Friday, July 02, 2010

Ke Arah Dagang Libatkan Umat Islam China -Husam Musa

CATATAN PERJALANAN CHINA 1


BEBERAPA jam lagi saya akan sampai di Beijing, Insya Allah.

Beijing terletak di hujung utara Dataran China Utara, lebih kurang bentuk 3 segi, terbuka ke bahagian selatan dan timur bandar raya. Terkenal dengan Tembuk Besar China yang merentasi utara Wilayah Perbandaran Beijing, menggunakan toptgrafi berceranggah ini untuk mempertahankan negara daripada sebarang serangan mendadak nomad steppe yang berhampiran.

Dengan Gunung Dongling yang setinggi 2,303 meter di Perbukitan Xishan bersempadan dengan Hebet dan merupakan titik tertinggi di wilayah perbandaran ini. Bila melihat imbasan sejarahnya, rupanya penempatan manusia telah wujud di sana sejak abad 1 SM, yakni sebelum kelahiran Nabi Isa AS lagi.

Pada Zaman Perang Negeri (476 SM-221SM) bandar Ji diasaskan sebagai ibu kota negara Yan di kawasan ini. Selepas kejatuhannya, Dinasti Qin (221SM-206SM), Dinasti Han Timur (206SM-9), dan Dinasti Xin (9-23) berturut-turut memerintah Beijing. Dan sejarah seterusnya. Beijing, dalam bahasa Cina 北京; pinyin Běijīng; Wade-Giles: Peiching atau Pei-ching;IPA /peɪ˨˩ tɕɪŋ˥˥/; maksudnya "ibu kota utara". Dulunya disebut Peking.

Pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah padam 651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan NabiMuhammad SAW. Rombongan itu diketuai oleh Sa'd Ibn Abi Waqqas bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton merupakan masjid pertama di negara itu dibina.

Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali pada hari ini.

Masjid paling kuno dan berskala paling besar di Beijing ialah Masjid Niujie. Ia dibina pada tahun 996 dan dibaiki semula pada tahun 1442. Pada zaman Dinasti Yuan, penduduk Islam di Beijing semakin ramai dan jumlah masjid pun agak banyak. Menurut catatan sejarah, pada masa itu di Beijing terdapat 15000 orang penganut Islam, yang merupakan lebih 1/10 daripada jumlah keseluruhan penduduk bandar ini.

Masjid di sekitar Beijing pula telah mencapai 35 buah. Selepas Dinasti Yuan digulingkan oleh Dinasti Ming, projek pembinaan besar-besaran dijalankan di Beijing untuk membina ibu kota empayar baru. Banyak Masjid di Beijing telah diruntuhkan. Bagaimanapun, kerajaan Dinasti Ming sangat menghargai ramai penduduk Islam yang telah memberi sumbangan terhadap penubuhan empayar. Sebagai tanda penghargaan itu, banyak masjid baru telah dibina, antaranya banyak yang dibina kerana perintah maharaja.

Kebanyakan masjid kuno yang masih terpelihara di Beijing hingga kini adalah yang dibina pada zaman Dinasti Ming. Selepas Dinasti Qing mengambil alih kuasa, kerajaan bersikap "lobak dan kayu" (carrot dan stick) terhadap penganut Islam, yang berasa perit berada di bawah pemerintahan kerajaan baru. Sebahagian daripada mereka berpindah ke kawasan terpencil bandar Beijing. Ramai masyarakat Islam berkembang di luar Beijing. Seiring dengan peluasan kawasan kediaman penduduk Muslim, jumlah masjid di Beijing juga bertambah dengan pesat.

Apabila menamatkan pemerintahan kerajaan dengan tertubuhnya Republik China, bangsa China mengalami pelbagai kesengsaraan kerana perang saudara dan serangan Jepun. Penduduk Islam turut terhimpit dan perkembangan Islam di Beijing menjadi perlahan. Terdapat hanya tiga buah masjid yang dibina di Beijing pada zaman tersebut. Selepas penubuhan Republik Rakyat China, agama Islam berkembang semula dengan pesat di Beijing. Penduduk yang beragama Islam di Beijing paling ramai berbanding di bandar-bandar yang lain di China.

Mereka terdiri daripada penduduk daripada sepuluh etnik minoriti yang beragama Islam. Pada penghujung abad ke-20, jumlah penganut Islam di Beijing telah mencapai lebih 200 ribu orang. Ramai ulama yang terkenal tinggal di Beijing. Mereka menubuhkan Persatuan Islam China di Beijing pada tahun 1953. Kini, di Beijing terdapat 68 buah masjid, ini mencerminkan pembangunan Islam yang pesat di Beijing.

Masjid di Beijing melambangkan asimilasi kebudayaan China dan Arab. Kebanyakan masjid di Beijing berbentuk bangunan tradisional China, tetapi, berbeza dengan tradisi China yang menuntut semua bangunan menuju ke arah selatan, semua dewan sembahyang dalam masjid di Beijing pintunya menuju ke arah timur bagi membolehkan jemaah bersembahyang ke arah kiblat. Hiasan pada setiap bangunan pula penuh ciri khas Arab, kebanyakannya merupakan ukiran ayat-ayat suci Al-Quran.

Seni khat Arab bersejarah lama dan sangat terkenal di seluruh dunia. Seiring dengan perkembangan Islam di China, seni khat Arab juga menjadi popular di kalangan umat Islam di China. Beransur-ansur, seni khat Arab dipengaruhi seni khat tradisional China dan muncul banyak karya seni khat petikan ayat-ayat Al-Quran yang ditulis menggunakan dakwat dan berus.

Di pelbagai masjid di Beijing juga dapat kelihatan banyak karya seni khat yang terdiri daripada huruf bahasa Arab dan aksara bahasa Mandarin. Di Masjid Dongsi, Beijing tersimpan se jilid Al-Quran tulisan tangan yang telah bersejarah lebih 700 tahun dan tembikar dengan lorekan ayat-ayat Al-Quran yang dibuat pada zaman Dinasti Ming dan Qing. Boleh dikatakan, setiap masjid di Beijing telah memperlihatkan percampuran budaya China dan Arab.

Kerana sekarang ramai pelancong-pelancong Malaysia melawat China, mari kita tinjau pula perkembangan ekonomi di Cina sekarang. Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, ekonomi China telah berkembng agak pesat. Lebih-lebih sejak dasar pembaharuan dan konsep buka pintu dijalankan pada tahun 1978, ekonomi China berkembang maju secara berterusan dan sihat dengan kelajuan lebih 9% setiap tahun. Pada tahun 2003, Keluaran Dalam Negara Kasar China sebanyak 140 bilion dolar Amerika, jumlah keseluruhan ekonomi di belakang Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain dan Ferancis, menduduki tempat ke-6 di dunia.

Sehingga hujung tahun 2003, KDNK perkapita China sudah melebihi 1000 dolar Amerika. Pada masa ini, keadaan pelaburan dan penggunaan di dalam negara China sangat baik. Pada tahun 2003, pelaburan aset tetap seluruh masyarakat China sebanyak 550 bilion Yuan Renminbi. Jumlah jualan runcit barang konsumsi seluruh masyarakat mencatat hampir 460 bilion Yuan Renminbi. Jumlah perdagangan dengan luar berjumlah lebih 85 bilion dolar Amerika, melebihi Britain dan Ferancis dan hanya di belakang Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun, menduduki tempat ke-4 di dunia.

Setakat hujung tahun 2003, rizab wang asing China sudah melebihi 40 bilion dolar Amerika, hanya di belakang Jepun dan menduduki tempat ke-2 di dunia. Melalui pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu dan pembangunan modenisasi selama lebih 20 tahun, China telah menyelesaikan pada asasnya perubahan dari ekonomi perancangan kepada ekonomi pasaran sosialisme, sistem ekonomi pasaran sosialisme didirikan dan disempurnakan selangkah demi selangkah.

Sehubungan itu, peraturan dan undang-undang China juga disempurnakan terus, taraf buka pintu di pasar kian hari kian besar dan suasana pelaburan diperbaiki terus, pembaharuan sistem kewangan berkembang secara stabil, kesemua itu telah menyediakan jaminan yang dapat terjamin bagi perkembangan ekonomi China.

Setelah memasuki abad baru, China telah mengemukakan lebih lanjut konsep pengembangan secara menyeluruh dan selaras antara manusia dengan alam, manusia dengan masyarakat, bandar dengan kampung, bahagian timur dengan bahagian barat, dan ekonomi dengan masyarakat. Pada tahun 2002, Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China telah mengemukakan matlamat berjuang untuk membangun secara menyeluruh masyarakat kaya pada tahun 2020.

Walaupun begitu, kita tidaklupa kepada peristiwa rusuhan antara etnik Islam Uighur dan etnik Han di Urumqi wilayah Xinjiang China, baru- baru ini tercetus akibat diskriminasi ekonomi dan politik. Ia diibaratkan sebagai ulangan kepada insiden pada abad ke-19 lalu. Kesinambungan insiden kebangkitan penduduk Islam menentang pemerintahan China yang meletus di Yunan sekitar 1855 hingga 1873. Orang Islam Yunan yang datang dari Sinkiang sewaktu Dinasti Yuan (1271- 1368) merupakan golongan minoriti.

Namun mereka kuat daripada segi penguasaan ekonomi. Bagaimanapun mereka sering dipulau dan berdepan diskriminasi kerana cara hidup dan pegangan agama yang berbeza dengan penduduk lain. Penindasan dan pencabulan hak sering berlaku. Satu lagi kebangkitan orang Islam yang dikenali sebagai Kebangkitan Tungan meletus di wilayah Shensi dan Kansu akibat diskriminasi sosial dan politik.

Akhirnya, teringat saya kepada ucapan Exco Kanan negeri Kelantan YB Dato Husam Musa dalam sessi perbincangan bersama Gerak Usahawan Muslim disebuah hotel di KL awal Jun lalu... kira-kira begini yang saya faham, kata beliau, adalah lebih baik orang Islam di Malaysia memikirkan bagaimana membina hubungan dagang yang melibatkan perkembangan umat Islam di China. Bererti kita membantu mereka secara tidak langsung...

Ya, marilah kita sama-masa gembeling menuju ke arah itu.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 1
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KLIA Julai2, 10

Nik Aziz Cadang Sebut 'Zina' Bukan Seks Bebas


Nik Aziz: Ajar seks di sekolah macam ajar pencuri curi

KOTA BARU, 2 Julai 10 :Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

“Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ''zina'' dan bukan ''seks bebas'' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut. — Bernama

'S/Keadilan' Digantung Kerana Felda Atau Pembangkang?


KL, Julai2 10: Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk tidak memperbaharui permit Suara Keadilan, akhbar PKR yang tamat tempoh kelmarin, sehingga mereka berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh pengurusan akhbar mingguan itu berhubung laporan mengenai Felda. Keputusan itu diambil oleh panel khas Kementerian Dalam Negeri semalam.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri Datuk Zaitun Ab Samad berkata permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat tempoh kelmarin akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan memuaskan diterima daripada pihak penerbitan akhbar itu.

“Bermula dari 1 Julai (semalam), permit penerbitan bagi Suara Keadilan tidak lagi sah dan dengan demikian, penerbitan tersebut tidak boleh dicetak atau diterbitkan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan1984, tiada seorang pun boleh mencetak, mengimport, menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar atau menawar untuk menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau di Singapura melainkan jika permit di bawah perengan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 6 telah diberikan oleh Menteri berkenaan akhbar itu.

"Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut dikeluarkan oleh kementerian ini,” katanya.

Zaitun menjelaskan, Panel Penilaian Permohonan Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak, Kementerian Dalam Negeri telah bersidang semalam. Panel itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh penerbitan Suara Keadilan bertarikh 26 Jun yang diterima pada pukul 4.45 petang hari yang sama berkaitan dengan surat teguran Kementerian ini.

“Surat akan dihantar kepada pihak penerbitan Suara Keadilan untuk memaklumkan perkara ini. Maklumat mengenai perkara-perkara yang ditegur akan disertakan dan pihak penerbitan Suara Keadilan dikehendaki menjawab teguran-teguran berkenaan,” katanya.

Selain itu panel tersebut juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib berkaitan artikel bertajuk “Felda Bankrap”.

Dalam pada itu, Dzulkarnain ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menguruskan bahan-bahan untuk edisi terbitan Isnin ini.

“Jadi, saya akan menghubungi kementerian untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini,” kata beliau.

“Ini macam kita punya cukai jalan kereta sudah tamat tempoh dan tidak diperbaharui... kita masih boleh memandu selagi tak kena tangkap, tapi kalau kena tangkap, masalahnya....

“Oleh itu, saya akan mendapatkan penjelasan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri sebelum menentukan tindakan susulan,” kata beliau lagi. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Belum kes Felda pun sudah ada ura-ura nak digantung... Kerana Felda atau kerana milik pembangkang?

Anwar, Yahudi & Washington Post, Komen Mereka..



KL, 1 Julai 10: "Saya tidak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim nyatakan pendirian peribadinya dengan Yahudi, saya desak dia nyatakan pendirian berhubung laporan Washington Post itu," tegas Datuk Harun Taib (kanan).

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu membuat penegasan demikian ketika diminta mengulas lanjut berhubung berita mStar Online hari ini yang berjudul 'Isu Israel: Ketua Dewan Ulama PAS Minta Anwar Nyatakan Pendirian'.

Pun begitu, beliau mengaku bahawa beliau enggan memberi lebih banyak komentar berhubung laporan akhbar antarabangsa itu sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan mStar, Ariffuddin Ishak tadi.

Namun, sekiranya benar sekali pun berita tersebut, beliau berkata, kenyataan Anwar itu bukanlah mencerminkan pendirian umum Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pendirian PAS konsisten menentang kezaliman zionis Israel di Gaza, terutama sejak armada Mavi Marmara dihalang menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak itu. Demikian dilaporkan Harakahdaily.net.

Sebelumnya mStar Online melaporkan, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menuntut supaya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan pedirian sebenarnya berhubung isu permohonan maafnya kepada kaum Yahudi.

"Jika benarlah sepertimana yang dilaporkan, jelas sekali Datuk Seri Anwar tidak konsisten dalam isu ini... sebelum ini beliau bersama-sama kita (PAS) turut mengutuk kekejaman zionis.

"Tapi kali ini berbeza, beliau nyatakan pandangan yang tak menentu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai satu laporan akhbar Washington Post Isnin lalu yang mengatakan bahawa Anwar berada di Washington DC selama beberapa hari minggu lepas untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti "pencerobohan zionis".

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad.

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana sehelai bendera Israel dibakar, dan beliau juga membuat sindiran pedas mengenai firma perhubungan awam yang berpejabat di Washington DC yang menurutnya "dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Isu terbaru mengenai Anwar memohon maaf kepada Yahudi Amerika itu juga turut diperkatakan dengan meluas dalam blog-blog politik dan juga sosial tempatan. Bagaimanapun Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyifatkan kenyataan Anwar itu lebih bersifat peribadi.

"Saya tak nak komen banyak mengenai laporan itu, kami anggap itu adalah soal peribadi beliau," katanya.

Namun tegasnya, PAS tetap dengan pendirian mereka seperti yang dibangkitkan pada Muktamar Tahunan parti itu baru-baru ini iaitu lantang mengutuk kekejaman Israel terutama selepas tragedi berdarah serangan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara pada 31 Mei lalu.

Sementara itu Malaysiakini menjelaskan, ketua penerangan PKR. Latheefa Koya (kiri) berkata, "Bukan untuk pujuk Yahudi. Beliau juga pergi untuk bertemu dengan anak lelakinya yang sedang menuntut di sana."

Utusan Malaysia melaporkan, tindakan itu ekoran Anwar dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu firma perunding APCO Worldwide baru-baru ini.

Memetik tulisan dalam Washington Post, akhbar Umno itu melaporkan Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk pengerusi jawatankuasa luar negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi. Malah, Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Latheefa berkata, Anwar telah menjelaskan kepada pemimpin PKR bahawa dalam pertemuannya dengan pemimpin negara kuasa besar itu, beliau mengambil peluang menjelaskan perbezaan istilah "Yahudi" dan "Zionisme" seperti yang digunakan dalam konteks Malaysia. Ini kerana, kata Latheefa, sikap anti-Yahudi adalah satu bentuk rasis kerana Yahudi itu mewakili bangsa sesuatu kaum.

'Mereka American' "Anwar jelaskan bahawa beliau bukan anti-Yahudi tetapi anti Zionis," katanya yang menyifatkan pemimpin nombor satu Pakatan itu menjadi mangsa lobi Zionis di Amerika Syarikat yang terlalu luas.

"Beliau tak pernah minta maaf kerana mengkritik Zionis." Latheefa juga menjelaskan pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin tertentu di luar negara hanyalah atas dasar "pertemuan pemimpin Malaysia dan Amerika".

"Mungkin kebetulan mereka Yahudi. Tetapi ini bukan isu, mereka American (orang Amerika)," katanya lagi.


Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) pula menyifatkan laporan Utusan Malaysia hari ini berniat jahat dan bagi menggambarkan Anwar pro-Yahudi.

"Mereka tidak faham seluruh artikel (dalam Washington Post) dan tidak membacanya dengan penuh teliti," katanya. Katanya, jika dinilai berdasarkan tindakan Anwar mengkritik keganasan Israel dalam insiden berdarah flotila Mavi Marmara, jelas bahawa Anwar konsisten menentang keganasan Zionisme.

Ditanya tentang laporan bahawa Anwar dikatakan menyesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis", Shamsul yang juga ketua majlis pimpinan PKR Melaka menjelaskan: "Saya tidak rasa artikel dalam Washington Post itu ada menggunakan perkataan kesal." (AK)

AS Beri Suaka Politik Kepada Pembelot Hamas

Mosab Hassan Yousef (berkaca mata hitam) diiringi bekas ejen perisikan Israel, Gonen Ben-Itzhak (kiri) dan peguamnya, Steve Seick meninggalkan pusat tahanan imigresen di San Diego, kelmarin. - AP

SAN DIEGO 1 Julai 10: Seorang hakim mahkamah Imigresen semalam memberi kelulusan sementara terhadap permohonan suaka politik anak kepada pengasas Hamas yang belot dengan menjadi pengintip bagi rejim Zionis.

Keputusan tersebut dibuat setelah kerajaan Persekutuan menggugurkan kebimbangan bahawa Mosab Hassan Yousef adalah suspek pengganas terhadap Amerika Syarikat.

Mosab, 32, disambut oleh sekumpulan kecil penyokong semasa meninggalkan pusat tahanan Imigresen di mana prosiding tersebut berlangsung dalam kawalan keselamatan yang ketat.

Dia mendakwa dirinya akan dibunuh jika diusir pulang kerana telah mengintip Hamas untuk agensi perisikan Israel, Shin Bet dan kini murtad setelah memeluk agama Kristian.

''Saya akan terus melawan ideologi di sebalik pengganas kerana saya tahu bagaimana mereka berfikir,'' katanya kepada pemberita.

''Saya tahu ini adalah bahaya sebenar yang dihadapi kebebasan, kemerdekaan dan kemanusiaan,'' tambahnya.

Jabatan Keselamatan Negara AS menolak permohonan suaka politik pada Februari 2009, dengan alasan dia terbabit dalam keganasan dan menjadi ancaman kepada AS.

Peguam mewakili kerajaan AS, Kerri Calcador tidak memberi sebarang alasan mengenai perubahan mendadak pendirian AS itu.

Empat bulan lalu, Mosab menerbitkan memoir dan mendakwa dirinya adalah ejen Shin Bet semasa bertugas dengan Hamas.

Beberapa minggu kebelakangan ini, dia berusaha meraih sokongan daripada anggota Kongres, pakar-pakar keselamatan kebangsaan dan kumpulan Kristian di AS.

Bekas Pengarah CIA, James Woolsey berkata, langkah mengusir Mosab hanya akan mengurangkan minat individu lain untuk menjadi pengintip. - AP

Mengnali siapa sebenarnyaMosab Hassan Yousef..

Thursday, July 01, 2010

Perginya Ong Yoke Lin, Rakan Tunku Masuk Islam..


Perginya Omar Ong Yoke Lin, Perintis Perikatan

KL. Khamis Julai 1, 2010: Dengan kembalinya ke Rahmatullah Tun Omar Ong Yoke Lin hari ini, Malaysia kehilangan seorang pejuang kemerdekaan dan anggota terakhir kabinet pertama negara di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Omar, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di sini pada 8.15 pagi tadi dan jenazah dikebumi di Makam Pahlawan.

Allahyarham merupakan seorang daripada pengasas MCA dan pada 1952, dan bersama-sama Datuk Yahya Razak dari Umno, membuka jalan ke arah pembentukan Perikatan MCA-Umno yang membawa kepada kelahiran gabungan parti pelbagai kaum dan pelopor kepada Barisan Nasional yang terus memerintah negara sehingga hari ini.

"Ong Yoke Lin dan Datuk Yahayalah yang memutuskan untuk membentuk sebuah perikatan bagi bertanding pada pilihan raya ini," kata almarhum Tunku Abdul Rahman dalam bukunya pada 1977 bertajuk "Looking Back", bagi mengimbas pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 ketika negara masih di bawah pemerintahan British.

Perikatan itu, yang memenangi sembilan daripada 12 kerusi pada pilihan raya itu, kemudiannya disertai MIC.

Omar yang merupakan Ketua MCA Selangor, kemudian menjadi Naib Presiden MCA dan anggota Parlimen Ulu Selangor.

Beliau adalah antara empat anggota parti Perikatan yang menggubal Perlembagaan Malaya ketika itu di London pada April 1957 sebelum kemerdekaan pada Ogos tahun yang sama.

Pada 1961, beliau mengetuai delegasi Malaya ke Sarawak bagi membincangkan pembentukan Malaysia dan merupakan seorang daripada wakil yang menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di London pada September 1963.

Beliau diberikan jawatan Menteri Pos dan Telekomunikasi oleh Tunku Abdul Rahman dalam barisan kabinet 10 anggotanya pada 1955 yang turut melibatkan tokoh terkemuka seperti Tun Abdul Razak, Tun V.T.Sambathan, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun H.S.Lee.

Antara 1956-1957, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dan dalam kabinet pertama selepas kemerdekaan, Omar diberi portfolio Menteri Buruh dan Kebajikan Sosial.

Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dan Kebajikan Sosial dari 1959 hingga 1962 serta menteri tak berportfolio (1962-1973).

Pada Mei 1962, Omar berlepas ke Amerika Syarikat bagi berkhidmat sebagai Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi tempoh 10 tahun sehingga 1972.

Beliau berkhidmat dan bersara presiden Dewan Negara antara 1973 dan 1980.

Selepas meninggalkan kerajaan, Omar memegang beberapa jawatan tinggi di sektor swasta termasuk sebagai Pengerusi Esso Malaysia Bhd, Malaysian Oxygen Bhd dan OYL Industries Bhd.

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 23 Julai 1917, Omar mendapat pendidikan di Victoria Institution di mana beliau bertemu Yahya.

Beliau lulus peperiksaan matrikulasi Universiti London pada 1934.

Omar, yang memeluk Islam pada 1961, dianugerahkan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran "Tun" pada 1979.

Beliau terlibat secara aktif dengan kerja kebajikan antaranya sebagai Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan St John's Ambulans, presiden Yayasan Jantung Malaysia dan naib presiden Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). -BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa yang menarik, dikatakan pada zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman memerintah, ramai rakan-rakan Tunku bukan Islam yang sama-sama dalam kabinetnya telah masuk Islam berbanding pemimpin-pemimpin (PM) selepasnya. Termasuk Allahyarham Omar Ong Yoke Lin tokoh sejarah ini. Apakah istimewa Tunku? (AK)

Iklan Isteri PM: Guna Duit Rakyat Takut Dedahkan?

PM 'membisu' kos bawa Rosmah ke New York

KL.JULAI 1: 10:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke New York, April lalu meskipun didesak supaya berbuat demikian di Dewan Rakyat.

Dalam jawapan bertulisnya kepada N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Najib mengelakkan daripada memberikan sebarang jumlah.

"Kos penginapan dan perjalanan Rosmah dimasukkan dalam perbelanjaan yang diperuntukkan untuk perdana menteri, berdasarkan kedudukannya sebagai isteri perdana menteri,” kata Najib dalam jawapan satu perenggannya.

Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang kurang tepat itu, cuba menimbulkan perkara berkenaan dengan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bagaimanapun, Pandikar menjawap Aturan Dewan tidak memberikannya kuasa untuk menilai 'kualiti' jawapan menteri dan sehubungan itu, beliau tidak boleh bertindak.

Selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Nuklear di Washington DC, Najib dan Rosmah menghadiri sebuah majlis gilang-gemilang di hotel lima bintang St Regis di New York pada 16 April.

Majlis itu juga dihadiri oleh bintang filem antarabangsa seperti pelakon pemenang Oscar, Robert De Niro, Charlize Theron dan Emmy Rossum, serta diacarakan oleh Jamie Foxx.

Ketika mahlis itu, Rosmah diberikan anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa daripada US Business Council for International Understanding (BCIU).

Meskipun tidak dapat disahkan, beberapa laporan Internet mendakwa kemuncak majlis itu ialah apabila Rosmah berduet dengan Foxx.

Majlis berkenaan tidak mendapat liputan akhbar tempatan tetapi menjadi perdebatan berikutan penyiaran dua halaman iklan berwarna di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah daripada “keluarga dan sahabatnya di Amerika dan Malaysia”.

Tidak kurang juga rakyat marah apabila Rosmah dirujuk sebagai 'wanita pertama Malaysia' - gelaran yang sepatutnya dikhaskan untuk Raja Permaisuri agong.

Menurut laporan The Nut Graph, New York Times pada mulanya berkata iklan berkenaan dibiayai oleh kerajaan Malaysia tetapi kemudian menarik semula kenyataan berkenaan.

Berikutan itu, Najib memberitahu Dewan Rakyat bahawa BCIU yang meletakkan iklan berkenaan. Bagaimanapun majlis berkenaan belum mengesahkan perkara tersebut.

Bercakap kepada wartawan, Gobalakrishnan berkata kerajaan harus telus dan mendedahkan kos sebenar perbelanjaan Rosmah.

"Sebelum ini, mereka dakwa ada NGO yang membiayai lawatan isteri perdana menteri. Tetapi sekarang mereka berkata pejabat PM pula yang membayar,” katanya.

"Saya akan terus menulis meminta jawapan. Saya minta perangkaan, tetapi mereka tidak memberikan jumlahnya. Rakyat seharusnya tahu berapa yang dibelanjakan oleh isteri PM.”

Komen Blog Ibnu Hasyim: Gunakan wang rakyat, mengapa takut dedahkan jumlahnya pada rakyat?

Dr Mujahid, Seminarkan Semula Kecinaan HangTuah.

KL. JULAI 1 10: Bagaimana? ..kalau diseminarkan semula pandangan beberapa ahli sejarah mengenai 'kecinaan pahlawan Melayu, Hang Tuah dan rakan-rakan'. Demikian harapan dan kenyataan Dr Mujahid Yusuf Rawa Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, dalam pertemuannya malam tadi dengan beberapa ahli politik dan pendidikan, di hotel penginapannya di sini.

"Sekarang, dirasakan amat sesuai pandangan ini diseminarkan.. Apa pandangan hampa semua?" tanya beliau.

"Saya rasa baik juga.." Jawab Saudara Shahabudeen Jalil, antara pencetus awal mengenai kisah Hang Tuah bukan Melayu melalui blog Suara Anum.com (Sila lihat polimik http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm bertajuk ' Hang Tuah Berbangsa Cina Shahabudeen Jalil & Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu Kenny Chee), beberapa tahun lalu.

"Pandangan ini saya petik dari tulisan buku Ibnu Hasyim dalam bukunya,'1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?' (Terbitan GG Edar 1993).. sehingga saya dijemput berceramah di beberapa tempat.. tapi tiada kesempatan." sambung Shahabudeen yang kini menjadi seorang ahli bisnes penuh masa.

"Apa pandangan Ibnu Hasyim pula?" tanya Dr Mujahid lagi, juga Ahli parlimen Parit Buntar, yang baru lepas ceramah agama di sebuah masjid Tun desa Hussein Onn, lepas Maghrib dan sehari suntuk bersidang di parlimen sebelumnya.

"Oh.. saya setuju saja. Memang baik dan sesuai sangat. Supaya rakyat Malaysia tahu peranan orang Cina dalam pengembangan Islam dan peranan dalam politik negara kita. Kalau Laksamana Mohamad Cheng Ho, boleh ditonjolkan sebagai pendakwah Islam di nusantara ini, mengapa peranan 'Hang Too Ah' yang ada kaitan dengan rombongan 'Hang Li Po' dari China, bahkan mungkin ada kena mengena dengan misi Laksamana Muhammad Cheng Ho itu tidak boleh ditonjol dan diseminarkan? Hal ini baik untuk Islam dan perlu dibongkar segera!" Jelas Dr Hj Mohd Hasyim selaku editor Blog Ibnu Hasyim, yang ada di situ.

"Nanti marahlah UMNO, kerana tokoh idola mereka dapat dibuktikan sebagai bukan Melayu?" Sambut seorang lagi yang dari kementerian pendidikan.

"Takpa. Dalam minggu ini saya akan ke Beijing China, kalau ada kesempatan saya akan cuba polemikkan perkara ini dengan beberapa tokoh akademik di sana.. kerana beberapa tahun dahulu usaha menseminarkan hal ini dikatakan terhenti kerana menunggu maklumat dari Hongkong. " Jawab Dr Mohd atau Ibnu Hasyim yang akan menziarahi beberpa tempat penting di Cina beberapa hari lagi.

Turut hadir dalam perjumpaan dengan Dr Mujahid itu ialah beberapa ahli politik dan pendidikan dari Pulau Pinang Sdr Zulkifli Lazim dan lain-lain. (AK)

Sila lihat sebelum ini..

Prof Aziz Bari: Penasihat Undang2, Cuai Atau Talibarut


KL JULAI 1 10
: Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka.

Hal ini disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari. Beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya.

"Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi.

'Tali barut'

Mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat melantik peguam luar dan bukannya dari pejabat peguam negara. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perubahan itu perlu dilakukan kerana penasihat undang-undang sedia ada, tidak bebas dan tertakluk kepada telunjuk kerajaan pusat.

"Yang disebut Anwar sebagai 'kecuaian' cukup lembut. Ia bukan kecuaian tetapi memang menjadi tali barut, menjadi gunting dalam lipatan kerana kenaikan pangkat ditentukan Peguam Negara bukan kerajaan negeri, bukan MB," katanya.

Mengulas lanjut, kata Aziz, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu kelemahan dalam struktur perlembagaan. Saya tidak faham kenapa... Kalau zaman dulu mungkin susah hendak dapatkan peguam tetapi sekarang lain.

Guna istana

Beliau bagaimanapun mengesyaki tidak mustahil hasrat kerajan negeri Pakatan Rakyat akan dihalang berikutan kepentingan politik pihak berkepentingan termasuk memperalat institusi istana.

"Masalahnya, mereka (kerajaan persekutuan) akan gunakan istana untuk menghalang pelantikan ini," katanya.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam. (AK)

Negara Islam: Nik Aziz Jawab Karpal Singh


KOTA BARU, 1 Julai 10: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.

Sehubungan itu beliau mahu Pengerusi DAP Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah. Beliau, yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Karpal yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir dari pemimpin komponen Pakatan Hide allRakyat yang mencurigai hasrat PAS itu, ia merupakan pendapat peribadi masing-masing.

“Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar PAS itu) tidak dapat membuktikan dasar Islam yang kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam,” katanya dipetik Bernama.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Ia merupakan pendapat peribadi Karpal sendiri, bukannya dari DAP dan setakat ini tidak ada pihak yang dapat membuktikan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS itu salah, kata Nik Aziz. Bagaimanapun, setakat ini Nik Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Karpal yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.

Karpal yang genap 70 tahun Isnin lalu memberitahu, tidak pernah wujud kekeliruaan mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Karpal menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Sementara itu, menuurut Harakahdaily hari ini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju cadangan melantik Penasihat Undang-undang sendiri bagi kerajaan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dicadangkan sebelum ini. Menurut Tuan Guru, perkara yang sama pernah dibincangkan sewaktu Kelantan di bawah kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu sewaktu bergabung dengan parti Melayu Semangat 46. (AK)

Hibur, Hibur Sikit...32 -Lagu Politik Iwan Fals

Felda: Jelaskan Punca Rizab Tunai Merosot -Katadua Husam

KL, 30 Jun 10: Seorang pemimpin kanan PAS memberi kata dua kepada Felda agar menjelaskan punca kemerosotan wang tunai agensi persekutuan tersebut yang menjadi isu sejak kebelakangan ini.

Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bagaimana Felda telah membelanjakan simpanan tunainya untuk projek-projek yang didakwa ‘tidak berbaloi’.

Katanya, jika Felda enggan berbuat demikian beliau bersedia untuk mendedahkan projek-projek terbabit “sedikit demi sedikit”.

“Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan, untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit,” kata Husam yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dalam tulisan blognya. (The Malaysian Insider/AK)

Indonesia: 'PKS For All' Ikut PAS Malaysia.

Kampanye Pemilu PKS di Padang - 2009

INDONESIA, JUN 25 10: Radio Nederland Wereldomroep (RNW) menyebutkan Partai Keadilan Sejahtera PKS kembali menyatakan dirinya "partai terbuka". Musyawarah Nasional ke-II PKS menegaskan kembali partai ini membuka pintu bagi non-Muslim yang ingin mewakili PKS di DPR dan DPRD.

Dan PKS tetap mengejar target menjadi salah satu dari tiga partai terbesar pada 2014. Trend pergeseran partai Islam menuju ke tengah juga terjadi di Malaysia. Tetapi di Indonesia, PKS harus bergerak mendekati posisi Muhammadiyah dan Nadhatul Ulama yang mendominasi perpolitikan di daerah serta di pedalaman.

Munas II
Di tengah demam anti Israel pasca-serangan di Gaza, PKS menggelar Munasnya yang ke-II di Hotel Ritz-Carlton, salah satu hotel termewah di Jakarta yang mungkin saja dimiliki orang Yahudi, dan tahun silam menjadi sasaran bom teroris. PKS, yang selama ini mengutamakan peran dakwah, mengundang Duta Besar Amerika Serikat, membuka hubungan dengan negara komunis RRC dan membuka pintu bagi para politisi non Muslim.

PKS bahkan mengundang para selebriti yang menjadi kontroversi video mesum, masuk partainya. Semua ini, merupakan simbol simbol dan cara cara PKS, untuk membangun citra selaku partai berasas Islam, namun mampu menjadi partai bagi semua warga.

Dengan kata lain, PKS bergerak dari sayap konservatif yang eksklusif menuju ke tengah dengan citra inklusif, yang mencakup semua. Artinya, menjadi partai arus utama yang mau ikut mengelola isu isu nasional. Langkah serupa kita lihat pada partai sejenis PKS di Malaysia, PAS, Pan-Malaysian Islamic Party, yang kini menjadi oposisi utama yang multi religious, dengan berkoalisi dengan Democratic Action Party dan Parti Keadilan Rakyatnya Anwar Ibrahim.

Cendekiawan Kampus
Tapi partai terbuka bukan cerita baru PKS. Dua tahun lalu partai ini sudah mengumandang-kan hal itu, namun PKS masih harus membuktikan dapat mencapai sukses seperti PAS di Malaysia. PKS adalah partai tumbuh dari kalangan cendekia di kampus kampus, kemudian bergerak sebagai gerakan dan sukses meraih tempat sebagai partai keempat di tahun 2009.

Kemenangan kecil yaitu perolehan 7,8 persen pada pemilu 2009 berarti PKS masih jauh dari targetnya untuk meraih 20 % suara pemilih.

Partai Terbuka
Kini, partai yang kadernya baru sekitar 200 ribuan ini, rupanya hendak membangun sayap partai, menyusul perolehannya yang bertambah sedikit dalam pemilu 2009. Jadi tekad menjadi "partai terbuka" yang diumumkan untuk keduakalinya ini jelas merupakan pengakuan PKS tentang kelambanannya selama lima tahun terakhir.

Merosotnya suara partai partai berbasis Islam dalam pemilu 2009, juga membuat PKS seolah hendak banting stir. Pernyataan "partai terbuka" belum terwujud dan usulan Suharto sebagai pahlawan yang diserukan PKS tahun lalu rupanya malah menjadi pukulan mundur. Menyadari semua ini, kini PKS pun mengejar pemilih di kawasan Indonesia Timur yang kebanyakan non-Muslim.

Perkotaan
Tapi, utamanya, PKS adalah partai perkotaan, karena itu, PKS memperioritaskan mengembangkan sayap ke pedalaman yang lebih banyak didominasi oleh ummat Muhammadiyah dan terutama Nadhatul Ulama. Sudah sejak beberapa tahun belakangan masjid-masjid di daerah perlahan disusupi dan perlahan dipimpin oleh kader-kader PKS hingga menimbulkan kejengkelan di kalangan NU mau pun Muhammadyah.

Di kalangan birokrasi negara pun banyak laporan mengenai upaya PKS menyusupkan anggotanya untuk menguasai pelaksanaan kebijakan pemerintah.

Kemerosotan partai partai berbasis Islam menunjukkan bahwa PKS pun harus menyadari akan karakter dasar masyarakat Indonesia yang majemuk. Sudah menjadi rahasia umum, kalangan PKS cenderung enggan menyalami Natal kepada warga Kristen.

Selamat Hari Natal
Fadjrul Rachman mengusulkan menguji seberapa jauh keterbukaan PKS dengan mempertanyakan kesediaan para pemimpinnya untuk menyalami non Muslim pada hari-hari raya mereka.

Jadi , bersediakah kader PKS menyalami Natal warga Kristen pada Hari Natal? Ketua PKS Wonosobo, Jawa Tengah, Ityanto, misalnya memilih menjawab secara normatif umum, dan kemudian berbelit-belit.

"Kalau kami adalah tidak hanya sebatas seremonial tentang ucapan. Kami yakini 'lakum diinukum wa lia diin' bagimu agamamu, bagiku agamaku. Artinya masing-masing saling menghargai, saling menghormati."

Maukah anda mengucapkan Selamat Natal?

"Sekali lagi kami tidak dibatasi."

Jadi anda bersedia?

"Sekali lagi karena itu berkaitan dengan keyakinan mereka, dan kita menghargai ..."

Anda mampu mengatakan ya atau tidak?

"Ya, sekali lagi karena tidak dibatasi ... itu ..."

Jadi anda bersedia tidak, memberi ucapan Selamat Hari Natal?

"Ya itu, tidak membatasi hanya momen itu ..."

Partai Bandul
Dengan tekad "partai terbuka"nya, maka NU dan Muhammadyah menjadi incaran utamanya PKS untuk merebut peringkat ketiga di kalangan arus utama partai-partai nasional.

Namun keengganan untuk berselamat Natal seperti inilah yang seharusnya mudah diatasi partai seperti PKS. PKS, partai gerakan sosial ini rupanya berada di tahap menjadi partai bandul, bergoyang ke sana dan sini, untuk mengukur dan menggalang para konstituennya.

PKS untuk semua - antara Islam dan Nasionalis

Sementara itu, menurut blog ' Simple and Dynamic ...' Dalam munas II kali ini, rupanya PKS ingin berubah diri untuk proyeksi pemilu tahun 2014 mendatang. Perubahan mendasar yang kemudian menjadi ramai diperbincangkan adalah perubahan paradigma dari partai Islam menjadi Partai Islam dan Nasionalis. Atau dengan kata lain, menjadi partai yg lebih terbuka. Dengan slogan barunya ” PKS untuk semua” (PKS for All) , dengan jelas bisa dilihat bahwa partai ini untuk semua kalangan dan ingin melebarkan sayap untuk mendapatkan suara lebih banyak dan targetnya nangkring di posisi 3 dalam pemilu mendatang. Perubahan sikap dan ingin melepaskan diri dari citra partai Islam kanan ini semakin membuktikan bahwa pragmatisme politik masih sangat kental.

Mungkin ingin meniru partai semi Islam lainnya yg sudah duluan terbuka, seperti PAN, PKB dan PPP. Dari wacana yang ada, bukan hanya keanggotaannya saja yg dari semua golongan, tapi berkembang pula usulan untuk pengurus dari non-muslim. Ketidakkonsistenan partai ini telah menambah kontroversi2 baru di partai ini. Tentu anda masih ingat, bagaimana PKS yg menyebut pahlawan utk Suharto, bagaimana kemudian munas ini sendiri diadakan di sebuah hotel yang sangat mewah hanya untuk memulihkan citra partai. Dan bagaimana sepak terjangnya dalam koalisi dengan pemerintah saat ini.

Lalu bagaimana dengan kader2 yang selama ini sangat loyal terhadap PKS ? Akankah mereka meninggalkan PKS ? Seperti kita ketahui, kader2 PKS merupakan kader2 yang sangat militan. Kader2 dakwah ini begitu setia pada partai ini. Dakwah adalah motor utama dalam menggerakkan massa dan ketaatan untuk pimpinan. Inilah modal besar partai ini sehingga di awal kemunculannya langsung mencuat bak meteor dan tumbuh menjadi besar dari kampus ke kampus, dari forum2 dakwah, dari orang2 Islam kanan dan menjadi sebuah partai alternatif yang menawarkan sebuah solusi utk negara ini dengan jargon “bersih dan peduli”.

Akankah kader dan simpatisan PKS akan kecewa dengan sikap yg baru dari partainya ini? Susah ditebak memang. Tapi kalau melihat militansi dan loyalitas mereka, mungkin turunnya ngga terlalu signifikan jika dibandingkan dengan perolehan suara yg didapat setelah bermetamorfosis menjadi partai terbuka yg nasionalis. Semua pasti sudah ada hitung2annya. Dan itulah politik. Selalu mengikuti selera PASAR.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya PAS (Parti Islam Se Malaysia) agak terkedepan dalam menggerakkan politiknya di peringkat berbagai kaum dan globalisasi. Apakah PKS Indonesia mengikuti jajak PAS diMalaysia? (AK)

Wednesday, June 30, 2010

Syabas Carlos Latuff! Kartunis Yang Dibenci Israel..


KL JUN 30 10: SYABAS Carlos Latuff! (gambar) Perjuangan anda mengguugat samseng dan musuh No 1 dunia. Sebab itulah, kedutaan Israel di Mesir semalam telah mengemukakan aduan kepada akhbar parti pemerintah Mesir mengenai penyiaran sebuah kartun beliau yang mengaitkan rejim Zionis itu dengan Nazi Jerman.

Aduan itu adalah langkah luar biasa kerana kedutaan tersebut lazimnya tidak mempedulikan kritikan daripada media Mesir.

Al-Watani al-Youm pada 15 Jun lalu menyiarkan kartun menunjukkan sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke Genting Gaza ditangkap oleh seekor sotong kurita yang membawa bendera Israel, tetapi lambang swastika Nazi dan bukan simbol Star of David tertera pada bendera itu.

Syabas sekali lagi dari Blog Ibnu Hasyim. (Kilk Israel Bantah Kartun Mesir. Samakah KDN-Kartun Zun... )

Siapakah Latuff?

Carlos Latuff adalah kartunis kelahiran 30 November 1968 di Rio de Janeiro, Brasil. Karya-karya Latuff sudah dimuat dibeberapa situs, blog, surat kabar dan majalah tidak hanya di Brazil tapi juga di Amerika Syarikat, Irak, Arab Saudi, dan Lebanon. Karyanya juga menjadi pemenang kedua dalam Kompetisi Kartun Holocaust Internasional di Iran pada tahun 2006.

Kebanyakan dari kartun Latuff berhubungan dengan konflik Israel-Palestina yang “menjadi hal penting bagi Latuff setelah kunjungannya ke wilayah itu akhir 1990″. Karyanya sangat mengkritik Israel sehingga membuatnya dituduh sebagai anti-Semit. Latuff juga mengkritik aksi militer Amerika Serikat di Irak dan Afghanistan.

Dalam sebuah wawancara dengan majalah mingguan Yahudi-Amerika, The Forward, pada Desember 2008, Latuff merespon tuduhan anti-Semit:

Kartun-kartun saya tidak terfokus pada orang Yahudi atau ajaran Yahudi. Fokus saya adalah Israel sebagai entitas politik, sebagai suatu pemerintahan, tentara mereka menjadi satelit kepentingan Amerika Serikat di Timur Tengah, dan khususnya kebijakan Israel atas Palestina.

Sumber: Wikipedia
Catatan: Lihat karya-karya Latuff lainnya di Latuff’s DeviantArt.

Newest Deviations


Israeli paintball that KILLS
by ~Latuff2

Tabloit Suara keadilan, KDN Minta Tunjuk Sebab..

KL JUN 30 10: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati bahawa terdapat beberapa akhbar harian dan tabloid yang tidak mematuhi syarat permit, garis panduan penerbitan yang ditetapkan atau peruntukan yang terdapat di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab Samad berkata KDN telah mengeluarkan sebanyak 43 surat teguran kepada akhbar harian pada 2009 manakala 10 surat teguran telah dikeluarkan pada 2010.

Bagi akhbar tabloid pula, Kementerian ini telah mengeluarkan sebanyak 19 teguran pada 2009 hingga bulan Mei 2010. Bagi tempoh yang sama, KDN telah mengeluarkan sebanyak enam surat teguran dan satu surat tunjuk sebab kepada surat berita parti politik.

"Mengikut Seksyen 7 (1), AMCP 1984, apa-apa hasil penerbitan tidak boleh mengandungi perkara-perkara yang memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara," katanya.

Apa-apa hasil pene
rbitan juga dilarang menyiarkan berita tidak benar dan jika ini dilanggar maka ia bertentangan dengan Seksyen 8A AMCP 1984, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Zaitun berkata surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada penerbitan Suara Keadilan pada 28 Jun 2010 kerana telah menyiarkan berita yang menggemparkanfikiran orang ramai dan ini telah melanggar Seksyen 7 (1), AMCP 1984.

Menurutnya berdasarkan pemerhatian, didapati beberapa penerbitan tabloid juga telah melanggar syarat-syarat permit khasnya bagi syarat-syarat berikut:
  • Lapan salinan tiap-tiap keluaran dan edisi akhbar hendaklah dihantar kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak.
  • Selain itu, format akhbar hendaklah mematuhi contoh yang telah diserahkan bersama dengan permohonan bagi permit ini.
  • Akhbar itu hendaklah tidak menerbitkan apa-apa bahan, fotograf, artikel atau perkara lain yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, perhubungan dengan negara atau kerajaan asing, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.
"Akhbar itu hendaklah tidak dengan apa-apa cara salah nyata fakta-fakta berhubungan dengan kejadian-kejadian ketenteraman awam dan keselamatan yang berlaku di Malaysia," katanya.

Bagi penerbitan surat berita parti politik, syarat-syarat berikut juga hendaklah dipatuhi iaitu pengedaran hendaklah dihadkan kepada anggota parti sahaja dan pengedaran dan penjualan hanya dibenarkan kepada anggota parti di pejabat urusan dan markas parti sahaja.

- Bernama

Jika Saya Berkuliah Kepada Pimpinan UMNO.. -Nik Aziz

Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

30 Jun 2010: DI ANTARA perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik. Yakin sungguh di hati kecil saya, inilah kesan daripada perjuangan PAS yang dipimpin golongan ulama’.

Hasilnya, golongan dilihat telah mampu memahami dan menghuraikan aspek kehidupan dari perspektif Islam dengan jelas. Ia merupakan hasil didikan dan tarbiyah yang diperolehi di dalam PAS. Berbeza dengan Umno yang dilihat membekukan golongan ulama’. Jika tidak, mana mungkin sesuatu yang haram seperti judi, boleh dilesenkan sebagai halal.

Saya menyentuh begini kerana ada peristiwa menarik hati saya sewaktu penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan tempoh hari (9 Rejab 1431/22 Jun 2010). Ia adalah sidang kali ke-2 bagi tempoh penggal ketiga Dun Kelantan yang Ke- 12.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PAS menghuraikan falsafah solat begitu tepat sekali, walaupun tidak mendapat pendidikan agama yang tinggi secara formal. Jika boleh saya nukilkan kembali bagaimana YB Haji Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) menyebut betapa peliknya sesetengah Muslim yang sewaktu rukuk dan sujudnya menyebut tasbih meninggikan Allah SWT, tetapi di dalam masa yang sama menyokong judi dihalalkan.

Tidakkah terdetik di hati kecil mereka betapa salahnya apa yang mereka lakukan. Dahi sujud kepada Allah membisik tasbih, memuji Allah SWT dengan mengaku bahawa Allah SWT yang Maha Tinggi, tetapi di luar solat mengangkat tangan bersetuju dengan judi. Tidakkah terdetik rasa malu kepada Allah SWT?

Saya ingin menambah dalam coretan ringkas ini. Sebenarnya Kerajaan Umno/BN melesenkan judi untuk meraih pendapatan yang lebih. Dalam erti kata lain untuk mendapat kemakmuran. Sedar atau tidak, persoalan kemakmuran telah disebut jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Jika saya diberi peluang berkuliah kepada pimpinan Umno, ingin sekali saya membaca ayat daripada Surah Al A’raf, ayat 96 yang bermaksud:

...Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya...

Sudikah kiranya pemimpin Umno yang beragama Islam mengambil sedetik dua masa untuk menelaah ayat ini? Jika sudi, perhatikanlah bagaimana janji Allah untuk melimpahkan segala macam berkat hanya apabila manusia beriman dan bertakwa.

Kemakmuran ialah satu keberkatan. Kemakmuran bukannlah bermakna kemewahan semata-mata. Hidup kaya raya tetapi hati susah bukan makmur namanya. Negara mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat jelata begitu teruk. Itu bukan makmur namanya. Sedangkan kami di Kelantan percaya bahawa keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT, dan atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan.

Sayangnya, pimpinan Umno pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran di atas. Barangkali, jika masih ada golongan ulama’ yang berminat mahu berada di dalam kubang Umno, saya hanya mampu untuk bersimpati. (2MA)

Klik kuliah seterusnya dari http://www.blogtokguru.com/pages/posting/43/kenali-yahudi-kita-hendaklah-kutuk-perangainya...

Israel Bantah Kartun Mesir. Samakah KDN-Kartun Zunar?



Israel bantah akhbar Mesir siar kartun gambarkannya Nazi.

KAHERAH 29 Jun 10
: Kedutaan Israel di sini mengemukakan aduan kepada akhbar parti pemerintah Mesir mengenai penyiaran sebuah kartun yang mengaitkan rejim Zionis itu dengan Nazi Jerman. Aduan itu adalah langkah luar biasa kerana kedutaan tersebut lazimnya tidak mempedulikan kritikan daripada media Mesir.

Al-Watani al-Youm pada 15 Jun lalu menyiarkan kartun menunjukkan sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke Genting Gaza ditangkap oleh seekor sotong kurita yang membawa bendera Israel, tetapi lambang swastika Nazi dan bukan simbol Star of David tertera pada bendera itu.

Akhbar minggu itu ialah lidah rasmi Parti Demokratik Kebangsaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.

"Kedutaan Israel memilih untuk mengulas mengenai karikatur itu kerana Israel disamakan dengan fahaman Nazi.

"Banyak kenyataan dan karikatur anti-Yahudi disiarkan dalam media Mesir tetapi kami tidak mahu mengulas mengenainya. Namun, karikatur ini bukan lagi menggambarkan tentangan terhadap dasar Israel, tetapi merupakan fitnah," kata jurucakap kedutaan, Shani Cooper-Zubida.

Bagaimanapun kartunis berkenaan, Carlos Latuff yang berasal dari Brazil mempertahankan kartunnya dalam e-mel kepada Reuters.

"Duta Israel sepatutnya menunjukkan keprihatinan yang sama terhadap nyawa aktivis yang terkorban dalam Flotila Pembebasan, sebagaimana dia prihatin terhadap kartun saya," kata Latuff.

Menurut beliau, dakwaan anti-Yahudi sudah diketahui menjadi strategi kerajaan Israel dan para penyokongnya untuk menangkis sebarang kritikan terhadap dasar aparteid Israel.

"Tuduhan jahat itu tidak akan menghalang saya untuk terus melukis kartun bagi membela nasib rakyat Palestin yang gagah berani," tambah Latuff.

Pengarang Al-Watani al-Youm, Mohammed el-Alfy mempertahankan pendirian akhbar beliau dengan berkata, penyiaran kartun itu adalah soal kebebasan bersuara. - Reuters

Blog Ibnu Hasyim: Samakah dengan KDN Malaysia yang marahkan kartun Zunar?
Lihat ini..
Syabas Carlos Latuff! Tambahan kartun lagi..
Gambar-gambar kartun tentang kebiadaban Israel.

Karya dibawah adalah karya Carlos Latuff, seorang kartunis berkebangsaan Latin yang menzahirkan prihatinnya melalui gambar. Memang wajar kerana kita juga pernah merasakan bagaimana rasanya hidup dalam penjajahan…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails