Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Fook berkata walaupun secara umumnya keputusan itu dialu-alukan, namun persoalan yang timbul soal pemberian lesen ini yang sepatutnya dikeluarkan oleh kerajaan diputuskan dalam mesyuarat Umno, bukannya di Kabinet.
“Apakah Majlis Tertinggi Umno yang menentukan segala dasar kerajaan dan bukannya Kabinet yang dianggotai oleh semua wakil komponen Barisan Nasional?
“Di manakah semangat perkongsian kuasa yang menjadi prinsip utama Barisan Nasional?” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.
Ketika mengumumkan perkara itu lewat malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan semalam mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.
Najib yang juga Presiden Umno berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.
Kata Najib, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat MT Umno malam tadi dan keputusan tersebut disokong sebulat suara. Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bila keputusan itu dibuat.
Sementara itu di Pasir Putih dua hari lepas, Sami yang juga selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, Kelantan yang dikenali dengan Thannun (gambar bawah) mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran agama berkenaan.
Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.
“Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati).
“Sebenarnya kita di dalam Buddhapun punyai kepercayaan tentang adanya syurga dan neraka. Sesiapa beramalan baik akan masuk syurga dan jahat akan masuk neraka.
“Di dalam satu kitab Buddha ada menyebut bahawa terdapat beberapa pintu kecelakaan bagi orang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, salah satunya ialah judi,” katanya semasa ditemui di wat tersebut awal pagi ini.
Menurutnya lagi, di dalam kepercayaan Buddha juga judi boleh menyebabkan taraf kehidupan seseorang itu menjadi rendah dan hina malah tidak dihormati terutamanya di kalangan pemimpin.
“Macam raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat, inilah maksud mendatangkan kecelakaan itu,” katanya.Komen Blog Ibnu Hasyim: "... raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat..." kata Sami, selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin. Begitu juga dalam agama Kristian, Yahudi dan Islam, semuanya melarang kegiatan judi. (Sila klik.. Pungutan Suara Ini: Bukti BN Pekak Pada Pelbagai Kaum?)
DAP yang jarang-jarang sokong BN pun kali ini sakong pembatalan pengeluaran lesen judi. Tunggu apa lagi BN, berubahlah, haram terus semua perjudian!! (AK)