Tengok apa yang P Ramlee gambarkan pada masa dulu kini dah berlaku hari ini
Hai kamilah penyamun di dalam negeri
Kerja merompak, mencilok dan mencuri ….
Keterangan Tambahan:
RM22 juta & 6 juta kos baik pulih dibazirkan begitu sahaja oleh negara ini. Penyamunkah pemimpin negara ini?
Lihat Laporan ini..
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009
Pengurusan Kapal Latihan Paus Institut Perikanan Malaysia (IPM), Chendering, Terengganu
ii. Kos penyelenggaraan/baik pulih/emolument/bahan api/claim = RM6.12 juta
iii. Bagi tempoh 3 tahun, sejumlah RM 4.32 juta telah dibelanjakan untuk tujuan penyelengaraaan kapal.
iv. Tempoh 2007-2009, sejumlah RM 846, 721 dibelanjakan untuk penggunaan bahan api di mana generator perlu dihidupkan setiap malam. Kos bahan api setiap perjalanan refill di Kuantan = RM 24,000.
v. Sejumlah RM 953, 968 dibelanjakan untuk emolument dan elaun anak kapal KL Paus
SEJARAH
Bagi tujuan latihan, Jabatan Perikanan Malaysia (Jabatan) telah menyediakan 5 kapal yang terdiri daripada 2 kapal pukat jerut (satu untuk zon pantai dan satu untuk laut dalam) dan 3 kapal pukat tunda. Sehingga kini, hanya 2 kapal pukat jerut yang masih beroperasi dan 3 lagi kapal pukat tunda telah dilupuskan kerana telah uzur dan berusia lebih 25 tahun. Kapal pukat jerut laut dalam dinamakan sebagai Kapal Latihan Paus (KL Paus). Ia dibina oleh Malaysia Shipyard & Engineering, Pasir Gudang, Johor dengan kos berjumlah RM22 juta dan telah diserahkan kepada Jabatan pada bulan Oktober 1992 serta didaftarkan di Pelabuhan Klang, Selangor.
Tujuan perolehan KL Paus adalah untuk melatih nelayan laut dalam khususnya dalam bidang penangkapan ikan tuna dengan pukat jerut dan menjalankan penyelidikan dalam bidang biologi dan sumber ikan tuna serta oceanography supaya dapat membangunkan industri tangkapan ikan tuna di Malaysia. Gambar berikut menunjukkan Kapal Latihan Paus:
KELENGKAPAN
Kapal ini mempunyai enjin Yanmar dengan keupayaan 2,800 HP, beratnya 684 tan, berukuran panjang 51 meter, lebar 9.1 meter dan draft 6 meter. Ia mampu memuatkan 125,000 liter minyak diesel, 150 tan air tawar dan 100 tan tempat simpanan ikan. Selain itu, KL Paus juga dilengkapi dengan peralatan pelayaran dan teknologi penangkapan ikan laut dalam yang moden seperti sonar, global positioning system, gyro compass, 2 pukat jerut, sistem kren untuk menurun/ menarik semula pukat serta sebuah skip boat untuk menarik pukat jerut. Di samping itu, ia juga dibekalkan dengan peralatan kajian bagi tujuan penyelidikan seperti acoustic echosounder.
Penemuan Audiot: Hasil judi negara mulai tahun 2000 hingga September 2010.. Lihat laporan parlimen ini..
Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.
JAWAPAN BERTULIS:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
Tahun | Jumlah (RM) |
2000 | 1,958,380,415.89 |
2001 | 1,972,252,986.48 |
2002 | 1,922,115,807.36 |
2003 | 1,797,401,240.15 |
2004 | 1,849,176,119.10 |
2005 | 1,984,615,754.74 |
2006 | 2,266,814,152.52 |
2007 | 2,416,963,021.54 |
2008 | 2,561,892,892.66 |
2009 | 2,606,378,658.57 |
Sehingga 20 September 2010 | 1,952,406,090.08 |
2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.
Itukah kerja-kerja penyamun dalam negara ini?
Disunting dari Blog Jiwo Kelate.
No comments:
Post a Comment