Wednesday, December 22, 2010

Kes Syiah: UMNO Yang Sesat Patut Didakwa.

Dr Hj Mohd Hasyim

KL 22 DIS 10: UMNO yang sesat kerana menolak hukum hudud yang pernah dicadangkan oleh PAS untuk dilaksanakan di negara ini. UMNO mengengkari hukum Allah, melebihi dari 'bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti' seperti yang dituduhkan.

Tegas editor weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim sewaktu dihubungi sebentar tadi, berikutan berita seramai 101 daripada 128 pengikut Syiah yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum ini. Mereka telah disoalsiasat kerana didakwa terlibat dalam ajaran tersebut. Menurut sumber daripada bahagian penguatkuasa JAIS, pengikut ajaran itu mula memberi keterangan sejak ditahan minggu lepas. Proses merakamkan keterangannya dijangka selesai Khamis ini.

Menurut sumber itu lagi, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti. Sekiranya sabit kesalahan, kumpulan itu boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

"Mereka belajar secara berkumpulan. Kita faham kalau (belajar) secara individu itu, tidak ada masalah sebab kita pun tak tahu. Tapi ia dibuat secara berkumpulan," katanya kepada media.

Dalam fatwa negeri Selangor, terdapat larangan terlibat, mempelajari atau mengembangkan ajaran Syiah. Rabu lalu, pengikut Syiah itu termasuk warga asing itu ditahan JAIS ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves. Antara terlibat golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan, menurut laporan.

Sumber itu juga memaklumkan, daripada 128 orang yang ditahan itu, dua daripadanya telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuang pada 16 Disember lalu. Katanya, selain dituduh mengikut seksyen 12(c), mereka turut berdepan dengan dua lagi pertuduhan di bawah Seksyen 7(1) dan Seksyen 13 enakmen yang sama. Seksyen 7(1) memperuntukkan mengenai mana-mana orang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Manakala Seksyen 13 pula memperuntukkan mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau hukum syara' yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Selangor.

Sekiranya tertuduh melakukan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kes tersebut akan disebut semula di mahkamah berkenaan pada 20 Januari depan. Manakala seramai 126 lagi pengikut ajaran itu dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 24 Mac depan.

"Menolak hukum (hudud) yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah suatu kesesatan, cuba menyesatkan seluruh rakyat Malaysia, mengapa UMNO tidak didakwa? " Jelas Dr HJ Mohd lagi. (Asyok Kumar)

3 comments:

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    ReplyDelete
  2. Berlapang dadalah dengan perbezaan pendapat dan fahaman. Selagi Syiah dan UMNO ini mengaku yang Tuhan mereka ALLAH, Nabi mereka nabi Muhammad, maka jadilah mereka saudara seislam kita biar apa pun fahaman dan pegangan ijtihad mereka.

    Kenapa lebih cenderung mengaku saudara dengan DAP sedangkan mereka tidak percayakan ALLAH dan tidak mengaku Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH semata-mata untuk menundukkan saudara islam yang dikatakan sesat itu. Kalau sesat, tunjukkanlah jalannya, paling bagus, bagilah hidayah kepadanya, kalau bolehlah.

    Alangkah bagusnya kalau PAS boleh memberi hidayah kepada mereka-mereka yang sesat dan kafir ini. sudah tentu, semua manusia akan menjadi muslim yang baik.

    ReplyDelete
  3. Awas dua-dua di atas tu musang berbulu ayam. umno jahiliah mengku PAS.

    ReplyDelete