Wednesday, December 01, 2010

Buru Cicak Gergasi.. Bersama PAS & Orang Banjar

Ibnu Hasyim (kanan), Hj Ramli Pembekal (tengah) dan Sdr Zulkifli (kiri). Mereka bertemu di Surabaya. Mengapa dengan 'PASTI PAS' gambar di Indonesia ini? Lihat catatan seterusnya.

Zulkifli (depan) bersama Ibnu Hasyim di sebuah perdesaan Pandaan Surabaya.

KAMI bertemu di Surabaya. Saya dan dua kawan. Alhamdulillah, lama tak jumpa, kini baru jumpa. Seorang, orang lama berumur kira-kira 70an, masih gagah sesuai dengan umurnya. Namanya Haji Ramli bin Pembekal.

"Pembekal. Mengapa nama Pembekal?" Saya tanya sahabat yang seorang lagi. Namanya Zulkifli, umur 40 tahun lebih. Isterinya orang Surabaya.

"Oh. Engkau belum tahu. Itu dalam bahasa Banjar." Kata Zukifli. "Saya pernah bersama Haji Ramli ke sebuah kampung di Banjarmasin, beberapa tahun lalu. Bila dapat tahu sahaja beliau anak Pembekal, orang-orang kampung itu datang mengerumuni dan menyambut kehadirn kami dengan mesra. Mengapa? Rupanya ada rahsia di sebaliknya..."

Rahsianya..

Pada masa zaman jajahan Belanda dulu, suatu hari hujan lebat di kampung itu. Pihak berkuasa Belanda datang meninjau rakyat yang kebanjiran. Tiada orang membantu membersihkan saloran air. Dia dapat tahu orang-orang kampung berkumpul di masjid, sedang mendengar kuliah, termasuk pengulunya yang bernama Pembekal. Kerajaan Belanda mengarahkan Pembekal kumpulkan orang kampung, buat pembersihan segera. Ini perentah!

"Kuliah agama lebih pentng, tidak boleh dihentikan!" Jawab Pembekal dengan tegas dan berini.

Tindakan beliau disokong oleh orang-orang kampung, yang menganggapkan sebagai pahlawan menentang penjajah. Hal ini menyebabkan beliau diburu, dan akhirnya terpaka berhijrah ke Malaysia. Beliau datang ke Selangor membuka perkambungan baru di Tanjung Karang. Yang bersama-sama kami inilah anak pahlawan tersebut. Ramli bin Pembekal namanya. Pembekal adalah bahasa Banjar.

Menurut Hj Ramli, Orang Banjar dalam sejarah Malaysia terkenal menyokong perjuangan Islam. Contohnya, Ustaz Ahmad Azam, bekas ketua Persatuan Banjar Perak yang menyokong penubuhan PAS peringkat awalan. Beliau menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang pertama, selepas penubuhan PAS. Kerana waktu itu pantai timur Semenanjung masih tidak kuat PAS.

Pilihan raya umum pertama sebelum merdeka 1955 di Tanah Melayu, PAS dapat 1 kerusi memenangkan calon parlimennya Tuan Haji Ahmad Tuan Husin orang Banjar dan 1 DUN Perak, calonnya Ahmad Kamar. Kerana itu maka beliau ditugaskan menjadi Pesuruhjaya pertama PAS bagi negera Terengganu.

Di bawah pentadbirannya, dalam pilihan raya umum pertama selepas merdeka 1959 Terengganu ditawan PAS bersama-sama Kelantan. Dikatakasn, beliau selayaknya menjadi Menteri Besar Terengganu waktu itu. Ramai lagi orang-orang Banjar menyertai PAS terutamanya d kawsan Tuan Hj Ahmad Tuan Husin, Parit Buntar dan lain-lain. Umpasmanya Hj Hasan Adli Panglima Jihad PAS, Hj Hasan Shukri Timbalan Presiden PAS, Hj Ahmad Awang bekas Ketua Persatuan Ulama Malaysia dan Naib Presiden PAS, dan ramai lagi.

"Kalau Pembekal itu dianggap sebagai cicak yang diburu Belanda waktu itu, maka beliau saya anggap sebagai 'cicak gergasi.." Kata saudara Zulkifli kepada saya.

'Mengapa kau ambil contoh cicak?" Saya tanya.

"Kerana aku datang ke sini dari Tanjung Karang Malaysia untuk memburu dan menangkap cicak gergasi atau 'tokek' (
Gekko gecko) untuk jualan." Katanya, nampak bersungguh-sungguh. "Kau nak ikut?" Dia mempelawa saya.

Zul yang ku kenal adalah anak keturunan Jambi kelahiran Malaysia, ayahnya juga seorang peneroka awal di Tanjung Karang bersama-sama ayah Ramli, Pembekal. Saya kenal dia semasa beliau bersama Ketua Pemuda PAS Tanjung Karang Cik Gu Rasdi beberapa tahun lalu, termasuk Hj Ramli sebagai aktivis di belakangnya. Itu sebabnya mereka berdua tidak boleh tengok perkataan 'PAS', walau pun berada di luar Malaysai. Itu sebabnya juga mereka mengajak saya bergambar dengan 'Pasti PAS'' seperti gambar di atas. Walaupun gambar itu hanya iklan jualan petrol di Indonesia, tiada kena mengena dengan PAS, parti politik di Malaysia.

"Kau nak ikut?" Dia tanya lagi.

"Pas! Pasti pas!!"

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
1 Dis, 2010
Jogja/Surabaya

Catatan perjalanan ebelum ini...

1 comment:

  1. yess!!!!
    sayalah keturunan PEMBEKAL!
    chayalah my moyang!

    ReplyDelete