Monday, December 13, 2010

BN Rampas Perak Dari PR Dibukukan.


KL 13 DIS 10: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin atau MB Rakyat Perak hari ini melancarkan buku yang diterbitkan lamanweb popular Loyarburok.com yang memperincikan peristiwa pengambilalihan kuasa oleh BN yang menyaksikan penyingkiran beliau dan Pakatan Rakyat di Perak.

Buku yang bertajuk 'Perak: A State of Crisis' merupakan kompilasi artikel tulisan peguam dan aktivis di blog, terutamanya yang menyokong perjuangan Nizar untuk mengembalikan kuasa kerajaan Pakatan selepas peristiwa tersebut. Ia turut memuatkan empat analisis khas oleh pakar-pakar seperti bekas hakim Datuk NH Chan dan pakar perlembagaan, Prof Shad Saleem Faruqi mengenai krisis perlembagaan yang berlaku.

Nizar yang diberi nama jolokan menteri besar rakyat oleh pihak penganjur, tiba di tempat pelancaran buku itu di Annexe Gallery di ibunegara, dengan diberi sambutan meriah oleh para penyokong Loyarburok.com, rakan politik dan para aktivis. Antara mereka yang hadir memberi sokongan ialah bekas presiden Majlis Peguam dan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan; pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham serta penyumbang bahan untuk buku tersebut. (Malaysiakini.com)

2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!

Anonymous said...

Anonymous said...
Sebaliknya saya masih percaya dengan PAS. PAS tidak dapat berdiri sendiri untuk mengubah iklim politik malaysia yang semakin pincang. ini realiti. Barisan pimpinan PAS tidak pernah menggadai prinsip perjuangan mereka iaitu memartabatkan Islam sebagai ad-deen negara, menjadikan undang-undang dan peraturan Islam tonggak utama negara.

Ini jelas terlihat tatkala berlaku isu-isu yang melibatkan prinsip, PAS tidak pernah gentar menyatakan pendirian mereka yang jitu. Contohnya apabila timbul isu cina boleh menjadi PM di Malaysia. Datuk Nik Aziz dengan lantangnya menyatakan PAS menerima cina, India hatta Afrika kulit hitam sekalipun asalkan dia seorang muslim yang beriman.

Begitu juga isu mendirikan negara Islam, PAS tidak pernah memansuhkan cita-cita ini cuma oleh kerana hasrat tersebut tidak dapat direalisasikan kini maka keutamaan ialah menjatuhkan kerajaan BN/UMNO terlebih dahulu melalui jalinan kerjasama dengan parti lain. Ini dibolehkan dalam Islam kerana menjatuhkan kerajaan yang zalim dan jahat itu wajib ke atas setiap umat. Nabi sendiri pernah menjalinkan kerjasama dengan memeterai perjanjian dengan puak2 yahudi yang bukan Islam demi mempertahankan Madinah dari serangan kafir Quraisy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails