Friday, December 24, 2010

DUN Tenang Akan Bergolak: PRK 30 Jan-P/Calon 22 Jan


PUTRAJAYA, 24 Dis — Suasana akan bergolak, apabila pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor akan diadakan pada 30 Januari dengan penamaan calon 22 Januari.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha (gambar), wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008. Tarikh pilihan raya kecil ini diumumkan susulan mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini pagi ini. DUN Tenang, salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis.

Sulaiman, 59, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

tanpa ragu ragu...aku pengundi berdaftar dun tenang dhn penuh rasa ketenangan akan memangkah DACING...BN ler...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails