Saturday, April 10, 2010

Kisah Berkahwin Dengan Lanun Somalia.

CATATAN PERJALANAN
Bunga Mas Lima saat diluncurkan (photo : Militaryphotos). TLDM melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mencari penyelesaian untuk melindungi kapal-kapal dagang Malaysia. yang melalui perairan Teluk Aden, Somalia. Usaha ini juga ekoran daripada berlakunya rampasan dua buah kapal milik MISC iaitu Bunga Melati Dua dan Bunga Melati Lima di perairan Teluk Aden pada tahun-tahun lalu.

SAYA sempat bertemu dengan seorang wanita remaja sekitar 15 tahun... Berpakaian warna emas berkilauan, di sebuah villa dengan pekarangan yang agak luas. Pemilik rumah mewah itu adalah Halima Hassan. Dia adalah seorang wanita yang berkahwin semasa berumur 14 tahun, iaitu setahun lalu dengan suaminya yang berusia 70 tahun.

Saya berada di Eyl, sebuah kota kecil di Puntland, iaitu wilayah semi-otonom di Somalia. Kota ini dulu merupakan pelabuhan nelayan, tetapi sekarang berubah menjadi pusat bisnes 'rompakan kapal'. Simbol perniagaan ini dapat lihat dari sebuah perahu kayu yang terdampar di pantai pasir. Sementara sekitar 300 meter dari sana berdiri megah rumah-rumah milik orang kaya baru. Salah satunya milik suami Halima Hassan, seorang yang disebutkan sebagai lanun laut.

"Suami saya terlibat langsung dalam bisnes perlanunan ini." jelasnya, dengan wajah tenang. "Dia berumur 70 tahun dan kami menikah tahun lalu, ketika saya masih 14." Tanpa ditanya dia melanjutkan cerita, "orangtua saya miskin, dan itulah alasannya saya dikahwinkan dengan dia."

Seorang lelaki tua penduduk di Eyl bercerita pada saya, "Saya sudah sering diminta meguruskan perundingan antara lanun laut dan pihak kami. Pihak lanun mempersembahkan 'khamis' (jubah seperti yang dipakai oleh orang Islam), tongkat berlapis emas, minyak wangi, unta dan wang, antara barang yang sangat diminati."

Menurut lelaki tua itu, perompakan di pantai Somalia telah merosakkan moral masyarakat sehingga sanggup menukar kecantikan dengan wang. "Supaya dapat dinikahi perompak, gadis-gadis ini perlu berparas cantik." katanya. "Semakin cantik, maka semakin besar kemungkinan dipersunting perompak dan semakin besar pula upeti (hantaran) yang diperoleh orangtua."

Tetapi Halima tidak melihat ada kekeliruan atau masalah dari pernikahan dengan seorang perompak, dan cara suaminya dapatkan wang. "Ini adalah bisnes yang bagus," ujarnya sambil menunjukk dua Toyota Prado four-wheel drive yang diparkir di pekarangan villanya yang luas itu. "Kalau bukan dari kerja-kerja lanun, bagaimana aku dapat memiliki semua ini? Ini adalah bisnes yang baik," ungkapnya berulangkali tanpa ragu.

Tidak semua isteri penyamun-penyamun ini merasa aman dengan gaya hidup itu. Fatuma wanita 24 tahun, tinggal tidak jauh dari villa Halima. Rumahnya besar, tetapi tidak menonjol seperti milik Halima. Dia juga berkahwin dengan lanun-lanun itu. "Kadang-kadang aku tertanya-tanya, apakah baik memberi makan anak dengan wang ini," kata Fatuma dengan suara emosional. "Baik agama mahupun budaya tidak membolehkan perompakan, kerana itulah saya merasa tak sedap.."

Dia anggap suaminya sudah jadi lanun laut sebelum mereka kahwin pada Januari 2007 lagi. Tetapi tak pernah beritahunya, takut jadi kecoh. Walaupun begitu, Halima mahupun Fatuma, berpandangan unik mengenainya..

"Saya kira bisnes lanun ini perlu dilanjutkan. Saya tidak ingin berhenti kerana saya hanya bergantung pada pendapatan suami. Sedangkan saya tidak ada ketrampilan, dia adalah satu-satunya sumber mata pencarian." kata Halima.

Fatuma agak lain sikit, sambil membelek-belek perhiasannya, "Ya, saya dapat banyak kekayaan, termasuk kalung-kalung emas. Tapi saya tidak ingin hidup seperti sekarang ini." Tetapi tidak ada solusi. "Saya tiada jalan keluar," kata Fatuma sambil menggendong bayinya erat-erat.

Halima menikmati gaya hidupnya, sedangkan Fatuma membenci sangkar emas, yang mengurungnya. Demikian seperti yang dinukilkan oleh Kassim Mohamad RNW kepada Ibnu Hasyim.

Ingat di Malaysia pun ada lanun-lanun seperti itu, bahkan lebih teruk lagi. Iaitu pemimpin dan ahli koperat yang keparat, kerana 'korap' macam kucing kurap! Wallahu 'aklam.

Catatan Perjalanan: Ibnu Hasyim
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. April 10, 10

Lihat catatan perjalanan sebelum ini...

Seks Lucah Sami Bersama Pelakon Wanita India?

Swami Nithyananda sex with actress Ranjitha

Salah laku seks sami: Polis India mungkin ke Malaysia.

Actress Ranjitha

NEW DELHI, 9 April — Polis India menimbang untuk menghantar pasukan penyiasat ke Malaysia bagi mencari bukti di sebuah ashram yang mempunyai kaitan dengan seorang lelaki dari Selatan India yang mendakwa dirinya sebagai sami serta dituduh terlibat dengan salah laku seks bulan lepas.

“Hasil siasatan, kami tahu ada sebuah ashram di Malaysia (Pulau Pinang). Sekiranya ada maklumat kukuh, kami akan hantar pegawai kami ke Malaysia untuk menjalankan penyiasatan, tapi setakat ini belum ada maklumat seperti itu,” kata K.N. Yogappa, superintenden polis di Jabatan Siasatan Jenayah Bangalore dalam temu bual melalui telefon dengan Bernama hari ini.

Satu pasukan peringkat tinggi polis India sedang berusaha mengumpul maklumat penting bagi menangkap lelaki berkenaan yang dirakam aksi lucahnya bersama seorang pelakon wanita dari selatan India di dalam bilik tidurnya. Rakaman aksi itu disiarkan oleh sebuah stesen televisyen berpejabat di Chennai.

Berikutan pendedahan itu, polis Banglore bertindak menyiasat kes berkenaan, yang kemudiannya menemui pelbagai kesalahan lain — penipuan, seks luar tabie dan rogol. Semua kes itu telah difilkan di mahkamah India.

“Kami sedang menyiasat bagimana dia mendapat wang bagi membeli 23 ekar tanah atas nama Dhyanapeetam (ashramnya). Tiada siapa akan beri tanah itu secara percuma kepadanya,” kata Yogappa.

Selepas terdedah kes itu, yang mencetuskan kritikan hebat dan mendapat liputan meluas media di selatan India, sami berkenaan menghilangkan diri dari ashramnya di Bangalore.

“Kami terima banyak aduan dan pita (30 pita video seks melibatkan sami itu) dari Lenin (pembantu lelaki berkenaan), tapi dia tidak mendedahkan nama mereka yang terlibat, jadi kami tak boleh dapatkan saksi.

Sementara itu, di Bangalore, sebuah akhbar melaporkan rakaman filem berkenaan mendapat sambutan hangat dan cakera padat yang dikatakan mengandungi rakaman aksi lelaki tersebut dijual pada harga hampir 1,000 rupee India (RM75) seunit. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Di Malaysia tak apa-apa. Pemimpin yang dikatakan terlibat dalam skandal cakera padat digital (DVD) seks pun boleh dilantik sebagai ketua parti yang bergabung dengan BN. (AK)

Lihat ini..

350,000 Tinggalkan M'sia Kerana UMNO/BN?

Kisah Benar: Mengapa saya tinggalkan Malaysia?

SITUASI modal insan di Malaysia tidak bertambah baik kerana negara kehilangan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan di masa depan. Banyak tenaga kerja mahir Malaysia meninggalkan negara untuk mencari peluang lebih baik di negara lain dan menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia pada 2008 - kira-kira 350,000 dewasa Malaysia bekerja di luar negara.

Lebih separuh daripada mereka lulusan institusi pengajian tinggi. Sebagai reaksi terhadap Model Ekonomi Baru yang memfokus untuk membawa balik bakat-bakat negara itu kembali ke negara, Malaysiakini meninjau pandangan golongan itu untuk mengenal-pasti punca mereka meninggalkan negara. Berikut luahan mereka. Kami juga ingin mendengar cerita anda. Emailkannya kepada editor@malaysiakini.com atau bahasa-editor@malaysiakini.com

Farid Tan, 53, presiden dan CEO, Metro City Bank, Atlanta, Georgia. Meninggalkan Malaysia dengan keluarganya pada 1993.

Ketika itu saya berkerja dengan Bank Bumiputera dan ditukarkan ke pejabat di New York untuk selama enam tahun. Selepas itu, saya menimbangkan untuk pulang pada 1999 tetapi ketika itu berlakunya krisis Ekonomi Asia dan keadaan menjadi tidak menentu. Tetapi jika diimbas kembali, jika tiada krisis sekalipun, saya tidak fikir saya akan kembali ke Malaysia kerana demi pendidikan anak-anak.

Selain itu, saya juga mempunyai pekerjaan di sana. Lebih banyak peluang di Amerika. Saya tidakpun memiliki ijazah tetapi boleh bersama sekumpulan pelabur, memohon lesen untuk membuka sebuah bank. Saya tidak akan dapat peluang sedemikian di Malaysia. Di Amerika, jika segala peraturan dipatuhi, tiada sesiapa yang boleh berkata 'Tidak' kepada anda. Tiada karenah birokasi ataupun keperluan pertalian politik.


Edlina Razak, 34, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Shanghai, China. Berhijrah sebagai pelajar sejak 1993 dan pernah tinggal di Perancis dan Hong Kong.


Saya tidak akan kembali, setidak-tidaknya dalam tempoh terdekat ini. Keputusan saya ke luar negara kerana saya tidak yakin dengan universiti tempatan dan pada masa yang sama ketika berusia 17 tahun saya mahu kebebasan daripada keluarga dan masyarakat. Saya masih ingat pada satu malam semasa keluar dengan rakan-rakan, di negara ini, kami ditahan polis.

Mereka mengancam untuk melaporkan kepada ibu bapa kami yang kami keluar sehingga larut malam yang secara tidak langsung polis sebenarnya cuba mendapatkan sogokan. Saya tidak akan kembali walaupun ditawarkan gaji yang lebih tinggi di Malaysia kerana berpendapat hidup lebih bagus di luar negara sekalipun jika gajinya kecil.

Isabel Lee (nama ditukar atas permintaannya), 26, Peguam, Singapura. Menuntut dan bekerja di luar negara sejak 2004.


Saya memilih untuk tinggal di Singapura kerana ia adalah hab perniagaan dan kewangan. Jumlah kerja serta kualiti projek berskala besar yang kami dapat memberi saya pengalaman yang tidak ternilai yang tidak boleh didapati di Malaysia. Saya tidak fikir rakyat Malaysia begitu progresif dan mereka tidak begitu agresif kerana sebegitu selesa. Saya mahu persekitaran yang saya boleh memperbaiki diri saya dan juga cabaran.


Jacqueline George, Akauntan, 26, Brisbane, Australia. Berpindah pada 2006 untuk melanjutkan pelajaran dan kembali seketika di Malaysia selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk terus menetap di Australia.


Saya percaya bahawa setiap generasi mesti berupaya menjadi lebih baik daripada generasi sebelum mereka. Keturunan saya berasal dari India dan mereka bekerja keras untuk mengubah hidup kami. Saya berpendapat jika saya terus tinggal di Malaysia, paling tinggi saya cuma boleh berjaya seperti apa yang dicapai oleh ibu bapa saya. Tetapi jika semua aspek diambil kira, punca meninggalkan negara adalah kerana tidak gembira dengan gaji yang ditawarkan, cara hidup, keselamatan dan sebagainya.


Khoo Gaik Cheng, 41, Pensyarah di Universiti Kebangsaan Australia, Canberra, Australia. Menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat, Kanada, Singapura dan Australia sejak 1990.


Tidak seperti di Malaysia, kaum minoriti di Australia dihargai. Saya tidak akan kembali selagi tidak berlaku perubahaan kepada sistem di negara ini. Bercakap secara khusus mengenai akademik, saya mahu melihat pemikir yang progresif, mereka yang cekap, tidak mengamalkan rasuah, berwawasan, mengetuai pelbagai jabatan di universiti sebagai dekan dan naib canselor. Saya tidak mahu melihat orang yang dilantik oleh Umno atau BN mengisi jawatan penting di universiti yang hanya menjaga kepentingan parti dan bukannya universiti ataupun rakyat Malaysia.

Komen Blog Ibnu Hasyim: 350,000 (2008) orang dewasa di negara ini, tiinggalkan negara. Perlu dibuat kajian, mengapa dan salah siapa? UMNO/BNkah? (AK)

Friday, April 09, 2010

Sokong LRT Berasingan Mengikut Gender -Dr Hj Mohd Hasyim.

by ASYOK KUMAR
KL, 9 April 10: BLOG Ibnu Hasyim sambut baik cadangan Syarikat Prasarana Negara Berhad mempertimbang untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan transit aliran ringan.

Hal ini timbul berikutan Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Prasarana, Ebi Azly Abdullah berkata, banyak faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan yang akan memberikan manfaat kepada pengguna.

“Kita pernah berbincang untuk mewujudkan gerabak berasingan pada 2008 tetapi ketika itu tren yang digunakan hanya tiga gerabak sahaja berbanding empat gerabak sekarang.

“Dulu hanya 400 penumpang sahaja kini seramai 800 penumpang boleh dimuatkan dalam satu masa. Lagipun perkhidmatan LRT sentiasa penuh dengan penumpang.

“Jadi kita akan mempertimbangkam lagi perkara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim mengucapkan terima kasih kepada The Malaysian Insider yang melaporkan berita itu hari ini. "Pihak kami pun sering membongkar hal ini demi kemaslahatan umum, maruah wanita dan untuk kebajkan penganut-penganut agama Islam serta semua agama... kerana semua agama mahukan kebaikan."

Minggu lalu KTM Berhad mengumumkan pihaknya sedang mengkaji untuk memperkenalkan gerabak ikut gender dan golongan emas. Ebi Azly Abdullah juga berkata, banyak elemen perlu dikaji termasuk dari segi keselamatan, masa dan juga pengasingan.

“Kajian terperinci akan dibuat kerana ia penting bagi kita dan juga pengguna. Kita tidak mahu menyusahkan mereka nanti.

“Ini kerana perkhidmatan kita setiap tiga minit akan sampai ke stesen jadi agak sukar untuk mengasingkan lelaki dan wanita.

“Pada waktu puncak LRT pasti akan dipenuhi penumpang jadi ketika itu pasti sukar untuk membuat pengasingan tersebut.

“Kita akan kaji perkara ini dengan lebih teliti dan terperinci malah kita akan membuat percubaan terlebih dahlu sebelum membuat keputusan,” katanya lagi.

Blog Ibnu Hasyim telah menyiarkan beberapa artikel mengenainya sebelum ini..

Iran: Gambar atas, Ibnu Hasyim dalam bas di Iran. Dibelakang ada sekatan khas untuk wanita. Gambar bawah dalam LRT, ada ruang khas untuk wanita. Pemerintahnya mengambil kira bataspbatas halal-haram dan percampuran bebas.

"Terima kasih kepada Ebi Azly Abdullah dari Syarikat Prasarana Negara Berhad yang begitu prihatin kepada pengguna. Saya sentiasa doakan, semoga khidmat tuan kepada pengguna akan berjaya, bahkan lebih profesional lagi." Kata Dr Hj Mohd Hasyim lagi. (AK)

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..

Pilihanraya Kecil Sarawak P212 Sibu.

Datuk Robert Lau
MP Sibu meninggal dunia

APR 9, 10: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang. Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai. Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus). Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media. Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim Di Sarawak..

Letak Jawatan: Tak Mahu Subahat Dg DVD Seks.




KL. APRIL 08, 10 - Datin Paduka Chew Mei Fun (foto) hari ini meletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita MCA. Beliau turut melepaskan kedudukanya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sehubungan bekas Timbalan Ketua Wanita, Datuk Yu Chok Tow dipilih menggantikan Mei Fun menerajui sayap MCA itu manakala Tan Ah Eng yang merupakan bekas Naib Presiden parti dipilih sebagai timbalan. Pada masa sama, Mei Fun juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana MCA berkuat kuasa hari ini.

Mengenai jawatan dalam kerajaan, beliau memberitahu pemberita di Wisma MCA di sini hari ini bahawa surat melepaskan jawatan sebagai senator kepada Yang Dipertua Dewan Negara dan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kedua-duanya berkuat kuasa 29 April akan diserahkan esok.

Bagaimanapun beliau hanya melepaskan jawatan parti dan masih kekal sebagai ahli. "Saya bukannya keluar parti kerana saya masih yakin terhadap misi dan matlamat parti. Saya akan terus berkhidmat kepada parti tanpa mengorbankan prinsip saya," katanya.

Tindakannya itu, jelasnya, adalah kerana tidak dapat menerima apa yang berlaku dalam MCA yang telah menyebabkan budaya dan nilai Wanita MCA telah terhakis. "Jika saya berdiam diri tanpa bertindak melindungi nilai ini, saya akan merasa malu," katanya.

Pada 16 Nov tahun lepas, Mei Fun memberitahu media bahawa beliau akan melepaskan jawatannya jika
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, yang terlibat dalam skandal cakera padat digital (DVD) seks, menjadi presiden MCA.

Komen Blog Ibnu Hasyim: "Jika saya berdiam diri tanpa bertindak melindungi nilai ini, saya akan merasa malu," kata Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau buktikan kenyataannya dengan meletakkan semua jawatannya termasuk Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau tidak mahu ber'presiden'kan orang yang terlibat dalam skandal cakera padat digital (DVD) seks. Tidak mahu bersubahat.

Itulah seorang srikandi yang bermaruah.
Walaupun beliau bukan seorang Islam tetapi perjuangannya adalah selaras dengan kehendak-kehendak wanita Islam dan wanita yang bermoral. Bagaimana dengan Shahrizat Jalil, puteri UMNO dan lain-lain yang masih sanggup bersahabat dan bersubahat dengan pemimpin yang terlibat dalam skandal cakera padat digital (DVD) seks? Datin Paduka Chew Mei Fun lebih bermaruah dari Shahrizat dan Puteri UMNO? (AK)

Penjara, Miskin & Bujang? Kembalilah Kpd Islam.


KL APRIL08, 10 — Adakah patut seorang yang miskin, yang tidak mampu membayar denda, sebaliknya dipenjarakan untuk 1 tahun dan disebat 6 kali kerana kesalahan pertama meminum arak di khalayak ramai? Laporan The Malaysian Insider di bawah tajuk, Penjara kerana miskin dan bujang? — Shanmuga K (loyarburok.com)

Kenyataan itu menyebutkan, Utuan Malaysia hari ini melaporkan seperti berikut:

Seorang tukang masak sebuah maahad tahfiz menerima padah akibat minum arak di khalayak ramai apabila dijatuhi hukuman penjara setahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Mohd Sabri Zulkepli (gambar), 24, yang berasal dari Peramu menjadi pesalah pertama yang dihukum penjara atas kesalahan itu setelah mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Md Yunos.

Lelaki itu mengaku minum arak di kompleks beli-belah Kuantan Parade di sini pada pukul 5.30 petang, 13 Februari lalu.

Yang menarik perhatian saya adalah sebab kenapa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara dan bukannya denda. Dilaporkan:

Abdul Rahman ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, penjara dan sebatan itu adalah sebagai pengajaran supaya tertuduh menginsafi diri daripada perbuatan tersebut.

Tertuduh yang sebelum ini mengaku tidak bersalah telah menukar pengakuan kepada bersalah pada 13 Mac lalu, merayu kepada mahkamah supaya dikenakan denda sebanyak RM2,000 dan tiga sebatan.

“Memandangkan pendapatan bulanan tertuduh hanya RM550 sebulan dan menanggung kedua ibu bapanya, maka mahkamah berpendapat wang denda tersebut wajar digunakan untuk masa depan keluarganya,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, hukuman penjara dapat memberi kesedaran kepada tertuduh berbanding denda memandangkan tertuduh masih muda dan belum berkahwin.

Saya (Shanmuga K -loyarburok.com) bukanlah seorang pakar dalam undang-undang Syariah mahupun undang-undang jenayah. Meskipun saya telah mendapatkan kelulusan Syariah daripada Universiti Islam Antarabangsa 10 tahun yang lalu, saya tidak mengamal undang-undang syariah. Apa yang saya ingat daripada undang-undang jenayah juga daripada zaman universiti dan masa saya berkhidmat sebagai pelatih dalam kamar untuk Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam di Kuala Lumpur.

Saya telah ingat ianya adalah undang-undang lazim (bagi para LoyarBurok yang petah bahasa penjajah: trite law) bahawa seorang yang mengaku bersalah dan dengan tiada kesalahan lampau (no previous convictions) patutlah diberikan hukuman lebih ringan.

Pengakuan bersalah itu menunjukkan bahawa tertuduh telah insaf, dan juga telah membantu untuk menjimatkan kos dan masa pihak pendakwaan serta mahkamah. Jadi hukuman lebih ringan adalah insentif yang diberikan oleh sistem kehakiman untuk menggalak para tertuduh yang bersalah untuk mengaku sahaja, dan tidak mencabar pendakwaan.

Bagi orang yang mempunyai kesalahan pertama, dan juga orang yang muda, diharapkan bahawa kesalahan itu adalah hanya satu langkah yang silap. Diharapkan juga bahawa tertuduh itu tidak akan melakukan kesalahan lagi jika satu hukuman yang ringan tetapi berkesan dikenakan untuk memberi pengajaran.

Penjara itu adalah hukuman yang amat serius. Setahun penjara itu adalah tersangat serius. Untuk 9 bulan (biasanya, jika saya tidak silap, 1/3 daripada tempoh hukuman akan diringankan jika orang itu berkelakuan baik di penjara), pesalah itu tidak akan dapat menyara hidupnya dengan bekerja. Keluarganya akan kehilangan sumber pendapatan mereka. Tempoh di penjara juga akan membolehkan pesalah itu bergaul dengan penjenayah lain, yang kebanyakannya akan lebih teruk dalam perangai dan tabiat jenayah mereka.

Jadi, apabila saya melihat bahawa Hakim Syariah itu telah memberikan hukuman penjara, saya adalah terperanjat. Lebih-lebih lagi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah itu berkata bahawa wang denda itu boleh digunakan untuk menyara hidup keluarga Mohd Sabri itu? Tetapi bagaimana pula dengan gaji beliau untuk setahun dia dipenjarakan? Dan beliau dipenjarakan kerana dia belum lagi berkahwin, jadi setahun dalam penjara itu dapat dijadikan pengajaran? Mohd Sabri memang akan belajar — belajar bagaimana nak jadi samseng, bagaimana nak curi kereta, bagaimana nak merompak orang lain.

Saya tertanya kenapa pula peguam Mohd Sabri tidak mengutarakan hujah-hujah ini semasa bicara? Ketika itu saya terbaca perenggan-perenggan terakhir laporan itu:

Sementara itu, bapa tertuduh yang enggan dikenali terkejut kerana menyangka anaknya hanya akan dikenakan denda dan sebatan.

“Saya betul-betul terkejut apabila mendengar hukuman penjara yang dikenakan ke atas anak saya. Saya akan menyediakan peguam untuk membuat rayuan,” jelasnya.

Jadi, ajaran minggu ini: Sediakan peguam sebelum dijatuh hukum!

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Keadilan apa yang nak diharapkan dari hukuman yang bukan dari hukum Allah? Allah SWT ciptakan manusia ada menu dan peraturannya. Beli barangan, tetapi tidak mahu ikut peraturan pembuat barang itu, tentulah rosak dan tidak tercapai fungsi kegunaan barang itu.

Justeru, kena kaji balik undang-undang yang ada sekarang. Hukum penjara, di mana yang dihukum tidak boleh kerja, atau bayar wang dan tiada hukuman di depan orang ramai yang mendidik itu, bagaimana statusnya dalam perundangan Islam? Kembalilah kepada hukum Islam dan syariah yang sebenarnya. (2MA)

Isreal Ada Akses Kepada Maklumat Negara? -Azmi Khalid


KL APRIL 08 10: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara.

Pada mesyuarat PAC itu bagi membincangkan prestasi Khazanah Nasional, Azmi melahirkan kebimbangan beliau bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain.

Berikut petikan mesyuarat itu:

Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia.

Berrdasarkan maklumat itu, Anwar menggesa polis untuk meneruskan siasatan. "Saya tidak lihat bagaimana Umno boleh terlepas dengan kekalutan Apco ini,” katanya.

Datuk Seri Anwar juga hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel. (AK)

Thursday, April 08, 2010

APCO-UMNO: Tidak Akan Perbaharui PM Terperangkap?



KL. APRIL 08: Kontrak perunding media dan perhubungan awam Apco Worldwide Sdn Bhd dipercayai tidak akan diperbaharui apabila ia berakhir pada 4 Ogos.

Menurut sumber daripada pegawai peringkat tertinggi kerajaan, Apco yang ditugaskan oleh kerajaan untuk mengendalikan strategi media antarabangsa tidak akan dilanjutkan kontrak tahunannya.

"Beliau (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) kurang senang dengan cara mereka menangani kontroversi yang melanda baru-baru ini dan kini menjadi liabiliti,” kata sumber itu lagi.

Menurut beliau, walaupun keputusan Najib untuk menamatkan khidmat Apco mungkin dilihat bagi mengurangkan tekanan terhadap kerajaan Barisan Nasional kerana firma antarabangsa itu didakwa ada kaitan dengan Israel, namun hakikatnya perdana menteri dikatakan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Adalah dipercayai Apco memulakan kerja-kerjanya untuk Najib seawal Jun tahun lalu meskipun kontrak ketika itu belum ditandatangani. Najib dikatakan amat tidak berpuas hati dengan khidmat Apco khususnya berhubung persiapan mereka ketika beliau diwawancara oleh Associated Press semasa lawatannya ke Beijing, Jun lalu yang ditanya mengenai pembunuhan model dan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Soalan yang dilontarkan tidak diduga sama sekali dan perdana menteri dikatakan tidak bersedia walaupun beliau mampu menanganinya dan berjaya berseloroh. Juga difahamkan bahawa kehadiran Apco menyebabkan ketidak-selesaan di kalangan pakar-pakar media Najib.

Penasihat media perdana menteri, Datuk Jalaludin Bahaudin, seorang pengkritik vokal Apco secara peribadi, dikatakan tidak sehaluan dengan pandangan setiausaha akbar Najib, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berhubung peranan Apco di Jabatan Perdana Menteri.

"Ini kerana Jalaludin berpendapat Apco tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan,” kata sumber itu. Tengku Sariffuddin tidak dapat dihubungi untuk komennnya manakala Jalaludin enggan membuat ulasan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.

"Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang ini," katanya di parlimen.

Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya isu APCO-UMNO menyebabkan UMNO terperangkap. Terbongkar sudah tembelang UMNO berkerjasama dengan Israel, membantu pembunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa. Kontrak dengan perunding media dan perhubungan awam Apco Worldwide Sdn Bhd Israel itu, kini dipercayai tidak akan diperbaharui. PM Malaysia kalah dalam isu ini. Beliau perlu mengaku kesilapannya dan bertaubat, perlu mohon maaf! (AK)

Ada kaitan...


APCO: Perlimen Tarik Balik Usul Terhadap Mahfuz


KL APRIL 08, 10: Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) hari ini menarik balik usul untuk membawa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen. Ismail berbuat demikian dengan mengemukakan satu lagi usul di Dewan Rakyat hari ini bagi menarik balik usul terdahulu yang dikemukakannya semalam.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum itu telah meminta Mahfuz mengemukakan penjelasan sama ada pengucapan "Umno-Apco" itu bertujuan menyelewengkan Dewan. Mahfuz kemudiannya berkata beliau tidak berniat demikian, dan penjelasan itu diterima oleh Ismail.

Usul bagi menarik balik tindakan itu kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh ahli dewan. (AK)

Kyrgyzstan, 40 Terkorban K'jaan Rakyat Dibentuk.


Demo Kyrgyzstan

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

APRIL08, 10 Khamis: Kekacauan terjadi di Kyrgyzstan, akibat pertarungan antara kelompok anti pemerintah dengan polis. Diberitakan lebih 40 orang terkorban, akibat pertempuran antara gerakan anti pemerintah dengan polis. Di jalan-jalan korban bergelimpangan.

Polis menembak gas air matan dan granat berusaha membubarkan aksi anti pemerintah yang membuat kekacauan di pusat ibukota negara itu. Pertempuran tak dapat dihindarkan, di mana pendemo bertempur dengan pegaai polis. Rabu, kelmarin, merupakan hari yang paling buruk bagi Kyrgyzstan, di mana negara dalam keadaan lumpuh.

Selain mengorbankan lebih dari 40 orang demonstran, lebih 142 orang cedera. Ada laporan menyebutkan 50 terkorban dan ada melaporkan 100 orang. Negara bekas Kesatuan Soviet dengan jumlah penduduk 5.3 juta itu, menghadapi pemerintahan yang keras (otoriter) di bawah Presiden Kurmanbek Bakiyev, dan tidak mahu kompromi dengan tuntutan para demonstran. Dengan menggunakan gas air mata, granat, dan senjata otomatis, polis dan tentera negeri menghadapi pengunjuk perasaan yang menuntut pengunduran diri Bakiyev.

"Kami hampir memiliki kesepakatan dengan pemerintah, dan berjanji akan mengundurkan diri. Tetapi ini tidak tertulis dalam kertas", ujar Galina Skripkina, seorang pejabat pembangkang dari Parti Sosial Demokrat, yang juga menjadi anggota parlemen, kepada Reuters.

Presiden Bakiyev meninggalkan kota dan terbang menuju ke kota bahagian selatan Osh. "Bakiyev telah terbang dari Bishkek menuju Osh", ujar Galina. Pihak pembangkang telah memegang pengendalian sepenuhnya menguasai keadaan dan kekuasaan", ujar Roza Otunbajeva, kepada berita Rusia, RIA.

Sebelumnya, Perdana Menteri Kyrgyzstan, Daniyar Usenov, telah beruundur akibat tekanan para demonstran, dan Usenov telah dipanggil sebagai 'penjahat'. Di kota Talas, Kyrgyzt, Perdana Menteri, Aklybek Japarov, dan Mendagri, Moldomusa menderita luka parah, dan mereka dipaksa oleh para demonstrasi berteriak : "Turun Bakiyev".

Kekuasaan yang sangat dicintai para penguasa, akhirnya runtuh bersama dengan kemarahan rakyat, yang sudah muak dengan penguasa, yang zalim. BBC sebentar tadi melaporkan pihak pembangkang telah mengisytiharkan pembentukan pemerintahan rakyat. (Pelbagai sumber/MRD)

'Ekstremis' Digugurkan, Istilah 'Pengganas' Bila Lagi?

Bukan bom bunuh diri tetapi bom syahid.

Istilah Ekstremis Islam digugurkan

WASHINGTON 7 April - Para penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan menggugurkan istilah keagamaan seperti 'Ekstremis Islam' dari dokumen utama yang menggariskan strategi keselamatan kebangsaan negara itu.

Sebaliknya ia akan menggunakan dokumen yang ditulis semula bertujuan menekankan pendekatan AS tidak melihat negara-negara Islam dari sudut keganasan, kata para pegawai anti-keganasan.

Langkah tersebut merupakan perubahan besar dalam Strategi Keselamatan Kebangsaan, sebuah dokumen yang menggariskan Doktrin Bush bagi mencegah perang. Dokumen berkenaan ketika ini mempunyai catatan: 'Usaha menangani militan radikal Islam merupakan konflik ideologi besar pada tahun-tahun awal abad ke-21'.

Para pegawai berkenaan mendedahkan perubahan tersebut dengan syarat nama mereka tidak disiarkan kerana dokumen berkenaan masih dalam proses ditulis semula dan White House tidak mahu membincangkannya. Bagaimanapun penulisan semula dokumen strategi berkenaan merupakan contoh terkini tindakan Obama dalam menyusun semula dasar luar AS seperti janjinya untuk meleraikan senjata nuklear dan mengehadkan situasi ia boleh digunakan.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha lebih besar yang dibincangkan secara terbuka oleh White House yang menekankan perubahan bukan sahaja cara AS berdialog dengan negara-negara Islam malahan juga tentang apa dibincangkan dengan mereka.

Selain itu, ia juga berkaitan perubahan yang merangkumi penjagaan kesihatan, sains, keusahawanan dan pendidikan termasuk di negara-negara Islam. Usaha untuk menjauhkan diri daripada 'keganasan' dimulakan sejak setahun lalu ketika Obama melawat Kaherah dan berjanji memulakan era baru hubungan antara AS dengan dunia Islam.

White House percaya pentadbiran sebelum ini mengasaskan hubungan tersebut semata-mata berdasarkan kepada langkah melawan keganasan. Tinjauan pendapat awam menunjukkan peningkatan berterusan sentimen positif terhadap AS di kalangan negara Islam pada tahun lalu walaupun secara keseluruhan ia kekal negatif dalam julat yang besar.

Obama bukan pengasas kepada usaha memenangi hati orang Islam. Bekas Presiden George W. Bush memberikan White House al-Quran pertamanya dan merupakan yang pertama menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan Ramadan. Bush juga menyokong penuh demokrasi di negara Islam seperti Turki.

Bagaimanapun pentadbiran Bush dibelenggu masalah retorik. Orang Islam mengkritik beliau kerana menakrifkan usaha memerangi keganasan sebagai perang salib dan melabelkan penaklukan Afghanistan sebagai 'Operasi Keadilan Infiniti'. Semua perkataan sedemikian dilihat sebagai ada unsur keagamaan. Beliau kerap menakrifkan musuh AS sebagai 'ekstremis Islam' dan 'jihad radikal'.

Karen Hughes, seorang diplomat kanan yang kerap ditugaskan berurusan dengan negara Islam semasa era Bush menggesa penggunaan istilah sedemikian dihentikan.

''Saya mengesyorkan ia dihentikan. Pada penilaian saya ia tidak kena pada tempatnya disebabkan cara ia diterima. Kita perlu mengelak daripada menggunakan bahasa keagamaan.

''Setiap kali mereka mendengar ungkapan seperti 'ekstremis Islam, jihad Islam, fundamental Islam', mereka berpendapat ia merupakan satu serangan terhadap kepercayaan mereka. Inilah persepsi yang dimahukan oleh Osama bin Laden,'' katanya. - AP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tak cukup tu. Yang penting istilah pengganas atau teroris itu perlu ditukar... Dari tuduhan kepada puak-puak mujahidin Islam dialihkan kepada AS dan kuncu-kuncunya yang mengganas hampir di seluruh negara di dunia. Hampir tiada negara yang tiada camput tangan pengganas AS, samada secara terang atau bersembunyi.

Istilah 'bom bunuh diri' pun perlu ditukar. Kalau pelakunya adalah mujahidin Islam perlu diubah kepada istilah 'bom syahid', seperti di Irak, Afghanistan, Chechnya dan lain-lain. Kerana dalam perjuangan Islam, bila meletakkan dasar perjuangannya di tempat yang betul, maka tiada istilah kalah. Samada menang atau syahid. Syahid adalah mati mulia, yang menjadi rahsia kekuatan Islam. Ini yang puak-puak AS pura-pura tidak faham, termasuk anak buahnya, UMNO di Malaysia!

Sila lihat...

Lagi, Dasar Pelajaran Gagal. Buli.Tunjuk Punggung..


Wednesday, April 07, 2010

APCO UMNO, UMNO APCO, Hangat Di Parlimen!!


Gambar bawah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, speaker dewan..

KL April 07, 10: PARLIMEN petang tadi memperdebatkan perkataan 'APCO UMNO'. UMNO begitu takut dengan perkataan 'APCO UMNO'. Riuh rendah!

Ahli Parlimen beramai-ramai menyebutnya...

APCO UMNO!
APCO UMNO!
APCO UMNO!!

Beritanya..
Kedua-dua BN dan pembangkang hari ini berusaha sedaya upaya masing-masing untuk merujuk wakil seteru mereka ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.
Seorang lagi wakil pembangkang Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dirujuk ke jawatankuasa bekenaan. Keputusan timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu dibuat mengikut peraturan 26(1)(p).

Keputusan itu bagaimanapun menerima bantahan keras daripada wakil-wakil pembangkang, termasuk Mahfuz sendiri yang meminta penjelasan timbalan speaker berhubung keputusan berkenaan. Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu pada asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (Umno-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz mengejek Umno dengan panggilan Umno-Apco berulang kali. Mahfuz bertindak demikian ketika parlimen meluluskan bajet tambahan kerajaan secara belah bahagi petang ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan persidangan Dewan Rakyat panas apabila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengemukakan usul untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen. Menurut Lim, Tajuddin dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009) semalam dikatakan tuduhan tidak berasas antara lain mengatakan ada antara pemimpin Pulau Pinang yang bererti daripada DAP, kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.

Selain itu, Lim berkata, anggota Parlimen Pasir Salak itu juga mendakwa beliau adalah bekas pegawai politik kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (kiri). Sehubungan itu, Lim meminta agar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai tuduhan itu dan sekiranya gagal, beliau akan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan. Berdasarkan hujah yang dikemukakan Lim, Pandikar Amin (kanan) memberi peluang kepada Tajuddin untuk membuat penjelasan berhubung kenyataannya semalam, bagaimanapun beliau memilih untuk tidak menarik balik kenyataannya itu dan bertegas bersedia menerima sebarang tindakan.

Berikutan itu, barisan pembangkang menggesa supaya diadakan undi belah bahagian yang dipersetujui Speaker Dewan. Bagaimanapun, berdasarkan undian, 56 bersetuju supaya Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan manakala 82 lagi tidak bersetuju sekaligus menyelamatkan anggota Parlimen Pasir Salak itu daripada dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan.(AK)

MIC Tanding Ulu Selaqngor -Najib Razak



APRIL 07, 10:Persoalan parti mana dari komponen BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor terjawab hari ini apabila perdana menteri berkata ia akan ditandingi oleh calon dari MIC.

"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.

"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Sebelum ini, MIC telah mengemukakan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk bertanding sekali lagi di Hulu Selangor. Umno bahagian juga mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno. Bagaimanapun, semalam dilaporkan bahawa, Umno boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan Palanivel.

Sementara itu, naib ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong, ketika diberitahu mengenai pengumuman najib itu berkata: "Nak tanya apa? Pemimpin sudah umum. Dia pemimpin kita, apa dia cakap kita kena terimalah," katanya.

Ditanya sama ada ia akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Adnan menjwab:

"Kita sebelum ini bagi pandangan sahaja. Dia mungkin ada kajian dia (yang tersendiri). Dia pemimpin, makam (kedudukan) kita tak sama.

"(Ketawa) Apa dia kata kita kena terimalah," kata Adnan. Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang kerana sedang sibuk berkonvenysen di Shah Alam.(AK)

3 Kuil Sikh, K'tan Tak Pinggir Minoriti -Anuar Tan Abdullah.


KOTA BHARU. 7 April: Biar pun masyarakat keturunan Sikh tidak ramai di Kelantan, namun kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan mereka, sama seperti kaum-kaum minoriti lain.

Di Kelantan ada tiga kuil iaitu di Kota Bharu, Kuala Krai dan Tumpat.

Anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan kaum minoriti di bawah kepemimpinan ulama.

“Ini terbukti apabila penganut agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang masalah,” katanya ketika melawat Temple Gurdwara Sahib di Jalan Bayam, baru-baru ini.

Sempena kunjungan tersebut, pengurusan kuil berkenaan memohon mendapat geran tahunan daripada kerajaan negeri bagi menyelenggara tiga rumah ibadat mereka. Oleh itu, Anuar Tan yang juga Adun Kota Lama berkata, kerajaan negeri akan berusaha membantu masyarakat Sikh di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Sikh Temple Jalan Bayam, Gurmok Singh, 64 berkata, kehadiran anggota Exco terbabit amat dihargai sempena menyambut ‘Hari Kelahiran Khalsa’. Gurmok berkata, kuil tersebut sehingga kini belum menjadi milik kekal mereka sehingga ada sesetengah pihak cuba mengambil sebahagian dari kawasan tersebut.

“Kami amat berbesar hati sekiranya pihak kerajaan dapat mengambil berat hal pemilikan tanah ini. Kini kami seolah-olah tersepit dan bimbang suatu hari nanti temple ini akan diroboh.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka yang cuba mengambil sebahagian tanah ini kerana ia masih milik kerajaan,” ujar beliau.

Kuil berkenaan, kata Gurmok dibina pada 1948 kini digunakan sebahagian penganut Sikh di sekitar Kota Bharu. Manakala kuil di Kuala Krai dan Tumpat digunakan sejak awal 1920-an dan masih tiada pemilikan kekal. Difahamkan masyarakat Sikh di negeri ini hanya sekitar 100 orang dan hubungan sesama mereka begitu erat.

"Kami amat gembira berada di Kelantan yang mempunyai Menteri Besar seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang memahami masalah kaum minoriti," katanya. (AK)

Karpal Diarah Keluar Dewan, Gantung 10 hari. Mengapa?



APRIL7 10
:Karpal Singh (DAP-Gelugor) hari ini digantung daripada Dewan Rakyat selama 10 hari berikutan tindakannya menyalahkan speaker yang didakwanya tidak mengikut keputusan yang dibuat sebelum ini.

Drama bermula apabila Tian Chua (PKR-Batu) bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker berhubung notisnya untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau memutuskan untuk menolak notis berkenaan, yang mengundang Tian untuk bangun dan terus meminta penjelasan. Pandikar kemudiannya mengarahkan Tian supaya duduk, namun Karpal pula menghidupkan mikrofonnya dan berkata speaker telah melanggar keputusan yang pernah dibuatnya sendiri sebelum ini.

Karpal mengulangi kata-katanya itu sebanyak enam kali dan juga menggelarkan speaker dengan sebagai 'diktator'. Pandikar memintanya mengulangi gelaran itu yang dipatuhi Karpal. Tindakan itu membawa padah apabila Pandikar mengarahkannya keluar dewan.

"Saya menggunakan kuasa menurut Peraturan 44(2). Bentara, tolong keluarkan Bukit Gelugor," kata speaker ketika mengarahkan bentara menolak kerusi roda Karpal keluar dari Dewan.

Pandikar juga memutuskan Karpal digantung daripada parlimen bagi tempoh 10 hari. Tindakan itu kemudiannya menerima bantahan daripada wakil-wakil pembangkang. Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) kemudiannya bangkit dan berkata keputusan speaker itu tidak adil.

Pandikar kemudiannya berkata, beliau akan berlaku adil dan memutuskan untuk membuka undian secara belah bahagi ke atas usul yang dibawa oleh Tian. Usul itu bagaimanapun ditolak apabila hanya 56 ahli parlimen menyokong usul berkenaan, berbanding 82 yang menentang.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ada orang tanya, mengapa? Ada pula yang jawab, tentu kerana dia pembangkan? (AK)

Fasebook, Ulama Mesir, Indonesia Fatwa Haram, Mengapa?



DIBERITAKAN di Amerika Syarikat (AS), seorang wanita mati dibunuh kekasihnya kerana menukar status berkahwin kepada bujang, melelui facebook. Seorang pekerja wanita di London pula dipecat selepas mendedahkan keluhannya di Facebook berhubung suasana di tempat kerjanya dengan mengatakan dia membenci tugasnya.

Selain itu, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mati kerana minum racun berikutan hidup dalam ketakutan disebabkan bekas teman lelakinya telah memuatkan gambar tidak senonohnya ke dalam Facebook. Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook. Betulkah?

Mantan Ketua komite fatwa Al-Azhar, Syaikh Abdul Hamid Al-Atrash, pada hari rabu kemarin (3 Feb 2010) mengeluarkan kenyataan mengharamkan situs jejaring sosial terkenal Facebook, setelah meningkatnya angka perceraian dan semakin tersebarnya perzinahan yang merupakan efek dari situs tersebut. Fasebook telah menjadi sebagai instrumen penghancuran, dan merusak pasangan keluarga, kerana masing-masing pasangan baik suami mahupun isteri akan mencari kegiatan lain di Fasebook di waktu lapang.

Sebuah kajian dilakukan, hasilnya sungguh mengejutkan, bahawa setiap lima kes penceraian terjadi khususnya di Mesir, disebabkan oleh pasangan suami atau isteri menemuikan 'idaman lain' di Facebook. Studi itu juga menunjukkan situs jejaring sosial facebook, sangat mudah membuat pasangan suami isteri saling berkhianat.

Studi juga menyarankan agar pasangan suami-isteri tidak bergabung dan aktif di situs jejaring sosial Fasebook. Syaikh Al-Atrash akhirnya mengeluarkan fatwa, HARAM untuk aktif dalam situs jejaring sosial Fasebook. Syaikh Ahmad Husam, imam masjid Abu Bakr di daerah Faisal Giza, juga sepakat fatwa Haram dari Syaikh Al-Atrash tersebut.

Merujuk kepada berita dari hasil Bahtsul Masail XI Forum Musyawarah Pondok Pesantren Putri se – Jawa Timur di Pesantren Putri Hidayatul Mubtadi-Aat Lirboyo, Kediri pada 20-21 Mei 2009 (Jawapos ? 23 Mei 2009)....

Setelah dibaca betul-betul, sedikit lega juga, kerana yang diharamkan adalah bukan facebooknya, tetapi menggunakan 'facebook untuk Gosip dan PDKT'. Jadi haram hukumnya bagi Facebook jika digunakan untuk gunjingkan orang lain.

Jadi, boleh dibuat kesimpulan, bukan facebook yang diharamkan tetapi caraguna facebook itu sendiri. Positifnya.. Penggunanya boleh..

  • Bertemu dan mempererat silaturahmi dengan keluarga jauh serta kawan-kawan khususnya yang dulu satu kelompok perkawanan semasa aktif baik di sekolah, di kampus atau organisasi lainnya yang sekarang antaranya sudah berjauhan.
  • Media yang murah untuk melakukan komunikasi dengan mereka kerana dengan satu jendela internet saya boleh berkomunikasi dengan kawan, sambil menambah informasi dari browsing serta dari beragam sumber dengan tanpa ada biaya tambahan apapun ke seluruh dunia.
  • Untuk bisnes, dakwah, belajar dan lain-lain.

Fenomena Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot. Kebaikan Facebook diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan Facebook. Pemimpin dapat berkomunikasi secara terus dengan rakyat menerusi Facebook. (AK)

Lihat ini, ada kaitan...