Thursday, December 30, 2010

Gambar Cium Julie Woon ini...



KL 30 Dis 10: Mstar Online melaporkan, pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.

Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.

"Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.

"Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.

"Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.

MyMetro pula memberitakan, selepas dikecam hebat pelbagai pihak, laman blog kontroversi yang menyiarkan rakaman video pengakuan gay seorang jurutera Islam mengalah dan memadamkan klip video itu kononnya atas faktor keselamatan lelaki terbabit.

Dalam posting terbaru laman terbabit, moderator blog itu menjelaskan klip video itu dipadam kerana bimbang tindakan pihak berkuasa ke atas lelaki itu.

“Kami memutuskan untuk menurunkan video ‘Saya gay, Saya OK’ demi keselamatan kerana nyawanya (lelaki terbabit) diancam pelbagai komen dan blog dan pihak berkuasa keagamaan dilaporkan hendak mengambil tindakan ke atasnya,” kata moderator blog itu.

Bagaimanapun, dalam posting sama, moderator blog itu berkeras akan mempertahankan hak golongan yang bernafsu songsang seperti gay dan lesbian.

Sementara itu, Senat AS (18 Dis) menyetujui aturan yang membolehkan kaum gay untuk aktif dalam tentera, 31 orang anggota menolak perubahan itu, dengan alasan dapat merusak moral tentara pada saat perang. Wartawan BBC di Washington Iain Mackenzie mengatakan hasil pemungutan suara itu merupakan kemenangan besar bagi Obama.

Soalnya, mampukah kerajaan dan rakyat Malaysia bertahan dari serangan krisis moral seperti gay dan lesbian ini? Mampukah bertahan dengan sistem pembelajaran, media dan perundangan yang ada? Perlukah dikaji balik dan dilaksanakan Islam secara keseluruham seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

No comments:

Post a Comment