Saturday, January 16, 2010

Rehlah Bersama Orang Asli, Anda Minat? Sila Hubungi Kami..

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

PETANG tadi, editor Blog Wartashubhi dengan beberapa kawan lagi menelefon saya hendak jumpa. Kami bersetuju untuk berjumpa di sebuah perkampungan orang asli, Gombak bersama pemimpinnya, di situ.

"Kami ni, nak rehlah. Atau berkelah.. lebih kurang begitulah." Kata salah seorang dari kami, mengarahkan cadangannya kepada Tok Batin pemimpin orang asli, dalam perjumpaan di situ. "Cuma kami nak tanya pandangan Tok Batin, di mana kami boleh pergi berkelah? Yang dengan pemergian kami ini, dapat kita sama-sama manfaatkan faedahnya."

"Ooo." Jawab Tok Batin. Dia terus berfikir.

Tok Batin ini kami kenal lama. Dari tahun 2007 lagi. Saya masih ingat waktu kami selesai memanjat bukit sekitar kampungnya. Kami ziarahinya dan tumpang sembahyang di rumahnya. Walau pun dia masih belum Islam, tetapi dia mempelawa kami sembahyang di rumahnya kerana surau belum ada lagi. Di situlah hubungan kami mula rapat, sehingga dia benarkan kami berjamaah dan solat tarawih bersama-sama penduduk kampung beragama Islam di rumahnya, dan melaksanakan program kebajikan sepanjang malam bertarawih dan Ramadzan tahun itu.

Terbayang saya, bagaimana dua gadis cantik jururawat orang asli dari hospital daerah itu sibuk membantu orang kampung yang sakit perlukan rawatan, semasa ramai yang sedang bertarawih. Saya rasa macam nak purapura sakit kerana nakkan rawatan dari si cantik itu. Maaf, itu cuma khayalan, tak berlaku pun. Gurau-gurau saja!

"Begini. " Tiba-tiba jawab Tok Batin, memutuskan imbasan kenangan lama saya itu. "Encik ingat tak? Dulu walaupun saya masih belum Islam, encik bantu saya buat program kebajikan. Encik tulis dalam blog dan surat khabar sehingga bantuan datang mencurah-curah. Menyebabkan saya bersama beberapa keluarga mengisytiharkan masuk Islam. Akhirnya boleh buat masjid, tempat permainan anak-anak muda, dewan orang ramai, pejabat, ada Imam, tok siak dan segala macam sehingga jadi seperti yang ada sekarang."

"Al-hamdulillah!" Kawan-kawan menyambut.

Sambungnya, ".... dan baru-baru ini, saya pergi berceramah di perkampungan orang asli di Perak atas nama persatuan kebajikan dan koperasi orang asli di sana, saya ceritakan bagaimana saya masuk Islam. Tiba-tiba beberapa minggu lepas, hasil dari ceramah saya itu saya terima panggilan ada tiga keluarga yang nak masuk Islam."

Kami terperanjat. "Mengapa masih belum pergi lagi?"

"Nak pergi dengan apa? Bukan ada kereta. Bukan ada peruntukan dari mana-mana pihak." katanya bersungguh-sungguh. "Bila encik datang ni, nak pergi.. apa tu? Rehlah? Saya rasa inilah peluang kita pergi sama-sama ke sana!"

"Bagus tu! Elok kita rancangkan." Sambut seorang dari kami.

"Saya yakin, saya kenal tuan-tuan lama. Dengan cara pendekatan tuan-tuan, kita pergi daki bukit, berburu bersama-sama orang kampung, tinggal di sana tiga empat hari dan malam. Kita buat program-program menarik seperti pertandingan sumpit dan lain-lain. Kami siapkan tempat tinggal, saya yakin bukan 3 keluarga masuk Islam, bahkan seluruh kampung itu akan masuk Islam." jelas Tok Batin.

"Eh. Betul ke Tok Batin?"

"Tak percaya boleh cuba. Mereka adalah sanak saudara saya. Khabarnya puak-puak Kristian sudah merancang ke sana.. dan saya kenal sangat mereka!" Kata Tok Batin.

Maka, itulah tujuan saya coretkan catatan santai kali. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan idea dan apa-apa saja, hatta diri pembaca-pembaca blog ini yang ingin menyertainya, kami sentiasa alu-alukan. Jika berminat, sila e-mail seperti di bawah. Wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Gombak Jan 16, 2010.

Sebelum ini..

1.. Strategi Kristian Menawan Orang Asli?
2.. Orang Asli: Pengkhianat & Serang balas Kristian?
3.. Lelaki Asli. Tiup Seruling Dengan Hidung
4.. Selamatkan Aqidah Masyarakat Kami..
5..Jangan Me'Melayu'kan Orang Asli..
6..
Tok Batin Orang Asli Cabar Mahyuddin Yasin?

Hina Allah & Nabi Dalam Blog. Apa Wajib Kita Buat?


Banyak lagi kartun-kartun dan tulisan hina Allah & Rasul. Bahkan ada yang lucah, biadap dan kurang ajar! Anda lihat sendiri! Apa sikap kita dalam menangani masalah ini? Blog lawan blog? Jihad melalui melalui blog?

ASSALAMU'ALAIKUM warohmatullahi wabarokaatuhu,

Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam). Bapak Ibu kaum Muslimin wal Muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
atau:

http://beritamuslim.wordpress.com

Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW. Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu ditutup dengan cara sebagai berikut :

Pertama buka alamat

http://en.wordpress.com/report-spam/

Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
Your Email : email Anda

http://beritamuslim.wordpress.com

Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin

Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu — era muslim.

Lelaki Misteri Rambut Panjang Bunuh Nurin & Sharlinie?


AMPANG: Belum selesai kes penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, dan Sharlinie Mohd Nashar, 5, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menjadi mangsa, kelmarin.

Nenek mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila cucunya, murid tahun enam, dalam perjalanan ke kedai runcit berhampiran rumahnya di Taman Dagang di sini.

Menurutnya, ketika berjalan kaki bersendirian, sebuah van dinaiki seorang lelaki menghampiri cucunya sebelum berhenti.

“Lelaki tempatan berambut panjang dan memakai kemeja-T putih terus keluar dari van dan menghampiri cucu saya.

“Dia memeluk lalu menangkap cucu saya dari belakang. Akibat terkejut dengan tindakan itu, cucu saya meronta dan cuba melepaskan diri,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu menyumbat mulut murid perempuan itu dengan kain sebelum menariknya masuk ke dalam van terbabit.

“Selepas berjaya mengheret masuk ke dalam van, dia menutup muka cucu saya dengan pita pelekat bagi mengelakkannya menjerit meminta tolong.

“Cucu saya dipaksa duduk sebelum dipakaikan tali pinggang keledar. Cucu saya cuba melawan dan melepaskan diri, namun lelaki terbabit menolak dan mengugutnya supaya diam,” katanya.

Difahamkan, sebelum matanya ditutup, mangsa sempat melihat beberapa botol arak dalam van berkenaan sebelum lelaki itu menghidupkan enjin dan meninggalkan tempat kejadian.

“Penjenayah itu kemudian memandu ke arah Wangsa Maju sebelum berhenti berhampiran pondok pengawal yang menjadi pintu masuk utama satu kawasan perumahan.

“Lelaki itu keluar dari van dan berjalan ke arah belakang kenderaan itu tanpa diketahui tujuannya. Kesempatan itu digunakan cucu saya untuk membuka pintu van perlahan-lahan sebelum bergegas melarikan diri tanpa menoleh belakang,” katanya.

Kanak-kanak itu bernasib baik kerana arif dengan kawasan berkenaan sebelum menuju ke rumah datuk saudaranya di Jalan Setiawangsa untuk mendapatkan bantuan sebelum membuat laporan polis. “Saya hanya menyedari kejadian itu selepas dihubungi ibu saudaranya kira-kira sejam selepas dia terselamat. Kami sekeluarga tidak tahu motif lelaki itu melarikannya.

“Kejadian itu menyebabkan dia trauma dan takut pergi ke sekolah. Akibat terlalu takut, cucu saya demam panas dan kini berehat di rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti penjenayah terbabit.

Oktober lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diculik seorang lelaki menggunakan van putih selepas diumpan dengan wang RM5 di Kampung Sungai Pinang, Batu 3, Jalan Kapar, Klang, kira-kira jam 8.30 malam. Bagaimanapun, mangsa sempat melarikan diri walaupun sudah diperkosa penjenayah yang sempat membawanya bersiar-siar.

Dalam kejadian sebelum ini, Nurin Jazlin Jazimin, 8, diculik selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007. Mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya. Dua bulan selepas itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun nyaris diculik berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju tidak jauh dari tempat Nurin dilaporkan hilang.

Dalam kejadian itu, mangsa yang cuba ditarik masuk ke dalam van sempat melawan sebelum dilepaskan penjenayah yang terkejut dengan jeritan ibu mangsa. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa turut dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.

Blog Ibnu Hasyim: Apakah lelaki misteri berambut panjang ini yang membunuh Nurin, Sharlinie, dan ramai lagi kanak-kanak lain? (Sumber: Mymetro/AK)

Denda RM3,000, Kalau Bukan Islam Guna 35 Kalimah Ini



LARANG KALIMAH 'ALLAH' DIGUNAKAN BUKAN ISLAM
Bukan Islam boleh didakwa jika guna 35 kalimah yang dilarang

SHAH ALAM: Bukan Islam di Selangor yang menggunakan 35 kalimah dan perbahasan bagi mengaitkannya dengan agama mereka secara bertulis atau lisan boleh didakwa di mahkamah.

Sabit kesalahan, bukan Islam itu boleh dihukum didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Muhammed Khusrin Munawi, berkata Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 menyenaraikan 35 perkataan atau kalimah yang dilarang digunakan bagi mengaitkan dengan agama bukan Islam.

Beliau berkata, orang bukan Islam menggunakan 35 kalimah dan perbahasan yang dilarang itu boleh didakwa mengikut enakmen berkenaan kerana menghina, ingkar serta mempertikai perintah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan keputusan Majlis Fatwa Selangor yang dibuat pada 2008.

Kalimah itu ialah Allah, Firman Allah, Ulama, Hadis, Ibadah, Kaabah, Kadi, Ilahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Kiblat, Haji, Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Injil, Solat, Khalifah, Wali, Fatwa, Imam, Nabi dan Sheikh.

Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 kalimah dalam perbahasan bagi mengaitkan dengan agama mereka iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahailallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, Insya-Allah, Astaghfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masya-Allah dan Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim.

'Jika ada aduan rasmi (bukan Islam menggunakan kalimah ini) kita akan siasat dan ambil tindakan,' katanya di sini kelmarin. (CYB/BHM/AK)

Lihat, Pakaian Kebesaran Kristian Dipermainkan.

Lihat gambar bagaimana pakaian kebesaran Kristian dipermainkan, bukan sahaja logo parti Islam..

PAS Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman yang disifatkan sebagai menghina PAS dalam laman blognya.

Sehubungan itu satu laporan polis dibuat Ahli Jawatankuasanya, Mohamad Jamil Abbul Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam jam 10.30 pagi tadi.

Jamil berkata, tindakan Hamidah dalam laman blognya yang meletakkan logo parti Islam pada pakaian kebesaran agama Kristian ternyata menjatuhkan maruah dan moral pemimpin dan seluruh ahli serta penyokong Pas.

“Kita merasakan bahawa beliau dengan sengajanya menghina dengan meletakkan lambang Pas pada pakaian kebesaran agama Nasrani. Kita rasa perbuatan ini dengan sengaja ingin mencemarkan Parti Islam.

“Demi kepentingan survival politik, beliau sanggup memutarberlitkan isu kalimah Allah ini sehingga mewujudkan suasana tidak tenteram di antara penganut agama di Malaysia. Beliau celaru dengan seruan ‘Umat Islam perlu bersatu’ tetapi perbuatannya menghancurkan persaudaraan Islam,”katanya selepas membuat laporan polis.

Oleh itu, Pas Shah Alam mendesak Hamidah memohon maaf kepada seluruh pemimpin, ahli dan penyokong Pas di seluruh negara dan menghentikan perbuatannya dengan segera.

“Menasihatkan beliau agar merujuk kepada ulamak-ulamak muktabar yang diiktiraf oleh kerajaan UNMO-BN yang dianugerahkan Tokoh Maal hijrah seperti Dr Wahbah Az Zuhaili dan Dr Yusof al-Qaradawi dalam penggunaan kalimah Allah oleh penganut Samawi,”katanya.

Hamidah dalam artikel ‘Need To Unite Muslim’ di blognya meletakkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berpakaian ala-Pope dan tertera logo Pas di tengkolok yang dipakai.

Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi berkata, beliau meminta Hamidah untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukan sahaja menghina parti Islam, tetapi juga menghina agama Kristian, yang boleh membangkitkan dan membakar semangat perselisihan antara agama. Lihat gambar bagaimana pakaian kebesaran Kristian dipermainkan.

Lagi, fitnah gambar Khalid Samad memegang salib Kristian pula.. Blog ini pun boleh disaman juga, ada dua gambar fitnah. Gambar di atas dan gambar ini.. sila klik..

Awas Blog Ini Mengapikan Permusuhan Agama. Sila Ko...

P/Raja K'tan Imami Solat Hajat, Apa Yang Ganjil?

Solat beramai-ramai..

KOTA BHARU, 15 Jan 2010: APA yang ganjil bila Pemangku Raja Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat di padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi?

Harakahdaily melaporkan...

Satu: Pernahkah anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata? Tentunya jarang sekali. Kalau ada pun, dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat. Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Dua: Apa lainnya? Kerana yang menjadi makmun pada solat tersebut ialah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Tiga: Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir. Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.

Empat: Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun. Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya. Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.

Lima: Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.

“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.

“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.

“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.

Blog Ibnu Hasyim: Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar. Wa Lillahiham.

Friday, January 15, 2010

Khutbah Jumaat S'ngor Mengampu Sultan & Mengapikan Perkauman?


by ASYOK KUMAR

AMPANG, Jan 15 10 — Bolehkah dikatakan Khutbah Jumaat hari ini mengampu Sultan dan tambah mengapikan perkauman agama? Demikian pertanyaan dari editor Blog Ibnu Hasyim Dr Hj Mohd Hasyim, sewaktu ditemui di sini lepas solat Jumaat tadi, setelah diminta mengulas mengenai kenyataan The Malaysian Insider.com mengenai khutbah Jumaat hari ini.

Menurut The Malaysia Insider, khutbah solat Jumaat hari ini disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk negeri Selangor, menekankan penggunaan kalimah Allah dengan meminta umat Islamnya agar mengetepikan permusuhan sesama sendiri untuk menghadapi isu semasa ini. Bagaimanapun khutbah kali ini juga menekankan harapan agar umat Islam di Selangor bertindak penuh hikmah dan tidak mengambil tindakan melulu akibat keputusan mahkamah 31 Dis lalu.

Sebagai warganegara yang menghormati kedaulatan undang-undang, hendaklah kita bertindak dengan bijaksana di dalam lunas undang-undang negara.

“Pihak yang berkuasa sedang mengambil tindakan yang perlu mengikut proses undang-undang negara kita. Kita berdoa semoga tindakan yang mereka ambil diperkenankan dan diredhai oleh Allah SWT,” kata khutbah yang bertemakan “Bersatu Mempertahankan Kalimah Allah”.

Tindakan pertama menurut khutbah itu, ialah bersatu perkukuh perpaduan. “Walaupun sebahagian kita berbeza ideologi, namun ianya tidak sampai menggadai maruah agama yang maha suci, semata-mata mempertahankan pangkat dan kuasa,” kata teks khutbah yang diperoleh dari laman web Jais.

Editor blog Ibnu Hasyim memberi komen, " ... 'sebahagian kita berbeza ideologi', seperti yang disebut dalam teks laman web Jais itu.. Pada saya inilah punca perpecahan umat. Mana ada ideologi lain lebih baik dari Islam yang menjadi pegangan hidup umatnya? Hal ini perlu diperbetul dan disatukan sebenarnya, oleh orang Islam sendiri. Bukan dengan mengambil ideologi asobiah, sekularisme atau lain-lain ciptaan manusia yang sesat, seperti sistem perundangan made in England, dan lain-lain."

Bagaimanapun menurut The Malaysian Insider, khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam (Jakim) pula hanya menyentuh soal gerhana matahari satu peringatan dan hidup lebih manis tanpa gula (menyokong kerajaan kerana harga gula naik).

Khutbah Jais juga menegaskan, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis lalu membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah “Allah”, yang disifatkan amat memeranjatkan bagi semua umat Islam di seluruh negara.

Kata teks khutabh Jais itu lagi,

“Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

“Dalam konteks Malaysia, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara agama seterusnya boleh membawa perpecahan yang serius jika gagal dikawal.

“Lebih-lebih lagi, apabila mengenangkan kelalaian umat Islam yang ada pada hari ini, telah memberi ruang kepada missionary bukan Islam mengambil kesempatan untuk tujuan-tujuan tertentu,” katanya.

Ia menambah kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam, yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa, sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam.

Komen Dr Hj Mohd lagi mengenai khutbah Jais itu,

"Pertama: Sesiapa saja pun disuruh agama 'menghalang mudarat' . Itu betul.

Kedua: Soalnya apakah 'mudarat yang dijangkakan' itu?. Sila kemukakan alasan-alasan menasabah bahawa 'keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis lalu membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan kalimah “Allah”, sebagai mudarat yang dijangkakan.

Begitu juga menuduh penganut Kristian Malaysia guna nama Allah,

(i).. 'amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara agama''.
(ii).. 'missionary bukan Islam mengambil kesempatan untuk tujuan-tujuan tertentu'.
(iii).. '
menambah kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam, yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah'

''Itu adalah suatu tuduhan berat dan perkauman. Sikap 'buruk sangka' yang buruk tanpa alasan pada orang lain, patut dibuang jauh-jauh. Apalagi bila dikemukakan oleh jabatan yang mewakili umat Islam, dalam khutbah Jumaat atau majlis rasmi agama pula.

Ketiga: Sikap menyalahkan orang lain kerana kegagalan diri, contohnya kata-kata teks tersebut, 'boleh membawa perpecahan yang serius jika gagal dikawal' dan 'apabila mengenangkan kelalaian umat Islam..' Nak tutup burukdiri, dengan memburukkan orang lain."

Awal minggu ini Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar kerajaan negeri teguh dengan pendirian menghalang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain bagi memelihara akidah umat Islam.

Baginda turut menitahkan agar Mais membincangkan dengan teliti mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis lalu yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald. Baginda turut menitahkan supaya Mais memaklumkan kepada rakyat bahawa terdapat undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam memerihalkan agama bukan Islam, kata beliau.

"Kita bimbang, sokong membawa rebah dan pagar sudah makan padi!" Kata Dr Hj Mohd lagi. (AK)

Kuliah Jumaat Di Dataran Ilmu: Siapa Blog Mengumpat?


KOTA BHARU Jumaat Jan 15 2010: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca, laporan Bernama sebentar tadi.

Kata Tok Guru Nik Aziz, tulisan blog banyak bersifat mengumpat orang lain dengan pelbagai isu dan meminta rakyat menapis maklumat yang tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan oleh penulis dalam blog masing-masing.

"Blogger yang macam ini bukan boleh nak tambah ilmu, kerana banyak dok mengumpat orang. Kalau blogger boleh tambah ilmu tak apa," katanya ketika menyampaikan kuliahnya di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan penulis blog yang cuba melaga-lagakan pihak tertentu khususnya dalam politik PAS Kelantan sebagai 'blogger celaka'.

Dalam perkembangan lain, beliau mencadangkan pembuat kuih tradisonal di negeri itu mengambil langkah proaktif menukar nama-nama kuih tradisional yang tidak manis didengar, seperti kuih 'tahi itik'.

Katanya, nama baru yang lebih sedap didengar boleh menarik orang ramai membelinya sesuai dengan keenakan kuih berkenaan.

Menurutnya, kalau nama kuih tradisional lain, seperti 'puteri mandi', 'jala emas' boleh dinamakan maka tidak ada sebab kuih 'tahi itik' juga ditukar kepada nama yang lebih sesuai.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah kreatifnya Tok Guru walaupun kepada perkara yang dianggap kecil oleh sesetengah orang, seperti nama-nama kueh itu. Mengenai blog ini, apakah termasuk blog mengumpat atau tidak memberi ilmu, anda sendiri cuba nilaikan. Sila komen kalau rasa patut komen, walaupun kesannya pahit, tetapi ubat. Terima kasih.(AK)

Ada kaitan..

Tak Boleh Mengumpat?? Lihat Ini..

Islam-Kristian: Dialog Bukan Demo Terus Lancar

Dr Rani bersama Manikavasagam bersalam dengan Pastor Lau sebaik selesai berdialog di Gereja Glad Tidings Assembly di Kelang, semalam

Gambar: Paderi Dr John Gnanapiragasam sedang mendengar dengan teliti ucapan Dr Rani di Gereja Our Lady of Lourdes

KLANG, 15 Jan 10: Ekoran isu penggunaan nama Allah dan kejadian membakar gereja di seluruh negara, usaha merapatkan hubungan antara agama Islam dan Kristian nampaknya terus bergerak lancar. 'Dialog bukan demo' dari atas sampaikan ke bawah berjalan terus.

Semalam Adun PAS dari Meru, Klang, Dr Abdul Rani Osman melawat dan berdialog dengan pemimpim gereja. Dr Abdul Rani Osman meminta semua penganut agama jangan bimbang untuk melakukan amalan di tempat ibadat mereka masing-masing. Dr Rani berkata inilah yang dibenarkan oleh Islam malah Perlembagaan negara juga memperuntukkan begitu kepada rakyatnya.

Perkara ini telah dibuktikan berjalan dengan baik sebelum ini sehingga ada pihak mengeruhkan keadaan. Jika ada kebimbangan melaksanakan tuntutan agama, beliau memberi jaminan memberikan tenaga Pemuda PAS di kawasannya untuk tampil menjaga keharmonian masyarakat jika diperlukan.

Beliau yang juga YDP PAS Kawasan Kapar berkata demikian ketika bercakap di dalam majlis meraikan kunjungannya di Gereja Glad Tidings Assembly dan Gereja Our Lady of Lourdes dekat sini, petang semalam. Menurutnya, PAS menghormati kebebasan semua penganut agama selain Islam mengamalkan agama mereka kerana sikap ini telah dibuktikan oleh pemerintahan Islam sejak zaman berzaman.

Dr Rani turut menyebutkan bagaimana di zaman pemerintah Khalifah Saidina Omar, Masjidil Aqsa diperintah oleh Islam di mana terdapat sebuah gereja di sebelahnya yang mana kuncinya dipegang oleh orang Islam sehingga kini.

“Sebab itulah PAS yang berpegang teguh dengan ajaran Islam mengutuk keras mana-mana pihak yang terlibat di dalam kejadian merosak serta membakar gereja dan kuil ekoran dari isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Saya yakin jika semua penganut agama kembali kepada ajaran mereka, nescaya masyarakat kita aman, kerana tidak ada agama yang menyuruh penganutnya melakukan kejahatan,” tegasnya.

Di Gereja Glad Tidings Assembly, rombongan Dr Rani bersama Ahli Parlimen Kapar, Manickavasagam disambut oleh Pastor Lau Moong Som, Pastor Mark, Setiausaha, Rebecca dan pimpinan gereja lain dalam suasana mesra dan harmoni. Begitu juga di Gereja Our Lady of Lourdes pula oleh Rev. Dr John Gnanapiragasam dan pengurus, Helen.

Kedua-dua pimpinan gereja itu mengucapkan terima kasih atas kunjungan hormat pimpinan PAS itu ke tempat ibadat mereka dan memberi jaminan mereka tidak memaksa orang lain untuk menganut agama mereka.

“Saya ucapkan terima kasih atas kesudian Dr Rani mempelawa kami untuk menjalin kerjasama di dalam menjaga keamanan masyarakat setempat,” tegas Lau ketika memberikan ucapan balasnya di dalam majlis berkenaan.

Sementara itu, Helen pula berkata, terdapat sukarelawan yang melakukan kerja-kerja pemantauan keselamatan gereja mereka dari berlakunya sebarang unsur negatif. Di dalam kunjungan itu juga, rombongan Dr Rani telah dibawa melawat keadaan di dalam tempat ibadat di kedua-dua gereja berkaitan. (AK)

Berlakukah Undang Syariat Sepenuhnya Di Aceh?

Gambar diambil pada 2 Disember 2009 merakamkan polis Syariah wanita Aceh (kanan) menasihati seorang wanita yang menunggang motosikal supaya memakai pakaian yang sopan semasa ditahan di satu sekatan jalan raya di Banda Aceh. - AFP

BANDA ACEH Jan 14 10 – Suasana damai berjalan seperti biasa di mana kawasan pantai, anak kecil bermain ombak, gadis-gadis sunti bersembang di pantai yang berpasir dan muzik kedengaran dari corong radio daripada sekumpulan budak lelaki.

Namun, pantai terletak di Banda Aceh ini, merupakan satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Syariah sebagai kod perundangan dan keadaan menjadi tegang apabila anggota polis tiba dengan trak pikap.

Unit polis yang dipanggil ‘Wilayatul Hisbah’ ini menjalankan rondaan untuk mencegah aktiviti maksiat pasangan belum berkahwin, wanita Islam tidak bertudung atau memakai pakaian ketat, serta mereka yang minum arak atau berjudi.

Dalam keramaian di pantai, sentiasa ada pasangan duduk berdua-duaan walaupun tidak terlalu dekat, namun masih menjadi sasaran polis Syariah.

“Kamu masih belum berkahwin, kamu tidak boleh berdua-duaan di sini. Balik sekarang,” kata seorang polis kepada pasangan yang kemudian berjalan dalam kekecewaan ke tempat letak kenderaan.

Remaja perempuan yang memakai seluar ketat juga turut tidak terlepas daripada menerima tindakan.

“Kamu sepatutnya malu berpakaian begini. Balik ke rumah dan tukar pakaian kepada pakaian yang lebih sopan,” kata seorang pegawai lain kepada dua gadis berseluar jeans.

Indonesia merupakan negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia, namun Aceh adalah wilayah yang paling kuat melaksanakan undang-undang Syariah, selari dengan gelarannya sebagai ‘Serambi Mekah’ kerana ia merupakan wilayah pertama di rantau ini menerima Islam.

Aceh mendapat hak menggunakan undang-undang Syariah sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi yang ditandatangani pada 2002 yang bertujuan menamatkan konflik antara pemisah Islam dengan tentera Indonesia yang telah meragut beribu-rubu nyawa.

Seramai 160,000 maut dalam tragedi tsunami Lautan Hindi pada 2004, yang membuka jalan ke arah perdamaian antara kedua-dua pihak serta kemasukan berbilion dolar bantuan asing. – REUTERS

Komen Blog Ibnu Hasyim: Banyak yang patut difokuzkan mengenai undang syariat di Aceh. Kita lihat sikit dulu mengenai Busana Islami atau pakaian Muslimah. Prof Dr Tgk Muslim Ibrahim, MA, seorang konsultasi agama di 'Serambi News' Aceh, merungkai persoalan yang diajukan kepada beliau sebulan dua lalu. Katanya...

"Alhamdulillah, pengasuh (beliau sendiri) merasa amat berbahagia menerima pertanyaan-pertanyaan semacam ini, yaitu berkait wanita dan ditanyakan oleh kaum wanita sendiri. Sebab yang demikian itu, pada umumnya adalah benar-benar tumbuh dari anak hati sanubari atas dorongan keinsafan dan keprihatinan yang sejati.

Betul, bu! Saya benar benar merasakan sebagaimana yang ibu rasakan itu, prihatin, sedih, ya... ‘ndak tahulah apa namanya. Kebetulan baru saja kemarin saya lewat jalan di depan Mesjid Raya. Saya melihat seorang setengah baya, kulitnya sedikit berwarna. Ia menggunakan kerudung putih, sehingga wajahnya terlihat lebih anggun dari apa adanya. Kemudian, pada bagian bawah, ibu itu memakai rok yang memang panjang hampir sampai ke mata kaki.

Sayangnya, roknya itu memang dibelah kiri dan kanan sampai ke atas lutut, sehingga tatkala ia mengangkat kaki untuk melangkah, dari paha hingga ke sandalnya terlihat jelas sesuai belahan rok. Naudzubillahi Minasysithaanir Rajiim. Betul-betul amat memalukan. Apalagi yang memakai celana ketat ataupun jean, lebih na’uzubillah lagi Buk RT (penanya). Banyak sekali dalil yang amat kuat mewajibkan (bukan menganjurkan, sebagaimana yang ibu sebutkan) kita berbusana Islami. Yang laki-laki berbusana muslim dan yang perempuan berbusana muslimah.

Di antaranya Allah swt berfirman, termaktub dalam surat Annur ayat 31, yang artinya: “Katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya membatasi pandangan dan menjaga kehormatan dan jangan menampakkan perhiasannya (badan atau tubuhnya) kecuali hanyalah yang biasa nampak (yaitu wajah dan tapak tangan. Dan haruslah mereka menutupkan kain kerudungnya hingga ke dada. Janganlah mareka menampakkan badannya itu kecuali kepda suami...”

Ayat itu jelas mewajibkan muslimah menutup badannya dengan busana yang dapat menutupi seluruh yang disuruh tutup itu. Hadis juga cukup banyak yang mengwajib busana Islami itu. Misalnya, sabda Nabi kepada Asmaa binti Abubakar:

“Wahai Asma, Anak peremuan kalau sudah haidh (baligh) tidak boleh lagi menampakkan tubuhnya, kecuali hanyalah ini dan ini (sambil menunjuk kepada muka dn telapak tangan) Hadits Shahih riwayat Abu Daud.

Berdasarkan dalil dalil tersebut, para ulama telah ijmak menyatakan bahwa hukum berbuasana muslimah begi wanita dan berbusana muslim begi lelaki adalah wajib hukumnya. Islam memang tidak menetapkan satu model kusus untuk busana Islami, asal modelnya tidak out of date, kolot dan seterusnya. Artinya, modelnya dapat diatur sesuai perkembangan zaman dan kemajuan daerah ataupun tempat. Itulah sebabnya, Islam hanya menjelaskan krietria-kriteria yang terpenuhi oleh busana islami.

Ada sejumlah kriteria utama.

Pertama, harus dapat menutup seluruh aurat yang wajib ditutup pakaian wanita, tentunya harus dapat menutup aurat wanita dan pakaian lelaki harus dapat menutup aurat lelaki.

Kedua, aurat wanita berhadapan dengan Allah swt adalah seluruh tubuh, kecuali muka, seperti yang kita lihat pada waktu salat; berhadapan dengan bukan mahram adalah seluruh tubuh, kecuali muka, ujung tangan hingga pergelangan dan ujung kaki hingga mata kaki; berhadapan dengan mahram adalah antara pusar dengan lutut plus bagian tertentu pada dada; dan berhadapan dengan suami adalah tidak ada bagian yang wajib ditutup, meskipun dianjurkan tidak serba buka.

Ketiga, bahan pakaian haruslah dari material yang halal, yaitu halal bahannya dan halal pula cara menperolehnya dan tidak tipis/jarang “lagee bulee denden”, agar tidak tansparan terlihat kulit dan sebagainya.

Keempat, longgar, tidak ketat, sehingga tidak menampakkan lekuk lekuk tubuh. Kalau itu semuanya nanpak terlihat dari luar, tentulah tidak ada lagi arti pakaian yang dipakai.

Pakaian Islami berbeda dengan pakaian khas agama lain. Berbeda dengan pakaian lawan jenisnya, maka pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan demikian juga sebaliknya. Tidak merupakan pakaian yang dibangga-banggakan sehingga menyolok pandangan. Kriteria busana islami itu harus menjadi perhatian kita semua. Untuk lebih lanjut, kalau Ibu ada berkeingiann untuk membaca buku saku mengenai Busana Muslimah dan Sosialisasinya, ibu dapat datang ke kantor Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU), insya Allah, selama persediaan masih ada, kami akan sangat senang memberikan satu eksemplar untuk ibu.

Dapat pengasuh tambahkan bahwa anjuran untuk melaksanakan kewajiban berbusana Islami di Aceh ini telah dikumandangkan Gubernur Ir Abdullah Puteh Msi pada tanggal 1 Muhaharram 1424 lalu. Instruksi itu untuk sementara ditujukan begi karyawan/ti dan keluarganya, serta pada kawasan instansi pemerintah. Yang demikian itu adalah agar tidak seperti yang dituding Allah swt dalam firmanNya:

“Apakah engkau menyuruh orang lain berbuat baik, sementara engkau sendiri (keluarga dan jajaran staf-stafmu) engkau lupakan!" Afalaa ta’qiluun.

Kita semua wajib berapresiasi kepada semua pihak yang ingin menegakkan syariat Islam di negeri syariat ini. Pelaksanaannya tentulah harus sesuai dengan syariat dan prosudur hukum yang berlaku. Kita salut kepada Bupati Aceh Barat yang tidak hanya menyiapkan payung hukum untuk penataan busana Islami di wilayahnya, tapi juga menyediakan jalan keluar yang cukup lumayan dengan menghimpunkan sedekah jariah orang berupa busana yang Islami. Semoga Allah swt membantu kita semua. Demikian, Wallahu A’lamu Bish-Shawaab.· Oleh Prof Dr Tgk Muslim Ibrahim, MA. -Pengasuh Rubrik Konsultasi Agama Islam (KAI) "

Artis Kumpulan 3 Gadis Jelita 1977 Dicekup Lagi.

Obat malu..


Jan 15, 10 - AMPANG: Tidak serik walaupun pernah dicekup kerana menyalahgunakan dadah, bekas penyanyi berkumpulan wanita popular mengulangi perbuatan sama. Kali ini, penyanyi berusia 29 tahun itu dicekup bersama 14 yang lain di sebuah hotel murah di Bandar Baru Ampang di sini yang dipercayai dijadikan 'port' dadah mereka, malam kelmarin.

Ketika diserbu, penyanyi berkenaan dikatakan cuba menyembunyikan dadah dipercayai syabu dalam loket rantai dipakainya, namun taktiknya dapat dikesan sepasukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.Susulan tangkapan itu, polis turut ke sebuah pangsapuri dan menemui pelbagai jenis dadah termasuk sebutir peluru hidup.

Difahamkan, penyanyi wanita terbabit yang turut memakai tatu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam. Turut ditahan dalam operasi itu ialah pasangan suami isteri, namun pemeriksaan air kencing mendapati wanita terbabit tidak menghisap dadah, sebaliknya hanya menemani suaminya ke hotel berkenaan.

Menurut sumber polis, operasi terbabit yang diketuai seorang pegawai dan sembilan anggota dilakukan selepas menerima maklumat awam yang melaporkan sekumpulan lelaki dan wanita menjadikan hotel murah terbabit sebagai tempat melepaskan gian dan mengedar dadah.

"Susulan maklumat itu, kami menyerbu dan menahan 15 lelaki dan wanita dalam bilik berasingan di hotel terbabit.

"Siasatan mendapati mereka menjadikan hotel berkenaan sebagai markas mengedar dadah dan juga tempat melepaskan gian," katanya.

Menurutnya, operasi itu berakhir kira-kira dua jam kemudian dan semua yang ditahan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk pemeriksaan air kencing.

"Semua yang menjalani ujian air kencing didapati positif dadah, kecuali seorang iaitu wanita yang menemani suaminya," katanya.

Harian Metro tahun lalu pernah melaporkan artis terbabit yang juga seorang bekas penyanyi wanita berkumpulan yang pernah popular pada sekitar pertengahan 90-an diberkas polis ketika masih khayal di sebuah rumah di Kampung Pandan. Ketika ditahan, artis terbabit berada dalam sebuah bilik bersama dua rakan lelaki dan dua wanita dalam keadaan 'lalok' termasuk sebahagian daripada mereka tertidur dan tidak menyedari kehadiran polis.

Serbuan kira-kira jam 4 petang itu dilakukan hasil maklumat orang awam yang memaklumkan sebuah rumah di kawasan terbabit dijadikan markas kumpulan berkenaan menghisap dadah. Semua mereka dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing dan pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka positif dadah jenis syabu.

Artis terbabit pernah menganggotai sebuah kumpulan yang terdiri tiga gadis jelita pada 1997 dengan membawa konsep irama dangdut mengundurkan diri selepas berlaku perselisihan faham dengan seorang kakitangan syarikat rakaman selain disebabkan menghadapi beberapa masalah peribadi.

Dia kemudian beralih arah dengan aktif sebagai pelakon dan model sambilan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan. Demikan MyMetro melaporkan.


Komen Blog Ibnu Hasyim: Kes ini adalah kes maruah kerajaan Malaysia yang mengaku negara Islam contoh di dunia. Apakah kerajaan atau mana-mana pihak sudah kehabisan idea untuk menyelesaikan masaalah moral & maruah dalam masyarakat artis? Apakah patut hanya diserahkan kepada polis sahaja? Perkara yang sentiasa berlaku berulang-rulang sepanjang masa? Tidak adakah jalan penyelesaian, atau sengaja dibiarkan...

Nak selesai macam mana, lihat berita ini.. "(Bermula)Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri dari "Parti Pembela Bangsa & Agama", UMNO di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi had..'

Kembalilah kepada penyelesaian menurut Islam..
(AK)

S'pura, Seorang Lagi Jemaah Islamiah (JI) Ditahan.

Abu Bakar Bashir: Ustaz ini juga dituduh pengganas

14 Jan 2010 SINGAPURA: Seorang anggota JI ditahan di bawah ISA

SEORANG anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang juga dikatakan anggota kumpulan militan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohd Azmi Ali, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Laporan cyberita.asia

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Mohd Azmi, 41 tahun, diberkas dalam November tahun lalu dan dikenakan perintah tahanan (OD), yang berkuat kuasa pada 15 Disember lalu. Mohd Azmi menganggotai JI pada 1989 yang ketika itu dikenali sebagai kumpulan Darul Islam (DI).

Sekitar 1997, dia melawat kem MILF di Mindanao, Filipina. Dia mengambil baiah dengan pengerusi MILF ketika itu, Hashim Selamat. Di sana juga dia belajar menggunakan senjata api dan menghadiri demonstrasi membuat bom di samping menyumbang kepada MILF, walaupun sedar sepenuhnya bahawa wang sumbangannya itu, antara lain digunakan untuk membeli senjata.

Dia melarikan diri dari Singapura pada Disember 2001 ketika tindakan keselamatan diambil ke atas anggota kumpulan JI. Persembunyiannya berakhir apabila dia ditangkap dengan kerjasama pihak berkuasa rantau ini.

Menurut MHA lagi, dua anggota JI Singapura, Mohamed Nazir Mohd Uthman dan Hashim Abas, diletakkan di bawah Perintah Sekatan (RO) di bawah ISA sejak 6 Januari lalu - setelah tempoh OD mereka tamat.

Mohamed Nazir dan Hashim diberkas pada Disember 2001 dan ditahan di bawah ISA sejak Januari 2002 kerana terlibat dalam rancangan JI yang dituduh untuk melakukan serangan ganas di beberapa sasaran di Singapura. Sejak ditahan, kededua mereka telah membantu dalam siasatan dan menunjukkan kemajuan ketara dalam pemulihan.

Sementara itu tempoh RO ke atas tiga lagi anggota JI/MILF tamat Sabtu lalu dan tidak diperbaharui. Ketiga-tiga lelaki itu ialah Hamim Jaafar, Yusri Mohamed Yusof dan Abdul Ghani Omar. Mereka dikenakan RO buat kali pertama pada 10 Januari 2004.

'Memandangkan ketiga-tiganya telah bekerjasama dalam siasatan dan memberikan respons positif terhadap pemulihan, mereka tidak lagi perlu menjalani pemantauan di bawah RO,' tambah MHA. (AK)

Thursday, January 14, 2010

Islam-Kristian: Pendekatan Baru PAS, Dialog Bukan Demo

Atas: Mujahid menyertai dialog dengan penganut Kristian. Bawah: Hadirin yang hadir di majlis itu.

GELUGOR, Pulau Pinang, 14 Jan 10: Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengadakan dialog antara Islam dan Kristian selepas PAS melakukan pendekatan berdialog dan penerangan kepada bukan Islam dalam isu 'kalimah Allah' demi menjaga keharmonian negara.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berjaya membuka lembaran baru buat PAS terutamanya di tahun baru 2010 yang menyaksikan berbagai peristiwa hitam terjadi pada negara.

Dr Mujahid telah pergi secara rombongan bersama aktivis parti dari Parit Buntar, Perak serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Takiqudin Hamzah, Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Tanjung, Yacoob Omar, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Yusoff Mohd Noor dan Setiausaha PAS Jelutong, Nasir Ismail.

Mereka disambut dan diberikan penghormatan kerana sudi hadir untuk memperjelaskan isu yang menjadi topik hangat ketika ini. Dialog ini diadakan semalam di Dewan Holy Spirit iaitu sebuah dewan yang berada dalam kawasan gereja Greenland, iaitu terbesar di Pulau Pinang. Selesai sahaja Dr Mujahid berucap, orang ramai yang memenuhi dewan itu bangun sambil bertepuk sebagai tanda menghormati dan menyanjung ucapan beliau.

Antara rumusan ucapan Dr Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional itu ialah, beliau menasihatkan masyarakat Kristian jangan terpengaruh dengan mainan pihak tertentu yang mahukan negara menjadi tidak tenteram padahal masalah yang berbangkit boleh diselesaikan dengan mudah sekali.

Ia sengaja disensasikan bagi kepentingan politik pihak tertentu terutamanya melindungi isu yang tengah hangat diperkatakan. Maka sebab itu, PAS mengambil langkah menangani masalah tersebut dengan berhemat iaitu dengan berdialog bukan berdemontrasi kerana jalan berkenaan membolehkan perpecahan berlaku di kalangan rakyat negara ini.

"Sebenarnya isu ini bukan isu sensasi tapi sengaja disensasaikan oleh pihak tertentu untuk menjaga kepentingan politik sempit mereka. Bagi PAS berdialg adalah cara terbaik untuk masyarakat bukan Islam tahu keindahan perjuangan yang diwarisi Junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w, " terangnya.

Tambahan pula Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia sudah memadai untuk memeliharaan Islam sebagai agama rasmi negara serta Perkara 11 (4) dalam kebebasan beragama masyarakat bukan Islam tidak boleh sebarkan agama mereka kepada orang Islam.

Islam juga ujarnya, melarang penganutnya membinasakan rumah ibadat bukan Islam untuk mengelak daripada dianggap Islam itu ganas sekaligus menjauhkan mereka daripada mendekati Islam secara bersungguh.

"Saya yakin Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia sudah memadai untuk pemeliharaan Islam serta Perkara 11 (4) yang melarang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada orang Islam, " tegas beliau.

Turut memberi pandangan pada majlis berkenaan ialah Exco Kerajaan Tempatan dan Lalulintas Negeri, Chow Kon Yeow, Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim dan aktivis Aliran, Anil Netto.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ini adalah suatu pendekatan baru bagi PAS terokaan Lajnah Perpaduan Nasional. Syabas dan tahniah Dr Mujahid!(AK)

Silakan Solat Gerhana Matahari Esok!







KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku esok bermula jam 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku jam 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai khutbah khas gerhana.

Jakim melalui Cawangan Falak mengadakan solat sunat kusuf di masjid utama negara iaitu Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya pada jam 3.45 petang.

Aktiviti cerapan diadakan di masjid terbabit dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor dan Institut Latihan Islam Malaysia (IIim), Bangi, Selangor.

Sementara itu di Ipoh, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein meminta seluruh umat Islam di negeri ini khususnya ahli PAS menunaikan solat sunat gerhana matahari, esok.

"Marilah kita mengambil peluang keemasan yang jatuh pada hari Jumaat, esok hari untuk bermunajat kepada Allah SWT agar suasana politik yang tidak tenteram dan tidak aman di Perak dikembalikan dengan rakyat diberikan peluang sekali lagi untuk memilih siapakah kerajaan pilihan mereka, Pakatan Rakyat atau BN," Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, bagi pihak Pesuruhjaya PAS negeri tersebut. (2MA)

Misteri Permata Biru Yang Hilang.. Diplomatik Saudi-Thai Terganggu

Permata biru yang langka

Lima polis Thai didakwa mengenai kes kecurian permata biru Arab Saudi.

Jalanan Thailand

Hubungan dagang Thailand-Arab Saudi terganggu

MISTERI kejahatan yang sudah berusia 20 tahun dan sangat mempengaruhi hubungan diplomatik antara Thailand dan Arab Saudi memasuki babak baru. Lima anggota polis Thai didakwa membunuh seorang pengusaha asal Saudi yang hilang pada tahun 1990.

Kes ini bermula dengan kecurian beberapa permata bernilai jutaan dolar dari satu istana Saudi oleh seorang lelaki Thai yang bekerja sebagai petugas pembersih di situ pada tahun 1989. Kelima polis tertuduh membantah tuduhan mereka melakukan pembunuhan.

Kes permata biru yang hilang ini melibatkan petugas pembersih, istana Arab Saudi dan kelima polis ini menimbulkan ketegangan diplomatik antara dua negara itu selama dua dekad.

Renggang Tegang.

Pertama, permata bernilai US$ 20 juta termasuk satu berlian biru yang dicuri dari istana Saudi telah diseludupkan ke Thailand pada tahun 1989. Pencurinya tertangkap dan hampir semua barang curiannya ditemukan kembali.

Masalah kedua, kes ini muncul lagi setelah sebahagian besar barang yang dikembalikan ke Arab Saudi itu, ternyata barangan palsu. Setahun kemudian, tiga diplomat Arab Saudi di Thailand telah dibunuh dan seorang pengusaha Saudi, Mohammad Al-Ruwaili, didapati hilang.

Lima polis itu kini sudah didakwa, dituduh menculik dan membunuh Ruawaili. Salah satu teori yang berkembang, Ruwaili terkorban ketika dia disoalsiasat polis. Pencurian dan kemudian pembunuhan yang terjadi terus memburukkan hubungan Thailand dan Arab Saudi. Keputusan mahkamah Thai Selasa lepas, memutuskan dakwaan terhadap kelima polis itu mungkin dapat memperbaiki suasana.

Hilang Kerja.

Sebelum insiden pembunuhan ini terjadi sebanyak 300,000 warga Thai bekerja di Arab Saudi. Jumlah ini sekarang mengecil hanya tinggal 15,000 jiwa. Selain ribuan pekerja imigran Thai hilang kerja, perdagangan antara kedua negara yang bernilai milion dolar juga terganggu.

Pada tahun 1994, atas usaha Arab Saudi di Thailand waktu itu, dikatakan kes pembunuhan diplomat Saudi itu sudah 'ditutup'. Tetapi kini, desakan itu timbul lagi. Masalah itu dituntut supaya diselesaikan sebelum tempuh hukuman bulan depan. Pemerintah Arab Saudi juga ingin permata biru itu dikembalikan sebelum hubungan diplomatik dilaksanakan.

Batu permata biru seperti yang dimiliki oleh Arab Saudi ini hanya boleh didapati di beberapa tempat sahaja di seluruh dunia. Begitulah, ramai yang menunggu kesudahan kisah misteri permata biru yang hilang ini, terutama ratusan ribu bekas dan bakal tenaga kerja Thai di Saudi... (AK)

Bukan PAS For All Tetapi PAS All The Way -Salena Tay Seorang Katolik

by Selena Tay
SAYA telah menjadi seorang pemerhati politik sejak tahun 1985 lagi. Pada masa itu sehinggalah tahun 2008 sebagai ahli sebuah keluarga Cina yang menetap di Kuala Lumpur, saya mempunyai satu pendapat sahaja berkenaan dengan PAS iaitu PAS ialah sebuah parti yang agak fanatik. Walaupun ahli-ahli keluarga saya telah mengundi parti DAP sejak tahun 1990 lagi, apabila DAP berkerjasama dengan PAS pada tahun 1999 dalam Barisan Alternatif, kami telah mengundi Barisan Nasional (BN).

Semua ahli-ahli keluarga saya termasuk saudara-mara dan juga rakan-rakan Cina saya yang lain amat menggeruni PAS sebab pada masa itu kami berpendapat bahawa PAS ialah parti yang amat merbahaya sebab PAS tidak peduli dengan kaum lain dan mempunyai fikiran yang sempit.

Tetapi semua itu telah berubah pada Pilihanraya Umum tahun 2008 oleh kerana kami sudah muak dengan gejala rasuah dalam BN dan oleh itu walaupun DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR, kami telah mengundi DAP.

Selepas Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, kami mendengar berita bahawa beliau amat rajin dan berusaha membantu semua kaum dan golongan masyarakat yang miskin tanpa mengira bangsa dan ugama. Beliau juga seorang yang telus, ikhlas dan berwibawa. Ini serba sedikit telah mengubah fikiran kami terhadap PAS.

Tetapi pada Februari 2009, apabila BN merampas kuasa di Perak, kami telah 100% menyokong PAS sebab kami telah melihat dengan amat jelas bahawa yang fanatik dan yang gilakan kuasa ialah BN.

Dan pada Januari tahun ini pula, sekali lagi BN telah menunjukkan belangnya. Kali ini melibatkan soal ugama pula dimana 2 sepupu orang kuat UMNO telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak boleh menghalang orang Islam yang hendak mengadakan protes tentang keputusan mahkamah membenarkan akhbar Katolik Herald menggunakan perkataan Allah dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula seperti Tuan Guru Nik Aziz, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya pembakaran gereja Metro Tabernacle dan serangan keatas gereja-gereja yang lain. Selepas ini, 2 sepupu dari UMNO ini cuba pula buat ‘damage control’. Tetapi saya yakin orangramai tidak lagi mempercayai dengan lakonan sandiwara mereka yang bodoh itu.

Akhirkata, sebagai seorang yang berugama Katolik saya ingin juga menyatakan bahawa saya rasa amat terharu dengan sokongan yang diberi oleh PAS dalam hal ini. Masa telah tiba. Saya menggesa rakyat untuk membuka mata mereka. Bukan sahaja PAS For All tetapi PAS All The Way.

14hb Jan 2010

Turki Ancam Tarik Balik Duta Ke Israel.. Kerana Drama Tv?

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

Foto Dubes Turkey bersama pejabat Israel

Kebiadaban Israel, Duta Turki diminta menunggu lama, duduk di kursi lebih rendah dari kursi pejabat Israel & tiada lambang-lambang Turki.

KL: Jan 14, 2010. BERITA sebentar tadi dari BBC London, menyebutkan Israel minta maaf kepada Turki berikutan Presiden Turki Abdullah Gul mengancam untuk menarik dutanya dari Israel bila pertikaian mengenai sikap biadap terhadap wakil Turki itu tidak diselesaikan.

Perseteruan ini terjadi setelah Wakil Menteri Luar Negeri Israel, Danny Ayalon, memanggil Duta Turki untuk Israel, Oguz Celikkolits untuk menyampaikan protes terhadap program bersiri tv Turki semalam. Beliau dibiarkan menunggu, kemudian duduk di kursi yang lebih rendah dari kursi pejabat Israel yang menerimanya dan tidak ada bendera Turki dipamerkan.

Gambar di atas memperlihatkan Ayalon menegaskan kepada wartawan bahawa duta Turki tersebut duduk di sofa lebih rendah, sementara anggota pejabat Israel duduk di kursi lebih tinggi, telah disiarkan oleh media Israel sebagai penghinaan. Danny Ayalon kemudian meminta maaf atas perlakuan itu tetapi tidak ada tanda-tanda pertikaian mereda.

Ayalon berusaha mencegah pertikaian dengan mengatakan tidak menghormati seseorang "bukanlah cara dia". Sebelumnya, Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman mengatakan negaranya tidak ingin bermusuhan dengan Turki tetapi pemerintah Turki mesti menunjukkan sikap saling hormat.

"Bila Israel tidak menyelesaikan sengketa sebelum malam ini, duta kita akan menumpang pesawat pertama besok (meninggalkan Israel)." kata Presiden Abdullah Gul, menyatakan ketegasan demi mempertahan kedaulatan dan maruah Turki. Sengketa Turki dengan Israel bermula dari sebuah siri tv yang memperlihatkan sofa, beberapa kursi dan bendera Israel berlumuran darah dalam dramanya. Semua elemen ini menjadi pertikaian memburukkan hubungan Israel dan Turki. Sila klik ..

Kisah drama tv Turki ini bercerita tentang penculikan kanak-kanak Turki oleh agen-agen rahsia Israel. Pemerintah Israel tidak dapat menerima kisah drama bersiri yang dianggap sebagai sebahagian dari kecenderungan anti-Yahudi di Turki.

Menurut Israel, drama itu diperburukkan lagi oleh kritik yang sering dikeluarkan oleh Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan. Jurucakap Turki menegaskan negaranya tidak anti-Yahudi dan kecaman kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, tidak ada kaitannya dengan anti-Yahudi.

Pada pandangan saya, walaupun sengketa seolah-olah kerana drama tv, tetapi sebenarnya Israel bimbang melihat Turki semakin aktif menjalin hubungan dengan dunia Arab. Pertikaian ini merupakan contoh politik luar negeri Israel yang agresif pimpinan Menteri Luar Negeri Avigdon Lieberman. Sehingga ada pengkritik di Israel sendiri mengatakan Lieberman mencoba menggagalkan lawatan Menteri Pertahanan Ehud Barak ke Turki. Sama-sama dia pun lawan gigit juga! Yang penting Malaysia perlu tegas menyatakan pendirian anti kezaliman dan keganasan global.

Catatan santai ibnuhasyim
(e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com)
KL Jan 14, 2010

Siri Tv 'the Valley of the Wolves', M'sia Perlu Dapatkan..

HALAMAN HIBURAN

SEBUAH siri tv Turki telah menimbulkan kembali pertikaian diplomatik Turki-Israel. Siri berjudul "the Valley of the Wolves", mendapat kritikan dan kecaman dari pemerintahan Israel. Dalam episod terbarunya, menampilkan adegan dimana heronya Polat Alemdar melakukan misi penyelamatan seorang kanak-kanak lelaki Turki yang diculik oleh agen Mossad Israel.

Tidak hanya itu, dalam episod tersebut ditampilkan bendera Israel yang berlumuran darah seorang agen Mossad yang ditembak oleh Polat Alemdar. Ketika agen Mossad kedua memperingatkan Alemdar bahawa masa itu dia berada di wilayah asing dan sedang melakukan tindakan jenayah perang, Alemdar menjawab, "Apakah kamu saja yang boleh lakukan?"

Dialog dan kemenangan agen rahsia Turki menjadikan jualan siri itu terus naik di Turki sejak pertama kali ditayang pada tahun 2003. Siri tv ini banyak mendapat kritikan kerana didominasi oleh adegan tembak-menembak, penyiksaan dan kehidupan glamour seorang agen rahsia yang boleh mendorong kanak-kanak melakukan tindakan kekerasan, kononnya.

"Saya percaya team di belakang siri ini secara terbuka adalah perkauman, membela tindakan di luar undang-undang, propaganda dan menggambarkan kekerasan ... dengan cara yang tidak pernah digambarkan Hitler di Jerman atau Mussolini di Italy," kata penulis dan penyair terkemuka Murathan Mungan yang menilai siri tv ini, dari sudut pandangannya.

Namun episod terbaru siri tv "the Valley of the Wolves" ini, jelas telah mengakibatkan ketegangan kembali antara Israel dan Turki. Tetapi duta besar Turki ke Israel mengatakan, "Mengapa pemerintah Israel, yang sama sekali tidak ragu-ragu mengebom kanak-kanak mencari perlindungan di bawah bendera PBB, perlu merasa sangat gelisah dengan siri cerita "the Valley of the Wolves" ini?" katanya dalam sebuah kenyataan .(AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya rangkaian-rangkaian tv di Malaysia, negara umat Islam dan negara yang membela hak asasi manusia perlu dapatkan filem tersebut untuk tayangan umum sebagai menyatakan penentangan terhadap kebiadaban dan kezaliman, terutama kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Wednesday, January 13, 2010

Bom Gereja, Islam AS Lancar Derma Bantu M'sia

NIHAD Awad, cendekiawan Islam Amerika Syarikat yang disegani oleh masyarakat bukan Islam kerana memperjuangkan 'keadilan hak' berdasarkan al-Quran.

DEMI membuktikan Islam sebagai agama yang adil, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam antarabangsa, Dewan Persaudaraan Umat Islam Amerika (CAIR) semalam melancarkan tabung derma untuk membaiki beberapa gereja yang dibom di Malaysia.

Bercakap pada pemberita di Washington, Pengarah Eksekutif Kebangsaan CAIR, Nihad Awad menjelaskan bahawa dana sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Duta Malaysia di Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

Menurut beliau, inisiatif tersebut demi menunjukkan bahawa ajaran Islam Islam yang sebenar mengajar penganutnya melindungi semua rumah ibadat.

“(Baik) Muslim di Amerika, Malaysia hatta seluruh dunia harus membantu melindungan semua rumah ibadat, dan dengan (berbuat) demikian menunjukkan semangat (ajaran) Islam yang hakiki,” kata Nihad sebagaimana dipetik dari laman web rasmi CAIR, www.cair.com

Jelas Nihad lagi, inisiatif CAIR membantu membiayai gereja-gereja yang dimusnahkan tersebut merupakan simbol komitmen umat Islam Amerika terhadap toleransi beragama dan keamanan.

“(CAIR mewakili) Muslim Amerika merupakan salah satu simbol komitmen (persaudaraan Islam) terhadap toleransi antara (penganut) agama dan menghargai kehidupan yang damai dengan membantu membaiki semula gereja-gereja yang rosak,” jelasnya.

Beliau turut menyeru semua pihak berwajib yang beragama Islam supaya memandang serius beberapa insiden terbabit.

“(Sebagai) Muslim, (sepatutnya) tidak boleh berpeluk tubuh melihat mana-mana rumah ibadat sekali pun (termasuk Masjid) dari diserang,” jelasnya.

“Masyarakat kita (Muslim Amerika) seharusnya serius (memandang pengeboman gereja) dan akan mengambil beberapa inisiatif supaya (rakyat melihat) ketinggian moral sebagaimana yang ditunjukkan (pada) prinsip-prinsip Islam.”

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam supaya mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat bukan Islam melalui dialog yang konstruktif.

Tambah Nihad lagi, seruan tersebut berdasarkan perintah Allah dalam ayat 46 dari Surah al-Ankabut (29) yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berdialog dengan Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi), melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali (khususnya) dengan orang-orang cerdik pandai di antara mereka (pula), dan (lalu) katakanlah: ‘Kami telah beriman kepada (kitab-kitab samawi) yang diturunkan kepada kami (iaitu al-Quran) dan yang diturunkan kepada kamu (iaitu Injil, Taurah dan Zabur); Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu dan kami hanya berserah diri kepada-Nya.”

Beliau turut menjelaskan keadilan Khalifah Umar al-Khattab ketika menerima kunci Baitulmuqaddis daripada seorang Patriak Sophronius lalu diminta bersolat di dalam gereja, tetapi Umar menolak permintaan demikian kerana bimbang rumah ibadat bagi penganut kristian tersebut akan berubah menjadi masjid disebabkan ketokohan Umar di sisi rakyat berbilang agama di kota suci tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, para pemimpin PAS serta Pakatan Rakyat sebelum ini sekeras-kerasnya mengutuk pengeboman tersebut.

Dalam pada itu, beberapa media arus perdana pula dilihat seolah-olah cuba memanipulasi emosi masyarakat Islam dan bukan Islam, sejak Mahkamah menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melarang Gereja Katholik dari menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan, The Herald pada 31 Disember tahun lalu.

Manakala, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Hishammudin Tun Hussein dilaporkan terus membuat penafian bahawa Umno mendalangi beberapa aksi keganasan ke atas gereja-gereja terbabit. -END

Perangkap Tikus Moden, Untuk Renungan Politikus..

JOM KREATIF


Perangkap Tikus Dengan Teknologi Modern
Diposkan kepada kami Jan 2010. Perangkap tikus terbaru, guna teknologi baru, amat sesuai untuk daerah yang banyak tikus. Lihat gambar di atas dan klip video ini..



Apa kena mengena dengan ahli politik atau politikus?
Ahli politik di Malaysia kena renung sekarang, apakah isu 'kalimah Allah' berlarutan menjadi 'serang gereja dan rumah ibadat bukan Islam' suatu perangkap tikus moden, untuk politikus-politikus 'kambing hitam'? Akhirnya dihumban dalam bakul ISA?

Ya. renung-renunglah.. (IH)

Sila lihat siri Jom Kreatif...
1.. Ibnu Hasyim: Jom Kreatif: Buat Seliper Dari Tayar Terpakai.
2.. KL/Sel Perlu Adakan Teksi, Bas & Cabin LRT Untuk ...
5.. Ibnu Hasyim: Lihat Burung & Hidupan Liar, Jadi Sumber Pendapatan.
7.. Ibnu Hasyim: Berkreatif Sempena Merdeka? Spiderman KLCC
8.. Kereta Pun Boleh Terbang. Lihat Gambar Ini..
9.. Buat Kereta Sendiri, Cuma US4,000 Sebuah..
10. Pen Pun Boleh Baca Muqaddam...

Kekuatan Angkuh Tangani Pembunuhan Pakar Nuklier Iran. M'sia?

Masoud Ali Mohammadi

Lokasi ledakan

Gambar atas, Allahyarham Muhammadi, pakar nuklier Iran.

TEHRAN: MEDIA resmi Iran mengatakan Amerika Syarikat dan Israel terlibat dalam serangan bom yang mengorbankan seorang ahli fizik di Teheran. Radio resmi Iran, Irib, mengutip jurucakap kementerian luar Iran yang mengatakan ada tanda-tanda keterlibatan Israel dan AS dalam tindakan 'aksi teroris' tersebut.

Menurut Irib, ahli fizik tersebut bernama Masoud Ali Mohammadi seorang "profesor revolusioner yang setia." Beliau terbunuh akibat ledakan yang dikendalikan dari jarak jauh. Laporan media massa Iran juga menyebutkan Mohammadi sebagai pakar fizik nuklier. Televisyen rasmi Iran menayangkan laporan kematian Mohammadi.

Press TV Iran mengatakan Mohammadi terkorban akibat ledakan bom yang dipasang di motosikal. Press TV itu juga menayangkan laporan dari tempat kejadian menunjukkan jendela retak akibat getaran yang ditimbulkan oleh ledakan bom tersebut. Mengutip dari pejabat keamanan di lokasi, tv tersebut mengatakan kelengkapan yang dipakai dalam serangan itu mempunyai kaitan dengan badan intelijen asing, terutama Mossad.

Sebelumnya, Irib mengatakan Mohammadi "mati syahid pagi ini dalam aksi teroris dari unsur-unsur anti-revolusi dan kekuatan-kekuatan yang angkuh." Wartawan BBC untuk Iran Jon Leyne yang sedang berada di London mengatakan 'kekuatan angkuh' adalah isitilah yang dipakai pemerintah Iran untuk musuh-musuhnya di dunia Barat. (Wakil IH di Iran)

Blog Ibnu Hasyim: Adakah kemungkinankah agen luar negara (tangan asing) atau 'kekuatan angkuh' turut menangani sehingga tercetusnya isu kalimat 'Allah' dan penyerangan gereja dan rumah ibadat bukan Islam di Malaysia?

Kegilaan Remaja 'tembakau pan parag' pula.. -Ravi Ponnan MCPA


PETALING JAYA Jan 13 2010 - Tembakau jenis 'pan parag' yang dijual di sekitar Lembah Klang dikatakan menjadi medium terbaru pelajar sekolah menengah khususnya untuk melepaskan gian sehingga menyebabkan ketagihan. Laporan Sinar Harian hari ini.

Tembakau ini secara kasarnya sama dan tiada beza dengan tembakau biasa namun setelah mengunyahnya, seseorang itu boleh khayal selama 24 jam. Ia menjadi pilihan popular di kalangan golongan remaja berikutan bekalannya mudah diperolehi di pasar malam dan kedai runcit selain harganya serendah 70 sen sepeket.

Lebih mengejutkan, tembakau ini dijual secara berleluasa antaranya di sekitar Sri Muda, Shah Alam, Masjid India, Jalan Chow Kit dan Jalan Pasar. Pendedahan tersebut dibuat Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPA) dalam satu kajian yang dilakukan sejak November tahun lalu bagi membanteras gejala keruntuhan moral di kalangan remaja.

Presidennya, Ravi Ponnan berkata, tembakau tersebut berasal dari India dan jadi kegemaran warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar. “Pakar perubatan India juga memboikot selepas kajian mendapati tembakau jenis ini bu:kan sekadar mendatangkan ketagihan, bahkan mampu menyebabkan kanser,” katanya.

Dalam pada itu Ravi berkata, hasil kajiannya juga berjaya mendedahkan wanita warga China yang membawa beg galas menjual air perangsang seks di sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Petaling. “Biasanya ia digunakan oleh penjenayah dengan menitiskan cecair itu ke dalam minuman dan sejurus meminumnya, mereka akan khayal serta nafsu seks mereka melonjak,” katanya.

Menurutnya, wanita China terbabit memasuki Malaysia sebagai pelancong dan mengambil kesempatan itu berniaga dengan menjual ubat itu pada harga RM35 sebotol. Katanya, sehubungan itu, MCPA telah menghantar 10 memorandum berhubung kajian tersebut antaranya kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kita memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan masa depan generasi muda di negara ini,” katanya. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pendidik, ibubapa, pendakwah, tokoh masyarakat perlu ambil perhatian sama..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails