Thursday, December 23, 2010

WikiLeaks Dedah Menteri M'sia Rogol Amah Indo


KL, 23 Dis 10: Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan. Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat. Kini, bekas menteri itu kembali aktif apabila dilantik sebagai seorang pengerusi kepada sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini. Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya. Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya. (AK)

3 comments:

Langit dunia.. said...

Hmm..
Mcm mana Indon x anti dgn Malaysia..
Dgn menteri pon sama menyumbang dlm memburukkan imej negara..

Anonymous said...

Bermakna pemimpin Umno tidak adil...

Anonymous said...

Bekas menteri kini kembali sebagai Pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru ditubuhkan? Bekas Menteri itu Syed Botak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails