dlm warta kedah. Berapa byk entri ttg banjir kat situ. Tgk gak brp byk video yg dikeluarkan oleh urusetia penerangan negeri. Depa keja full time. Cukup alatan
    Nak harap kami siarkan berita positif je ttg pr? Sama la cam tve,rtm, bh dan um.
    Kami blogger part time. Tegur kelemahan pr terutamanya.
    Ko bukan blogger? Komen pun guna anon..

    ReplyDelete