Saturday, April 17, 2010

Model Mengadu Diraba, Apa Kena Mengena Hulu S'ngor?

Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Amerika Syarikat (AS) semalam menunjukkan dua model sedang berbogel di Muzium Seni Moden, Manhattan.

APRIL 17, 10. Model mengadu diraba pengunjung

MANHATTAN - Beberapa model pameran The Artist is Present karya artis Marina Abramovic yang berlangsung di Muzium Seni Moden (MoMA) di sini mengadu telah diraba oleh para pengunjung, lapor akhbar New York Post semalam.

Pameran itu menampilkan lapan orang lelaki dan wanita yang berbogel atau hampir berbogel berdiri dalam pelbagai aksi di ruang galeri tingkat enam muzium berkenaan.

"Kami sedia maklum dengan cabaran yang terpaksa dihadapi ekoran terdapat model yang berbogel di galeri pameran ini.

Pengunjung-pengunjung yang menyentuh atau mengganggu model akan diiringi keluar oleh pihak keselamatan MoMA," kata seorang jurucakap muzium itu.

Pihak muzium itu telah membatalkan keahlian seorang lelaki setelah dia didapati meraba seorang model tersebut.

Sekumpulan pengunjung yang tidak dinyatakan jumlahnya telah dihalau keluar dari muzium itu kerana meraba model-model itu.

Namun, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat ekoran perbuatan meraba model berkenaan.

Pameran itu bermula pada 14 Mac lalu dan berlangsung sehingga 31 Mei depan. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Lihat betapa susahnya mengawal seekor kucing supaya jangan memakan ikan yang diletakkan di hujung hidungnya. Berbeda dengan Islam, apabila melarang sesuatu, maka sesuatu yang dekat dengan larangan tersebut awal-awal lagi dicegahnya. Contohnya, Islam tidak mahu 'zina' terterap di tengah masyarakat yang merosak sistem kekeluargaan.

Yang awal-awal dikawal ialah 'jangan dekati zina'. Iaitu jangan melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada zina. Misalnya, pergaulan bebas dalam sistem pembelanjaran dan persekolahan, media penerangan penuh maksiat, dasar parti yang tidak berdasarkan agama dan lain-lain. Bila hal-hal seperti ini diabaikan, maka jadilah seperti yang ada sekarang, muda-mudi rosak akhlak, masalah sosial remaja yang kesannya seperti kes buang bayi, sekarang.

Bukan lagi buang bayi, buang ibubapa tua di tempat-tempat per'sampah'an pun berlaku. Dalam pentadbiran negara, timbul masalah rasuah. Bagaimana nak selesaikan, taarif rasuah pun tidak ditaarif sebaiknya, seperti kehendak agama. Kerana fahaman partinya pun tidak berdasarkan agama. Tidak kira samada dalam parti kerajaan (BN) atau pembangkang (PR).

Dalam bidang ekonomi, macam-macam sebut nak Islam. Apa susah? Islamkan Bank Negara, maka semua institut ekonomi dalam negara jadi Islam. Berbalik kepada perkara di atas, bukan masalah raba, tetapi masalah dasar negara yang 'tidak agamik' atau moralis. Kalau Malaysia tidak mahu berjangkit virus itu, kembalilah kepada negara berdasarkan agama. Wallahu 'aklam.

Hulu Selangor: Undilah grup PAS (Parti Islam)! Undilah PKR!

Pembekal Pelacur Bertanding Gabenor New York


Ryan Keely (tengah) dilelong pada majlis kutipan derma untuk calon pilihan raya gabenor New York, Kristin Davis di sebuah kelab malam di New York kelmarin.

Calon gabenor anjur majlis separuh bogel

NEW YORK - Seorang wanita bekas pembekal teman sosial, Kristin Davis, 34, (gambar kecil) menganjurkan lelongan temu janji dengan seorang model bogel, Ryan Keely kelmarin untuk mengutip dana bagi kempen pilihan raya gabenor yang disertainya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kristin menjadi popular sebelum ini kerana dia mendakwa pernah membekalkan beberapa pelacur untuk bekas gabenor New York, Elliot Spitzer. Spitzer terpaksa meletakkan jawatan ekoran skandalnya dengan beberapa wanita.

Kristin kini bertanding pada Novermber depan untuk mengisi kekosongan jawatan gabenor New York selepas Spitzer meletakkan jawatan. Wanita itu berharap, jika dipilih menjadi gabenor negeri itu, dia akan membenarkan kegiatan pelacuran dan penjualan dadah secara sah yang mampu menjana pendapatan baru New York.

Pada majlis yang diadakan di sebuah kelab malam itu, Kristin mengubah pendekatan kempen daripada sekadar mengedar risalah politik kepada mengupah sekumpulan penari separuh bogel yang dicat dengan namanya pada tubuh mereka. - Agensi

Terjun Dari Hotel, Berceramah Atas Bumbung Van..

Arisman, disambut oleh penyokong-penyokongnya selepas turun dari balkoni hotel 3 tingkat yang dikepung polis...

Aksi dramatik elak ditangkap komando

APR 17 10. BANGKOK - Seorang pemimpin penunjuk perasaan kumpulan yang memakai baju merah, Arisman Pongruangrong berjaya melarikan diri dalam keadaan yang cukup dramatik dari bumbung di sebuah hotel yang telah dikepung oleh anggota-anggota komando Thailand di sini pada pagi semalam.

Arisman kelihatan cemas semasa turun dari tingkap tingkat tiga hotel dengan menggunakan tali sambil diselamatkan oleh sekumpulan penyokongnya. Dia kemudian memanjat bumbung sebuah van untuk memberi ucapan ringkas bagi mengumumkan bahawa kumpulan Baju Merah telah menahan dua anggota polis sebagai tebusan untuk memastikan keselamatannya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyelamatkan saya. Anda telah membantu menyelamatkan demokrasi. Mulai sekarang, misi anda ialah menjatuhkan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva ... Ini ialah perang antara kerajaan dan Baju Merah," kata Arisman yang merupakan seorang penyanyi pop.

Sejak enam minggu lalu, puluhan ribu penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra melakukan protes di Bangkok bagi mendesak Abhisit meletakkan jawatan, membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru. - Agensi

Arisman flees arres

<div id="flash-install">No Flash? <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Go get it!</a></div>

Selebriti 'lucah' Tak Boleh Jadi Calon Politik

Julia Perez
Julia Perez mencetuskan kekecohan apabila berhasrat dipilih menjadi ketua daerah di Pacitan, Jawa Timur.

APRIL 17, 10 -JAKARTA: Indonesia dianggap cuba menghalang selebriti tertentu menjadi calon pilihan raya apabila Kementerian Dalam Negeri menambah kriteria kelayakan iaitu menetapkan seseorang itu mesti memiliki rekod peribadi yang bersih.

“Undang-Undang Pentadbiran Serantau 2004 mensyaratkan pemimpin wilayah perlu memiliki standard moral yang baik,” kata Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi di kompleks Istana Presiden, semalam.

"Jika mereka terbukti terbabit dalam zina, mereka akan dilarang bertanding dalam pilihan raya."

Mengikut undang-undang terkini, ada 16 syarat perlu dipenuhi bagi seseorang individu untuk bertanding, termasuk memiliki diploma sekolah tinggi, tidak pernah dipenjarakan atas hukuman jenayah melebihi penjara lima tahun dan berusia sekurang-kurangnya 30 tahun.

Langkah itu ketika ada selebriti termasuk yang dianggap ‘beraksi lucah’ termasuk Julia Perez, yang mengakui ada sedikit pengalaman politik tetapi merebut jawatan dalam 224 kerusi pihak berkuasa serantau dan perbandaran.

“Kami akan tambah satu lagi syarat kepada calon iaitu memiliki cukup pengalaman dalam kerajaan atau organisasi awam,” kata Gamawan.

“Ia bagi mengelak calon yang tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana untuk mengetuai satu rantau tiba-tiba menjadi ketua daerah hanya kerana populariti mereka.”
Gamawan, bagaimanapun menafikan cadangan syarat baru itu dicetuskan oleh selebriti yang mengumumkan hasrat bertanding dalam pilihan raya tahun ini.

Syarat baru itu akan ditambah kepada kajian semula Undang-Undang Pentadbiran Serantau 2004 kini dirangka kerajaan. Ia akan diserah kepada Parlimen tidak lama lagi.

Julia mencetuskan kekecohan apabila berhasrat dipilih menjadi ketua daerah di Pacitan, Jawa Timur.

Pacitan adalah kampung asal Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang terkenal dengan pandangan konservatif mengenai isu seksual. – Agensi.

Hulu S'gor: Proses Penamaan Calon Berlangsung..

9-10pagi: Penyerahan borang pencalonan

10-11pagi: Waktu bantahan

11-12 tengahari: SPR buat pengumuman rasmi calon

9.31pagi: Kamalanathan masuk pusat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong. Sedang memfailkan borang pencalonannya.

930pagi: Ketua zon DSP Ruslan Abdullah memberi amaran kepada para penyokong agar tidak menolak-nolak kerana orang di hadapan akan cedera kerana kawat berduri merentangi jalan ke tempat penamaan calon.

9.28pagi: Dalam keadaan tolak menolak, Presiden MIC Datuk Seri S Samy tercedera di kakinya terkena duri kawat dan dirawat di situ.

Turut kelihatan ialah timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, yang tidak dicalonkan semula mewakil BN di Hulu Selangor.

9.22am: Perakan BN tiba di pintu pagar pusat penamaan calon di KKB. Ribuan penyokong BN dan Pakatan dipisahkan bagi mengelak mereka menjerit antara satu sama lain.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan, yang memakai songko, berarak dari pejabat Umno di KKB ke pusat penamaan calon. Antara yang turut serta ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.

Yang lainnya termasuk Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan naib presiden, Datuk Ng Yen Yen.

9.02pagi: Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memfailkan borang pencalonan. Beliau bersama pencadang dan penyokongnya. Zaid memakai baju Melayu dan kain pelikat.

Di luar dewan, penyokong BN menyanyikan 'Inilah Barisan Kita' serta lagu Umno.

9pagi: Pemimpin DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Teresa Kok memasuk 'zon larangan'. Polis kata: "Bagi pass kita, senang buat kerja."


8.55pagi: MB Tan Sri Khalid Ibrahim, calon Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam pusat penamaan calon bersama pemimpin Pakatan yang lain.

8.50pagi: Di 'zon larangan', ahli parlimen PJ Utara, Tony Pua mengedarkan pas kepada pemimpin, ahli parlimen dan ADUN Pakatan untuk memasuki pusat penamaan calon.

Friday, April 16, 2010

H/S'ngor: Blogger Terlibat 'Tukang Kecoh'? -K/Polis


Bernama: Polis Kenal Pasti 'Tukang Kecoh' di Hulu Selangor.

PETALING JAYA, 16 April — Polis mengenal pasti beberapa individu yang mungkin mengganggu perjalanan kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“Mereka ini dikenal pasti sebagai tukang kecoh. Apabila mereka mula buat (sesuatu yang lebih mengancam ketenteraman awam), kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar kepada pemberita ketika meninjau pelaksanaan kamera litar tertutup (CCTV) bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan kumpulan itu terlibat dalam penyebaran SMS berunsur fitnah dan juga dalam blog bagi mempengaruhi dan mengganggu 64,500 pengundi di kawasan Hulu Selangor.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan esok manakala pengundian ialah pada 25 April ini.

“Anggota polis telahpun dikerahkan mengawasi dan menahan mereka jika mereka mula bertindak hingga menggugat ketenteraman awam,” kata Khalid.

Terdahulu pada majlis itu, Abu Seman berkata Kementerian Dalam Negeri ketika ini memberikan tumpuan kepada penambahan pemasangan dan integrasi CCTV sebagai langkah memerangi jenayah.

“Sebagai contoh, CCTV yang ada akan diintegrasikan terus ke IPD atau mana-mana Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) berdekatan untuk tindakan terus dan pantas menahan mana-mana pelaku jenayah yang telah dikesan,” katanya.

Abu Seman berkata tumpuan kepada CCTV ini merupakan satu daripada tiga elemen penting memerangi jenayah selain tumpuan kepada orang dan peralatan atau kenderaan. — Bernama

Tak Jadi Saman Harussani -Khalid Samad


APRIL 16, 10: Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Katanya, beliau menerima penjelasan mufti veteran itu - bahawa kenyataan itu dibuat secara umum dan tidak ditujukan secara langsung kepada mana-mana pihak - sebagai "satu penafian".


"Kalau beliau kata begitu, buat apa saya hendak teruskan lagi (tindakan menyamannya)," kata ahli parlimen PAS itu.

Harussani hari ini menjelaskan, beliau tidak pernah menyebut secara khusus mana-mana pihak - termasuk Khalid - sebagai tidak beriman ketika membahaskan isu penggunaan kalimah Allah.

Katanya, tiada sebab beliau hendak menyebut nama Khalid ketika membahaskan isu tersebut.

Dalam masa yang sama, Harussani mendakwa, beliau langsung tidak mengenali Khalid.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Khalid turut menempelak tabloid yang memuatkan laporan tersebut, yang dikesan diedar di parlimen semalam sebagai "tidak boleh dipercayai" dan "layak dicampak ke bakul sampah."

"Ia adalah pembohongan yang jelas. Kalau satu cerita dia bohong, semua cerita lain juga bohong," katanya.

Malaysiakini difahamkan, tabloid dengan reka bentuk mirip akhbar rasmi sebuah negeri Pakatan Rakyat itu, memfokuskan laporannya 'menyerang' pentadbiran dan pemimpin gabungan PKR, DAP dan PAS. (AK)

Bela APCO, Obama, Blair Tapi Tekan Iran... -Pemuda


APR 16 10. DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia yang berdegil meneruskan penggunaan khidmat syarikat APCO Worldwide sebagai perunding Kerajaan dan tunduk pada arahan Presiden Amerika, Barack Obama untuk memberikan tekanan kepada Iran.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa syarikat Petroliam Nasional Bhd telah diarahkan agar menamatkan penjualan gas kepada Iran sejak bulan lepas lagi sebagai tanda Malaysia menyokong tekanan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika dan sekutunya lantaran keengganan Iran menghentikan program nuklearnya.

Tindakan ini sekaligus menunjukan Malaysia telah diperbudakkan oleh Amerika yang jelas mempunyai senjata nuklear yang lebih banyak dari negara-negara lain.

Tindakan Malaysia ini juga menghina hubungan diplomatik dengan Iran yang sebelum ini telah mengistiharkan akan memajukan teknologi nuklearnya hanya untuk tujuan membekalkan tenaga bukannya untuk persenjataan. Hasrat Iran ini sebenarnya selari dengan kehendak Malaysia yang juga bercita-cita memajukan penyelidikan berkaitan nuklear untuk manfaat tenaga alternatif dimasa hadapan.

Najib telah memalukan Malaysia dikalangan dunia Islam pada hari ini kerana tidak mampu mengangkat muka untuk menentang dasar zalim Amerika ini semasa bertemu Obama baru-baru ini.

Rakyat juga kesal kerana Najib yang banyak dipengaruhi APCO menutup mata dengan rancangan mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk datang ke Malaysia bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company pada 24 April ini.

Blair yang juga, ahli kumpulan pelobi Israel mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide di London, Darren Murphy. Dengan nasihat Murphy, Blair bersama Mantan presiden America. George W. Bush.telah memusnahkan negara Afghanistan pada tahun 2001 dan Iraq pada 2003. Sehingga ke hari ini mereka gagal menemui senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dikatakan sedang dibina oleh Saddam di Iraq.

Peranan APCO dalam peperangan ini tidak dinafikan kerana syarikat itu yang juga dimiliki oleh rangkaian pelabur Yahudi Pro-Israel cuba sedaya upaya mempengaruhi kerajaan-kerajaan besar untuk memusuhi negara umat Islam yang mempunyai potensi untuk memberikan bantuan kepada pejuang Palestine. Dendam mereka terhadap Saddam yang pernah mengancam untuk menyerang Israel dibalas dengan penjajahan besar-besaran hingga menyebabkan rakyat Iraq jadi pelarian dinegara sendiri.

APCO hingga ke hari ini kekal menjadi syarikat perunding kepada Kerajaan Britain dan Amerika, dan tekanan kepada Iran adalah dirancang selepas Iraq berjaya dimusnahkan. Peranan APCO di Malaysia bukan sahaja melibatkan program 1 Malaysia atau aktiviti Kementerian-kementeria tetapi, ia juga turut mempengaruhi dasar luar Malaysia yang selama ini dikatakan antara negara yang kuat menyokong Palestin.

Tetapi kini, APCO mengemudi Kerajaan Malaysia dan menjadikan Najib sebagai PUPPET untuk dipergunakan oleh pelobi-pelobi Israel yang duduk disekeliling Obama dan Gordon Brown sekarang. Sedikit demi sedikit ahli kumpulan pelobi Israel seperti Tony Balir dimasukan ke negara ini bagi menabur racun kebencian kepada negara-negara Islam seperti Iran disamping membina dasar yang lebih Liberal dan terbuka kepada negara-negara pro-Israel.

Oleh itu DPPWP tegas untuk mengajak rakyat bangkit mendesak Najib untuk menghentikan kontrak APCO dan menghalau syarikat itu serta merta. DPPWP juga mendesak agar Najib tidak sesekali diperbudakan oleh Amerika dan Petronas perlu dibenarkan untuk terus membekalkan gas kepada Iran.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
<div id="flash-install">No Flash? <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Go get it!</a></div>
tvpas09 April 16, 2010

Hentikan Sistem P'raya Kecil -Tuan Ibrahim Tuan Man

HENTIKAN SISTEM PILIHANRAYA KECIL

JUMAAT, 16 APRIL 2010 | 1 JAMADILAWWAL 1431H
Sistem pilihanraya di Malaysia memerlukan banyak semakan semula terhadap perjalanan yang menerima pelbagai kecaman dan kritikan.

Isu undi pos, sistem kawalan penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya, isu rasuah dan sogokan, pengisytiharan pelbagai projek setelah pembubaran Dewan Rakyat, dan isu penggunaan media rasmi sebagai media kempen oleh parti pemerintah adalah antara pelbagai isu yang memerlukan kesungguhan dan ketegasan SPR bagi melahirkan keadilan dalam sistem pilihanraya di negara ini. Di samping pelbagai permasalahan tersebut, saya berpendapat sistem pilihanraya kecil juga memerlukan semakan semula.

Bilamana berlaku sebarang kematian kepada wakil rakyat, maka apakah perlu diadakan pilihanraya semula bagi menggantikannya? Saya berpendapat bahawa parti politik yang memenangi pilihanraya umum berhak menamakan terus pengganti, sebagaimana yang dijalankan di negara jiran tanpa memerlukan pilihanraya kecil. Sistem pilihanraya kecil yang diadakan menyebabkan pelbagai masalah berlaku. Wujudnya ketegangan antara para penyokong yang boleh mencetuskan pelbagai kejadian yang tidak diingini seperti kematian dalam tragedi Lubuk Merbau.

Pilihanraya kecil juga menyaksikan pelangaran kepada peraturan pilihanraya, bilamana hampir semua parti yang bertanding menggunakan peruntukan melebihi apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Semua parti terpaksa membelanjakan wang ringgit, tenaga dan masa
yang banyak setiap kali pilihanraya kecil diadakan, bahkan terkadang ianya boleh mengganggu perjalanan pentadbiran yang sedang berjalan, bahkan peruntukan beberapa PRK terkadang boleh mengatasi peruntukan PRU.

Apa yang lebih
malang ialah apabila sesebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU boleh tumbang hanya bilamana ada wakil rakyat yang dipilih melompat keluar dari parti yang dimenangi. Tindakan ini tidak sepatutnya berlaku, sehingga hak parti yang dipilih oleh pengundi dalam PRU, seolah-olah tiada apa-apa kuasa dan hak Saya berpendapat sebarang tindakan melompat parti, bermakna wakil tersebut telah hilang kalayakan sebagai wakil rakyat, dan kekosongan kerusi hendaklah diisi oleh parti yang memenanginya dalam PRU. Sistem pilihanraya di Malaysia yang menjadikan asas kepada parti bukan individu mesti diiktiraf dan dilayan secara adil.

PRK juga terdedah kepada meningkatnya amalan rasuah kepada para pengundi. Lihat sahaja bilamana berlaku kekosongan, kita rasa jijik bilamana pelbagai janji ditabur kepada rakyat, jutaan peruntukan diluluskan, rakyat digula-gulakan setiap kali PRK; sehingga ada kata-kata sinis “Kalau inginkan pembangunan segera, doakan kematian wakil rakyat”. Rasuah dan sogokan dalam pilihanraya mendatangkan kesan yang sangat besar, bilamana jalan mendapatkan kemenangan yang
diasas dengan cara yang tidak betul, akan mendedahkan pelbagai gejala negatif dalam kepimpinan selepasnya. Tindakan sogokan, tekanan, ugutan dalam PRK menyebabkan pengundi tidak lagi memilih wakil mereka secara tenang dan jujur, bahkan ianya banyak dipengaruhi oleh suasana pada hari pengundian.

Meneliti pelbagai kesan yang lahir dari PRK, apakah masih wajar kita meneruskan sistem ini atau kita mula memikirkan kaedah baru, dengan memberikan mandat kepada parti yang memenangi dalam PRU bagi mengganti kekosongan tersebut. Ini bermakna PRU merupakan satu-satunya wadah
bagi rakyat menentukan kerajaan yang mereka ingini. Sebarang pembentukan kerajaan hanya berlaku setelah selesai PRU; maka tidak timbul soal ada wakil rakyat yang dibeli, dijual atau dilelong; dan tidak akan berlaku tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU, hanya kerana adanya wakil rakyat yang melompat keluar. Rakyat ingin melihat pemimpin yang jujur, amanah dan setia dalam perjuangan.

(Diangkat dari http://tuanibrahim.blogspot.com/AK)

PRK Sibu: 16 Mei undi, 8 Mei penamaan calon

SURUHANJAYA Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Sibu ditetapkan pada Ahad, 16 Mei ini. Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (berbaju Melayu jingga), penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 8 Mei.

Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat hampir tiga jam di pejabat SPR di Shah Alam. Proses penamaan calon dan penjumlahan undi rasmi bagi pilihan raya kecil itu akan dilaksanakan di Dewan Suarah, Sibu, katanya pada sidang media hari ini. Pilihan raya kecil itu perlu diadakan mengikut Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April lalu.

Aziz berkata SPR telah pun menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat beserta sijil kematian Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 12 April lalu dan SPR memastikan kekosongan kerusi Parlimen Sibu pada 10 April.

"Mengikut perlembagaan, pilihan raya kecil perlu diadakan 60 hari selepas tarikh kekosongan kerusi itu dipastikan," katanya.

Pada majlis ini, Aziz juga menyampaikan watikah pelantikan sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil Parlimen Sibu kepada Pegawai Daerah Sibu, Wong See Meng (kiri). Beliau berkata Wong mempunyai pengalaman dalam mengendalikan beberapa pilihan raya umum di Sibu dan akan dibantu oleh empat penolong pegawai pengurus daripada beberapa jabatan kerajaan negeri di Sarawak.

Aziz berkata bagi pilihan raya kecil ini, SPR akan menggunakan daftar pemilih induk 2009 yang dikemaskini sehingga 9 April tahun ini. Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis. Proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di Pejabat Daerah Sibu.

Kerusi parlimen Sibu kosong berikutan kematian ahli parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi, minggu lalu. Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812). Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990. Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media. Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News. (AK)

Sebelum ini...

S/Nuklier : AS Berbaik Dg Iran? Telahan Nik Aziz


SEMASA dalam ibadat umrah di Madinah-Mekah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tetap peka dengan segala perkembangan isu-isu besar dunia. Itulah dia sensitiviti seorang pemimpin besar yang bernama-mesra Tok Guru Nik Aziz, salah seorang pemimpin dalam kelompok berpengaruh di dunia Islam yang tersenarai di ranking 42.

Realiti itu memungkinkan Tok Guru Nik Aziz bersikap mesra-jari selalu menghubungi melalui telefon dengan setiausaha-setiausahanya di Pejabat Menteri Besar, meskipun berjauhan merentasi benua dan lautan.

Terbaru, Tok Guru Nik Aziz telah mengubungi saya selaku setiausaha politiknya agar merakamkan pandangan dan telahannya berhubung kehadiran Malaysia menyertai Sidang Keselamatan Nuklear di Washington, Amerika Syarikat.

Sebagaimana maklumat, Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear anjuran Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama telah diadakan pada 12 dan 13 April 2010 di Washington. Ia turut dihadiri 47 ketua-ketua Negara termasuk Malaysia. Juga merupakan sidang nuklear yang terbesar pernah dianjurkan presiden Amerika Syarikat sejak 65 tahun lalu.

Tujuan Barrack Obama mengadakan sidang kemuncak itu ialah untuk mendapatkan sokongan dunia bagi memupuk kerjasama sejagat dalam memerangi keganasan nuklear dan mengawal senjata nuklear daripada jatuh ke tangan pengganas.

Berdasarkan tujuan sidang yang dikendalikan Obama itu, maka dilihat tujuan pengawalan itu kononnya untuk mengawal keganasan oleh pihak lain yang dianggap ganas. Justeru itu ada pihak yang manganggap sidang tersebut sebagai sidang perdagangan nuklear dan sidang keselamatan Obama.

Namun, apa yang utama diambil perhatian antara lain ialah kesungguhan Obama menjayakan visi untuk dunia tanpa senjata nuklear pada masa hadapan. Visi itu telah disokong oleh semua negara pada sidang kemuncak itu. Meskipun perlaksanaannya mungkin mengambil masa yang lama, namun langkah pertama yang diambil ialah memeterai perjanjian antara Amerika Syarikat dan Russia minggu lalu bagi mengurangkan stok penimbal senjata nuklear masing-masing.

Bagi pihak Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turut menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya Mohd Najib menggesa semua negara melakukan sepenuhnya amalan telus dalam program nuklear masing-masing dan mematuhi peruntukan-peruntukan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Triti Pengawalan Nuklear (NPT). Apapun, ucapan Najib itu adalah sekadar memenuhi protokol seperti mana ketua/wakil Negara lain yang turut menyertai sidang itu.

Pandangan dan telahan Tok Guru Nik Aziz

Berikut adalah pandangan dan telahan Tok Guru Nik Aziz:

Ekoran sidang nuklear itu jelaslah kekerasan tidak boleh menyelamatkan manusia. Amerika Syarikat (Amerika) pernah guna bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki bagi menundukkan Jepun ketika Perang Dunia ke-2.

Begitu juga, kuasa besar itu (Amerika) pernah guna ugutan dan kekerasan ke atas Negara-negara kecil lain (di dunia), tahu-tahu dia pula terpaksa anjurkan persidangan nuklear.

Oleh itu, adalah benar dan tepat keputusan Nabi Muhammad SAW mengadakan perjanjian Madinah (Sahifah Madinah) yang melibatkan pihak Yahudi. Kerana Nabi SAW sedar, untuk mencari kebaikan dan keamanan, ia tak boleh gunakan kekerasan. Allah SWT sendiri amat melarang untuk kita gunakan kekerasan dalam diplomasi atau berhubung dengan orang lain. Sebab itulah, selagi kekerasan dijadikan pendekatan oleh pihak berkuasa Malaysia dalam melayani hubungan politik antara PAS-Umno atau Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, maka selagi itulah tidak akan berlaku keamanan dan keharmonian dalam politik Negara.

Apa yang dapat diperhatikan di Madinah dan Mekah, misalnya sekarang di Mekah orang datang puluhan ribu, bertukar ganti (bertali-arus), tidak ada yang paksa pun untuk datang, tetapi punca semua orang itu datang ialah kerana mereka ingatkan Padang Mahsyar. Di sana kelak mereka dihidupkan semula, mereka akan hadapi mahkamah Allah dan mereka akan berdepan dengan Syurga atau Neraka. Maka, inilah daya tarikan sebenar umat Islam untuk datang sangat ke tanah suci.

Berpandukan kesedaran itu, perlulah kita semua mengambil pengajaran betapa cara kekerasan, ugutan hatta diskriminasi seperti mana dilakukan oleh pihak Pusat terhadap Kelantan tidak akan menyelesaikan masalah dan jauh sekali menemui keamanan serta keharmonian.

Pengalaman kita di Kelantan, akibat diskriminasi pernah berlaku sekumpulan petani di Pasir Puteh tak boleh buat padi (tanam padi) akibat berlaku protes dan sekatan baja subsidi kepada satu pihak, menyebabkan satu pihak itu (mangsa diskriminasi) bertindak menyekat laluan jentera pembajak masuk ke bendang satu pihak lagi yang menerima baja.

Hasilnya semua pihak (mangsa diskriminasi) dan pihak yang terima baja (penyokong diskriminasi) sama-sama rugi (tak dapat tanam padi). Oleh itu, cara diskriminasi (seperti juga kekerasan) ia tidak akan jadi tarikan ke arah menyelesaikan masalah umat.

Berbalik kepada sidang nuklear tadi, hasil penyertaan 47 negara tadi, keputusannya Yahudi sendiri (Amerika dan sekutunya) mula nak berunding dengan Israel. Sehingga capai keputusan untuk berunding sama dengan Republik Islam Iran yang merupakan musuh ketat mereka.

Maknanya, Amerika dah mula inginkan hubungan baik dibuat dengan Iran dan jelas mereka dah tak nak lagi kepada cara kekerasan. Hal ini membuktikan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW itu awal-awal lagi melalui Perjanjian Madinah adalah betul dan benar.

Oleh sebab itu, kita kena ingat bila (seseorang) manusia itu kuat sangat diugut, manusia itu akan bangkit dan sedar, bahawa mereka tidak lemah dan mereka boleh bangkit untuk melawan pihak yang mengugut.

Jika demikian dunia kini, dan Amerika sendiri dah semacam mengiktiraf sejarah diplomasi yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW adalah betul, tinggal lagi Umno di Negara kita ini tidak mahu mengubah cara mereka dalam menerima hakikat kebenaran Islam.

Misalnya dalam isu hak Kelantan menerima royalti minyak, mereka tidak guna diplomasi. Perjanjian diketepikan, apa mereka pakai ialah kuasa, walaupun Umno tahu cara mereka guna kuasa itu salah dari segi hukum diplomasi. Maka, kita kena ingat rakyat itu yang memberi mandat kuasa dan pemilik kuasa ialah Allah SWT. Jangan diskriminasikan rakyat Kelantan.

Dicatat oleh,

Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Urut Maksiat, Bagus JAIS, Teruskan Pantau!

2 beranak ulit dosa

APRIL 16, 10 PUTRAJAYA: Dua beranak sehati sejiwa yang berpenampilan ‘bergetah’ dan menarik bukan saja rela menawarkan urut istimewa menerusi teknik badan ke badan dalam keadaan bogel, malah sanggup melakukan hubungan ranjang dengan bayaran mencecah RM1,000 bagi satu pakej.

Bukan itu saja, dua beranak masing-masing berusia 45 dan 25 tahun terbabit turut menawarkan tiga pakej dengan kadar upah RM300 hingga RM1,000 setiap satu bergantung kepada kehendak pelanggan.

Pakej pertama menyajikan khidmat urut badan ke badan tanpa pakaian, pakej kedua membabitkan urut badan ke badan dengan sentuhan istimewa pada badan tukang urut manakala pakej ketiga kombinasi pakej satu dan dua disertai layanan hebat di ranjang khas bagi golongan elit.

Kegiatan dua beranak itu dipercayai dilakukan di sebuah kondominium mewah disewa mereka di Subang Jaya, dekat sini, yang mempunyai dua bilik khas bagi melakukan urutan khas kepada pelanggan yang ditapis melalui panggilan telefon diterima sebelum pertemuan diatur. Bukan itu saja, dua beranak terbabit turut menyediakan katil khas bagi melayan pelanggan tetap berstatus Datuk dan eksekutif muda yang mahu menikmati urutan istimewa disertai seks layanan intim serta seks hebat.

Dua beranak terbabit dikesan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu sejak lebih setahun lalu, namun ia sukar dikesan kerana mereka sentiasa berhati-hati dengan menapis setiap pelanggan selain hanya menyasarkan pelanggan kaya dan elit yang menghadapi masalah dengan isteri atau keluarga.

Golongan terbabit dipercayai menjadi sasaran kerana mereka sukar memecahkan rahsia, malah tidak mahu perlakuan mereka dibongkar bagi menjaga imej. Bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa, dua beranak terbabit hanya menawarkan khidmat urutan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. Ia bagi mengelak penghuni di kondo mewah itu curiga. Tempoh terbabit bagaimanapun boleh dilanjutkan jika ada permintaan khas daripada pelanggan tetap yang tidak mahu kehadiran mereka dilihat penghuni lain.

Kegiatan dua beranak yang hidup mewah hasil aktiviti terkutuk itu didedahkan Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, yang mengesahkan mereka menjalankan khidmat itu sejak lebih setahun lalu.

Beliau berkata, urut istimewa dan pelik memang wujud dan dilakukan secara tersembunyi terutama apabila membabitkan pelanggan dan tukang urut beragama Islam. Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan itu agak pelik kerana ibu dan anak perempuan terbabit bukan saja sanggup melakukan urut istimewa bersama, malah menawarkan seks kepada pelanggan dengan bayaran lumayan.

“Siasatan mendapati dua beranak ini memiliki penampilan menarik, malah wanita berstatus janda terbabit juga mempunyai wajah dan bentuk tubuh menarik bagi menggoda pelanggan yang mahukan khidmat seksnya.

“Bagaimanapun, layanan tidak diberikan dengan mudah kerana pelanggan perlu membayar harga yang mahal dan lazimnya layanan istimewa untuk pakej ketiga itu hanya diberikan kepada pelanggan yang ada status dan berada,” katanya.

Shahrom berkata, berdasarkan risikan dan siasatan, pakej terbabit menawarkan harga berbeza antara RM300 hingga RM1,000 dan pakej ketiga lazimnya ditawarkan kepada pelanggan tetap yang kebanyakannya golongan berada.

“Pelanggan tidak boleh datang sewenang-sewenangnya kerana dua beranak itu akan menetapkan masa bagi mengelak kegiatan mereka dihidu penghuni lain,” katanya.

Shahrom berkata, pihaknya mendapati dua beranak itu kaya dengan menyewa kondominium mewah serta memiliki kenderaan sendiri hasil pendapatan lumayan yang diperoleh setiap hari.

“Kami memantau kegiatan dua beranak itu dan akan melancarkan serbuan pada masa sesuai. Kami menasihatkan umat Islam yang terbabit dengan kegiatan urut haram memberhentikannya dengan segera sebelum mereka dicekup,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Urut maksiat, JAIS teruskan pantau. Al-hamdulillah. (2MA)

Sebelum ini..

1 Hari 1, Lelaki M'sia Kahwin Wanita Sumatera. Alhamdulillah.

Bila cinta bersemi, batasan negara sudah tak kisah lagi...

APR 16, 10. MEDAN - Secara purata seorang lelaki rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka dijadikan isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.

Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali memberitahu, pada Januari, terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari (29 pasangan) dan Mac sebanyak 32 pasangan. "Hampir kesemua mereka beragama Islam," katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Itulah cinta dan kahwin global. Nabi SAW berkata, "Kahwinlah dan beranaklah, sesungguhnya saya gembira umat saya yang ramai." "Kahwinlah 2,3 & 4, Kalau tak daya, baru 1..." Apa lagi di zaman perang rampas kuasa melalui peti undi ini. Agama Islam adalah agama global, amat ganjil kalau persempitkan pemikiran macam katak bawah tempurung kaca. Seperti UMNO yang pemuda & puterinya cuba mengawal kahwin di Lombok Indonesia, sedangkan ramai bersekedudukan luar nikah dalam negara pun tidak diperdulikan atau di ambil tindakan.

Sila baca ini...

Tentera AS Ramai Mati Bunuh-diri Dari Berperang -Time


APRIL 16: Laporan media AS menbongkar jumlah tentara AS yang bunuh diri lebih banyak dari jumlah tentara AS yang terkorban dalam pertempuran di Irak dan Afghanistan. Time menyebutkan, 817 tentara yang bunuh diri, sedang yang terkorban dalam pertempuran hanya 761 orang, menurut statistik rasmi tentera.

Time menambahkan, hal ini menunjukkan kegagalan militer AS dalam menghadapi isu bunuh diri, meskipun AS telah menghabiskan jutaan dolar untuk mengubati perilaku menyimpang ini.

"Kami melatih tentara gunakan kekerasan yang tersusun, untuk mematikan dan melakukan aksi kekerasan terhadap reaksi emosional... serta untuk mengatasi rasa kesakitan fizikal mental dan mengatasi rasa takut cedera bahkan mati.. Namun semua ini tidak mampu menekan meningkatnya kelajuan ingin bunuh diri oleh tentara..." Kata pakar pelatih tentera tersebut.

Akhirnya sebuah kajian baru-baru ini menyimpulkan bahawa banyaknya penempatan pasukan AS di berbagai tempat, mengarah kepada meningkatnya jumlah yang bunuh diri. Bahkan merumuskan bahawa satu-satunya solusi untuk menghindari insiden tersebut ialah dengan mengurangi jumlah tentara yang dikerahkan dan jumlah waktu yang dihabiskan oleh tenteranya di barisan hadapan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebab itu perjuangan dalam Islam digariskan dalam 5 dasar yang terpahat dalam jiwa Mulmin iaitu ..

  • Allah matlamat kami
  • Rasul pemimpin kami
  • Al-Quran perundangan kami
  • Jihad jalan kami &
  • Syahid cita-cita kami.
Jadi, tidak ada erti kalah dalam perjuangan Islam, samada menang atau syahid. Musuh-musuh Allah boleh menjajah bumi, negara, bahkan jasad umat Islam, tetapi tidak pada jiwa dan perjuangan Islam. Perjuangan Islam tetap akan berterusan hidup sehingga hari kiamat, pasti akan menang dan menguasai muka bumi, kerana itulah janji Allah dalam Al-quran. Itulah pegangan dan pahatan di jiwa Muslim sejati yang menjadi rahsia kemenangan Islam... Yang tidak ada pada askar Amerika, musuh-musuh Allah dan kuncu-kuncunya.

Allahu Akbar! (2MA)

Kes Tuan Muda: Sedia Tarik Balik. Patut Semak Dulu.


APRIL 15 10 - KUANTAN: Pihak Istana Pahang bersedia menarik balik laporan polis terhadap seorang remaja berumur 17 tahun yang menyamar sebagai Tuan Muda Pahang. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda sendiri telah melihat laporan polis yang dibuat dan mengambil kira kenyataan remaja terbabit terhadap pihak berkuasa.

"Jadi saya ingin mengatakan saya tidak akan buat satu tindakan susulan kalau dia mohon maaf dengan saya, keluarga saya dan buat akujanji dan bersetuju mendapatkan rawatan kaunseling dalam tempoh yang akan ditentukan polis," titah Tengku Abdullah.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas melawat Zarina Wahab, wanita yang menjadi mangsa simbahan asid, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini. Titah Tengku Abdullah, jika remaja tersebut bersetuju memenuhi syarat berkenaan, kes itu akan ditarik balik namun sekiranya perkara itu berulang, laporan kes terbabit akan dibuka semula memandangkan perbuatan remaja itu mencemarkan nama Istana Pahang selain turut menjejaskan kredibiliti pihak yang terlibat.

Perbuatan remaja itu tetap salah daripada segi undang-undang namun baginda turut mengambil kira tujuan remaja itu yang dipercayai ingin mengambil tahu hal ehwal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"(Kejadian) ini ada sedikit sebanyak kelucuan dan saya berharap budak itu akan insaf dengan perbuatannya," titah baginda.

Berhubung kelemahan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam membuat pengesahan berhubung identiti remaja itu, Tengku Abdullah bertitah pihak berkenaan sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang tindakan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata kes itu akan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya. Jumaat lepas, remaja yang berasal dari Bera, Pahang itu ditahan polis di rumah saudaranya di Pekan, ekoran aduan daripada pihak Istana Pahang mengenai kes penyamaran itu.

Remaja terbabit yang merupakan pelajar pintar, dipercayai memperdaya seorang exco kerajaan negeri Pahang dan Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dengan menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan mendakwa bahawa dia adalah anak angkat kepada Tengku Abdullah. Tempoh reman remaja terbabit berakhir hari ini. - BERNAMA

Kesnya: Seorang remaja ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penyamaran sebagai "Tuan Muda Pahang", Remaja berusia 17 tahun itu yang disifatkan polis sebagai "budak pintar" ditahan setelah polis menerima aduan daripada Istana Pahang. Suspek memperdaya seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dengan menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan mendakwa bahawa dia adalah anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sepucuk surat rasmi palsu Tengku Puan Pahang yang direka telah dihantar ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating untuk memaklumkan bahawa suspek akan mengadakan lawatan ke kem berkenaan. (AK)

Thursday, April 15, 2010

Besok Perang Demo Bantah APCO. Tolak Pengganas..

PM Najib bertemu kepala penjenayah.

KL, 15 April: Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan himpunan aman esok bagi membantah pembabitan firma rundingan APCO Worldwide dalam mempromosikan 1Malaysia. Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Jamek, Kampung Baru sejurus selesai solat Jumaat.

"Kita menyeru kepada semua umat Islam dan warga prihatin untuk membantah penglibatan syarikat Israel (APCO Worldwide) dalam komunikasi negara.

"Penglibatan mereka akan mendedahkan maklumat penting negara," katanya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Selain itu menurutnya, bantahan esok juga bagi menuntut kerajaan menamatkan serta merta khidmat firma perunding terbabit yang dilat tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

"Kita menuntut khidmat firma perunding ini ditamatkan serta merta, bukan tunggu bulan Ogos.

"Kerajaan perlu teliti dan berhati-hati melantik syarikat luar kerana Israel ini saban hari membunuh dan menindas umat Islam di Palestin," tegasnya.

Selain itu, himpunan sama juga dijangka turut diadakan di seluruh masjid negeri di seluruh negara esok.

Blog Ibnu Hasyim menemui beberapa peniaga-penianga pasar malam Taman Melawati mengenai demontrasi tersebut, antaranya menyebutkan..

"Menteri JPM, Nazri Aziz mengakui kerajaan bayar kepada APCO Worldwide berjumlah RM76.82 juta setahun, konon sumbangan memperbaiki hubungan Malaysia dengan Amerika. Tapi, wang itu adalah wang rakyat.." Kata seorang peniaga pasar malam Tuan Junoh Tuan Lembut (46). "Kenapa kita biarkan? Ianya wajib dibantah!"

Seorang lagi yang namanya tidak mahu disebutkan, berkata, "Mengapa wang rakyat diambil untuk membela pengganas dan penjenayah dunia yang membunuh rakyat Palestin??" (AK)

Tangan Hantu Di Belakang KEDA. -Datuk Dr Mohd Hayati



KL, 15 April:
Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) mendakwa wujudnya 'tangan yang menghalang' di belakang Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dalam urusan pembangunan rakyat.

Dr Hayati (gambar) sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, kewujudan 'tangan' itu disedari apabila terdapat kes seorang penduduk yang pembinaan rumahnya terhenti, dipercayai dihalang pihak tertentu walaupun telah diluluskan Keda sebelum ini.

"Kejadian berlaku terhadap Sobri Mohd Rotin dari Kampung Telok Yan. Rumah sudah dirobohkan, kontraktor telah datang membawa batu bata dan pasir tapi ada tangan-tangan yang saya tak tahu, sebab itu saya tanya berhubung dengan JKKKP kali ini.

"Ada tangan-tangan di atas menghalang kontraktor membuat rumah dan sampai sekarang dia belum lagi mendapat rumah tersebut. Jadi saya harap pihak menteri dapat memberi jawapan berhubung masalah ini kerana ia merupakan rakyat miskin dan perlukan bantuan daripada Keda dan Keda telah luluskan. Kalau tidak luluskan, lain cerita," katanya.

Beliau turut mempersoalkan kuasa di antara Keda dan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dalam urusan pembahagian elaun.

"Siapa yang lebih berkuasa, adakah JKKKP dengan pegawai Keda yang menjalankan tanggungjawab?" soalnya.

Menjawab dakwaan tersebut, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek meminta supaya bukti mengenai kes yang didakwa itu diserahkan kepada kementerian bagi memudahkan pihaknya menyelesaian masalah yang timbul.

Sebelum itu, Dr Hayati meminta kementerian itu menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada Keda untuk membayar elaun KKKP di Kedah pada pembayaran elaun bagi tahun 2008 dan 2009.

Menteri dalam jawapannya memberitahu, penyaluran elaun-elaun bagi JKKKP negeri Kedah adalah diselaraskan melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) manakala Keda hanya berperanan sebagai agensi pembayar.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tentu 'tangan hantu' yang mengganggu rakyat, bukan 'tangan malaikat'...

'Khalid Samad tidak beriman - Mufti'. Tarik Balik! -Khalid

KL, 15 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menarik balik atau menafikan kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Selangor Kita di bawah tajuk ‘Khalid Samad tidak beriman - Mufti’.

Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Khalid berkata, beliau memberikan tempoh selama tujuh hari kepada Harussani untuk membuat penjelasan berhubung kenyataan itu sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

"Sekiranya kenyataan ini bukan dari dia dan tidak tepat, maka saya minta dia untuk menafikan. Sekiranya dia tidak nafi, saya minta dia tarik balik.

“Kalau dia tidak tarik balik, maka dalam tempoh tujuh hari saya akan mulakan tindakan undang-undang terhadap dia kerana ini merupakan satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dan tidak layaklah seorang mufti untuk mengeluarkan kenyataan yang seperti ini dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Khalid turut menegaskan, jika benar Harussani membuat kenyataan itu, beliau seharusnya mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu.

"Lebih-lebih lagi dia tidak ada menghubungi saya untuk mendapat apa-apa penjelasan, nampak seolah-olah mufti membuat fatwa berdasarkan kepada laporan surat khabar dan khabar angin.

"Kalau nak buat satu pandangan seharusnya dia bertanya pada saya apakah sikap dan pendirian saya, tapi tidak menghairankan, dia mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana berhubung jawatankuasa antara agama pun dia terus membuat fatwa tanpa mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian itu sendiri. Ini satu budaya yang perlu dicegah kerana ia menimbulkan imej buruk kepada Islam itu sendiri," tegasnya.

Menurut Khalid, Harussani membuat kenyataan itu berdasarkan pandangan Khalid mengenai Enakmen Undang-Undang Islam Negeri Selangor. Beliau menyatakan pandangan bahawa undang-undang itu boleh dipinda kerana ia satu pentadbiran dan peraturan berhubung matlamat-matlamat tertentu dan cara mencapainya menurut Islam.

"Isu yang ditimbulkan ialah berhubung dengan isu enakmen undang-undang Islam Negeri Selangor. Undang-undang Islam Negeri Selangor ini ialah undang-undang pentadbiran. Ianya bukan hukum qat'ie. Ianya merupakan pentadbiran, peraturan yang berhubung matlamat-matlamat tertentu, cara nak capai matlamat itu seperti mana yang ditentukan oleh Islam. Caranya itu ada kaedah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Ia bukan satu peraturan yang ditetapkan oleh Al-Quran. Sebab itu saya cakap ia boleh ditegur dan dipinda," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai akhbar Selangor Kita, Khalid memberitahu, ianya diedarkan di kafetaria ahli Parlimen untuk bacaan umum. Beliau juga tidak menolak kemungkinan akhbar berkenaan akan diedarkan di Hulu Selangor untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat sempena pilihan raya kecil.

Akhbar berkenaan mula disedari kewujudannya apabila diedarkan sewaktu Sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor, Februari lalu.

"Ada satu lagi surat khabar yang dikeluarkan, kita rasa yakin ia dikeluarkan oleh Umno Barisan Nasional khususnya Umno Selangor dan diberi nama Selangor Kita. Tapi pihak Umno menafikan ianya dikeluarkan oleh mereka tapi kita yakin ianya dikeluarkan mereka sebab tidak ada orang lainlah yang nak lawan kita macam ini kecuali mereka. Tapi biasalah, baling batu sembunyi tangan ini memang dasar Umno.

"Akhbar ini diedarkan di kafetaria ahli Parlimen untuk dibaca oleh MP. Tidak mustahil ia juga akan diedarkan di Hulu Selangor.

"Kita tidak tahu akhbar ini daripada siapa sebab tidak ada sebarang maklumat yang dipamerkan kecuali syarikat yang mencetaknya iaitu Penerbitan Darul Ehsan," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, beliau berkata tidak akan melakukan demikian. "Ini isu politik, tak payah report polislah. Polis pun sudah banyak kerja. Ini isu poliik, jadi kita lawan cara politik," katanya.

Turut bersama beliau pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah, Muhammad Husain (Pasir Puteh), Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) (AK)

Tiba-tiba ADUN Bakar Arang Keluar PKR, Mengapa?

KL. APRIL 15 10: Tiba-tiba sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR hari ini. Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah sebelum digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu. Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Mengapa agaknya?

Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu kerana dipermain-mainkan oleh pemimpin partinya.

"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai, tapi yang saya pandai, boleh buat atau tak boleh buat dan mahu buat atau tak mahu buat... itu saja saya tahu.

"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain bermuka dua dan lidah bercabang," katanya yang membacakan kenyataannya.

Wei Shu juga berkata dia akan menjadi Adun bebas dan berjanji akan terus berkhidmat seperti biasa dan berusaha memenuhi kehendak rakyat. Pada akhir kenytaannya, Wei Shu berkata pengundurannya itu tidak ada kena mengena dengan perlucutan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Kedah. (AK)

Hulu S'gor: P Kamalanathan disahkan calon BN

APR 15, 10: MIC

dilaporkan bersetuju supaya ketua penerangannya, P Kamalanathan diletakkan sebagai sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen Hulu Selangor.

Sebelum ini, Barisan Nasional dilaporkan menghadapi jalan buntu mencari calon yang sesuai.

Ini kerana MIC mahu timbalan presidennya, Datuk G Palnivel diletakkan sebagai calon tetapi permintaan itu ditolak oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi BN.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Jawatan senator, timbalan menteri

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails