Saturday, January 30, 2010

Putusan Disiplin PAS: Apa Sikap Hasan Ali & Khalid?




KL, Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang semalam.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Hassan Ali akur keputusan Jawatankuasa Disiplin

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

“Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

“Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat,” katanya.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu dua lagi ahli jawatankuasa Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman.

Muttalib pula berkata, hukuman bagi kesalahan di bawah fasal 75 perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu memberi amaran, melucutkan mana-mana hak dalam parti, menggantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli parti.

“Kedua-duanya didapti bersalah jadi kalau lepas ini mereka buat juga,jawatankuasa disiplin boleh panggil balik dan kita boleh hukum mereka di bawah mana-mana hukuman yang ada pada kita,”katanya.

Khalid bagaimanapun hanya menghantar wakilnya pada pertemuan petang tadi kerana beliau berada di luar negara.

Tuan Ibrahim dalam pada itu berharap agar keputusan yang dibuat itu menjadi satu panduan dan iktibar kepada pimpinan parti yang lain.

“Kita harap keputusan hari ini dapat menjadi panduan dan iktibar kepada pendokong parti bukan sahaja dalam konteks PAS tapi juag dalam konteks Pakatan Rakyat,”katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media yang berlainan, Hasan berkata beliau menerima keptusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

“Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

“Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,”katanya.

Sementara itu di Shah Alam, hari ini, 30 Jan. Menurut The Malaysian Insider, Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) hari ini berkata beliau tidak kecewa walaupun digantung jawatan sebagai Yang DiPertua PAS Shah Alam dan Ahli Lujnah Politik Pas Pusat selama enam bulan berkuatkuasa semalam kerana matlamatnya telah tercapai.

“Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minimum saya telah pun tercapai,” katanya di dalam laman blog beliau www.khalidsamad.com hari ini.

“Tindakan Datuk PJ (Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali) selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar salah dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejaskan pakatan pembangkang Selangor,” kata Khalid.

Beliau berkata Dr Hasan tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi.

Semalam, Jawankuasa Disiplin PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapati kedua-duanya bersalah dan Dr Hasan turut dikenakan amaran bertulis.

Khalid mengakui walaupun jawatannya digantung tetapi itu tidak sepenting tindakan terhadap Dr Hasan yang telah diberi kata dua berhubung sikap dan tindakannya selama ini.

Beliau berkata hukuman gantung jawatan yang dikenakan ke atasnya disebabkan cara beliau menegur Dr Hasan yang dianggap memudaratkan PAS.

“Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala’ (taat kepada pemerintah) terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli,” kata Khalid.

Khalid berkata akhirnya beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali menghadapi perbalahan secara terbuka.

“Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan ‘tauke’ kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini ‘tauke’ pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi,” kata beliau.

Beliau berkata jika Dr Hasan terus dengan cara lamanya, beliau sendiri akan melaporkan perkara itu kepada Jawatan Kuasa Disiplin PAS.

Katanya beliau juga tidak merasa kecewa di atas penggantungannya itu memandangkan keputusan sudah dibuat tetapi belum memutuskan untuk membuat rayuan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hukuman Jawatankuasa Tatatertib PAS telah berlaku kepada tokonya, dan semua pihak terlibat telah menerima dengan redha. Ertinya semua, sudah selesai. Ya, teruskan perjuangan, alhamdulillah. (2MA)

Inilah Mangsa, Tanpa Sebab Polis 'shoot-to-kill'?

by Ong Vic Kee, MerdekaReview

Wanita dakwa ditembak polis tanpa sebab...

SEORANG wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran (gambar kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009.

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.--merdekareview.com
-----------------------------------------------------------------------
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang

Friday, January 29, 2010

MIC & MCA: Nafkah Isteri B/Islam, Perlu Dialog Dg PAS?

KUALA LUMPUR Jan 29 210: BERNAMA melaporkan MIC dan MCA akan mengusulkan kepada kerajaan agar turut menimbang peruntukan nafkah bagi wanita bukan Islam yang sedang melalui proses penceraian serta tidak diberi nafkah oleh suami mereka.

Naib Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, syor itu akan dibawa beliau dan rakan sejawat dari MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan pada mesyuarat Kabinet akan datang.

Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata pemberian nafkah itu akan meringankan beban golongan isteri yang kebanyakannya turut bertanggungjawab menjaga anak-anak sementara menunggu proses penceraian mereka selesai.

"Proses penceraian ini mengambil masa yang lama di mahkamah dan ada suami yang tidak mahu memberi nafkah kepada isteri selagi kes tidak selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan projek menaiktaraf kemudahan pelancongan di kawasan Batu Caves daripada Ng, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata mereka akan menyarankan agar peruntukan itu disalur menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pada awal bulan ini Kabinet meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan kepada mereka yang memperoleh perintah nafkah daripada Mahkamah Syariah, bertujuan membantu isteri-isteri yang dalam proses penceraian dan tidak diberikan nafkah oleh suami, meneruskan hidup dengan baik.

Sementara itu, MCA pula bercadang mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan agama Islam dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada sesi dialog yang diadakan parti itu dengan pelbagai pertubuhan agama. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, parti itu yakin kepercayaan dan persefahaman antara penganut pelbagai agama hanya boleh dikekalkan melalui dialog.

Minggu lepas, parti itu mengadakan dialog serupa dengan pemimpin Kristian berikutan beberapa kejadian serangan terhadap rumah-rumah ibadat baru-baru ini. Ong berkata, pada dialog itu, MCA dan MCCBCHST membincangkan mengenai sensitiviti agama dan pelbagai isu termasuk Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, sama ada Malaysia sebuah negara Islam, pengagihan dana awam dan reka bentuk rumah ibadat serta kawasan perkuburan bagi bukan Islam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Rakan-rakan bukan Islam dalam BN seperti MCA &MIC kena juga dialog mengenai Islam dengan PAS, jangan faham agama dan negara Islam macam UMNO faham. Sebab itu UMNO tolak hudud, menyebabkan tiada perpaduan dalam menghayati agama. Kalau ikut agama, sudah tiada perbedaan antara kaum, bangsa dan warna kulit. (AK)

Freemason AJL24 TV3 & Logo Mata - Amy Search

VOKALIS Amy Search hanya tergelak saat ditanya mungkinkah kumpulan rock unggul itu akan mengubah logo mereka setelah ianya dikatakan simbol 'Mata' yang digunakan, menyerupai unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini.

"Kami gunakan logo 'Mata' sudah bertahun-tahun lamanya. Tidak timbul ada unsur Freemason atau Illuminati kerana 'Mata' membawa maksud mencari atau 'searching.'

"Kami tidak pernah terfikir pun pasal Freemason atau Illuminati. Bagi Search, logo berbentuk tiga segi dan mata itu hanya satu simbol. Saya sangat terkilan kerana ia tidak seharusnya menjadi isu," kata Amy ketika menghubungi mStar Online semalam.

Sambungnya lagi, "Sewaktu Search mula-mula keluar dulu, kami gunakan simbol burung 'Vulture' dan selepas itu baru kami tukar kepada lambang mata. Bagi saya semuanya hanya satu kebetulan saja, sama seperti 'The Master Carpet' yang turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu gerakan Freemason.

"Berapa ramai orang buat lantai rumah menggunakan motif Checkered Floor ini. Takkanlah mereka semua ini ahli Freemason?," kata Amy.

Persembahan Hujan menerusi lagu Aku Skandal di AJL 24, didakwa mempunyai unsur ‘Freemason’ apabila Hujan menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.

"Andaian atau hipotesis yang cuba diutarakan tidak nampak sebarang logika. Saya juga menyangkal dakwaan konon kami dieksploitasi oleh pihak teknikal atau team produksi TV3.

"Saya rasa perkara ini berlaku secara tidak sengaja. Tidak timbul isu mengalakkan unsur Freemason atau sebagainya," jelas penyanyi terkenal ini yang aktif dalam beberapa usaha dakwah di negara ini.

Amy, bagaimana pun tidak terkejut dengan pendedahan dalam blog milik seorang penuntut Malaysia di Jordan, Mohammad Sufian Talib, 22, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu, yang berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

"Search sudah establish selama tiga dekad. Kami tahu apa yang haram dan dilarang. Tidak mungkin kami dipengaruhi unsur Freemason. Its just coincidental...,"kata Amy.

Blog jejakitinggalanrasul.blogspot.com itu secara berani mendedahkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 5 juta penonton itu.

Menurut sebuah akhbar, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.

Selain Search, antara artis lain yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza.

Dalam blog tersebut, Sufian berkata: “Anda juga mungkin dapat lihat persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

Alyah, finalis AJL 24, yang mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ juga dikaitkan membawa simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

Selain itu, Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet. (mStar Online/AK)

Lihat sebelum ini...

RM2B Royalti Minyak Sepatutnya Untuk K'tan -Ku Li

Gambar: Puluhan ribu hadir mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak

KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). (Harakahdaily.net/AK)

Thursday, January 28, 2010

Hibur, Hibur Sikit ..30 -Nasheed Afghanistan









SILA ziarahi.. Hibur Hibur Sikit..

Album I
Album IIAlbum III

Jawapan Kepada 'AJL24, TV3 Didalangi Yahudi/Fremason'

HALAMAN HIBURAN
Khamis Januari 28, 2010: Hujan Sedih, Alyah Terkejut Dikaitkan Dengan ‘Freemason’

EKORAN dikait mengamalkan unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini, dua finalis Alyah dan band Hujan memberikan pandangan mereka.

Salah seorang anggota Hujan, Hang Dimas berkata mereka sedih dengan dakwaan itu manakala Alyah akui terkejut.

“Kami sedih apabila perkara itu menjadi isu. Ada ke patut orang fikir macam ni dengan mencari hubungkait dan membuat andaian.

“Konsep hitam dan putih memang idea daripada Hujan. Sebelum membuat persembahan, kami kena present idea kepada team produksi TV3.

“Ia melibatkan bahagian teknikal. Jadi, takkan 14 artis plan untuk perkara ini. Kami juga tidak dieksploitasi oleh pihak produksi,” katanya yang mendapat tahu perkara itu menerusi sebuah blog.

Persembahan Hujan menerusi lagu Aku Skandal itu didakwa mempunyai unsur ‘Freemason’ apabila Hujan menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.

Dimas berkata, dia turut terkejut dengan pendedahan dalam blog itu dan menjadi isu besar.

Dia berpendapat, blogger itu boleh menulis dan berkata apa-apa sahaja. Walaupun kesal dituduh mengamalkan unsur ‘Freemason’, Hujan hanya tergelak saat diajukan persoalan itu.

Sementara itu, Alyah yang mempertaruhkan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang berkata konsep persembahannya pada malam itu dipengaruhi oleh klip video lagu itu.

“Saya menggunakan konsep ‘muzik elektrik’ dengan mengubah dari klip video kepada persembahan pentas.

“Ikutkan sofa dalam klip video itu berwarna merah dan baju saya berwarna hitam. Tetapi untuk persembahan itu saya ubah kepada sofa putih yang mendapat sponsor.

“Disebabkan saya nak nampak berlainan daripada penari, jadi sebab itu saya memilih baju berwarna merah,” beritahu Alyah ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Alyah, dia tidak pernah terfikir tentang ‘Lady In Red’ atau syaitan yang dikaitkan dengan unsur ‘Freemason’.

Dia hanya memilih pakaian berwarna merah rekaan Arma Abdul Rahman itu disebabkan menyukai warna itu.

“Saya pernah dengar yang ‘Lady In Red’ merupakan perantaraan syaitan dan manusia. Tetapi saya memilih pakaian itu tanpa mempunyai maksud terselindung seperti yang orang katakan pakaian itu melambangkan dajal.

“Saya pun baru tahu tentang perkara ini apabila penyanyi Imran Ajmain bertanya kepada saya semasa melakukan promo untuk Konsert Hot FM Big Jam tadi (semalam). Dia hanya menegur saya secara baik,” ujarnya lagi.

Walaupun begitu, Alyah berkata dia tidak akan serik untuk memakai baju berwarna merah lagi untuk melakukan persembahannya.

“Saya memilih pakaian warna merah dengan niat untuk membuat persembahan dan berfesyen. Bukan saya berniat menjadi perantaraan dengan syaitan,” tuturnya.

Tambah Alyah: “Kadangkala perkara ini mempunyai positif dan negatif. Dalam kes ini baru saya tahu yang ia hanya kebetulan dan yang penting saya tak pernah rancang. Sekurang-kurangnya, ia juga telah mengingatkan saya.

“Saya terima perkara ini secara positif dan setinggi mana pun muzik itu, saya perlu berbalik pada asal (agama).

“Saya bimbang juga jika hal ini dibangkitkan dan menimbulkan pergaduhan antara masyarakat Islam.

“Saya berterima kasih kepada pihak yang mendedahkan perkara ini namun diharapkan ia tidak diperbesarkan,” jelas Aliyah.

Dakwaan ini tercetus ekoran pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan, Mohammad Sufian Talib, 22, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Blog jejakitinggalanrasul.blogspot.com itu menunjukkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 4.6 juta penonton itu.

Menurut sebuah akhbar, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.

Antara yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza.

Namun begitu, cubaan mendapatkan komen Siti gagal apabila pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata dia dikhabarkan sedang berada di luar negara.

Sufian juga berkata: “Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

“Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ yang merupakan simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

“Anda mungkin tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.”

Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet. (AK)

Lihat ...

AJL24: TV3 Didalangi Yahudi/Fremason? Tahniah Blog JTR

HALAMAN HIBURAN

Ada apa pada AJL 24?


MINGGU lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?

Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;




piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?




Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.



Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.

youtube (The Arrivals. ap 13)




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.




di tali gitar




ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.


Sekadar penambahan. Terima Kasih.


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah tv3 sudah diresapi pengaruh yahudi atau freemason?? Ini, suatu ulasan yang menarik. Tahniah Blog JTR!

Diangkat dari...

Le Cruz: Didalangi Pengaruh Politik, 8000 Terpedaya -CAP

PENGGUNA

Khamis Januari 28, 2010: Lebih 8,000 Terpedaya Sindiket Pelaburan Internet

PULAU PINANG: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mendedahkan satu sindiket penipuan pelaburan menerusi internet yang dikenali sebagai skim pelaburan Le Cruz yang telah memperdayakan lebih 8,000 orang setakat ini.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, skim itu dipercayai didalangi oleh seorang ahli perniagaan tempatan yang mempunyai pengaruh politik dengan menawarkan pulangan pelaburan sehingga 500 peratus.

"Skim pelaburan Le Cruz berunsur pelaburan kasino dan membabitkan pelaburan jutaan ringgit dengan menjanjikan keuntungan sehingga 500 peratus selain hadiah barangan mewah seperti jam jenama Rolex dan barangan kemas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kebanyakan mangsa skim pelaburan ini adalah golongan orang kaya dan profesional.

"Kerajaan harus mengambil tindakan cepat untuk membanteras kegiatan penipuan ini bagi mengelak lebih ramai yang terpedaya kerana syarikat pelaburan itu mampu memancing pelabur dengan menawarkan imbuhan awal seperti pemberian jam Rolex," kata beliau.

Sementara itu, bekas pengurus kilang yang menjadi salah seorang mangsa penipuan itu R.Prakash, 45, berkata, selain ditawarkan barang mewah, beliau juga diberi perjalanan percuma ke Macau dan penginapan di hotel mewah, mengunjungi beberapa kasino dan dilayan seperti orang kenamaan.

"Keistimewaan yang diterima itu menyebabkan pelabur yakin dengan skim tersebut dan saya telah menjual harta benda saya untuk menambahkan pelaburan berjumlah RM4.9 juta selepas diberi imbuhan.

"Bagaimanapun semuanya terhenti secara tiba-tiba pada Oktober 2009 dan apabila saya berjumpa dengan seorang ejen syarikat yang dikenali sebagai Vijaya, dia enggan membayar balik wang pelaburan saya," katanya.

Menurutnya, setakat ini lebih 100 laporan polis telah dibuat di seluruh negara mengenai penipuan skim pelaburan itu yang bermula sejak tahun 2008. - BERNAMA

Catat Sejarah, 200 Pemimpin 5 Agama Bertemu Nik Aziz

Gambar di majlis pertemuan tersebut.

KOTA BHARU, 28 Jan 2010: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama. Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu. Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.

Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling Jaya, Selangor. PAS telah mengambil sikap 'Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam'.

Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu. Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno. Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik. Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Sementarta itu, Umno perlu bertanggungjawab terhadap ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua buah masjid di Petaling Jaya semalam. Kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis tersebut. Akibatnya, berlakulah perkara negatif seperti merosakkan rumah ibadat agama lain dan melemparkan kepala babi di masjid tempat orang Muslim beribadat. Sambungnya lagi.

Di Dewan Meru Selangor semalam, satu majlis antara pemimpin agama; Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh berjaya diadakan petang semalam dengan tuan rumahnya adalah Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman. (AK)

Tubuh K'pulan Muzik & Jenaka Betulkan Islam...

HALAMAN HIBURAN
BANYAK cara boleh dibuat oleh seorang Muslim bagi membetulkan pandangan salah tentang Islam. Jehad Dabab, seorang pemuda Muslim di Australia melakukannya dengan cara membentuk group muzik hip hop yang diberi nama "The Brothahood."

"Melihat stereotipe negatif yang dilekatkan ke komuniti Muslim, kadang amat mengecewakan. Kami ingin menerobos semua stereotipe itu melalui muzik dan dialog bersama anak-anak muda dengan bahasa yang mereka paham." kata Jehad yang berperanan sebagai vokalis di groupnya.

Komuniti Muslim sudah ada di benua Australia sejak lebih dari 200 tahun lalu. Dari 20 juta penduduk Australia, Muslimnya hanya sekitar 1.5%. Sejak peristiwa serangan 11 September 2001 di AS, Muslim di Australia seperti juga di negara non-Muslim lainnya menjadi sasaran kecurigaan dan identiti teroris. Ketika itu Jehad baru berusia 12 tahun.

Namun peristiwa itu mendorongnya untuk tekun kembali mengenali agama Islam. "Saya jumpa hal-hal buruk yang dikatakan ramai orang tentang Islam, semuanya salah." ujar Jehad.

Polling tahun 2007 yang dilakukan lembaga think-tank Issues Deliberation Australia menunjukkan bahawa masyarakat Australia pada umumnya menganggap Islam sebagai ancaman bagi cara hidup orang-orang Australia. Sebuah laporan pemerintah baru-baru ini menyebutkan, kaum Muslimin di Australia menghadapi sikap islamofobia dan perlakuan diskriminatif buruk yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Jika Jehad memanfaatkan muzik, maka Nazeem, rakannya itu pula menggunakan saranan komedi untuk meluruskan pandangan negatif masyarakat Australia tentang Islam. Bersama seorang lagi rakannya Nazeem membentuk duo komedi Fear of a Brown Planet. Semasa tampil di depan publik, Nazeem mengangkat berbagai isu seperti masalah bom bunuh diri, ras dan isu-isu sosial lainnya.

"Kita sudah banyak melihat kegilaan di seluruh dunia dalam beberapa tahun belakangan ini. Kita perlu hentikan sikap primitif itu dan bersikap lebih kritis. Anda tidak boleh cakap fasal rasisme terus terang, kecuali melalui komedi atau cara lain yang dapat diterima." kata Nazeem.

Nazeem optimis, ditengah kesulitan yang dihadapi komuniti Muslim di berbagai negara, selalu terbuka peluang untuk berbuat kebaikan dan pembetulan. "Saya berharap, masa-masa mendatang akan terbentuk melalui tindakan-tindakan kita yang positif," jelas beliau.

Komen blog Ibnu Hasyim: Muzik, komedi dan jenaka di Malaysia bila lagi nak buat begitu, sedang di Malaysia dapat dukungan kerajaan? Sampai bila muzik dan jenaka di Malaysia dibiarkan berterusan tanpa hala tuju yang dapat membangunkan negara dan agama? Tidak sedarkah kamu, wahai dalang-dalang malang yang mempunyai saham dalam menyesat, melalaikan dan meruntuhkan budaya anak musa Malaysia?(AK)



ISA: Pengebom 'Seluar Dalam,'4 S'ria, 2 N'ria , 1 Yemen & Jordan


SEBUAH pertubuhan hak asasi manusia mendakwa 50 orang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Khamis lalu di Kuala Lumpur tetapi sebahagian besar mereka telah dibebaskan.

Menurut presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim hanya 12 masih ditahan manakala yang lain dibebaskan pada jam 3 pagi, sehari selepas ditahan.

Katanya, kumpulan berkenaan yang kebanyakan mereka pelajar asing dicekup sepasukan polis ketika menghadiri kelas agama di Sungai Cincin, Gombak.

Syed Ibrahim berkata daripada sembilan nama mereka yang ditahan itu yang diperolehi oleh GMI menunjukkan seorang adalah rakyat Syria, dua rakyat Nigeria, seorang Yemen, seorang Jordan manakala seorang lagi adalah rakyat Malaysia.

"GMI percaya penahanan terbaru ISA mungkin sebagai tindak balas tekanan antarabangsa berhubung ancaman pengganas di Malaysia," katanya.

Pada sidang media hari ini, dia ditemani oleh seorang daripada tahanan ISA yang dibebaskan oleh polis minggu lalu.

Kemungkinan berkaitan dengan pengebom 'seluar dalam'

Semua tahanan didakwa sebagai kumpulan yang dikaitkan dengan Umar Farouk Abdulmutallab, 23, rakyat Nigeria yang ditahan di Amerika Syarikat.

Dia didakwa cuba meletupkan bahan ledakan yang disembunyikan di seluar dalamnya ketika cuba menaiki pesawat 253 Penerbangan Northwest yang dijadualkan dalam perjalanan dari Detroit ke Amsterdam.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan sepuluh orang ditahan mengikut ISA kerana terbabit dengan kegiatan keganasan.

Dia bagaimanapun tidak memberikan butiran penahanan berkenaan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Perlu di bawa ke mahkamah terbuka, bukan ISA. Rakyat ingin tahu dan patut diberitahu ketelusan sebenarnya, siapa dalang siapa?

Salji Di Amsterdam: Indah Tapi Tersimpan Cerita Buruk.

CATATAN PERJALANAN


4 gambar atas: musim sejuk di Amsterdam

MUSIM sejuk dingin dua hari sebelum hari minggu 20 Disember lalu di Belanda adalah pengalaman pertama saya melihat dan terlibat dengan salji secara langsung. Mulanya saya menyaksikan butir-butir salji berjatuhan di balkon dan lanskap yang memutih sejauh mata memandang. Semuanya nampak sungguh indah.

Dua hari pertama itu salji turun, saya berusaha menikmati pemandangan di mana-mana. Saya ke Amsterdam, keliling pusat kota Utrecht, dan berbasikal di sekitar Zeist. Walaupun indah, tetapi sebenarnya salji juga menyimpan cerita buruk. Saya juga telah benar-benar mengalaminya, di waktu yang sungguh tepat! Kejadian itu terjadi pada suatu hari setelah badai salji yang melanda negara Belanda.

Minggu, 20 Desember lalu itu, salji turun sepanjang hari sehingga ketebalannya di balkon saya, hampir mencapai 30 cm! Menurut berita di situs Radio Nederland, Badai salji yang turun di beberapa negara Eropah ini memang telah memakan cukup banyak korban. Saya juga turut jadi mangsa, pada besok harinya, sewaktu berholiday ke Frankfurt dengan bas Eurolines dari Utrecht CS.

Menurut jadual dan tiket yang saya pegang, bas Eurolines ke Frankfurt akan berangkat pukul 09.45 dari Utrecht CS. Jadi, pukul 8.30 saya sudah menuju Utrecht CS dan tiba di halte bas Eurolines di Jaarbeursplein pada pukul 09.00.

Halte bas Eurolines adalah satu komplek dengan halte bas-bas kota lain di barat Utrecht CS itu. Cerita buruknya ialah, tidak ada tempat duduk untuk orang-orang yang menunggu di ruang terbuka itu. Jalanan, pohon-pohon yang meranggas, basikal yang diparkir cukup lama, semua memutih akibat badai salji kemarin. Putih dan tebal. Butir-butir salji di pepohonan itu sesekali tertiup angin dan jatuh ke bawah.

Saya berdiri saja di halte Eurolines bersama beberapa orang yang juga sedang menunggu bas. Tas punggung saya tak dilepas. Tak lama setelah saya di situ, 4 mahasiswa Indonesia dari Deventer juga tiba di halte tersebut. Mereka mahu berlibur ke Paris dan juga menggunakan Eurolines.

Waktu berjalan lambat-lambat, masa menunggu. Tak terasa waktu menunjukkan sudah pukul 10.00s. Saya menunggu dengan agak cemas, kerana udara dingin sejuk di situ seperti sudah tak boleh tahan. Yang paling terasa adalah kaki dan tangan—agak kaku, macam nak beku. Sesekali saya pindah ke tempat lain yang tak bersalji, agar kasut tak kena terus dengan salji tebal itu. Tetapi tetap tak boleh kerana suasana sejuk sudah di mana-mana.

Bila sudah pukul sebelas nampak ada bas Eurolines masuk ke area Jaarbeurs, saya berharap ini adalah bas ke Jerman. Ternyata bas itu rupanya hendak ke Paris. Menjelang pukul 12, saya sudah tak tahan dengan sejuk, namun masih dalam penantian yang serba tak jelas itu. Saya hairan, mengapa tak ada kabar dari Eurolines. Saya sudah mencuba menelefon ke pejabat Eurolines di Amsterdam, tetapi saya kena berbaris panjang menyebabkan tak jadi nak telefon.

Akhirnya saya pun masuk ke komplek Utrecht CS. Mungkin boleh panaskan badan sikit fikir saya. Lepas itu, saya duduk-duduk di ruang tunggu Utrecht CS, tepatnya di dekat Blue Screen, papan jadual asal bas. Sambil menikmati segelas kopi, saya kembali mencuba menghubungi pejabat Eurolines. Meski berada di giliran ke 17, saya terus menunggu. Setelah menunggu sekitar 15 minit bimbang kad habis duit, saya sambung dengan operator.

Di mana khabar buruknya? Setelah diperiksa, petugas memberitahu, bas Eurolines ke Frankfurt baru saja meninggalkan Utrecht! Saya terangkan, saya dah 3 jam, dan tak dengar berita apa pun, sampai akhirnya saya memutuskan untuk masuk ke Utrecht CS. Dah tak tahan sejuk. Petugas itu menjelaskan bahawa hari itu semua jadual bas jadi kacau-bilau kerana badai salji.

Tapi saya tetap hairan, apa gunanya beri nomor telefon untuk pemesanan tiket jika dalam situasi darurat seperti ini saya sama sekali tak dapat maklumat! Memang, tiket Eurolines itu agak murah. Tetapi kan itu bukan alasan untuk membuat penumpang terlantar kedinginan. Satu-satunya jalan keluar adalah dengan menunggu bas berikutnya, paling cepat, pukul tiga petang. Saya perlu bersabar dan bertahan di tengah cuaca dingin.

Akhirnya, pukul empat kurang seperempat saya sudah berada di dalam bas Eurolines ke Frankfurt. Gara-gara badai salji, saya sudah terhukum kedinginan di Utrecht CS menunggu bas. Sungguh ini adalah pengalaman terburuk saya selama di Belanda.

Dari M.Mushthafa. Zeist, 4 Januari 2010,

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan.
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Jan 28, 2010.

Sebelum ini..

Hari Ini Solat Hajat Seluruh Negara, 2 Sebab -Idris Ahmad


KL.Jan 28 Jan 10. Semalam, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara hari ini malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.

Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.

Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini. PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan, kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

"PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini," katanya. (2MA)

Kemiskinan K'tan Terus Turun Kepada 4.1% -Husam Musa


KOTA BHARU, 27 Jan 10: Kadar kemiskinan di Kelantan telah menurun kepada 4.1 peratus pada 2008 berbanding 7.2 peratus pada 2007 dan 10.4 (2004).

Ini bermakna kadar kemiskinan di Kelantan 0.3 peratus lebih tinggi daripada purata kadar kemiskinan peringkat negara iaitu 3.8 peratus.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, bagi kategori penduduk miskin tegar Kelantan hanya mempunyai 0.6 peratus, di mana jumlah itu jauh lebih rendah berbanding peringkat kebangsaan 0.8 peratus.

Beliau berkata, perangkaan tersebut didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika rombongan Kelantan datang berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi perlaksanaan RMK-10, 25 Januari lalu.

Husam yang juga salah seorang anggota rombongan berkenaan berkata, taklimat diberi berhubung prestasi ekonomi Kelantan yang begitu menggembirakan.

Tambahnya, pada masa yang sama KDNK Kelantan pada 2007 dan 2008 buat pertama kali jauh lebih tinggi berbanding KDNK peringkat kebangsaan.

“ni kerana sejak 2006 KDNK telah berkembang kepada 5.9 peratus, 2007 (7.5 peratus) dan 2008 (5.1 peratus),” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Berbanding dengan kerajaan Persekutuan pada tahun 2006 (5.8 peratus), sedangkan Kelantan (5.9 peratus).

Pada 2007 KDNK Persekutuan 6.2 peratus, manakala Kelantan 7.5 peratus dan 2008 kerajaan pusat 4.1 peratus, manakala Kelantan 5.1 peratus.

“Alhamdulillah kerajaan negeri bersyukur kerana KDNK Kelantan mengatasi kerajaan Persekutuan buat pertama kalinya,” ujar beliau.

Sehubungan itu beliau mengucap terima kasih kepada usahawan, pelabur, agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang bersama-sama melaksanakan beberapa pembaharuan sehingga membuahkan hasil positif.

Menurutnya, keprihatinan kerajaan Kelantan membantu kerajaan pusat ke arah bagi membasmi kemiskinan telah menampakkan hasilnya dalam tempoh lima tahun.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, kerajaan negeri bersetuju bekerjasama dengan Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam sektor agropolitan bagi mempercepatkan pengurangan tahap kemiskinan di negeri ini.

Katanya, seramai 750 peserta akan ditempatkan pada fasa 1 program agropolitan di Paloh, Gua Musang.

Selain itu kata beliau kerajaan negeri akan memberi hak milik tanah kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

“Tanah-tanah tersebut akan dijadikan asas penempatan penduduk bagi program di bawah ECER. Setiap peserta akan mendapat pendapatan minima sebanyak RM1,000 sebulan,” ujar beliau.

Peserta terlibat akan diberi rumah yang siap dibina dan kemudahan asas lain.

Beliau juga berkata, Kelantan turut mencadangkan supaya dapat dipercepatkan beberapa projek pembangunan seperti pembesaran landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

“Kita juga memohon untuk pembesaran jalan raya Kota Bharu-Kuala Krai agar diselesaikan dahulu walaupun akan disambung dalam RMK-10,” katanya. (Harakahdaily.net/AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails