Saturday, May 29, 2010

Ucapan Dasar Presiden PKR Dr. Wan Azizah..

PENDAHULUAN

Bismillah alrrahman alrrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullihi wa barakatuhu dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah swt kita di panjangkan usia dan dianugerahkan kesihatan yang baik hingga dapat bersama-sama di dewan Kelantan Trade Centre ini bagi mengadakan Kongres Parti Keadilan Rakyat.

Pada tahun ini, kita bertuah kerana dapat bertandang ke Kota Bharu, Kelantan, bumi Cik Siti Wan Kembang, negeri yang diperintah oleh kerajaan pimpinan rakan kita, dari Parti Islam se-Malaysia sejak dua dekad yang lalu.

Walaupun dengan kelebihan satu kerusi pada 2004, PAS dengan kepimpinan ulamak; tawadduq dan istiqamah telah Berjaya mempertahankan kerajaan negeri terus memperkukuhkannya hingga ke hari ini.

Justeru, kunjungan kita ke Kota Bharu ini, bukan satu kebetulan. Kunjungan ini disertai dengan misi penting; yakni, mengajak kita semua kembali menghayati fitrah sebuah perjuangan yang kita pegang.

Orang hulu balik ke hulu,
Bila sampai bulan terang,
Asal niat jernihkan dahulu,
Agar segak langkah pejuang.

ERTI SEBUAH PERJUANGAN

Saudara-saudari yang dikasihi,

Kita telah lalui tiga era kepimpinan lawan. Kepimpinan UMNO kini kian berkecamuk dan terdesak, umpama binatang buas yang luka, tindakbalasnya nekad dan lebih zalim.

Sesungguhnya hanya pejuang sejati yang mampu berhadapan dengan musuh yang terdesak serta nekad seperti hari ini. Hanya pejuang sejati yang mampu berhadapan dengan tekanan di luar batas kemanusiaan serta ujian sogokan dan imbuhan, ibarat tiada sempadan.

Justeru, bagaimana pula tindakan kita? Kita harus kembali ke titik mula perjuangan kita; janji dan sumpah kita, harapan dan doa restu rakyat. Kita juga harus muhasabah, secara jujur dan ikhlas, adakah kita pejuang sejati.

Saudara-saudari perwakilan yang dikasihi,

Kita singkap semula! KEADILAN lahir di tengah-tengah rintihan rakyat. Rakyat mendambakan satu wadah yang diharapkan dapat menyelamatkan negara ini dari terus dimusnahkan.

Pabila Raja kerenah,
Pabila gundek menabur fitnah,
Pabila pembesar kurang amanah,
Pabila kepercayaan rakyat kian punah,
Itulah tandanya Negara akan musnah.

Di bahu kita harapan disandarkan. Ibarat batang pokok, yang menunjangi perjuangan kita. Kita yakin kemahuan rakyat yang mahukan keadilan dan perubahan.
Hari ini, akan saya ungkapkan sekali lagi Deklarasi Permatang Pauh, 12 September 1998. Bahawa yang kita perjuangkan adalah:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Saudara-saudari dalam perjuangan yang dikasihi,

Pilihanraya umum ke-12 memberi kemenangan dan kedudukan moral kepada kita untuk mendepani usaha menyelamatkan Negara.

Walaupun kita telah membuat anjakan besar, hakikatnya negara masih lagi bergelut dengan kebejatan dan salah guna kuasa yang sama, diarahkan oleh dalang politik yang sama. Malah jauh lebih ganas kerana luka 2008 tidak mampu mereka terima.

Justeru, tidak hairanlah sandiwara Fitnah 2 dirancang dan kali ini menonjolkan watak yang lebih mantap. Fitnah 2 ini adalah peringatan besar kepada kita bahawa barah yang mencetuskan perjuangan rakyat pada tahun 1998; masih bersarang, makin bernanah hingga ke hari ini.

Ringkasnya tuan-tuan dan puan-puan,

Sewajarnya kita mengingat kembali pengajaran perjuangan Rasulullah SAW ketika berlakunya ujian-ujian getir dalam peristiwa Tahun Kesedihan – orang-orang Islam telah dipulaukan, isteri kesayangan Rasullah SAW iaitu Saidatina Khadijah dan Abu Talib, bapa saudara Rasullah SAW meninggal dunia pada tahun itu, sehinggakan Rasulullah ditempelak oleh musuhnya bahawa “Tuhannya sendiri telah meninggalkannya”. Tetapi berkat iman dan istiqamah mereka, Allah SWT membalasnya dengan kemenangan.

Memang lazim kebatilan disokong kerana ia ada kekuatan, kezaliman dijunjung kerana ia ada kuasa, manakala pembohongan diakui, kerana ia kaya dan menguasai media. Namun percayalah, sebuah kerajaan yang zalim, kekuatan zahiriah yang mereka ada selalu menyembunyikan betapa rapuhnya tampuk kuasa yang mereka pegang; ingat firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr ayat 14, mafhumnya:

Di dalam al-Quran, Allah SWT memberikan contoh-contoh yang nyata mengenai peringatan ini -dari Firaun ke Parsi hingga ke Rom; kerajaan zalim yang nampak begitu gagah runtuh satu persatu. Kita arif dengan kupasan Ibn Khaldun dalam mukaddimah. Mutakhir ini kita menyaksikan kebangkitan rakyat menewaskan kezaliman apartheid di Afrika Selatan, Marcos di Filipina dan Shah di Iran.

MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT

Saudara-saudari yang dikasihi

Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat dan KEADILAN khususnya di Selangor, adalah kepercayaan bersyarat. Harapan rakyat yang diungkapkan melalui manifesto, perlu diterjemahkan dengan sebaiknya melalui pelaksanaan yang menepati tuntutan.

Bukan mudah untuk memimpin Selangor, apatah lagi selepas 50 tahun diporak-perandakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Tahniah diucapkan kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus mentadbir negeri dengan baik, walaupun terpaksa berhadapan dengan karenah dan tentangan dari luar mahupun dari dalam.

Sesungguhnya, pengiktirafan tidak datang dengan percuma. Kerajaan Negeri Selangor perlu terus menjunjung aspirasi rakyat, dan aspirasi parti rakyat, dan aspirasi parti dan PR.

Tempoh dua tahun memimpin, pelbagai dasar yang meletakkan kepedulian kepada rakyat di hadapan telah dilaksanakan. Program-program ini perlu disokong dan dan diperhebatkan. Kerajaan Negeri perlu lebih kreatif menggembleng tenaga dengan aktivis parti untuk memastikan lebih ramai rakyat mendapat kebaikan dari program sebegini.

Pada masa yang sama, jangan kita lupa bahawa rekod dua tahun Kerajaan 2 Negeri PR adalah satu rekod membanggakan. Cubaan demi cubaan dibuat untuk menyabitkan kerajaan Selangor dengan rasuah gagal.

Saudara-saudari sekalian,

Namun, beberapa aspek perlu diberi perhatian;

Pertama, percepatkan pelaksanaan keputusan dan kelicinan pentadbiran. Kenal pasti undang-undang, dasar dan arahan pekeliling yang menjadi punca kepada kelewatan dan birokrasi remeh untuk disemak, dipinda mahupun dibatalkan.

Kedua, pastikan perkhidmatan dan bantuan kerajaan negeri sampai hingga ke peringkat yang terbawah.

Ketiga, perhebatkan pelan pembangunan ekonomi negeri yang berlandaskan Agenda Ekonomi Malaysia.

Keempat, penuhi harapan rakyat di dalam perkhidmatan kerajaan tempatan. Penghulu, JKKK, Ahli Majlis dan pemimpin setempat perlu memainkan peranan penting kerana anda adalah wakil kita dengan rakyat. Program-program untuk meningkatkan keberkesanan mereka perlu dilaksanakan dengan segera.

Kelima, jentera penerangan Kerajaan Negeri perlu lebih agresif, proaktif dan kreatif untuk memastikan dasar-dasar dan maklumat Kerajaan Negeri sampai ke kumpulan sasaran. Harus diingat, politik adalah persoalan persepsi.

Para perwakilan yang dihormati,

Model ekonomi dan pentadbiran kita, berasaskan prinsip urustadir baik atau good governance, atas keyakinan bahawa tanggungjawab kerajaan adalah untuk mentadbir dengan cekap, telus dan amanah. Tanggungjawab memacu ekonomi perlu dipikul bersama sektor swasta, dan ruang diberikan sepenuhnya kepada mereka untuk merancakkan kegiatan ekonomi, tanpa mengorbankan kebajikan rakyat.

Saudara saudari sekalian,

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2008 mengesahkan Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak di bawah PR mempunyai rekod pentadbiran yang baik dan bersih. Saya mencadangkan Kerajaan Selangor mengadakan good governance index atau Indeks Pentadbiran Baik setiap tahun, agar kita tahu kedudukan kita dan rakyat boleh menilai komitmen kita kepada pentadbiran yang cekap, telus dan amanah.

KESAKSAMAAN SEMUA KAUM

Saudara-saudari yang dimuliakan

Umno sedar bahawa model parti pelbagai kaum yang kita bawa memenuhi kehendak rakyat. Walaupun mereka cuba menafikan, keputusan PRU 12 jelas membuktikan; masa depan politik negara ini mampu dicapai melalui muafakat jujur rakyat pelbagai kaum.

Mereka kini sudah hilang punca, dan terpisah dari aspirasi sebenar orang Melayu kerana asyik dengan kemewahan hasil penyelewengan. Sebab itu, mereka menumpukan serangan kepada parti, demi memusnahkan kredibiliti kita kepada pengundi Melayu. Kita difitnah sebagai anti-Melayu.

Gejala polarisasi kaum yang dibawa oleh Umno ini merbahaya kepada negara. Apatah lagi tindakan menghasut dan memainkan sentimen perkauman ekstrim menjadi senjata ampuh mereka. Konsep 1Malaysia adalah satu hipokrasi kerana wujud percanggahan ketara diantara janji manis dan tindakan rakus! Malaysia wajib kita selamatkan dari terus diadu-domba dengan sentimen merbahaya.

Saudara-saudari sekalian,

Kerisauan orang Melayu, akibat hasutan musuh dan propaganda media perdana bukan sedikit. Kita perlu menerangkan dasar parti kepada rakyat khususnya orang Melayu, melalui program-program yang berkesan. Mereka harus tahu, parti kita jelas mengenai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, malah Landasan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, secara terbuka mengiktiraf kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, seperti mana terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Umno menghasut rakyat bahawa kononnya kita menggadaikan kepentingan orang Melayu, apabila kita berpendapat Dasar Ekonomi Baru (DEB) wajar dihapuskan. Kita harus meyakinkan rakyat, kita menentang DEB, kerana ia gagal mencapai tonggak utamanya, yakni, menjaga kepentingan orang Melayu, dan perlaksanaan memperkayakan keluarga pemimpin dan kroni UMNO dan meminggirkan rakyat termasuk Melayu, Orang Asal, Dayak, Iban, Kadazan dll.

Orang Melayu dan Bumiputera telah ditipu sekian lama oleh Umno yang mahukan orang Melayu bergantung harap kepada kerajaan semata-mata; kerana Umno sedar tatkala orang Melayu mula yakin dengan kemampuan mereka dan tidak lagi memerlukan sokongan ahli politik Umno. Maka dasar ekonomi mereka adalah curahan bantuan kecilan agar rakyat terus mengharap dan bergantung, tidak merdeka dari segi ekonomi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,

Persoalan kedudukan orang Melayu adalah persoalan jati diri dan daya saing. Orang Melayu perlu berdaya saing dan dilengkapi ciri-ciri ilmuan, kreatif dan inovatif. KEADILAN berjuang untuk membina jatidiri, dan asas kekuatan ekonomi orang Melayu, Bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Contohnya, peruntukan saham orang Melayu telah diselewengkan oleh beberapa kerat sahaja sedangkan majoriti orang Melayu berputih mata. Ketirisan yang berlaku terlalu teruk, hinggakan daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan; hari ini hanya tinggal RM2 billion sahaja yang kekal di tangan Bumiputra.

Apa akibatnya jika pendekatan ini diteruskan?

Amalan boros, tabiat memperkaya diri dan keluarga menghakis keyakinan dan daya saing. Akibatnya, kehidupan rakyat terhimpit. Harga barang keperluan meningkat; dan minyak naik lagi. Kini subsidi mahu ditarik – bukan subsidi IPP, AP atau konglomerat kaya; tetapi bantuan rakyat miskin terutamanya Bumiputera.

Potensi negara untuk terus maju akan terbantut, kerana gejala rasuah berleluasa. Perkara ini telah dan sedang berlaku – pertumbuhan ekonomi negara di sekitar 5 hingga 6% sahaja yakni ketinggalan berbanding prestasi Negara jiran.

Saudara saudari yang dikasihi,

Persoalan membina jati diri, dan daya saing, adalah persoalan kaedah – sebab itu KEADILAN telah menyediakan kaedah baru untuk membina jati diri dan dayasaing orang Melayu dan Bumiputera; melalui Agenda Ekonomi Malaysia. Menjadi tanggungjawab semua anggota parti untuk membawa hujah bahawa kaedah melalui agenda ekonomi ini adalah yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Felda adalah satu lagi contoh yang jelas menunjukkan cengkaman UMNO kepada orang Melayu. Apabila Allahyarham Tun Abdul Razak memulakan konsep tanah perancangan, tujuannya adalah untuk memberikan tanah kepada orang miskin agar mereka mempunyai aset untuk bergiat dalam kegiatan ekonomi. Maka peneroka yang menyertai skim akan berpeluang memiliki tanah sendiri untuk diusahakan. Falsafahnya jelas, iaitu memberikan hakmilik tanah kepada orang miskin yang bergiat dalam sektor pertanian melalui skim tanah perancangan.

40 puluh tahun berlalu; apa yang telah berlaku?

Peneroka Felda tidak lebih dari pekerja ladang yang makan gaji dengan Felda, sebuah syarikat korporat milik kerajaan. Pelbagai sekatan dikenakan, penuh dengan putar belit hingga peneroka Felda terpaksa ke mahkamah untuk mendapatkan hak mereka.

Harapkan pagar, pagar pula yang makan padi.
Harapkan anak, anak pula tak mengenang budi.

Felda hanyalah satu contoh kecil, banyak lagi contoh lain - seperti pengurusan harta Melayu yang terletak di bawah tanah rezab Melayu, tanah wakaf dan pengurusan institusi Melayu seperti Tabung Haji, Bank Islam dan lain-lain.

Saudara-saudari sekalian,

Justeru, demi membongkar pengkhianatan ini, dan menjelaskan bentuk-bentuk perubahan yang akan kita laksanakan, dalam usaha kita menyelamatkan orang Melayu, KEADILAN akan menubuhkan satu pasukan khas, yang akan mengkaji beberapa isu yang berkait rapat dengan orang Melayu dan Bumiputera – seperti isu Felda, isu menaiktaraf kemahiran kakitangan awam, isu pengurusan harta Islam dan lain-lain.

Pasukan khas ini terdiri dari pelbagai kaum kerana isu-isu bumiputera bukanlah isu eksklusif tetapi tanggungjawab itu akan dipikul, bersama oleh pimpinan pelbagai kaum– seperti mana isu yang rapat dengan kaum-kaum lain. Kita akan angkat isu bumiputera, Cina dan India terutama yang berpendapatan rendah dan miskin sebagai isu rakyat Malaysia, manakala hak masyarakat juga akan kita angkat sebagai isu rakyat Malaysia.

MEMBINA MASA DEPAN MALAYSIA YANG SEJAHTERA

Saudara-saudari yang dihormati,

Suasana global akan menjadi lebih tidak menentu. Dunia akan menyaksikan pengaruh Negara China dan kuasa-kuasa baru yang akan mengimbangi Amerika Syarikat dan blok Barat dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan terbuka untuk mencorak masa depan dalam konteks dunia yang berubah. Tanda aras ini perlu merujuk kepada kemampuan kerajaan menangani masalah, dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan latar belakang sosio-ekonomi.

Saudara dan saudari,

Akhir-akhir ini, gejala menghakis hak-hak negeri, di dalam Persekutuan Malaysia begitu membimbangkan. Semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat menjadi mangsa penindasan ini. Negeri Kelantan dinafikan hak terhadap royalti minyak.

Terbaru adalah isu penyerahan dua jelapang minyak yang besar, di pesisir pantai Sabah dan Sarawak. Isu ini bukan sahaja pengkhianatan BN kepada rakyat Malaysia kerana dengan mudah ia menyerahkan harta rakyat kepada negara asing – tindak-tanduk itu juga melanggar batasan hubungan Negeri dan Persekutuan; serta membelakangkan Parlimen.

Setiap tindakan yang berkaitan dengan kedaulatan wilayah, perlu dirujuk kepada Parlimen. Memandangkan ia melibatkan kedaulatan wilayah Sabah dan Sarawak, maka wajib bagi kerajaan pusat, berbincang dan mengambil kira pandangan kerajaan negeri tersebut kerana ia adalah intipati utama dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.

Apabila Singapura diminta keluar dari Malaysia, keputusan ini dirujuk, dibahas dan diputuskan oleh Parlimen. Apabila akta Pembangunan Petroleum digubal, hak menyerahkan hasil petroleum untuk dibangunkan oleh PETRONAS telah dibahas dan diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Rakyat Sabah dan Sarawak tidak rela kerajaan Barisan Nasional merompak dan menyerahkan harta milik rakyat dengan sewenang-wenangnya kepada negara asing. Rakyat Sarawak telah menamatkan tempoh “deposit tetap” Barisan Nasional pada 16 Mei yang lalu di Sibu. Saya yakin Sarawak akan menghukum BN. Tahniah kita kepada DAP di atas kemenangan manis. Komitmen KEADILAN dan PAS dalam rangka PR teruji pada pilihanraya negeri akan datang, InsyaAllah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Di samping KEADILAN akan memastikan hak kerajaan negeri dipertahankan, kita mengulangi janji, akan menaikkan royalti minyak kepada 20% supaya pembangunan dapat dipercepatkan di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Apatah lagi setelah melihat betapa dhaifnya penghuni orang-orang Dayak, Iban, rumah-rumah panjang dan Melayu-Melanau di desa pingitan di Sibu baru-baru ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Di sudut diplomatik pula, rakyat kecewa dengan tindakan kerajaan Barisan Nasional membelanjakan wang rakyat sehingga RM77 juta kepada sebuah firma yang pernah ada kaitan dengan agensi perisikan Israel, semata-mata untuk membaiki imej Perdana Menteri. KEADILAN memandang serius perkara ini kerana isu APCO yang kita dedahkan di Parlimen, bukan sahana gagal dijawab oleh kerajaan malah Ketua Pembangkang pula yang mahu disingkir keluar Dewan.

Oleh itu Saudara-saudari sekalian,

MENJUNJUNG KESUCIAN ISLAM & HAK KEBEBASAN BERAGAMA

Saudara-saudari sekalian,

Mutakhir ini terdapat lambakan isu bersabit moral dan agama yang begitu merunsingkan rakyat. Kita bersyukur dan berterima kasih, di atas kematangan rakyat Malaysia yang tidak termakan dengan umpan, sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan isu-isu sensitif agama. Perancangan mereka dengan memutar belitkan isu penggunaan nama Allah, tidak kesampaian. Apapun, kerunsingan rakyat ini perlu kita jawab dan rungkaikan.

Kejayaan Majlis Pakatan Rakyat mengadakan Wacana Agama dengan 120 perwakilan pelbagai agama, persatuan, pemimpin masyarakat dan aktivis menunjukkan kematangan kita menangani anasir pelampau opotunis. Saya memberi jaminan, KEADILAN akan terus mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin kebebasan beragama.

Saudara-saudari perwakilan sekalian,

Di sebalik lakonan kononnya memperjuangkan Islam – Umno tanpa segan silu meluluskan lesen judi sukan yang diberikan kepada kroni besar. Percambahan lesen judi, galakan berjudi dikalangan rakyat paling meluas di era kepimpinan DS Najib. Malangnya ustaz-ustaz UMNO terus membisu. Lebih mengaibkan buat mereka apabila Ahli Parlimen bukan Islam dari PR yang membantah.

Sehingga kini, tidak kedengaran langsung suara-suara dari Melayu membantah tindakan menghalalkan judi.
Jawapan rasmi kerajaan amat hambar; kononnya menghalalkan judi sukan akan membawa kebaikan kepada ekonomi negara dan membendung aktiviti judi haram di pasaran gelap.

MENONGKAH CABARAN YANG LEBIH HEBAT

Saudara dan saudari yang dimuliakan

Dua tahun mendatang adalah tahun kritikal kepada kita. Meskipun saya yakin api perjuangan yang kita nyalakan ini tidak akan padam, namun musuh akan menggunakan segala helah yang lebih jelek dan zalim terhadap kita.

Pada PRU Mac 2008 rakyat telah menghantar mesej jelas, menuntut reformari menyeluruh ke atas semua institusi Negara. Namun tuntutan itu diabaikan, malah mereka semakin salahguna kuasa dan rasuah lebih parah lagi.

Analisa pasca 2008 secara terang-terangan membuktikan rakyat lebih dewasa; menempelak propaganda. Namun mereka tidak mengambil iktibar. Apa yang berlaku hari ini jauh lebih teruk – hinggakan beberapa orang pengamal media dan penerbit meletakkan jawatan kerana campurtangan Menteri dan kaum keluarga mereka .

Institusi kehakiman pun menerima nasib yang sama. Walaupun isu VK Lingam menjadi satu isu besar di peti undi, tiada tindakan diambil. Keputusan-keputusan mutakhir yang kita perhatikan jelas menunjukkan darjat institusi kehakiman kita tidak banyak berubah berbanding tahun 1998 dahulu.

JAMINAN KESELAMATAN MELALUI POLIS BUKAN NEGARA POLIS

Ketua Polis Negara berkata bahawa penjenayah kini jauh lebih brutal dan ganas. Kerana itulah rakyat meletakkan harapan kepada institusi polis untuk menjaga keselamatan nyawa dan kesejahteraan harta benda dari tergugat dengan tindakan brutal.

Namun, hari ini keadaannya tidak begitu bilamana polis pula dilihat begitu cepat dan ghairah meragut nyawa atas alasan menjalankan tugas.

Bagi seluruh warga KEADILAN, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga adik Aminul Rasyid yang terkorban, serta semua mangsa tindakan serupa sebelum ini. Saya berasa tersentuh, 12 tahun dahulu, malam 20 September 1998 saya dengan begitu naïve meletakkan kepercayaan kepada polis ketika mereka membawa Saudara Anwar. Hari ini, selepas 12 tahun, pesan Saudara Anwar mengenai kezaliman polis masih relevan. Beliau mengingatkan rakyat kalau seorang Timbalan Perdana Menteri boleh diperlakukan begitu, apatah lagi nasib rakyat jelata.

Kita tegur atas prinsip dan tanggungjawab. Kita maklum ramai anggota polis terkorban ketika bertugas menentang penjenayah demi menjaga keselamatan rakyat. Malah ramai juga anggota parti kita bekas anggota polis. Sebab itu saya ingin tegaskan, kita menuntut institusi polis dibebaskan dari campurtangan politik. Latihan polis hendaklah menitikberatkan hal-hal kerohanian, hak asasi manusia dan pegawai polis mendokong fungsi dan peranan mereka secara profesional.

Apabila kita mencadangkan satu Suruhanjaya Bebas Penyiasatan Salahlaku Polis ditubuhkan, kita serius dalam soal keselamatan. Bukan tindakan memusuhi mana-mana pihak – tetapi ia satu mekanisme yang penting untuk meningkatkan imej polis.

PILIHANRAYA ADIL TUNTUTAN DEMOKRASI

Saudara-saudari sekalian,

Reformasi sistem politik dan proses pilihanraya langsung tidak menunjukkan kemajuan. Seingat kita, rapat umum Bersih dalam tahun 2007 sudah mampu menghantar mesej jelas, tuntutan bagi mengadakan pilihanraya yang adil dan bebas, rupa-rupanya tidak. Kita perlu mengkaji langkah-langkah baru untuk mempercepatkan proses reformasi politik dan pilihanraya menjelang pilihanraya ke-13. Saya juga mencadangkan kepada Pakatan Rakyat untuk merancang sekali lagi Himpunan Bersih dengan azam yang kuat menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus.

Pengalaman kita di kesemua pilihanraya kecil selepas Mac 2008 menunjukkan SPR masih tidak berubah. SPR bukan sahaja tidak professional dan berat sebelah, malah lebih teruk lagi apabila bersekongkol merancang penipuan. Pengendalian undi pos semakin dipertikaikan ketelusannya. Maka kita menyokong tindakan Dato Zahid Inrahim memfail petisyen, membantah proses PRK Hulu Selangor. Sehingga kini, integriti dan kesahihan daftar pengundi masih dipersoalkan. Kita bimbang jika kredibiliti SPR tidak dipulihkan, ia membawa kesan jangka panjang kepada keyakinan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia.

INTERGRITI PENCEGAH RASUAH

Saudara-saudari yang dikasihi

Perubahan yang dikatakan dijanjikan dengan pembentukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berlaku. Persepsi masyarakat mengenai kebebasan dan integriti SPRM masih terus merudum. Buku berjudul Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times oleh Barry Wain dengan berani menyatakan bahawa negara kerugian 100 billion ringgit ketika pemerintahan Mahathir, masih gagal disiasat mahupun diulas oleh pemimpin hari ini mahupun oleh pegawai tertinggi SPRM.

Keterlibatan secara langsung SPRM dalam beberapa insiden berbaur politik sehingga menjatuhkan kerajaan sah Pakatan Rakyat, di Perak dan dikaitkan dengan kematian mendiang Teoh Beng Hock, ketika ghairah melakukan perkara yang sama di Selangor masih segar diingatan.

PENDIDIKAN DAN MASA DEPAN BANGSA

Hadirin yang dimuliakan sekalian,

Sistem pendidikan dalam negara perlu berani melaksanakan langkah drastik demi meletakkan mutu pendidikan negara ini setanding dengan negara serantau dan negara maju. Hasil kajian baru-baru ini, ranking Universiti Malaya yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan negara, kini berkedudukan tercorot dalam Asia.

Sistem Pendidikan yang masih dikongkong dengan cengkaman dan campurtangan politik serta menghalang para pendidik professional menggunapakai kaedah yang lebih berkesan adalah antara sebab utama kemerosotan tersebut. Kalaupun kita beranggapan bahawa kedudukan ranking tidak begitu penting, kejayaan graduan kita memenuhi keperluan pasaran juga masih berkembang. Kita masih lagi berhadapan dengan masalah pengangguran siswazah yang runcing setiap tahun, majority dikalangan bumiputra dan India miskin.

Kita juga berdepan masalah sumber yang tidak mencukupi, kurangnya iltizam politik untuk melakukan reformasi pendidikan. Guru-guru kita, dibebankan dengan tugasan pejabat yang mengalih tumpuan mereka dari bilik darjah, sekolah-sekolah dibebankan dengan pelbagai inisiatif kerajaan yang mengurangkan masa mendidik anak-anak.

Di peringkat universiti, siswazah kita masih lagi dikongkong dengan AUKU. Pensyarah-pensyarah kita masih perlu ikut telunjuk selera politik semasa. Pelbagai sekatan dibuat yang membantutkan perkembangan minda siswazah kita.

Sesungguhnya, KEADILAN telah pun mengorak langkah menggubal satu Sistem Pendidikan Nasional Baru yang progresif dan berkualiti. Sistem ini mampu menjana sumber daya insane dengan berpaksikan system nilai bersama dan kepelbagaian tamadun manusia selaras dengan Perlembagaan.

Ini bermakna roh Falsafah Pendidikan Negara yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1986 dikembalikan ke dalam sistem pendidikan negara dengan memperkukuhkan pendemokrasian pendidikan - pengagihan, peluang dan persamaan . Setiap warga negara diberi ruang untuk memilih aliran pembelajaran yang bermutu selaras dengan kepelbagaian potensi para pelajar.

GOLONGAN PEKERJA

Nasib rakyat terutama golongan pekerja berpendapatan rendah tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Kadar kenaikan gaji dan pendapatan di Malaysia adalah lembap berbanding kenaikan harga, menyebabkan kuasa beli rakyat semakin berkurangan. Bagi rakyat yang memang sudah berpendapatan rendah, ini bermakna mereka menjadi bertambah miskin setiap tahun.

Justeru, komitmen kita untuk memperkenalkan gaji minima tetap kukuh atas dasar kepedulian kepada rakyat. Kita yakin dasar ini diperlukan untuk membela nasib pekerja yang sekian lama dilupakan kebajikan mereka terutama pekerja berpendapatan rendah.

PERKUATKAN PEMUDA, PERKASAKAN WANITA, MANTAPKAN JENTERA

Saudara-saudari yang dihormati,

Beberapa penekanan harus kita lakukan mulai sekarang.

Pertama, tumpuan kepada orang muda perlu ditingkatkan. Masa depan negara terletak di tangan mereka dan kuasa mereka tidak boleh diperlekehkan. Orang muda perlu didekati melalui program-program khusus, yang menarik minat dan cita rasa mereka.

Ini bermakna, generasi muda apabila meyakini sesuatu perjuangan, mereka sanggup turun beramai-ramai dan berada di barisan hadapan. Itulah pengajaran kita dari zaman reformasi 1998 sehinggalah kini – maka tugas dan tanggungjawab Angkatan Muda adalah sangat penting dan strategik.

Keduanya, kita perlu menghormati dan menggunakan kuasa wanita yang ada pada kita. Pengaruh wanita sangat tinggi bukan sahaja dari segi bilangan yang membentuk 50% rakyat Malaysia, tetapi kuasa ekonomi dan kuasa sosial yang ada pada mereka.

KEADILAN sememangnya mengiktiraf kedudukan wanita. Ini terbukti dengan pindaan perlembagaan ke arah memenuhi minimum 30% penyertaan wanita dalam kedudukan kepimpinan di semua peringkat. Sasaran itu adalah dalam konteks mendokong kesetaraan gender dan pemberdayaan wanita, di mana penetapan dasar dan strategi dilaksanakan bagi memperdalamkan lagi pengarusutamaan gender dalam struktur parti dan pentadbirannya (substantive gender equality).

Ketiga, jentera parti sehingga ke peringkat ranting perlu dikukuhkan bukan sahaja dari segi meramaikan petugas, tetapi mencernakan sistem pengurusan yang baik dan kod pentadbiran yang cekap. Demikian mandate kepada Setiausaha Agong untuk memperkemaskan jentera hingga ke akar umbi. Timbalan dan Naib-naib Presiden diamanah memperjelaskan dasar serta memantapkansaf kepimpinan dan latihan disemua peringkat. Pada masa yang sama, gerakkerja daftar pemilih baru dan jentera pilihanraya hendaklah diperhebatkan.

Insya Allah, sekiranya kita bersatu hati dan menumpukan perhatian kepada ketiga-tiga aspek ini kita mampu bersama rakan PAS dan DAP melangkah ke Putrajaya.

INTEGRITI DAN NILAI SEBAGAI BENTENG TERAKHIR

Saudara-saudari yang dihormati

Kita sudah sampai ke bahagian terakhir ucapan dan bahagian yang terpenting.

Alhamdulillah, kita telah saksikan ketegasan TG Nik Aziz di Kelantan. Turut ketetapan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengizinkan premis perjudian lumba sukan. Ketua Menteri Lim Guan Eng membuat pengumuman tersebut sempena Hari Wesak semalam. Dasar yang sama akan diamalkan dinegeri PR.

Saudara-saudari yang dihormati,

Kita kesal dengan kerajaan BN yang tidak memartabatkan Mahkamah Syariah Persekutuan. Ini terbukti ketika Ketua Umum mengemukakan kes qazaf. Pendakwa Syariah diarah untuk tidak mengambil tindakan keputusan Mahkamah Syariah yang menggunakan helah teknikal jelas membuktikan Mahkamah Syariah juga tidak terlepas dari campurtangan apparatus politik negara.

Jika Kerajaan benar-benar mahu memartabatkan Islam, mulakanlah dengan memberi kebebasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili kes-kes di dalam bidang kuasanya. Apabila kita cuba menjawab sumpah laknat itu melalui peruntukan undang-undang syariah, pimpinan UMNO menghalang.

Rakan – rakan seperjuangan,

Kita tidak pernah mengandaikan Wadah perjuangan reformasi – islah mas tat tum ini mudah.

Saudara saudari telah alaminya, penderaan, penjara, penghinaan. Dan UMNO masih meneruskan strategi rakus, ganas dan jahat. Mereka gunakan jentera, dana dan media. Berulangkali mereka mentalkan pimpinan dan parti kita. Kita akan dikasarkan tahun 1999; dilenyapkan 2008 dan kini juga hingga Selangor mahu dirampas dan ditumpaskan.

Alhamdulillah, setiap kali mereka mengherdik; kita muncul lebih kuat dan mantap – membujur lalu melintang patah!

Mutakhir ini muncul lagi kisah wakil rakyat dan pimpinan kecil melompat keluar – kononnya dengan pelbagai alas an murni. Sayurgia diingat, ada yang keluar duku melalak kuat kerana ukuran upah bergantung kepada kuat serangan. Namun, penyokong parti dan rakyat arif dengan gelagat pengkhianatan bermakan upah.

Penyakit ini berjangkit kepada wakil-wakil rakyat yang memenangi kerusi dari derita dan pengorbanan rakyat. Didesak, mereka didakwa rasuah – maka lari menyelamatkan diri. Ada yang pohon kontrak dari negeri; ada yang membuat tuntutan berlebihan. Manakala pimpinan parti bertegas, mereka lompat parti.

Kini pekung busuk terhidu; fakta akan didedah. Insyaallah kita akan mendedahkan keterangan harga upah Ahli Parlimen yang melompat – 2 juta ringgit dan kontrak.

Demikian telatah pengkhianat – bicara soal prinsip‟ tetapi isikan temolok sendiri. Jika demikian watak wakil rakyat, bukankah lebih baik mereka disingkir dan bersama dengan parti wang dan kontrak – UMNO = BN.

Apakah perkembangan tersebut mampu memantapkan Parti Keadilan Rakyat? Ya – kerana bukan saja parti diselamatkan dari anasir negative; tetapi ia adalah pengajaran buat kita. Ukuran pemilikan pimpinan harus lebih ketat; bakal calom harus mengikuti program terbiyah atau latihan. Apakah mampu dipertahankan tokoh lama yang kurang wibawa? Atau mestikah kita sekadar memilih baru yang telah kenal aspirasi perjuangan parti yang bersifat islahi – tajdidi; kearah reformasi dan pembaharuan.

Pimpinan wajar mendengar pandangan parti dan rakyat dan menilai dengan sabar. Wakil rakyat harus tingkatkan khidmat dan prestasi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor perlu lebih berkhemat berkerja dalam pasukan - menumpu isu pembangunan dan pengagihan kekayaan kepada rakyat serta kepedulian terhadap permasalahan rakyat. Jesturu parti kita adalah anggota gabungan pakatan rakyat, ahli exco perlu berkhidmat kepada rakyat sambil mempertahan kedudukan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Utamanya di Selangor dimana kita terajui Tan Sri Khalid selaku MB memikul tanggungjawab besar. Beliau telah mempertahankan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban – mengikis amalan boros dan rasuah yang membudaya dalam UMNO. Keberanian kerajaan negeri Selangor memperkenal Selcat – mendedah seluruh amalan kepada rakyat merupakan pembaharuan membanggakan.

Kerajaan negeri Selagor bergegas tekun tapi dalam keadaan tertekan; dibayangi nafsu serakah pimpinan UMNO untuk sabotaj dan merampas negeri Selangor. Kita perlu sentiasa sedar agenda tersebut. Kendati begitu kita perlu mengambil tindakan segera memperkemas jentera negeri yang lembah terikat dengan budaya lama. Kita harus pacu pertumbuhan dengan lebih pantas; tidak bertolak ansur dengan kecuaian.

Sebaik ada permintaan pelabur atau peniaga, rugutan petani atau pekerja tindakan segera perlu diambil – melayani mereka iaitu Melayu,Bumiputra, Cina dan India. Kita perlu mampu memaparkan imej pentadbiran baru, lebih cekap, bertanggungjawab dan berkhidmat untuk rakyat.

Sebaik ada dakwaan rasuah atau penyelewengan proses siastan telus perlu disegerakan sesiapa jua tidak terlepas atau dilindungi. Kinerja kita adalah dalam satu pasukan Pakatan Rakyat. Peringatan kita bukan untuk memberi ruang untuk sesiapa untuk menganggap kekayaan atau kontrak negeri adalah milik mereka. Yang ditegaskan adalah keperluan bertindak bijak, memahami tuntutan dan aspirasi rakyat.

Dan dalam amalan demokrasi. Kekuatan akar umbi juga adalah penentu bagi mempertahan kuasa. Maka lingkaran dan jaringan parti disemua peringkat akan menjadi pengukur kejayaan pentadbiran negeri.

Hakikatnya, kepimpinan dalam tradisi Islam, merupakan suatu taklif (amanah dan tanggungjawab), bukannya tashrif (kemegahan dan kebesaran). Peter F. Drucker, menyatakan, “…the leader sees leadership as responsibility rather than as rank and privilege”.

Umar yang hairan melihat ibu itu, kemudiannya mengetuk pintu. Tanpa memperkenalkan diri, beliau bertanya, “kenapakah engkau tidak memberi makanan kepada anak-anakmu sedangkan mereka lapar?” Ibu itu menjawab, “Tuan, sebenarnya aku terpaksa berolok-olok memasak sesuatu untuk membuatkan mereka tertunggu-tunggu dan tertidur kerana penat menunggu. Aku hanya memasukkan beberapa ketul batu dalam periuk itu. Kemudian bertanya Umar, “tidakkah ada sesiapa yang datang membantu mu?” Maka berkata ibu tadi, “tidak ada, bahkan khalifah pun tidak ambil peduli!”. Pilu Umar mendengar kata-kata ibu tersebut, satu tamparan hebat kepada dirinya sebagai pemimpin.

Maka beliau bersama khadamnya ke perbendaharaan dan mengarahkan khadamnya mengeluarkan seguni gandum. Apabila Khadam ingin mengangkat guni tersebut Umar terus menghalangnya seraya berkata, “ini tanggungjawabku, amanahku, biarlah aku memikulnya”. Guni dipikul dan dibawa ke rumah ibu yang malang itu. Beliau meminta izin untuk masuk ke dapur, mengambil peniup dan dihidupkan api dan dimarakkan. Khadam yang memerhatikan berkata “aku lihat janggut beliau dipenuhi dengan debu dan habuk tempat memasak”. Kemudian dibakar gandum yang telah diuli menjadi roti. Apabila terkejut anak-anak dari tidur, makanlah mereka dengan girangnya. Berkatalah ibu tadi “Sungguh baik pekerti dan budi tuan, kalaulah khalifah seperti tuan!”. Bercucuran airmata Umar, suara ibu itu benar-benar menusuk kalbunya.

Demikian sifat seorang pemimpin unggul,mampu memadukan secara harmonis di antara sikap pengabdiannya kepada Tuhan dengan idealism perjuangannya serta keprihatinan kepada insan seluruhnya. Justeru, seorang pemimpin hendaklah sentiasa bermujahadah, mengekang keserakahan nafsu dan konsisten dengan amalan-amalan yang dapat meningkatkan ketahanan rohaniah dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang. Inilah yang dimaksudkan sebagai moral integrity atau kewibawaan moral. Tanpa kekuatan ini, seorang pemimpin akan terjebak dengan pelbagai gejala rasuah, keangkuhan diri, penyalahgunaan kuasa, nepotisme hatta perjuangan.

Saudara-saudari sekalian,

Dalam masa yang sama perkukuhkanlah institusi kekeluargaan. Perhubungan yang berpegang pada tiang agama dan didasari dengan nilai-nilai murni; kasih sayang dan belas kasihan akan mampu mewujudkan masyarakat sihat dan bermaruah. Visi keadilan dalam erti kata kebebasan, hak asasi manusia, kesamarataan gender hatta demokrasi sekalipun, hanya akan memberi makna jika ia dilaksanakan menerusi nilai-nilai tersebut.

PENUTUP

Saudara-saudari yang dihormati,

Kita berada di persimpangan yang memerlukan kita mengimbau banyak pengajaran. Sejak bermulanya detik pengiktirafan defining moment, bilamana benih zaman tersemai hinggalah ke hari ini, pukulan gendang perang menyelamatkan Malaysia .

Akhir kata, tahniah dan terima kasih kepada Setiausaha Agong dan Sekretariat kerana berjaya menganjurkan kongres pada kali ini dengan baiknya. Terima kasih kepada MPN Kelantan serta Kerajaan Negeri Kelantan yang sudi menerima kedatangan kita.

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh, kami nak datang lagi.

Kepada saudara-saudari, saya ucapkan selamat bersidang semoga ucapan dasar ini dapat dibahas secara intelektual dan matang bagi mencapai satu kesepakatan mantap.

Sekian, wassalamualaikum wbth.

Datin Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden PKR

Kajian Separuh Penggal: PR Gagal Laksana Dasar Bersama.

KOTA BARU, 29 Mei 10: IDEA telah dicetuskan agar diadakan kajian separuh penggal Pakatan Rakyat (PR), yang mencipta sejarah dengan menguasai 5 kerajaan negeri dan menafikan BN majoriti 2/3 di Parlimen dua tahun lalu, akan diutarakan pada mesyuarat kepimpinan PR Selasa depan, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Kami akan membincangkan idea agar diadakan kajian separuh penggal kerajaan negeri Pakatan Rakyat selepas dua tahun memerintah,” kata Lim pada sidang media bersama pemimpin-pemimpin PR di sini hari ini.

“Kita sudah memerintah selama dua tahun dan ada baiknya kita melakukan kajian separuh penggal ini... masa yang sesuai untuk menilai prestasi kerajaan negeri... pendekatan, cara... untuk melihat prestasi dari segi aspirasi, harapan rakyat,” kata beliau. Pandangan itu disokong oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang berkata, “kami akan membincangkannya.”

Sidang media itu diadakan selepas majlis perasmian Kongres Nasional Keenam PKR di sini. Presiden PKR Datukn Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan dasarnya. Lim berkata kajian separuh penggal itu akan melibatkan keempat-empat kerajaan negeri yang masih diterajui PR iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Perak yang dikuasai PR telah jatuh ke tangan BN awal tahun lalu. Lim yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, bagi tujuan itu PR boleh mengambil perkara-perkara yang ditekankan oleh Wan Azizah dalam ucapannya.

“Ucapan Wan Azizah adalah paling komprehensif, tepat pada masanya dan sesuatu yang mengejutkan,” kata Lim.

“Saya rasakan kita boleh mengambil beberapa perkara yang dibawa oleh Presiden (PKR) dalam ucapannya,” katanya.

Mengenai rasa kecewa Angkatan Muda Keadilan (AMK) bahawa PR tidak melaksanakan Dasar Bersama dengan efektif, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:

“Angkatan Muda memberikan beberapa cadangan supaya mematuhi beberapa dasar yang telah diputuskan oleh kepimpinan Pakatan.

“Perkara itu sebagaimana dikatakan tadi, akan dibincangkan dalam mesyuarat Selasa ini.”

PR yang mengadakan konvensyen sulungnya Disember lalu telah meluluskan Dasar Bersama. Bagaimanapun Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata PR gagal untuk melaksanakan kandungan Dasar Bersama dengan efektif dan menyeluruh. (AK)

Elakkan Bankrap, Tukar K'jaan Segera -Lim Kit Siang

Lim Kit Siang

TANAH MERAH, 29 Mei 10: Rakyat negara ini perlu memberi harapan baru kepada Pakatan Rakyat menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan negara bankrap sembilan tahun lagi. Tanpa perubahan tersebut rakyat akan berdepan dengan suasana sukar dan boleh mengulangi sejarah yang menimpa Greek sekarang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi untuk mencari jalan mengelakkan negara terus bangkrap melainkan mendesak subsidi barangan kawalan dimansuhkan.

"Bagi mengelakkan bankrap rakyat perlu bertindak lebih awal dengan menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelakkan terjerumus kepada bankrap.

"BN sudah memberitahu mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa bagi mengelak bankrap menjelang tahun 2020," katanya pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Tanah Merah di sini, malam tadi.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PRK, Saifuddin Nasution Ismail dan pimpinan PAS dan PKR Tanah Merah. Padang yang terletak di pusat bandar Tanah Merah itu penuh sesak dengan kehadiran ribuan penduduk tempatan.

Ceramah perdana diadakan di tujuh lokasi berlainan sempena Kongres PKR yang diadakan di sini sejak semalam sehingga esok. Malam ini pula ceramah akan diadakan di Padang Perdana membabitkan tokoh utama Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengakui negara mungkin bankrap dalam tempoh sembilan tahun lagi sekiranya dasar pemberian subsidi tidak dimansuhkan.

Kit Siang berkata, berdasar andaian diberi menteri terbabit, hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat Malaysia menjadi negara maju pada 2020 mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana sudah bankrap.

"Sejak 50 tahun korupsi dibiarkan bermaharajalela di mana nilaian projek kerajaan tidak sepadan dengan projek yang dilakukan. Ketirisan berlaku di sana sini.

"Inilah punca utama kepada bankrap. Oleh itu kita sama sekali tidak bersetuju cadangan kerajaan mahu menghapus subsidi ke atas makanan, minyak dan pendidikan," katanya.

Beliau yang juga anggota parlimen Ipoh Timur turut mencabar kerajaan BN supaya serius bagi menghapus rasuah kerana ia boleh menjimatkan wang negara sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun. Katanya, apa yang berlaku sekarang ketirisan dalam pengurusan kewangan kerajaan antara RM10 hingga RM28 bilion setahun.

Oleh itu kata beliau sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat bagi mengurus negara wajah baru politik akan berlaku di negara ini.

Anwar berkata, sepanjang lapan tahun berkhidmat sebagai Menteri Kewangan beliau telah berusaha untuk mengurangkan subsidi kepada penjaga kuasa bebas (IPP) yang dimiliki syarikat besar, namun kerajaan tidak berani melakukannya. "Cuba bayangkan setiap tahun kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20 bilion kepada IPP tersebut," katanya. (AK)

Blog Ibnu Hasyim: Kesimpulannya, bagaimana nak elakkan bankrap 9 tahun lagi? Tukar kerajaan segera pada PRU 13 ini!

'Klinik Gigi' Kaki Lima & Bergerak, Boleh Di'up-grade'kan?

JOM KREATIF
Seorang 'doktor' memeriksa gigi seorang pelanggan di kaki lima sebuah kedai, di Jalan Pasar, Kuala Lumpur semalam.

KL MEI 29 10 - Kotor dan menjijikkan! Itulah gambaran apabila melihat gelagat empat orang lelaki warga China yang menyediakan khidmat menanam gigi palsu di Jalan Pasar berhampiran Pasar Pudu di sini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, 'klinik kaki lima' tersebut bukan sahaja beroperasi secara terbuka malah empat kumpulan yang melibatkan lima lelaki dan seorang perempuan yang berlagak seperti 'doktor' itu juga didapati tidak memakai sarung tangan ketika merawat pesakit mereka.

Lebih meloyakan, mereka hanya menggunakan segelas air biasa bagi membasuh peralatan yang telah digunakan dan alat yang sama digunakan daripada satu mulut ke mulut pelanggan lain tanpa dinyahkuman.

Selain peralatan khas pergigian, playar dan dawai yang digunakan untuk mengikat gigi pelanggan juga tidak dicuci dan terdedah kepada asap kenderaan di tepi jalan. Walaupun hanya beroperasi di tepi jalan, 'doktor' berkenaan turut menyediakan penggerudi gigi elektrik untuk menebuk gigi pelanggan yang berlubang sebelum ditampal dengan sejenis serbuk yang dicampur dengan bahan kimia.

Semua barangan tersebut bukan sahaja disusun di atas meja tetapi ia turut disimpan di dalam beg dan kotak pensil supaya mudah dibawa lari jika diserbu pihak penguat kuasa. Usaha Kosmo! untuk menemubual salah seorang 'doktor' yang berusia dalam lingkungan awal 40-an itu tidak berhasil kerana mereka tidak tahu berbahasa Inggeris sebaliknya semua jawapan diberikan dalam bahasa Cina.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Inilah contoh kerja-kerja kreatif yang mungkin dilakukan oleh pendatang-pendatang asing dari negara Cina di sini. Pernah juga pihak kami menemui 'klinik gigi' bergerak seperti ini dari rumah ke rumah dalam perkampungan orang Melayu Kemboja di Selangor dan beberapa negeri lain di negara ini.

Ertinya, aktiviti seperti ini boleh dikembangkan, dikreatif dan di'upgrade'kan, menjadi suatu perusahaan anak-anak tempatan. Suatu perusahan yang dapat membantu khidmat kepada orang ramai danmemberi peluang pendapatan. Bolehkah? Cuba fikir-fikirkan.. (AK)

Macam Harga Roti Canai, Mudahkan Nikah. Bagus!


TULEN...Lufti menunjukkan buku nikah suami dan isteri dikeluarkan  KUA.
Lufti menunjukkan buku nikah suami dan isteri dikeluarkan KUA. Nilai yang seolah-olah tidak masuk akal itu didedahkan kepada wartawan Harian Metro oleh Staf Kara Bidang Bimbingan Perkahwinan dan Zakat Wakaf, Balai Nikah, Kantor Urusan Agama (KUA) Kecamatan Mataram, Lombok, Lufti Kahar ketika ditemui di pejabatnya di Mataram, Lombok, baru-baru ini.

KL MEI 29 10: Seperti harga sekeping roti canai sardin di negara ini, hanya 7,500 rupiah atau sekitar RM2.80 sen saja! Itulah kadar denda maksimum yang dikenakan terhadap pasangan yang melanggar undang-undang perkahwinan di Pulau Lombok, Indonesia.

Menurutnya, denda itu termaktub dalam Pelanggaran Perkahwinan Undang-undang 2, Nombor 1 (1974) dan Peraturan Pemerintah Nombor 9 (1975) Fasal 45.

“Mengikut undang-undang, umur perempuan boleh bernikah mesti melebihi 19 tahun, manakala umur calon lelaki perlu lebih 21 tahun.

“Wanita bawah umur 19 tahun mahu bernikah perlulah mendapat keizinan kedua-dua orang tuanya dan orang tua pihak lelaki dengan tandatangan, begitu juga sebaliknya.

“Namun, memang ada pasangan melaksanakan nikah biarpun umur tidak mencukupi dengan menggunakan petugas nikah (kadi) yang tidak diiktiraf KUA,” katanya.

Mengulas lanjut, Lufti berkata pihaknya tidak berani sama sekali mengisytiharkan pasangan berkenaan sebagai suami isteri akibat ketiadaan buku nikah dikeluarkan KUA sebab tidak melalui petugas yang sah.

Katanya, pasangan yang masih ingin meneruskan pernikahan mereka diwajibkan membayar denda maksimum 7,500 rupiah. Demikan menurut sumber myMetro Online.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebenarnya itulah proses mempermudahkan perkahwinan yang sah seperti dikenhendaki oleh Islam, walaupun ada perkara-perkara kecil perlu diperkemaskan. Bukan seperti yang dikenakan di Malaysia kepada pasangan Malaysia yang berkahwin di luar kariah. Bahkan berkahwin secara sah pun dipenjara seperti yang berlaku kepada Bung Mokhtar seorang ahli parlimen.

Kementerian pengurusan wanita pun sibuk menyiasat orang berkahwin sah, tetapi yang bersekedudukan tanpa nikah pura-pura tutup mata. Kenapa? Kerana negara berdasarkan sekularisme, tidak berdasarkan Islam.

Ada parti politik (UMNO) kononnya hendak menyelamatkan pasangan yang telah berkahwin dan berhijrah ke negara jiran, dengan berbagai alasan. Konon dilarikan nikah di luar, hidup menderita dalam kemiskinan, dan berbagai alasan tak menasabah. Mengapa tidak ambil kisah pesangan di Malaysia yang miskin? Mengapa tidak siasat remaja yang bersekedudukan tanpa nikah, bahkan ada yang mengaku terang-terang?

Jelasnya dalam negara yang baik, rakyat yang jahat susah. Dalam negara mungkar rakyat hendak buat baik jadi susah!

Lihat antara contoh-contohnya dalam kes di bawah ini..

Lari Rumah Dirogol Anak Polis.. Salah Siapa?

KL MEI 2010: Kononnya, pengorbanan cinta seorang gadis berusia 15 tahun yang sanggup menempuh perjalanan dari utara tanah air hingga ke ibu kota untuk menemui kekasih hati bertukar menjadi satu mimpi ngeri buat dirinya apabila dia dijadikan mangsa pemuas nafsu teman lelakinya itu.

Malah, perbuatan keji terbabit turut dirakam teman lelakinya itu sebelum dia mengugut akan mengedarkan gambar bogel berkenaan membuatkan mangsa mula gelisah. Bagaimanapun, mangsa yang tidak keruan itu akhirnya cuba melarikan diri sebelum ditemui anggota polis yang kebetulan membuat rondaan di kawasan Ulu Klang, Ampang sebelum pemeriksaan mendapati dia pernah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Perlis sejak tiga bulan lalu.

Menurut sumber, selepas siasatan dilakukan, gadis berkenaan mendakwa sepanjang tempoh dia menghilangkan diri itu, dia sebenarnya mengikut teman lelakinya itu. “Gadis berkenaan turut memberitahu yang sepanjang tempoh itu, dia menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki berkenaan dan akhirnya mula menyesali perbuatan itu.

"Difahamkan, dia akhirnya mula jemu hidup bergelumang dengan maksiat sebelum mengambil tindakan nekad melarikan diri,” katanya.

Menurut sumber terbabit, gadis itu turut bimbang apabila cubaan dia melarikan diri daripada kekasihnya itu disusuli dengan satu ugutan lelaki berkenaan yang mahu mengedarkan gambar bogel dan juga aksi ghairah mereka berdua di ranjang.

“Hasil siasatan awal, remaja perempuan terbabit mengakui yang dia sebenarnya melakukan seks dengan teman lelakinya puluhan kali sepanjang mereka tinggal bersama di sebuah rumah di Balakong, Kajang.

“Remaja terbabit turut mendakwa, dia sebenarnya sudah jemu dengan kehidupan sebegitu, namun tidak tahu bagaimana untuk keluar daripada kongkongan teman lelakinya itu,” katanya.

Beliau berkata, selain takut melarikan diri daripada teman lelakinya, dia juga bimbang kerana lelaki berkenaan mengugut akan menyebarkan rakaman aksi ghairah mereka yang dirakam melalui telefon bimbit.

“Dia kemudian mula kehilangan arah dan fikirannya mula bercelaru sebelum nekad melarikan diri dan ditemui di tepi jalan di kawasan Ulu Klang, kelmarin.

“Mangsa akhirnya dibawa menjalani pemeriksaan dan dia turut membuat satu laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Sumber terbabit berkata, susulan daripada laporan yang dibuat, polis menahan seorang lelaki berusia awal 20-an bagi membantu siasatan. “Lelaki terbabit yang juga anak kepada seorang anggota polis ditahan di rumahnya di Ampang sejurus mangsa membuat laporan,” katanya.

Komen Blog IbnuHasyim: Salah siapa? Di samping salah peribadi dan keluarga, tidak dapat dinafikan, suasana sekeliling dalam Malaysia ciptaan pimpinan BN, termasuk kegagalan sistem pendidikan yang tiada penekanan matlamat moral, media dan sebagainya. (AK)

Pamer Pelacur 1/2 Bogel Macam Jual Pakaian

TAHAN...pelacur warga China yang ditahan, pagi semalam.
Pelacur warga China yang ditahan, pagi semalam.

pix_topright
Kegiatan licik pemilik terbabit terbongkar apabila pusat itu yang beroperasi di Sri Damansara di sini, diserbu awal pagi semalam.

PJ MEI 2010: Sebuah pusat spa dikesan mempamerkan gadis bertubuh montok yang hanya berseluar dalam dan bercoli bagi memikat pelanggan berkunjung dan melanggan gadis terbabit untuk memuaskan nafsu di dalam bilik yang disediakan.

Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman itu menahan 12 wanita warga China berusia 20 tahun hingga 25 tahun dipercayai pelacur.

Dua lelaki tempatan berusia 32 tahun dan 37 tahun dipercayai pengurus dan kapten spa terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan, dua daripada wanita terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri manakala selebihnya memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Katanya, spa di tingkat tiga bangunan kedai itu dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu dikesan berselindung di sebalik perniagaan hotel. Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, polis turut menemui beberapa peket kecil serbuk dadah dipercayai syabu digunakan wanita terbabit.

“Spa yang terletak dalam sebuah hotel itu tidak mempunyai lesen, malah menawarkan khidmat seks lima bintang kepada pengunjung hotel di situ.

“Pengunjung yang menginap di hotel berkenaan boleh menempah wanita di spa terbabit manakala pengunjung spa hanya perlu membayar RM208 bagi mendapatkan khidmat seks di 10 bilik yang disediakan,” katanya.

Jurucakap polis berkata, semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi tindakan selanjutnya.(AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pamer pelacur separuh bogel dalam bilik, macam jual pakaian dalam negara yang kononnya negara Islam sudah dua tahun, sekarang baru tahu? Profesional ke polis kita?

Peguam B/Islam, Pendapat Saya Tak Disiar -Dr Mohd Asri


Oleh:
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Penulis adalah bekas pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia. Mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India

LIHAT, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam. Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam. Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam! Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi. Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu. Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama. Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam! Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'. Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam. Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam. Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam. Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Tulisan ini adalah cabutan dari sebahagian dari tulisan beliau bertajuk 'Ulama Umno bakar kapal' diangkat dari Malaysiakini.com sebagai lanjutan dari himpunan pandangan tentang forum dan perbincangan mengenai isu peguam bukan Islam di mahkamah Syariah. (2MA)

Lihat sebelum ini...

Tahaluf PAS-DAP, Jangan Guna ISA - Amanat Nik Aziz


KOTA BHARU MEI 28:Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu telah membuat kajian ketika menyertai BN sebelum ini dengan mengambil kira tindakan Nabi Muhammad SAW dalam membuat perjanjian dengan penduduk Yahudi Madinah.

Kontrak yang dikenali dengan nama Perjanjian Hudaibiah itu "lebih teruk kerana Nabi banyak beralah," kata menteri besar Kelantan itu ketika menyampaikan amanat di kongres Angkatan Muda Keadilan di Kota Bharu hari ini. Namun, demi menjaga keselamatan, baginda tetap menyetujui perjanjian bertulis tersebut, kata Nik Abdul Aziz lagi.

"Kita berkongsi dulu dengan BN, (kita) dapat tubuh kerajaan. Dengan (Semangat) 46 dulu pun dapat buat kerajaan dan sekarang dalam Pakatan pun dapat buat kerajaan.

"Oleh itu gangguan yang dibuat oleh Melayu Umno terhadap PAS tentang unity government memang ada asas.

"Tapi BN jadi bengong bila kita tahaluf dengan DAP... Sedangkan DAP pun Cina, MCA pun Cina," katanya lagi.

Dalam ucapan ringkas selama kira-kira lima minit itu, beliau turut mengambil peluang mengkritik BN kerana sering menggunakan undang-undang ISA dalam memenangi persaingan politik. "Tapi jangan marah, jangan guna ISA. Guna ISA ini tanda orang mati akal," katanya lagi. (AK)

Friday, May 28, 2010

Berbelanja AS$50,000 -1 Malam.. Ada Kaitan Dg PM?



KOTA BHARU MEI 28, 10:
Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat. Pemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.

Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres AMK di Kota Bharu hari ini, beliau meminta siasatan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

"Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. Apa kaitannya dengan Big Ma?," soalnya.

Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.

Dalam ucapannya itu, Shamsul Iskandar juga mahu siasatan dijalankan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penyelewengan wang, seperti yang didedahkan penulis Barry Wain.

Selain itu, beliau turut mendesak supaya 'Private Khairy Jamaluddin' disiasat berhubung kaitan ketua pemuda Umno itu dengan firma perundingan Apco.

"Kerana maklumat yang kita terima, rakan baik (Khairy) yang beri cadangan supaya guna Apco," katanya lagi.

Dalam sidang medianya selepas itu, Shamsul Iskandar mendakwa Taek Jho Low juga merupakan seorang penasihat bagi pihak berkuasa pelaburan bagi negeri Terengganu yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, maklumat itu diperolehinya daripada pihak yang tidak senang dengan perkembangan berkenaan.

Tambahnya, beliau pasti Jho Low mempunyai harta bernilai berbilion ringgit jika mampu berbelanja sebanyak 50 hingga 60 ribu setiap malam dan tinggal di apartmen mewah.

"Saya minta (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) SPRM supaya siasat," katanya yang mempertikaikan bagaimana seorang pemuda seperti Jho Low mampu berbelanja seperti itu. (AK)

Nabi Berpolitik Di Masjid & Rakyat Buat Sendiri -Nik Aziz

BACHOK, 28 Mei: BIARPUN penggunaan masjid sebagai gelanggang politik terus menjadi pertikaian di kalangan sesetengah pihak namun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS akan tetap meneruskan agenda tersebut di dalam pentadbirannya di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik di zaman pemerintahan baginda.

"Nabi Muhammad sendiri berpolitik di masjid, kalau tak percaya, cakap di mana Nabi Muhammad buat ucapan-ucapan lantik pegawainya kalau tidak di masjid.

"Lantik pegawai di dalam masjid, menyusun strategi perang di dalam masjid, berdamai dalam masjid, berubat orang sakit dalam masjid termasuk terima rombongan luar pun di masjid," katanya selepas majlis perasmian Masjid Abdul Rahman, di sini semalam.

Beliau membidas golongan yang berpendapat masjid tidak boleh dijadikan tempat untuk berpolitik sebagai cara orang Eropah tetapi bukan cara Nabi Muhammad s.a.w.

Sementara itu, beliau juga mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak pernah berhasrat untuk membina masjid sebaliknya ingin melihat rakyat sendiri yang berbuat demikian.

"Saya beritahu Exco kerajaan tak usah buat masjid, kerajaan hanya bantu yang rakyat buat sebab kita nak tengok rakyat Kelantan sendiri buat masjid, biar walau harga paling murah sekalipun ia tetap masjid yang dibina oleh rakyat.

"Contoh Nabi Muhammad sendiri sewaktu sampai di Madinah, Nabi Muhammad sendiri derma untuk beli tapak Masjid Madinah yang ada sekarang ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil sikap demikian semata-mata untuk melihat rezeki yang diraih oleh rakyat Kelantan dapat dicairkan melalui kerja-kerja kebajikan.

"Kita mahu lihat orang Kelantan cari duit bukan saja untuk beli beras tetapi menderma sebagai contoh derma untuk bina masjid.

"Ini bererti dengan rezeki yang kita dapat itu kita juga membeli pahala," tambahnya. (2MA)

Tahniah, Bertindak Kurangi Kelucahan Dalam Internet.


TAJULZAIRI yang didapati bersalah menggunakan aplikasi lucah melalui Internet didenda oleh Mahkamah Sesyen Klang semalam.


KLANG MEI 28 10- Seorang kerani bank yang merupakan individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah melalui Internet bagi tujuan komersial didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Tajulzairi Tajuddin, 31, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet dengan alamat IP 112.137.162.108 di laman web http://www.wanitamelayu2.com/login dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Dia melakukan kesalahan itu di Aras 1, Jabatan Kawalselia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Off Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Sepang pada pukul 5 petang, 10 Jun tahun lepas.

Tajulzairi didakwa mengikut Seksyen 233 (2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Tajulzairi yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya dari SKMM, Badius Zaman Ahmad bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira kepentingan awam berikutan kes itu telah menyumbang kepada statistik kesalahan jenayah seksual.

Beliau berkata, Tajulzairi yang merupakan individu pertama didakwa mengikut akta itu telah mengaut keuntungan secara haram dengan menyalahgunakan Internet untuk membekalkan perisian lucah bagi tujuan komersial atau dijual.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Orang ramai patut diberi tahu sejauh mana takrif lucah. Adakah Islam menjadi kayu ukurnya? Walaupun begitu, tahniah kepada pihak berwajib kerana mengurangi kelucahan dalam internet. Sila korek-korek lagi! (AK)

Thursday, May 27, 2010

Dr M: Petua Awet Muda, Termasuk Kritik Kerajaan?


KL. MEI 27, 10: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi petua menjalani kehidupan yang sihat ketika usianya telah mencecah 85 tahun.

Beliau berkata, "tidak berhenti daripada membuat kerja" dan sentiasa senyum merupakan rahsia yang diamalkan perdana menteri keempat itu.

"Jika kita rasa gembira, kita akan kelihatan muda, dan bila anda sudah tua, tolong jangan berhenti daripada bekerja. "Buatlah apa-apa kerja. Fikirlah apa-apa yang boleh anda fikir. Tulis apa-apa yang boleh anda tulis tetapi jangan berhenti dari membuat kerja. "Ia akan membantu anda untuk kelihatan muda," katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Persidangan Penuaan Sihat Malaysia Kelima di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir bersama beliau isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Selain itu Dr Mahathir turut memberitahu supaya melakukan perkara yang digemari supaya sentiasa kelihatan muda dan sihat. Tidak bersukan "Sebagai contoh, saya menggemari politik, saya sentiasa fikir yang saya boleh melakukan sesuatu yang lebih bagus dari orang lain. Sebab itu saya mengkritik orang dan ini membuatkan otak saya sentiasa bekerja," katanya secara berseloroh.

Beliau juga turut berkongsi mengenai amalan pemakanan yang dinasihati emaknya sewaktu beliau masih kecil."Mak saya pernah berpesan kepada saya, jika sedang enak menikmati sesuatu makanan, berhentilah segera. Ia memang sesuatu yang susah, tapi saya telah melatih diri saya untuk berhenti ketika sedang menikmati makanan," katanya.

Ironinya, beliau mengakui tidak melibatkan diri dalam sukan. Baginya, aktiviti itu boleh menyebabkan anggota badan tercedera. Perkara itu, tambahnya, tidak elok untuk masa akan datang. "Saya sekarang sudah agak tua, tetapi saya tidak memerlukan tongkat untuk berjalan dan saya bebas berjalan ke mana sahaja. "Tapi kalau anda seorang yang gemarkan sukan, abaikan nasihat saya," katanya berjenaka.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Terima kasih Dr M. Banyak petua-petua awet muda dari Dr M. Antaranya...
1.. Tidak berhenti buat kerja.
2..Sentiasa senyum.
3..Berfikir dan mengkritik.
4..Menulis.
5..Amalan makan.
6..Tidak bersukan berlebihan.

Mengenai amalan makan, beliau mengambil nasihat ibunya yang sama dengan amalan Nabi Muhammad SAW, 'tidak akan makan kecuali merasa lapar, dan akan berhenti sebalum kenyang'. Yang menarik Dr M juga kata, "... saya mengkritik orang dan ini membuatkan otak saya sentiasa bekerja.." Bukan sahaja beliau mengkritik orang lain, bahkan kerajaan yang pernah beliau pimpin pun dikritiknya. Jadi kritik kerajaan pun jadi petua awet muda?

Lihat lagi antara lain..

M'sia Bankrap 9 Tahun Lagi.. Siasat, Kerana Subsidikah?

KL MEI 27 10: MALAYSIA menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara. Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan. "Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," kata Indris merujuk kepada ahli Kesatuan Eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

Rasionalisasi subsidi untuk pertumbuhan nyata.

Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam dua puluh tahun. Katanya, Malaysia perlu merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomi, selain menggalakkan pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan.

Menurut Idris, Malaysia juga perlu mengikuti perkembangan terkini arah aliran pengurangan subsidi global. "Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia," katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Makmal itu yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 2 petang hari ini, dilangsungkan bagi mendapat cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi. Idris berkata, mengikut perangkaan daripada Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009, adalah pada 11 peratus.

Ia, katanya, hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland. "Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus," katanya.

Kaya juga dapat subsidi. Menurut Idris, budaya subsidi mempunyai kesan negatif, dengan subsidi kerap dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan dan penyalahgunaan dan pada masa yang sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.

Beliau berkata, kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara asas "menyeluruh".

"Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan, sebagai contoh, memberi subsidi untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perkhidmatan perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun," katanya.

Kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa yang sama meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.

Usaha akan dibuat bagi mengurangkan pembaziran dan penyalahgunaan. Menurut sumber yang dipetik Reuters, jemaah menteri pada Rabu lalu membincangkan cadangan pengurangan subsidi berkenaan tetapi tiada keputusan dibuat. (Sumber Malaysiakini).

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jika subsidi berterusan Malaysia akan bangkrap 9 tahun lagi. Kenyataan ini membuktikan harga minyak tetap akan naik. Sedangkan banyak negara yang memsubsidikan rakyatnya, ekonominya masih stabil. Cuba siasat, sebenarnya bukan subsidi yang menyebabkan sesebuah negara bankrap. (AK)

Aceh: Muslimat Dilarang Pakai Jeans Ketat, Skirt Mini. Wajarkah?

Muslimat Acheh Barat dilarang pakai jeans ketat, skirt mini

JAKARTA, 27 Mei 10— Jika anda seorang wanita Islam yang gemar memakai seluar jeans yang ketat atau skirt mini, maka daerah Acheh Barat, Indonesia bukan tempat sesuai untuk anda. Bermula semalam, pihak berkuasa syariah daerah atau Wilayatul Hisbah, mula menahan wanita yang mengenakan seluar jeans yang ketat.

“Bermula Rabu (semalam) kami memulakan langkah ini dan wanita yang memakai seluar ketat atau jeans akan diberikan skirt panjang untuk dipakai manakala jeans mereka akan disita,” kata ketua daerah Acheh Barat Ramli Mansur. Kira-kira 20,000 skirt panjang telah didermakan oleh kumpulan-kumpulan yang turut menyokong undang-undang kecil itu melarang pemakaian seluar pendek oleh kaum lelaki.

Namun, keberkesanan langkah ini hanya akan dapat dilihat apabila ketua daerah mengumumkan lokasi sesuai penguatkuasaan untuk undang-undang tersebut. “Selepas perasmian, kita akan mulakan operasi ini di tiga lokasi di ibu kota Meulaboh. Operasi ini akan dijalankan di Kaway XVI, Arongan Lambalek dan Nagan Raya,” kata beliau dipetik The Jakarta Globe.

Tetapi jika terdapat wanita Acheh Barat yang berharap undang-undang tersebut tidak akan berkesan, mereka perlu menunggu tempoh yang lama. “Saya harap orang luar yang datang ke Acheh Barat akan menghormati undang-undang kita di sini,” kata Ramli.

“Saya buat begini kerana itu adalah perintah Islam untuk menegakkan prinsip-prinsip Islam dalam keseluruhan Acheh terutamanya Acheh Barat,” kata beliau lagi.

Ramli berkata di bawah undang-undang itu, semua wanita perlu memakai baju kurung iaitu pakaian tradisional yang menutupi sebahagian besar tubuh dan mengenakan tudung. Beliau juga meminta supaya kedai-kedai di daerah itu supaya menggentikan penjualan pakaian ketat bagi wanita.

“Saya melakukan ini sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada Allah atas apa yang telah saya lakukan bagi rakyat Acheh Barat,” katanya.

Wanita yang menolak untuk menyerahkan jeans atau mengulanginya akan dihukum. “Kami akan menahan mereka,” kata beliau tanya menyatakan tempoh tahanan yang bakal dikenakan.

Undang-undang syariah telah dijalankan di Acheh bagi mengukuhkan Islam - satu-satunya wilayah di mana undang-undang ini dilaksanakan di negara Islam terpadat di dunia. “Kami akan melaksanakan ia dengan yakin sehingga kami mencapai peringkat di mana tidak ada yang memakai pakaian ketat,” kata Ramli.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Awal-awal lagi menurut laporan BBC, terdapat wanita di Acheh Barat yang membantah undang-undang tersebut dengan mengatakan ia melanggar 'hak peribadi dan sosial'. Sedangkan di barat 'hak peribadi dan sosial' orang Islam memakai pakaian Islam dirampas, mereka membisu? Maka musah-musuh anti Islam pun terus mengambil kesempatan menyerang dan memburukkan perundangan Islam.

Konon undang-undang di Aceh tersebut 'hanya untuk orang Islam'. Tetapi sebenarnya, 'bukan hanya untuk orang Islam' kerana orang bukan Islam diberi peluang memilih sesuai dengan agama masing-masing. Contohnya undang-undang Islam di negeri Kelantan tidak melibatkan orang bukan Islam, walaupun 'hudud Islam' masih disekat oleh Kerajaan Pusat Kuala Lumpur untuk dilaksanakan. Begitu juga muslimat di Arab Saudi atau iran, tiada masalah apa-apa pun?

Sedangkan di barat orang Islam tidak diberi peluang begitu, walaupun negaranya bertopengkan 'demokrasi' dan 'hak asasi manysia'. Orang Islam tidak diberi hak melaksanakan agamanya sendiri. Begitu yang berlaku di negara bukan Islam dan kuncu-kuncu atau baruanya. (2MA)

Sebelum ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails