Tajuk asal Kosmo Online: Nikahi budak 11 tahun tidak sah
KOTA BHARU 23 DIS 10: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memutuskan perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun yang popular dengan panggilan 'Sudin Ajaib' pada 19 Februari lalu adalah tidak sah.
Hakim Abdullah Man berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati, tidak ada asas membatalkan perkahwinan antara kanak-kanak terbabit dengan lelaki berkenaan kerana hubungan mereka berlangsung tanpa apa-apa dokumen yang sah mahupun sijil nikah.
Keputusan tersebut disambut dengan linangan air mata oleh ibu kanak-kanak itu, Siti Sarnan Mat Ail, 42, plaintif yang memfailkan tuntutan membatalkan perkahwinan tersebut.
Siti Sarnan dalam samannya memfailkan suaminya, Hussin Salleh, 54, sebagai defendan pertama manakala lelaki yang dikatakan bernikah dengan anaknya, Shamsudin Che Deraman atau 'Sudin Ajaib' sebagai defendan kedua.
Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata, pernikahan antara kanak-kanak itu dengan defendan kedua hanya dakwaan pihak plaintif semata-mata kerana ikatan itu tidak disokong dengan dokumen yang lengkap untuk menjelaskan wujudnya pernikahan itu. (Kosmo! Online/AK)
1 comment:
Pelik..memanglah tak bagus budak bawah umur kawin..tapi itu hari dia dia nikah,ayah dia yang jadi saksi..
So ni kata tak sah pulak nikah dia..
Post a Comment