Saturday, January 23, 2010

Unta Di Kenya Pun Dikawal Teknologi Satelit.

JOM KREATIF
Onta Kenya
Inilah harta kekayaan di kampung Kenya.

SATU skim aasurans baru untuk melindungi ternakan musim kering dilancarkan di Kenya Utara. Penternak ditawarkan sebuah skim mengunakan teknologi satelit untuk memeriksa padang rumput bagi ternakan mereka. Hal ini berlaku kerana Wilayah Kenya Utara yang gersang tahun lalu telah mengalami musim kering berpanjangan dan ratusan ribu haiwan ternakan terkorban.

Sebelumnya usaha mengansuranskan ternakan di daerah perkampungan Afrika tidak pernah dilakukan kerana terlalu mahal. Namun, skim baru ini kini dilancarkan di Marsabit, Kenya Utara. Institut Kajian Ternakan Internasional, ILRI, mengatakan gambar satelit digunakan untuk memonitor situasi alam. Jika gambar satelit menunjukkan jumlah padang rumput berkurang, ternak akan mati, dan pemilik akan dapat gantirugi dari ansurans tersebut.

Andrew Mude dari ILRI mengatakan bahawa projek itu memakan waktu empat tahun dan diusahakan supaya berterusan. "Mengenai bayarannya bergantung kepada wilayah. Di Marsabit Atas yang lebih mudah diserang musim kering, kadarnya ialah 5.5% dari nilai ternakan. Sementara di Marsabit Bawah adalah 3.25%," ujarnya. Skim ini akan dijalankan oleh Bank Kenya dengan kerjasama dengan satu perusahaan ansurans tempatan.

Pada awalnya kira-kira seribu keluarga di Kenya Utara akan mengansuranskan lembu, kambing, domba dan unta milik mereka. Untuk mengansuranskan 10 lembu misalnya, satu keluarga perlu bayar sekitar £31. Jumlah ini kelihatannya besar, namun membayar 1/3 dari nilai se ekor lembu untuk dapat ansurans bagi 10 ekor itu sangat menarik. Terutama jika dibandingkan potensi kerugian yang akan terjadi.

Tahun lalu, komuniti peternak Kenya kehilangan ribuan ternak setelah hujan tidak turun dan kini ada tanda perubahan iklim menjadi lebih buruk di benua itu. Ternakan bagi sebahagian warga di sana sama dengan cagaran bank, dan mengansurans binatang itu adalah usaha mencegah krisis ekonomi masa depan. Jika berjaya, skim ini akan diterapkan di seluruh wilayah dan tempat lain di Afrika.

"Skim ini sangat populer jika dapat diterapkan di sini," ujar Michael Ameripus, dari organisasi Dokter Haiwan tanpa sempadan di wilayah Turkana, Kenya Utara. "Dianggarkan sekitar dua juta domba dan kambing di wilayah Turkana, dan sekitar 300 ribu telah mati akibat musim kering baru-baru ini," tambahnya.

"Jadi menyertai asurans akan membantu rakyat di sini." (BBC/AK)

Sila lihat siri Jom Kreatif...

1.. Ibnu Hasyim: Jom Kreatif: Buat Seliper Dari Tayar Terpakai.
2.. KL/Sel Perlu Adakan Teksi, Bas & Cabin LRT Untuk ...
3.. Ibnu Hasyim: Bambu: Seni Khas Sunda Lambang Indo/M'sia Bersaudara..
4.. Ibnu Hasyim: Ini Bukti, Siapa Di Belakang Demo Kepala Lembu Itu..
5.. Ibnu Hasyim: Lihat Burung & Hidupan Liar, Jadi Sumber Pendapatan.
6.. Ibnu Hasyim: Muslimah Bertudung, Wanita Pertama Pemandu Teksi New ...7.. Ibnu Hasyim: Berkreatif Sempena Merdeka? Spiderman KLCC
8.. Kereta Pun Boleh Terbang. Lihat Gambar Ini..
9.. Buat Kereta Sendiri, Cuma US4,000 Sebuah..
10. Pen Pun Boleh Baca Muqaddam...
11..Perangkap Tikus Moden, Untuk Renungan Politikus..
12..Wow! Tingkat Kaca Tertinggi Di Dunia, Nampak Apa?

Isu God Allah: Sultan S'ngor, Abdul Hadi, Khalid Samad & IKIM



KL 23 Jan 2010: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dulu semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.

"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelas Abdul Hadi. Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

"Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli parlimen Marang, pada 7 Januari lalu.

Selain Ustaz Abdul Hadi, muzakarah semalam disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh Pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Abdullah Md. Zain.

Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj menitahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya mengusahakan suatu cadangan enakmen berkaitan masyarakat bukan Islam di negeri itu. Dengan itu sekaligus menafikan bahawa Khalid dititahkan ke istana disebabkan isu kalimah 'Allah' sebagaimana yang dilaporkan beberapa media massa, dalam pertemuan kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Pusat menganggap Sultan Sharifuddin sebagai seorang pemimpin yang bersikap toleransi dalam melihat beberapa isu mutakhir yang membabitkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Selangor.

Menurut Khalid, Sultan menitahkan PAS serta Pakatan Rakyat di Selangor supaya memanfaatkan prosedur undang-undang yang ada, sekiranya berhasrat membuat sebarang perubahan. "Tuanku menitahkan kita untuk membuat proposal dan jelaskan mengapa perlu rombakan enakmen-enakmen (berkaitan masyarakat) bukan Islam," jelasnya.

Jelasnya lagi, Sultan tidak gembira dengan perubahan menggunakan pendekatan berceramah. Menjunjung titah Sultan Sharafuddin, beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam bersedia memanjangkan hasrat Tuanku Sultan kepada para pemimpin PAS di peringkat negeri.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid menjelaskan bahawa niat bertemu Tuanku Sultan diusahakan sejak November tahun lalu lagi. Kesempatan mengadap Tuanku Sultan pagi tadi, menurut beliau, digunakan untuk menjelaskan beberapa proses pembangunan serta pembaharuan yang dibangunkan di Shah Alam.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid juga dilaporkan membuat penafian kononnya cuba menghina Tuanku Sultan dengan mempertikai penglibatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam suatu demonstrasi berkaitan isu kalimah 'Allah' di perkarangan Masjid Negeri, Shah Alam.

Isnin lalu pula, lebih 16 badan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan membuat aduan polis berhubung isu tersebut. Setelah keluar dari Istana Kayangan kira-kira jam 1 petang tadi, Khalid memberitahu wartawan bahawa beliau begitu menjunjung kasih dengan nasihat-nasihat yang dititahkan oleh Tuanku Sultan.

Blog Ibnu Hasyim: Maka jelas sudah, Mesyuarat Pakar anjuran IKIM tidak berkeputusan 'God bukan Allah' seperti yang dilaporkan media yang dikuasai pemerintah. Bahkan kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam. Nampaknya media ini juga terlibat dalam menyalah gunakan 'kalimah Allah itu, awal-awal lagi. (AK)

Friday, January 22, 2010

Cah Keting: Penulis Kena Minta Maaf -Nik Aziz


KOTA BARU, Jan 22 — Selepas seminggu heboh diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujud budaya “cah keting” dalam PAS seperti yang dilaporkan oleh media minggu lalu. Beliau menyelar penulis akhbar yang menyiarkan laporan Ahad lalu kononnya wujud budaya cantas-mencantas atau “cah keting” dalam parti itu.

Mursyidul Am PAS itu turut menggesa agar penulis berkenaan memohon maaf ekoran laporan berkenaan. “Mu (penulis) kena minta maaf, kalau mu tak minta maaf, aku tak maaf pada mu,” kata beliau merujuk kepada pemberita akhbar arus perdana terbabit sebelum memulakan kuliah mingguannya pagi ini.

Nik Aziz selepas kuliah mingguannya minggu lalu membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap “cah keting”. Laporan Utusan Malaysia terbitan 17 Jan lalu menyebut, Nik Aziz secara terbuka mengakui wujud budaya “cah keting” atau cantas mencantas dalam PAS ehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Bagaimanapun menurut laporan itu menyebut, beliau tidak menjelaskan secara mendalam sejauh mana seriusnya perkara itu sehingga menyebabkan beliau membaca doa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan parti itu daripada amalan “cah keting”.

“Kepincangan tidak hari ini sahaja, sejak anak nabi Adam lagi apabila Qabil bunuh adiknya sendiri, Habil dan sampai sekarang, manusia memuja nafsu dan memuja Allah. “Susah hendak mencari manusia yang hanya memuja nafsu atau memuja Allah semata-mata selagi ada perjuangan dan pergelutan di antara nafsu baik dan nafsu jahat,” kata beliau.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jangan sampai ada blogger yang jadi mangsa. (AK)

Khalid Samad Jumpa Sultan Hari Ini. Tahniah!


KL Jan 22 2010: Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dititahkan mengadap Sultan Selangor hari ini. Empat hari selepas aduan polis dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau tidak menghormati baginda berhubung isu penggunaan kalimah Allah. Ketika dihubungi pagi ini, Khalid mengesah beliau akan mengadap baginda hari ini.

Menurutnya, pertemuan itu dijangka selesai sebelum waktu solat Jumaat. Ketika ditanya sebab beliau dititah mengadap hari ini, Khalid berkata, sebelum ini, beliau selaku ahli parlimen Shah Alam, telah memohon untuk mengadap bagi mendapatkan wawasan baginda mengenai pembangunan Shah Alam.

Katanya, beliau menghantar surat tersebut dua bulan lepas. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan isu isu penggunaan kalimah Allah turut dibangkit dalam pertemuan tersebut. Semalam, Khalid menafikan beliau tidak menghormati baginda apabila mempertikaikan penglibatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam perhimpunan di Masjid Negeri baru-baru berhubung isu tersebut. Aduan polis terhadap Khalid itu dibuat oleh 16 NGO Isnin lalu berhubung isu tersebut. Demikian dilaporkan Malaysiakini.com.

Sementara Harakah pula menyebutkan,Ahli Parlimen Shah Alam itu, menggesa satu kajian semula perlu dibuat terhadap Enakmen-enakmen Agama khususnya di Negeri Selangor yang dibuat pada 1988 dahulu di waktu kefahaman umat Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi sedemikian rupa.

Menurutnya, enakmen-enakmen merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan hukum yang bersifat qat’ie yang tidak boleh berubah, ia boleh dikaji dari masa ke semasa dan tidak ada sebab ia perlu diubah sekiranya kefahaman umat semakin mantap. Khalid yang juga AJK Lajnah Politik PAS Pusat juga berkata, sudah tiba masanya Selangor memberikan peluang kepada tokoh-tokoh ilmuan agama diberi peluang dan kedudukan sewajarnya di dalam institusi keagamaan di Negeri Selangor dengan naiknya pentadbiran baharu.

Khalid juga mengulangi keyakinannya bahawa kepentingan Islam dan umat Islam akan lebih terbela jika JAIS dan MAIS dipengerusikan oleh mereka yang berpengetahuan agama yang bebas dari kefahaman politik selain politik Islam.

Blog Ibnu Hasyim: Sokong Khalid. Teruskan Perjuangan, tahniah.

Lihat sebelum ini..

Aceh: Kerana Perkosa, Hukum Syariat Dibubar?

Antara gambar yang digunakan untuk menghina hukum Islam.

WH Bubar, Hukum Syariat..?

Blog Harian Aceh: 21 January, 2010

DUGAAN perkosaan oleh oknum polisi Syariah atau Wilayatul Hisbah berujung dipecatnya Kepala Kantor Satpol PP dan WH Langsa. Kepala Kantor Satpol PP dan WH yang lama, Syahril, digantikan oleh Drs Syahbainur MM.

Pergantian itu kita nilai lebih tepat, tinimbang solusi lain apalagi sampai membubarkan polisi Syariah atau Wilayatul Hisbah. Karena WH sudah identik dengan penerapan Syariat Islam yang sudah diberlakukan di Aceh sejak tahun 2001 lalu.

Kita setuju pernyataan Wakil Gubernur Muhammad Nazar, yang menyatakan tidak akan membubarkan WH karena institusi tersebut dibutuhkan untuk penegakan Syariat Islam di Aceh. Adapun bila terbukti oknum WH melakukan perbuatan tidak senonoh, maka yang bersangkutan harus dihukum seberat beratnya, karena berkhianat tidak amanah bahkan mempermalukan WH dan masyarakat Aceh secara keseluruhan. Solusi sementara mengganti Kakan Satpol PP dan WH juga sebuah langkah cukup bijaksana untuk meredam emosi masyarakat.

Beberapa kasus bercitra buruk yang dilakukan oknum WH dan kasus terakhir ini memang sedikit banyak telah melunturkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi WH selaku pengawas penerapan syariat Islam. Bahkan sebagian yang kurang setuju dengan pelaksanaan hukum ini di Aceh pasti sedikit gembira dengan perbuatan para oknum ini.

Sejak awal kita telah sering berpesan agar Syariat Islam sebaiknya tidak dilaksanakan setengah setengah, atau sarat muatan politik saja. Hukum Syariat sebenarnya bisa menjadi solusi di tengah maraknya jual beli hukum atau sedikitnya ketidak percayaan masyarakat pada hukum positif negeri ini. Jadi pertanyaan, mengapa sejak awal gegap gempita dengan hukum cambuk saja, untuk maling ayam dan judi buntut saja? Pelaku judi buntut, khalwat memang layak dihukum, bahkan pencuri layak diberi contoh hukum potong tangan. Bila konsisten menjalankan hukum Syariat Islam sejak awal, mengapa belum ada yang dipotong tangan? Apa di Aceh tidak ada pencuri? Dan bagaimana implementasi hukum ini terhadap pencuri uang rakyat, apakah DPR atau pemimpin formal dan informal lain tidak bisa menemukan dalil untuk menerapkan hukum syariat terhadap pelaku korupsi ini?

Hingga perlakuan atau sikap negatif oknum WH, yang mungkin memang ditunggu orang yang suka menerapkan hukum syariat Islam setengah setengah—bahkan cenderung mempermainkan ini terjadi. Mengapa? Ke mana mereka yang mengusulkan hukum Syariat Islam? Bila implikasi seperti ini terjadi, dan pelaksanaan hukum Syariat Islam mandeg, mereka seharusnya memberi jalan ke luar atau bahkan harus bertanggung jawab, agar rakyat tidak resah dan terbelah terus dalam pro kontra pelaksanaan hukum ini.

Kita jadi menduga duga, jangan jangan penegakan hukum syariat sengaja dibiarkan begitu begitu saja, sebagai formalitas saja, agar Aceh dianggap paling Islami. Kenyataannya sama saja seperti daerah lain, bahkan mungkin jauh lebih baik dari Aceh yang menerapkan hukum syariat. Mereka—di daerah lain—masih berjilbab dan sangat bertangtgungjawab atas pakaian penutup aurat umat muslim itu. Berlaku sesuai kaidah moral dan perintah agama. Mengapa para pemuka membiarkan kita terus berada dalam kemunafikan dan setengah setengah seperti ini? Setengah barat—bahkan lebih— setengah lagi mencoba menampakkan formalitas yang sangat agamis. Jangan biarkan kita semua—umat ini terbelah.

Jangan terus menerus membiarkan tumbuhnya oknum di WH maupun di institusi lain dalam jajaran pemerintahan hingga rakyat di negeri syariat ini. Atau tidak adakah lagi yang peduli, setelah melempar atau berkoar demi formalitas dan kepentingan politik semata. Alangkah berdosanya mereka. Ataukah, kita tidak lagi memiliki pemimpin yang layak, penuh kharisma dan bisa ditauladani, dan yang terpenting tegas penuh tanggung jawab bagi tegaknya hukum syariat di bumi Serambi Mekkah ini?

Kita terlalu lelah sudah dengan basa basi dan isu kanan kiri. Mari bersepakat atas apa yang sudah kita ambil keputusan bersama, dan tegakkanlah dengan setegak tegaknya, sebelum institusi yang kita harapkan bisa memberi efek jera bagi penjahat ini justru berbalik menohok dan mempermalukan kita semua.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. (2MA)

Lihat sebelum ini..

PAS Tunduk Pada DAP & Keadilan. Patutkah?


ANTARA komen tulisan lalu 'Pesta Lucah Beyonce, Libya Habiskan USD 1.2 Juta 1...' ialah..

Dr Hassan said...
"Maaf tuan Ibnu, Nampaknya tuan hentam semua. Nasionalis Umno, sosialis Libya, kapitalis US & semua yang lain dari Islam. Bagaimana dengan DAP & PKR yang tidak berdasarkan perlembagaan Islam? Sial (sila) terangkan kalau ada masa. (January 19, 2010).
JAWAPAN saya:

Terima kasih dan al-hamdulillah atas komen tuan. Sebenarnya, sepanjang wujudnya blog ini (April 2007), banyak soalan-soalan seperti ini, termasuk e-mail, perbincangan dan lain-lain. Saya belum jawab, kerana saya anggap isu ini sudah berlalu. Tetapi, nampaknya sehingga sekarang ramai yang masih bertaya. Tak apalah, terima kasih.

Soalannya, lebih kurang, 'Bagaimana dengan DAP & PKR yang tidak berdasarkan perlembagaan Islam?' Mengapa dengan parti-parti ini kita boleh berbaik? Dengan DAP (Parti Tindakan Demokrat) di dalamnya ramai orang bukan Melayu boleh, sedangkan dengan UMNO (Parti Kebangsaan Melayu Bersatu), yang ramai orang Melayu Islam, tak boleh bertolak ansur langsung?

Jawapan ringkasnya ialah kerana, dengan parti-parti itu parti Islam negara ini atau PAS telah mengadakan tahaluf.

I. Apa makna tahaluf? '

Tahaluf' ialah perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan. Persefahaman ini boleh dilakukan..

a) Di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan kaum Aus dan Khazraj, akhirnya membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji tertegaknya negara Islam.

b) Dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib (walaupun sesama bangsa Arab tetapi agama berlainan) yang berlaku sebelum hijrah. Begitu juga persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas 'Perjanjian Hudaibiyah'. Rasulullah SAW mengiktiraf 'half al-fudul' yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman.

Perkara ini terjadi apabila seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan. Tetapi tidak ada yang sanggup tolong. Maka beberapa orang dari bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut.

Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

Daripada Talhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku menyahutnya.” (Riwayat Ibnu Ishaq)

Jadi perkara ini pernah berlaku dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW.

II. Tahaluf: Mesti ada syarat-syaratnya.

Ulama telah membahas dan menggariskan syarat-syaratnya..

Pertama: Tahaluf itu mesti membawa maslahah atau kebaikan dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip asal.

Bukti dan dalilnya ialah:

a) Hubungan Rasulullah SAW dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah SAW sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Pernah Abu Talib membuat satu kenyataan seolah-olah mahukan Rasulullah SAW bertolak-ansur dalam perkara prinsip. Maka dengan tegas Rasul SAW menjelaskan..

"Oh, ayah yang ku sayangi! Demi Allah, kalau mereka letakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku, supayaku tinggalkan urusan ini (menegakkan Islam), pasti takkan ku tinggalkan, sehingga Allah menangkan agamaNya atau aku mati kerananya.” Akhirnya Abu Talib dan keluarganya kecuali Abu Lahab, mengambil keputusan untuk mempertahankan Rasulullah SAW.

b) Hubungan Abu Bakar Al-Siddiq RA dengan Ibn Daghnah yang sedia nak beri perlindungan kepada beliau tetapi telah dibatalkan. Ini terjadi apabila Ibn Daghnah buat syarat kepada Abu Bakar supaya jangan baca Quran di luar rumah kerana bimbang boleh pengaruhi orang lain kepada Islam. Syarat itu membuat tahaluf tak jadi.

c) Contoh maslahat yang diizinkan:

(i) Tahaluf ke arah kedaulatan dan pelaksanaan syariat Islam.

Dalam suasana gagalnya idealogi-idealogi asing dan buntunya mencari jalan penyelesaian masalah, ada pula kumpulan orang Islam yang tak faham Islam atau telah terjebak ke dalam idealogi bukan Islam. Dan kebetulan ada pula kumpulan bukan Islam yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan hukum Islam.. maka kerana itu patutlah diadakan hubungan dengan mereka.

Mereka pula sanggup sokong puak Islam dalam pilihan raya, sidang dewan dan lain-lain, bahkan bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan sepenuhnya.. walaupun tiada yang memaksa mereka menganut Islam (tetapi mengambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka). Dalil dan contohnya, anda boleh lihat sejarah perjanjian Rasulullah SAW di Madinah dengan orang-orang Yahudi.

(ii) tahaluf dalam menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral.

Apabila perkara ini merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibatnya kepada semua golongan, termasuk golongan bukan Islam, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya, lihat sejarah kerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya. Kerana Rasulullah SAW mengiktiraf half al-fudul serta mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang perjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah SAW.. walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam.

Rasulullah SAW berkata maksudnya:

Diriwayatkan daripada Jabir RA katanya: Dua orang anak muda, seorang darinya kaum Muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang atau mungkin juga beberapa dari Muhajirin menjerit: Ooi Muhajirin! Begitu juga kaum Ansar juga berbalas jerit: Ooi Ansar!

Mendengar suasana begitu Rasulullah SAW keluar dan bersabda, "Ada apa panggil-panggil macam jahiliah ni?"

Mereka menjawab, "Tak ada apa-apa ya Rasulullah. Hanya ada dua anak muda sedang bertengkar. Salah satu darinya berusaha memukul tubuh yang satu lagi."

Kata Rasulullah SAW, "Kamu jangan sorok masalah. Sepatutnya kamu tolong yang zalim atau yang dizalimi. Kepada yang zalim, cegah kezalimannya, bererti menolongnya. Kepada yang dizalimi hendaklah dia membela dirinya."

(Hadis Riwayat Muslim)
Kedua: Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan

Dalilnya:

a) Rasulullah SAW telah menangguhkan tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sma menegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidaksanggupan untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja.

b) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

Ketiga: Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka. Di antaranya, mengakui kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. Firman Allah SWT maksudnya:

“Janganlah orang-orang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang beriman. Dan sesiapa melakukan (larangan) demikian maka ia tidak (dapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali ‘Imran: 28)

Berwala': maknanya menjadikan (orang kafir) sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Kalau berkeadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu (takut) dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha di samping berusaha membebaskan diri dengan merancang penerusan perjuangan, atau dengan berhijrah dan sebagainya.

Muwada’ah: Terdapat satu persefahaman secara sementera waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan ada juga ulama’ meletakkannya dalam perkara hadanah (atau gencatan senjata). Disebut dalam 'Syarah Muhazzab' (karangan Imam Nawawi), di antara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana bantu memerangi golongan lain.

Tetapi para ulama’ bertelingkah dalam menentukan tempoh masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah (di antaranya ialah orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudaratnya lebih banyak daripada maslahah, maka ia tidak diharuskan.

Isti’anah (Meminta Bantuan atau Pertolongan): Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong orang Islam dan kumpulan Islam pun berjanji untuk menolong mereka.

a) Mereka menolong kumpulan Islam.

Menurut Syeikh Sayid Sabiq dalam 'Fiqh Al-Sunnah', adalah harus bagi orang Islam menerima pertolongan dari golongan munafik dan fasik. Kerana Rasulullah SAW pernah membenarkan Abdullah bin Ubai (seorang munafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang Parsi.

Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat kekhilafan di kalangan fuqaha’:

(i) Imam Malik dan Imam Ahmad tidak mengharusnya secara mutlak.

(ii) Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan.

(iii) Imam Syafi’i mengharuskannya dengan syarat:
1. Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan lemah.
2. Apabila didapati orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah (rampasan peraqng).

b) Orang Islam menolong mereka.

Menurut al-Sarkhasi di dalam kitabnya 'Al-Mabsut', dan Al-Syaibani di dalam kitabnya 'Al-Siyar al-Kabir', Rasulullah SAW menghantar tamar ‘Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus 500 dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Makkah dilanda kemarau.

Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziyah di dalam kitabnya, 'Zadal-Ma’ad', apabila Sumamah bin Al-Sal RA, pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan
kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulllah SAW menasihatkan Sumamah agar menghentikan sekatannya.

III. Rumusan.

Kesimpulannya, tahaluf dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:

Pertama
: Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:
a) Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam
b) Mengiktiraf negara Islam
c) Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

Kedua: Tahaluf tanpa membentuk negara:
a) Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar.
b) Masalah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan, membebaskan orang-orang tahanan dan sebagainya.
c) Berlindung sementara ketika lemah.
d) Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan gerakan Islam.

Perhatian dalam keadaan sekarang:

Dalam situasi sekarang, hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, di antaranya ialah seperti berikut:

1. Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh gerakan Islam atau harakah Islamiyah. Oleh itu, jangan terikat dengan janji boleh menghalangnya atau dengan syarat-syarat yang mengikat.

2. Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam berpengaruh dan mempunyai titik pertemuan dalam perkara prinsip yang boleh dipercayai. Bukannya yang lemah dan tidak berperanan. Kemudian, baru dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.

3. Kini kumpulan Islam sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahaman terhadap Islam. Mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengan idealogi-ideologi moden. Oleh itu, golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah kuat yang dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain. Dan masyarakat perlu diberi kefahaman tentang perbezaan di antara Islam dan idelogi-ideologi moden lain. Kalau tidak, tahaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negatif.

4. Persefahaman dengan kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu, hendaklah dibuat ikatan-ikatan longgar yang tidak akan membelenggu kumpulan Islam di belakang hari.

5. Maka, kenyataan bersama perlu dipertimbangkan dengan tegas terutama dari segi prinsip, walaupun terpaksa mempertimbangkan kedua belah pihak.

6. Waspada terhadap politik dan tipudaya mereka dengan bergantung kepada Allah SWT dan kebijaksanaan kurniaanNya.

Sila lihat rujukan, Al-Quran, kitab-kitab hadis dan seperti 'Syarah Muhazzab' karangan Imam Nawawi, Syeikh Sayid Sabiq dalam 'Fiqh Al-Sunnah', Al-Sarkhasi 'Al-Mabsut', Al-Syaibani 'Al-Siyar al-Kabir', Ibn Qaiyim al-Jauziyah di dalam 'Zadal-Ma’ad', juga kenyataan PAS Kelantan mengenai tahaluf dan lain-lain.

Sekian, harap maklum.

Ibnu Hasyim
Alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Jan 21, 2010.

Wednesday, January 20, 2010

Bantulah Ustaz Mohd Ali Jamil, Perlukan Rawatan RM3,000.

CATATAN SANTAI
Ustaz Mohd Ali

BELIAU, dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah belakang. Menyebabkan beliau yang memandu motosikal berseorangan ketika itu terdorong kehadapan melanggar sebuah lagi kereta lain.

Akibat dari kemalangan itu beliau telah mengalami kecedaraan parah dengan tangan kiri serta kaki kirinya patah. Beliau ialah Ustaz Mohd Ali berjawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II, PAS Wilayah Persekutuan. Juga Yang DiPertua PAS Kawasan Cheras yang turut kehilangan 5 batang gigi akibat kemalangan berkenaan.

Ust. Mohd Ali 55 tahun merupakan aktivis sepenuh masa PAS yang aktif sejak zaman mudanya dan pernah terlibat dalam organisasi Dewan Pemuda dan Dewan Ulama’ Negeri. Beliau juga banyak memberikan sumbangan dengan mengajar serta memberikan kuliah dimasjid dan surau sekitar Lembah Klang.

Beliau yang mempunyai dua cahaya mata perempuan; seorang penuntut di Jabatan Linguistik, UKM Bangi dan seorang lagi di tingkatan lima. Ust Mohd Ali Jamil kini berada di Wad 4G, Tingkat 4 Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cheras pada hari Sabtu, 16 Januari lalu.

Saya kenal beliau, sebagai seorang ustaz yang peramah, tidak kedekut ilmu. Puluhan tahun lalu beliau sering datang ke pejabat saya, menghebahkan ilmu yang dia ada. Kadang-kadang dia datang dari Cheras dengan motosikalnya ke KL, hanya untuk menghamburkan idea yang dia baru dapat, supaya saya menghebahkan dalam penulisan saya. "Hang sebarkan idea aku ni, kerana aku takdak kesempatan nak tulis macam hang!" katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas ingatan sahabat-sahabat yang melawat seperti PJ Wilayah Haji Muhammad Nor, Ketua Muslimat Pusat, Hajah Nuridah Salleh dan Kamaruzaman Jawatannya Ustaz Mohd Ali sekarang ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Wilayah Persekutuan dan lain-lain.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad memaklumkan bahawa mereka memerlukan sejumlah RM 3,000 bagi kos rawatan penyambungan besi bagi tangan dan kaki beliau yang patah.

Bagi ahli-ahli PAS serta mereka yang ingin membantu bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam -14023010000110 atas nama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan atau menghubungi Kamaruzaman-019-2828536.

Salam takziah, bersabar dan teruskan istiqamah dalam perjuangan. Moga-moga cepat sembuh, al-hamdulillah. As-salamu'alaikum semua..

Ibnu Hasyim Catatan Santai.
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Jan 20, 2010.

St Helena: Pulau Terpencil Tempat Buangan Napoleon

CATATAN PERJALANAN

Pulau St Helena terletak antara Afrika dan Amerika Selatan

supermarket

Persediaan makanan di toko serbanika bergantung dari luar

kapal RMS St Helena

Di atas kapal RMS St Helena yang membawa barang dan penumpang
Saint Helen's Island
Kami..
KAPAL bernama RMS St Helena merupakan satu-satunya penghubung Pulau St Helena dengan dunia luar. Kapal ini milik Jabatan Pos Kerajaan British yang mempunyai rutin pelayaran Cape Town di Afrika Selatan, Pulau Ascension dan kemudian Pulau St Helena.

St Helena terletak di tengah-tengah antara Afrika dan Amerika Selatan. Perlu masa 3 hari untuk sampai ke St Helena dari Ascension yang merupakan pulau terdekat. Jadual pelayaran tak menentu. Kadang satu atau dua minggu. Bahkan pernah tak ada langsung selama beberapa minggu kalau kapal itu sedang repair atau diperbaiki.

Kerajaan Britain telah merancang untuk membangunkan bandar udara yang kecil di pulau indah itu tetapi kini telah tertunda. Pergi ke St Helen dari Britain bukan sebuah perjalanan murah. Pesawat pergibalik ke Ascension perlukan biaya paling kurang £1000. Masih ditambah £1,600 untuk ongkos kapal pergibalik Ascension-St Helena.

Mungkin kerana terlalu mahal dan juga keadaan geografi pulau, maka pergi ke St Helena sering dikatakan terperangkap dalam mesin waktu. Wajah masa lalu Inggeris, St Helena seperti muncul begitu saja dari lautan, dengan tebing-tebing batu yang terjal-pejal dan hentaman ombak lautan yang tidak selalu ramah.

Di atas kapal RMS St Helena yang membawa barang dan penumpang. Di antara tebing-tebing terjal itu, seperti bersarang di sebuah selokan panjang, terdapat kota kecil Jamestown. Wajah kota ini bagaikan kawasan kampung di tengah England, campur-campur sedikit dengan wajah khas daerah penjajahan zaman dulu.

Kereta jenis Ford Escorts sekali-sekala melintas di jalan utama kota itu, sementara orang-orang di sana dengan santainya berbincang di pinggir jalan sambil memandang. Memang kereta Ford Escorts banyak ditemui di pulau ini. Tidak ada jaringan toko serbanika di sini. Beberapa toko yang melayani keperluan penduduk tutup pukul 4 petang.

Hari Rabu adalah hari kerja setengah hari. Sementara kegiatan bisnis berhenti sama sekali pada akhir minggu. Di dalam toko serbanika di sini ada akhbar Star, walau kapal baru saja mendarat, tidak banyak barangan tersedia. Di rak untuk sayur-sayuran yang sedia ada hanya wortel, mentimun dan kentang.
''Ini tak terlalu buruk,'' kata Bronwen Yon yang sedang berbelanja di toko itu. ''Kadang langsung tak ada apapun. Dalam dua minggu lagi baru ada.''

Kerana hanya satu kapal sahaja yang melayani pulau itu. Maka penduduknya perlu menyusun dan persiap strategi untuk dapat bertahan. ''Kalau kapal datang dari Cape Town maka anda perlu bersiap untuk membeli keperluan seperti mentega, gula, minyak dan semacamnya.''

''Anda juga kena tahu bila barang-barang dari kapal itu akan muncul di rak-rak toko dan perlu menghitung keperluan setidaknya satu bulan.''

Tetapi tidak setiap orang bersedia hidup seperti itu. Konon dikatakan setiap kapal datang, terdapat dua keluarga yang akan meninggalkan pulau itu. Akibatnya jumlah penduduk kini terus berkurang. Padahal St Helena dulunya adalah pulau yang ramai. Sebagai pulau persinggahan dalam laluan pelayaran internasional, pulau itu menerima sekitar seribu kapal tiap tahun.

Datang pula era perjalanan udara dan buruknya jaringan komunikasi, membuat pulau ini lama-lama mulai dilupakan. Gaji rata-rata di Pulau St Helena sekitar £70 per minggu dan setiap satu dari empat penduduknya dalam sepuluh tahun terakhir pindah ke daratan untuk mendapat gaji yang lebih baik. Akibatnya pulau itu semakin ditinggalkan, dan yang masih menetap di situ hanya kanak-kanak dan warga tua. Kini keseluruhan penduduk pulau tersebut 7,637 jiwa.

Melvina Caeser misalnya, perlu berjuang sendirian membesarkan cucu-cucunya sementara orang tua mereka telah pergi keluar mencari makan. ''Memang sibuk, tetapi tidak ada pilihan,'' katanya. ''Makanan sangat mahal, begitupun pakaian. Itu sebabnya mereka perlu keluar dari pulau itu. Berat bagi anak-anak kerana ibu mereka tidak ada di sini. Tetapi saya mencintai mereka seperti anak saya sendiri!''

Warganya menyambut meriah ketika kerajaan Inggeris ingin membangunkan bandar udara. Untuk St Helena, pemerintah Inggeris setiap tahun perlu keluarkan duit senilai £20 juta. Walau bandar udara itu akan menelan biaya £300 juta, namun diharapkan bandar itu akan boleh berdiri sendiri. Walaupun begitu, ada juga yang menolak perancangan tersebut.

Mereka bimbang bandar udara akan menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang pada akhirnya mengganggu keakraban masyarakat yang selama ini menjadi kekuatan penduduk St Helena. ''Ramai juga tak mahu perubahan. Mereka bimbang bandar udara akan membuat teroris atau pengganas masuk ke pulau ini." kata seorang pekerja hotel bernama Annabel Plato.

Annabel sendiri sempat pergi kerja di England tetapi memutuskan untuk pulang. Ia tidak peduli apakah bandar udara jadi dibangunkan atau tidak. ''Pulau ini seperti kampung. Setiap orang bertegur sapa dan saling bantu-membantu,'' katanya. ''Kalau ada kematian atau perkawinan dan mereka kekurangan bunga misalnya, maka orang ramai masing-masing akan mengambil dari kebun sendiri untuk membantu. Sungguh mengharukan..''

Walau kontek dengan dunia luar sangat terbatas, Annabel mengatakan ia tidak merasa tersisih kerana ada telefon, tv dan internet. Tentu sahaja semuanya terhad, telefon kejab hidup, kejab mati. Internet sangat mahal dan super lambat sehingga lebih baik tak payah guna. Kalau anda sekadar berkunjung, rasa terpencil dan memang terasa betul-betul terasing.

Teringat saya sebuah tempat indah yang kecil di Prapat Danau Toba, di Pulau Sumatra Indonesia, agak sunyi juga seperti ini. Tempat pembuangan atau tahanan dalam rumah Allahyarham Presiden Soekarno, presiden pertama Indonesia sebelum meninggal. Saya pernah ke sana suatu masa dulu. Seorang yang hebat, presiden termuda di dunia waktu itu, bapa revolusi kemerdekaan Indonesia. Saat akhirnya, semasa di situ, dikatakan beliau sudah kembali taat kepada agama Islam.
Begitu juga dengan pulau ini, tempat pembuangan seorang Jenderal dan Kaisar Perancis kelahiran Ajaccio, Corsica pada tahun 1769. Namanya tercatat dalam urutan ke 34 dari senarai ‘100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah’ yang ditulis oleh Michael H.Hart. Beliau adalah Napoleon Bonaparte. Apa yang istemewa darinya selain dari bapa kemerdekaan Perancis? Beliau adalah seorang mengagumi Al-Quran setelah membandingnya dengan kitab sucinya, Alkitab (Injil).
Hasil dari kajian dan bacaannya, maka pada 02 Julai 1798 iaitu 23 tahun sebelum meninggal dunia tahun 1821, Napoleon menyatakan keIslamannya, seperti dimuatkan oleh majalah ‘Genuine Islam’, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura.

Antara kata-katanya…
"Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you by various discourses that I am a Unitarian Musselman and I glorify the prophet Muhammad and that I love the Musselmans.”
(Tentu, saya katakan kepada anda semua pada kesempatan yang berbeza, dan saya perlu perjelas lagi kepada anda disetiap ceramah, bahawa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan Nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.)

Akhirnya beliau berkata :
"In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but God, He has no son and He reigns without a partner." (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping.)

Dalam buku, ‘Bonaparte et I'Islarn’ oleh Cherlifs, Paris, halaman 105, Napoleon Bonaparte berkata sebagai berikut..
"I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the prinsiples of the Qur'an wich alone can lead men to happiness.
(Saya meramalkan bahawa tidak lama lagi akan dapat dipersatukan semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsip--prinsip ajaran Islam, kerana hanyalah Qur'an itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan.”
Tak percaya? Anda boleh lihat rujukan antaranya…
1. ‘Memoirs of Napoleon Bonaparte’ by Louis Antoine Fauvelet de Bourrienne edited by R.W. Phipps. Vol. 1 (New York: Charles Scribner's Sons, 1889) p. 168-169. http://chnm.gmu.edu/revolution/d/612/
2. 'Napoleon And Islam' by C. Cherfils. ISBN: 967-61-0898-7 http://www.shef.ac.uk/~ics/whatis/articles/napoleon.htm
3. 'Satanic Voices - Ancient and Modern' by David M. Pidcock, (1992 ISBN: 1-81012-03-1), it states on page 61, that the then official French Newspaper, Le Moniteur, carried the accounts of his conversion to Islam, in 1798 C.E

Jadi berbalik kepada Pulau St Helena.. ''Anda benar-benar terputus dari dunia luar,'' kata Jamie Peters dari lembaga purbakala dan lingkungan National Trust. ''Itulah yang menarik. Kerana di dunia ini sudah tidak banyak lagi tempat seperti itu.''

Begitulah yang dinukilkan kepada saya dari sahabat BBC London. Wallahu aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan.
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Jan 20, 2010.

Catatan Perjalanan di Sri Lanka...

Coca-Cola - Ajak Peminum Jadi Murtad.








































Perhatikan word 'coca-cola'. Cuba beli satu botol coke dan koyakkan plastik cover die, & then terbalik kan. Kite akan dapat lihat tulisannya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH.

Hambali: AS Enggan Serah, Walaupun Rakyat Indonesia.

Bukan Arab tapi duduk dalam Majlis Penasihat Al-Qaeda. Riduan Isamudin @ Hambali juga adalah bekas Ketua Wakalah Jamaah Islamiah yang pernah beroperasi di Sungai Manggis, Banting, Selangor. Kini beliau ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) enggan menyerahkan suspek pengganas, Riduan Isamuddin atau Hambali kepada polis Indonesia untuk perbicaraan di negara asalnya. Ketua Detektif Polis, Ito Sumardi berkata, Indonesia akan menunggu sehingga perbicaraan Hambali di AS selesai sebelum mengemukakan permintaan baru untuk menemui suspek berkenaan.

"Kami perlu menerima hakikat tidak dapat membawa balik Hambali untuk dibicarakan di sini," katanya.

Hambali atau nama sebenarnya, Encep Nurjaman, didakwa menjadi pemimpin Jemaah Islamiah (JI) serta dianggap sebagai orang kanan Osama bin Laden di Asia Tenggara. Dia ditangkap di Thailand pada 2003 dan kemudian ditahan di penjara rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebelum dipindahkan ke penjara Teluk Guantanamo di Cuba, pada 2006.

Hambali yang dilahirkan di Cianjur, Jawa Barat, dilaporkan menjadi satu-satunya orang bukan Arab yang menduduki majlis penasihat al-Qaeda. Dia dikaitkan dengan pengeboman di Bali pada 2002 yang menyebabkan 202 orang terbunuh, kebanyakannya warga asing.

Kerajaan AS dilaporkan mahu membicarakan Hambali di Washington dan Jabatan Kehakiman dijanga membuat keputusan akhir mengenai perkara itu dalam masa beberapa minggu berikut. (AK)

Lebih Baik Proses Bahan Mentah, Baru Jual Ke S'pura -Dr M



PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad beranggapan pulangan dengan menjual bahan mentah pasir silika dari Johor ke Singapura adalah tidak menguntungkan.

Kerana itu adalah lebih baik bagi negara ini memproses bahan mentah terbabit wafer silikon dan menjualnya kepada Singapura, supaya ada nilai tambahan.

"Tidaklah begitu sukar untuk menghasilkan silika dari pasir silika. Saya rasa kilang kaca ada melakukannya sepanjang masa. Dan kita ada kilang kaca di Malaysia.

"Kenapa kita tidak hasilkan wafer silikon dan menjualnya kepada Singapura.." ujarnya.

Beliau juga beranggapan bahawa ada pihak yang tidak bercakap benar apabila sebanyak 700 lori dengan muatan pasir silika didapati keluar dari Johor ke Singapura setiap hari. Bekas Perdana Menteri berkata, walaupun Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu terdapat 500 lori membawa pasir itu ke seberang Tambak Johor setiap hari tetapi jumlah sebenar adalah lebih daripada itu.

"Saya ingat kita dah hentikan penjualan tanah kita kepada Singapura.

"Seorang teman memberitahu saya bukan 500 lori tetapi 700 buah. Itu jumlah yang banyak," tegas beliau dalam blog popularnya, Che Det di sini.

Beliau mengulas kenyataan Shaziman pada November lalu yang menyebut sebanyak 700 buah lori bertolak dari Singapura ke Malaysia melalui Tambak Johor setiap hari, manakala sejumlah 1,000 buah lori menggunakan laluan sama dari Malaysia ke Singapura.

Shaziman menambah, lebih kurang 500 buah lori ke Singapura membawa pasir. Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, republik itu memerlukan pasir silika untuk menghasilkan mikrocip.

Secara sinis beliau menambah: "Saya tidak tahu berapa banyak pasir yang digunakan untuk membuat mikrocip yang sekecil itu. Mesti banyak sekiranya mereka perlukan 700 lori pasir sehari." (AK)

Tentera AS Tersebar Di Haiti, 'Kami Tidak Perlu Tentera!'

Bantuan Amerika

SEBENTAR tadi BBC London melaporkan, tentara Amerika Syarikat mulai tersebar di Haiti. Tentara Amerika menyebar ke berbagai kawasan di Haiti untuk memperkuat operasi pertolongan seminggu setelah gempa terjadi.

Pejabat PBB mengatakan, pengedaran dibuka di Port-au-Prince, dan pasukan PBB akan mendampingi tentara Amerika yang menyalurkan bantuan. Tentara Amerika mendarat dengan helikopter di halaman istana presiden sebelum menuju sebuah rumah sakit di dekatnya, walaupun sebelumnya ada suara-suara rakyat Haiti menjerit "Kami tidak perlukan bantuan tentera!", "Orang kulit putih, berambus dari sini!".

Sila lihat sebleum ini...

Orang Putih Berambus, 500,000 Korban Senjata Gempa...

Orang Putih Berambus, 500,000 Korban Senjata Gempa AS!

"Orang kulit putih, berambus dari sini! ", Kami tidak perlukan bantuan tentera! Penduduk Haiti tunggu giliran ambil bekalan makanan.

Seorang kanak-kanak yang cedera di kaki dan tangan terlena di halaman Hospital Umum Haiti ketika Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Haiti, Bill Clinton yang meninjau mangsa gempa bumi diwawancara media di Port-au-Prince, kelmarin. –AFP

PORT-AU-PRINCE 19 Jan 2010 – AFP melaporkan, kedahsyatan tragedi yang menimpa Haiti menjadi bertambah jelas semalam apabila pihak berkuasa melaporkan 200,000 orang dianggarkan terkorban dan 1.5 juta lagi hilang tempat tinggal di kawasan yang dilanda gempa bumi minggu lalu.

Hampir seminggu selepas gegaran berukuran 7.0 pada skala Richter itu, mangsa yang cedera meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan, doktor merayu untuk mendapatkan bantuan dan pencuri melibas satu sama lain dengan parang untuk merebut barang rampasan dari runtuhan bangunan.

Sementara itu, menurut AP, mangsa gempa bumi 7 skala Richter di Haiti terus maut kerana ketiadaan makanan dan ubat malah ada wanita hamil bersalin di tempat terbuka manakala orang cedera terus tiba di pusat rawatan sementara ketika operasi menyelamat diteruskan dan tentera asing tiba untuk membantu.

"Kami tidak perlukan bantuan tentera. Apa yang kami perlu ialah makanan dan tempat berteduh," kata seorang pemuda yang menjerit ke arah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon ketika melawat ibu kota Haiti, kelmarin.

"Ajal kami semakin hampir," kata seorang wanita kepada pemimpin badan dunia itu ketika menjelaskan dia dan lima anaknya tidak ada makanan.

"Orang kulit putih, berambus dari sini," kata beberapa orang lain di kawasan setinggan Bel-Air yang mungkin kecewa kerana orang asing yang ada tidak menghantar bekalan keperluan.

Bekalan air semakin dapat dihantar kepada lebih ramai orang ketika ada laporan mengatakan pergaduhan berlaku ketika mangsa menunggu mendapatkan makanan termasuk di padang golf.

Jurucakap PBB, Elisabeth Byrs berkata, ada kemungkinan mangsa lain masih boleh hidup hingga Isnin depan. Anggota penyelamat menemui 70 mangsa yang terselamat di bawah runtuhan setakat ini.

"Masih ada mangsa yang hidup. Harapan masih ada," katanya. Program Makanan Dunia pula hampir mencapai sasaran untuk membantu 60,000 orang kelmarin, meningkat daripada 40,000 sehari sebelumnya," kata jurucakap agensi itu, David Orr.

Pegawai PBB berkata, mereka perlu menghantar bantuan kepada dua juta orang dalam tempoh sebulan. Apa yang mengejutkan ialah penyelamat terus menemui orang terselamat di bawah runtuhan, lima hari selepas gempa melanda.

Ada lagi berita menyebutkan, "..kejadian gempa yang meragut sehingga 500,000 nyawa di Haiti adalah angkara pihak tentera Amerika yang mencuba senjata gempa mereka yang bakal mereka gunakan untuk menghancurkan negara Iran'.

Laporan tersebut merupakan maklumat yang didapati dari Armada Tentera Rusia yang melaporkannya kepada Putin. Anda boleh baca laporan tersebut dengam klik di sini

Lihat juga: "Gempa Bumi Di Haiti Adalah Angkara Cubaan Senjata Gempa Amerika." (AK)

Tuesday, January 19, 2010

PM Tingkatkan Imej Diri, Kontrak RM20 Juta - The Time Of India.


Perunding Imej Najib adalah Israel

APCO Worlwide, sebuah syarikat yang di bayar oleh Perdana Menteri untuk meningkatkan imej beliau yang semakin luntur, didakwa menawarkan perkhidmatan yang serupa kepada diktator dan pemimpin-pemimpin korup diseluruh dunia, demikian menurut The Times Of India.

Akhbar terkemuka tersebut baru-baru ini melaporkan, selain daripada Najib, syarikat yang berpengkalan di Washington itu juga memberikan perkhidmatan kepada Diktator Nigeria, Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan-pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang merupakan seorang pemimpin muda dari Parti Komunis Rusia dan mempunyai kaitan dengan mafia.

The Times of India juga melancarkan siasatan terhadap APCO Worlwide selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga merupakan pelanggan syarikat tersebut.

Narendra didakwa menjadi penyebab kepada pergaduhan agama pada Februari 2002, dimana 1,000 terbunuh, majoritinya orang-orang Islam. Kerajaan Negeri Gujarat membayar APCO Worldwide untuk memulihkan imej Narendra, dengan bayaran sebanyak US$25,000 sebulan.

“Walaupun perkhidmatan APCO tiga kali lebih mahal dari firma-firma PR yang lain, APCO dipilih kerana ia mempunyai ramai ahli-ahli Democrat dan Republican yang berkhidmat sebagai perunding.

Kerajaan Malaysia dipercayaai telah memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, APCO Worldwide merupakan syarikat komunikasi global dengan jaringan ke 25 ibukota ternama di dunia. Pelanggan mereka termasuk kerajaan, syarikat-syarikat korporat, pertubuhan industri dan agensi-agensi yang tidak berasaskan keuntungan.

APCO Worldwide telah pun mempunyai pejabat di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.

Diantara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel. Mereka termasuk Shimon Shein, bekas duta Israel ke Jerman. Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke US dan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel.

Diterjemah dari artikel asal di Free Malaysia Today.

Pesta Lucah Beyonce, Libya Habiskan USD 1.2 Juta 1 Malam.


HALAMAN HIBURAN
beyonce dibooking qaddafi di karibia
Penampilan Beyonce yang superhot spesial untuk menghibur putra pemimpin Libya Qaddafi

gaddafi beyonce

MENYANYI dan berhibur di pesta tahun baru untuk Mutasim-Billah, putera Muammar Qaddafi, pemimpin Libya, yang terkenal sebagai pejuang rakyat. Bayaran untuk majlis itu berjumlah USD 1.2 juta untuk satu malam. Hal ini telah dibuktikan oleh penyanyi Beyonce sendiri.

Namun, bila melihat reputasi Beyonce, melihat dandanannya, agak wajar bila artis itu dibayar demikian. Beyonce merupakan tamu undangan putera ketiga Muammar Qaddafi, di acara pesta peribadi tahun baru di Nikki Beach, Kepulauan Caribbien.

Daily Mail Jumaat (15 Jan) memaparkan, Beyonce pakai baju ketat berkilat dalam pesta itu. Ketika superstar berusia 28 tahun tersebut melenggok seksi di panggung kecil, Mutasim-Billah melihatnya tidak berkedip pun. Semasa Beyonce menyanyikan lagu Single Ladies 'Put A Ring On It', Mutasim-Billah secara bergurau menunjuk-nunjuk cincin kahwin yang dipakai Beyonce.

Begitulah penampilan Beyonce 'superhot special' menghibur putera pemimpin sosialis Libya bernama hebat Mutasim-Billah Qaddafi. Antara undangan khasnya ialah suami Beyonce, Jay-Z, Jon Bon Jovi, artis hip-hop Usher, aktris Lindsay Lohan, serta sejumlah remaja peminat. Dalam pesta itu, nampak jelas Mutasim-Billah yang berjawatan Penasihat Keamanan Nasional Libya sedang merokok, mabuk, serta bercanda bersama tetamunya tanpa batas-batas agama.

Keterlibatan Beyonce dalam pesta itu sungguh mengecewakan, apa lagi bila mengingatkan, seseorang yang tertuduh dalam pengeboman Lockerbie yang dibebaskan melalui campur tangan kerajaan Libya. (Sumber Metro-Jawapos, dll/AK).

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah tersasarnya, bila negara tidak dipancangkan di atas asas agama, walaupun bertopengkan perjuangan pembebasan, sosialis, kerakyatan, keadian dan kebangsaan. Wallahu 'aklam.

Bongkar! Mangsa Perkosa Polis Syariah Aceh.


Korban Perkosaan Polisi Syariah di Langsa Trauma Sabtu, 16 Januari 2010

Metrotvnews.com, Langsa: Perkosaan oleh polisi Syariah, Langsa, Nangroe Aceh Darussalam, menggoreskan duka teramat dalam bagi korban, Nora. Mahasiswa Fakultas Hukum sebuah perguruan tinggi di Langsa ini sekarang lebih suka berdiam diri di kediamannya. Nora tak berani keluar rumah tanpa didampingi orangtuanya.

Nora mengaku, kasus yang menimpanya ini berawal saat dia berjalan bersama kekasihnya, Arel. Tiba-tiba polisi Syariah menangkap dan menggiring Nora dan pacarnya ke Kantor Polisi Syariah. Nora disekap, sedangkan Arel dilepaskan untuk mengambil uang tebusan. Tapi, hingga tengah malam Arel tak kunjung datang.

Saat Nora tertidur seorang petugas, M Nazir, masuk secara paksa ke kamar tempat korban disekap. Dengan membujuk korban agar kasusnya selesai, M Nazir minta dilayani nafsu bejatnya. Permintaan Nazir bersambut.

Setelah Nazir puas melampiaskan syahwatnya, dua orang koleganya menyusul masuk dan langsung memperkosa korban secara bergiliran. Akibat kejadian ini, Nora mengalami pendarahan. Orangtua korban, Wati, telah mengadukan perilaku bejat tiga oknum polisi Syariah ini ke aparat kepolisian. Ia berharap pelaku mendapat ganjaran hukum yang seberat-beratnya.(DOR)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukan salah hukum tapi salah cara perlaksanaan. Itulah antara cabaran dalam menegakkan hukum Allah. (2MA)