Tuesday, December 14, 2010

Mahkamah Tayang Semula Vedio, Syaitan Cut Tari!

HALAMAN HIBURAN

This is the similarity between Cut tari real faces and the woman on the video which is claimed as cut tari

BANDUNG 14 dis 10: Di sebalik demonstrasi kumpulan konservatif Islam di luar mahkamah, adegan seks bintang rok Nazril “Ariel” Irham dan selebriti Cut Tari dipertontonkan ketika perbicaraan membabitkan penyanyi kumpulan Peterpan itu, semalam.

Cut Tari yang kemudian keluar dari mahkamah dengan linangan air mata memberitahu pemberita, dia rasa sedih apabila menonton kilp video sekali lagi. Kali pertama ia ditunjukkan bahan itu bersama Ariel ialah Ogos lalu ketika disoal siasat oleh polis.

“Ia hanya membuka semula segala luka (yang telah dialami),” kata Cut Tari sebelum meninggalkan mahkamah dengan menaiki sebuah kereta bersama suaminya Yusuf Subrata dan peguam dia Hotman Paris Hutapea.

Malah ketika menghampiri keretanya, Cut Tari juga berhadapan dengan jeritan kumpulan yang mengadakan demonstrasi dengan memanggilnya “syaitan.” Cut Tari merupakan salah seorang daripada enam saksi yang memberi keterangan semalam, lapor Jakarta Globe.

Lima yang lain termasuklah tiga anggota Hajar, kumpulan bukan kerajaan yang membuat aduan mengenai kes itu dan dua ahli kumpulan Peterpan — Andika dan Indra.

“Kesemua saksi mengatakan bahawa mereka (dalam video) itu menunjukkan Ariel, Luna Maya (seorang bekas penyampai program TV), sekarang teman wanita Ariel dan Cut Tari,” kata ketua pendakwa Rusmanto.

“Cut Tari mengaku dialah orangnya dalam video bersama Ariel dan memang melakukan (perkara itu) bersama dia.

“Ariel terus menafikan yang lelaki (dalam video) adalah dia dan Cut Tari,” kata beliau.

“Cut Tari mengakui (perkara itu),” kata beliau sambil menambah, Cut Tari juga mengaku pernah mengadakan pertemuan seumpama itu dengan Ariel tiga kali antara 2005 dan 2006, tetapi tidak dapat ingat lokasinya.

Rusmanto berkata, Luna Maya tidak dapat hadir di mahkamah semalam tetapi akan dipanggil minggu depan.

“Luna Maya minta kebenaran mahkamah untuk pergi ke Singapura,” katanya lagi.

Ariel yang ditahan sejak Jun lalu didakwa menghasilkan klip video itu, menunjukkan hubungan seks dengan Luna Maya dan Cut Tari pada dua masa yang berlainan. Ketika bercakap kepada pemberita sebelum meninggalkan mahkamah, Ariel berkata, oleh kerana perbicaraannya berkaitan dengan soal pengedaran bukannya penghasilan klip video, maka dia memberi fokus mengenai aspek itu.

“Tiada apa-apa yang janggal, semua berjalan macam biasa,” kata Ariel yang dikenakan tuduhan di bawah Undang-undang Anti Pornografi 2008, Undang-undang Maklumat dan Transaksi Elektronik 2008 dan Kanun Jenayah kerana “mengambil bahagian dalam satu perbuatan jenayah.”

Pada pertengahan Ogos lalu, Ariel menafikan yang dia terlibat dalam dua klip video pornografi apabila dipertontonkan bersama Cut Tari. Ketika itu, pihak polis telah menayangkan salah satu rakaman itu di hadapan Cut Tari dan Ariel di bilik yang sama di ibu pejabat polis kebangsaan di Jakarta. Menurut Hotman, pihak polis menggunakan pendekatan itu untuk mengenal pasti pelakon dalam video itu, yang mana salah seorangnya ialah Ariel.

Satu lagi video melibatkan Luna Maya, yang juga artis berprofil tinggi di Indonesia. Klip video yang dipercayai dirakamkan menerusi telefon, panjangnnya antara lima dan tujuh minit disebarkan menerusi internet sejak awal Jun lalu. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails