Saturday, July 31, 2010

Dakwaan Rasuah: DAP Pecat Ahli Majlis MPK


PETALING JAYA, 31 Julai 10: DAP hari ini memecat ahli Majis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock ekoran dakwaan amalan rasuah memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan itu dengan menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri.

Tee sebelum ini diminta mengambil cuti oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Kok Wai selepas kes itu dilaporkan oleh akhbar awal minggu ini.

Pada sidang media di sini petang ini, Tan berkata parti mendapati ada asas yang kukuh terhadap dakwaan ke atas Tee (gambar).

“Sementara nilai kontrak belum ditentukan, kami dimaklumkan oleh jawatankuasa negeri Selangor bahawa salah satu syarikat yang anda berikan surat sokongan dikaitkan dengan anggota keluarga anda dan dilakukan tanpa kelulusan YB Ronnie Liu,” kata parti dalam surat pemecatan kepada Tee.

Tan memberitahu pemberita bahawa jawatankuasa disiplin sebulat bersetuju bahawa wujud elemen konflik kepentingan di mana Tee menyalahgunakan pejabat Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor bagi kepentingan diri.

Beliau menambah perbuatan Tee boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan telah menjejaskan imej parti.

Jawatankuasa disiplin juga telah mengarahkan Liu supaya membuat aduan polis.

Tan berkata DAP akan meminta agar Tee disingkirkan sebagai ahli majlis MPK dengan segera.

Jawatankuasa disiplin juga akan mengadakan sesi pendengaran kedua untuk menentukan dakwaan bahawa Liu telah mengarahkan salah satu surat sokongan dikeluarkan.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Tee telah diarahkan bercuti sementara siasatan dilakukan ke atas dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyalahgunaan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kontrak MPK.

Tee bercuti bermula semalam sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

“Tee sendiri telah maklum dengan perkara ini dan beliau bersetuju dengan rela hati untuk bercuti buat sementara waktu,” kata Khalid.

Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyiasat dakwaan seorang ahli majlis MPK telah menyalahgunakan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Tee, ahli majlis penggal ketiga itu telah menafikan dakwaan itu sambil meminta MPK membentuk pasukan petugas khas untuk menentukan kebenaran.

Liu juga menafikan kepala surat beliau telah disalahgunakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, DAP juga mengecam tindakan pengeluaran surat sokongan bagi tujuan perniagaan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) dan pegawai-pegawai mereka yang tidak dipilih.

“Kesemua pegawai PR termasuk agensi-agensi negeri harus mengetepikan surat sokongan perniagaan yang dikeluarkan bagi memastikan kesemua urusan komersial mengikut aturan dan juga bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat tentang wujudnya salah guna kuasa atau pilih kasih,” kata DAP. (AK)

90% Rogol Babitkan Melayu.

Penganalisis: 90% rogol babitkan Melayu, tidak harus pandang negative

KOTA BARU, 31 Julai 10: Secara purata setiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini, sebanyak 1,800 kes rogol dilaporkan di negara ini dengan 90 peratus daripadanya membabitkan golongan Melayu, kata penganalisis jenayah kebangsaan, Kamal Affandi Hashim.

Bagaimanapun, beliau berkata meskipun 90 peratus daripadanya merupakan golongan Melayu tetapi ia tidak harus dipandang negatif kerana ia menunjukkan sikap keterbukaan golongan itu yang berani tampil melaporkan kes rogol yang berlaku terhadap diri mereka.

“Ada yang memandang negatif apabila kes rogol yang melibatkan golongan Melayu mencatatkan peratusan paling tinggi.

“Sedangkan masyarakat perlu mengetahui bahawa jumlah peratusan yang tinggi itu adalah kerana keberanian golongan Melayu yang bersedia melaporkan sebarang kes rogol yang berlaku tidak kira membabitkan ahli keluarga atau diri sendiri yang secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan kes rogol yang dicatatkan adalah membabitkan golongan itu,” katanya kepada pemberita selepas Program Bengkel Keselamatan Diri di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Sambil menyifatkan peratusan yang tinggi itu bukan kerana kaum itu sahaja yang terdedah kepada kes rogol, Kamal Affandi berkata kaum Melayu kini semakin terdidik berikutan menerima pelbagai program kesedaran dan motivasi pentingnya menjaga kehormatan diri dan berani mempertahankan diri yang seterusnya meruntuhkan tembok rasa “malu” yang banyak membelenggu golongan itu selama ini.

Kamal Affandi berkata beliau percaya banyak kes rogol yang berlaku membabitkan kaum lain tetapi tidak dilaporkan atas sebab dan kekangan tertentu.

“Jawapannya mudah, kempen yang dibuat sebelum ini dalam bahasa kebangsaan dan majoritinya orang Melayu yang hadir mendengar ceramah dan motivasi itu, orang Melayu telah terdidik dengan bantuan dan perlindungan undang-undang mereka. Mereka semakin percaya kepada sistem keadilan jenayah dan kaum lain mungkin masih belum menganggap ianya (system jenayah) penting,” katanya.

Justeru, katanya, badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara perlu mencari inisiatif untuk mewujudkan program motivasi yang sama kepada kaum lain di negara ini bagi memberi pendedahan kepada mereka mengenai jenayah rogol dan sistem perundangan di negara ini yang diwujudkan untuk melindungi setiap kaum yang teraniaya.

“NGO perlu melakukan sesuatu, sebagai contoh kalau ceramah itu perlu dibuat dalam bahasa Tamil, buatlah dalam bahasa berkenaan agar ianya (maklumat dan pendedahan) akan lebih ‘sampai’ kepada golongan dan kaum yang disasarkan.

“Sebelum ini pun kita lihat kalau ada pun program motivasi mesti ianya dibuat di tempat-tempat yang sofistikated, ada media yang membuat liputan, jarang-jarang yang sanggup pergi ke estet sebagai contohnya untuk memberikan ceramah atau motivasi, bagaimana motivasi itu akan sampai kepada semua kaum,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai rogol yang kini banyak membabitkan golongan kanak-kanak, Kamal Affandi berkata sangat sukar untuk memberi pendedahan dan didikan kepada golongan itu kerana mereka masih terlalu kecil dan tidak memahami apa yang disampaikan.

“Untuk kanak-kanak terutama di usia tiga sehingga tujuh tahun memang sangat sukar kita nak terangkan kepada mereka tentang menjaga keselamatan diri sebagai contoh mereka berada di rumah sendirian dan kita memesan kepada mereka supaya jangan memberitahu sesiapa bahawa dia berada berseorangan sebaliknya memberitahu berada bersama ibu bapa, tetapi mereka (kanak-kanak itu) akan berkata kenapa perlu menipu, kerana menipu itu adalah satu perkara yang tidak baik,” katanya.

Justeru, beliau berkata masyarakat perlu mencari ruang lain untuk mencipta langkah keselamatan terhadap golongan kanak-kanak antaranya mewujudkan kaunseling masyarakat.

Melaluinya, beliau percaya masyarakat terutama jiran tetangga akan menjadi lebih prihatin dan menjadi mata dan telinga kepada masyarakat yang lain terutama golongan kanak-kanak yang perlu diberi perhatian setiap masa. – Bernama

Satuan Melayu: Jins Shamsudin, Idea Dlm Filem Purba Lakonannya



KL. JUL 31 10: Idea budayawan dan ahli politik Senator Tan Sri Jins Shamsudin agar parti-parti Melayu-Islam bergabung atas nama penyatuan orang Melayu, bagaikan idea dalam filem-filem Melayu purba dilakonkannya satu masa dulu, yang sudah ketinggalan zaman. Idea yang sudah tidak berpijak di dunia realiti di Malaysia masa kini.
Jins Shamsudin di tengah-tengah dalam filem..

Di saat rakyat negara ini memperjuangkan keadilan dan kebenaran dari ditindas oleh pemimpin-pemimpin korupsi atau dianggap perasuah dan penyalahgunaan kuasa walaupun dari bangsanya sendiri, tiba-tiba masih ada kelompok yang ingin mempertahankan kaum sendiri atas nama perpaduan bangsa. Demikian kenyataan balas dari Dr Hj Mohd Hasyim, editor Ibnu Hasyim.com, terhadap senator tersebut seperti dilaporkan The Malaysian Insider sebentar tadi.

Senator Tan Sri Jins menggesa tiga parti digabungkan demi mempertahankan kuasa politik mereka. Katanya, keadaan semasa memerlukan sebuah parti Melayu khusus yang boleh mempertahankan dan memperjuangkan hak orang Melayu. Justeru, penerbit dan pengarah filem terkenal ini mencadangkan nama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu bagi menggabungkan PAS, PKR dan Umno.

Idea yang mirip dibangkitkan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada 22 Julai lalu, antara lain mengatakan sebuah parti Melayu baru perlu ditubuhkan sebagai pilihan terakhir jika kesemua usaha untuk menyatukan kerjasama PAS dan Umno gagal.

"Apalagi bila menyebut gabungan parti-parti Melayu-Islam bergabung atas nama Melayu.. Mana besar Melayu dengan Islam? Islam agama global menyatukan semua bangsa-bangsa di dunia.. Sedangkan Melayu-UMNO, nak samaratakan dengan orang Asli, atau 'mamak' pun timbul masalah! PAS sudah bergerak ke arah multi-racial, terbuka dan global, jauh meninggalkan UMNO dalam tempurung yang sempit!" Jelas Hj Mohd perli.

Hj Mohd menolak telahan Senator Jins mengatakan bahawa keputusan PAS menolak kerjasama perpaduan dengan Umno, bukan keputusan majoriti pemimpin parti Islam itu. Menurut Jins, yang tolak itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) sebab beliau yang bercakap. Lagipun beliau bukan pemimpin PAS kerana pemimpinnya adalah presiden.

"Tidak tahukah yang menolak itu adalah keputusan muktamar? Keputusan semua ahli PAS, termasukpemimpin-pemimpinnya.." Jelas Hj Mohd.

Malah sebelum ini, Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup.”

by ASYOK KUMAR

Toreh.. Trend Baru Remaja Wanita Melayu, Cepat Tangani..

TOREH...trend remaja perempuan mengukir nama kekasih pada lengan.
Toreh... trend remaja perempuan mengukir nama kekasih pada lengan.

KL JUL 31 10: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta. Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu. Demikian myMetro hari ini.

Perbuatan itu yang menjadi ‘trend’ terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah.

Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya.

“Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko.

“Selepas mendekati gadis itu saya mendapati lengan tangan kirinya yang mempunyai tanda parut tertulis perkataan yang bermula dengan huruf A. Apabila saya tanya, dia memberitahu tulisan itu nama teman lelakinya,” katanya. Menurutnya, gadis terbabit mengaku sengaja melukakan tangannya menggunakan jarum sehingga berdarah bagi mengukir nama kekasihnya yang berusia setahun lebih muda daripadanya.

“Dia memberitahu perbuatan itu dilakukannya kerana terpengaruh perbuatan sama oleh rakan sebaya yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan atau pergelangan tangan.

"Tanpa berselindung, dia mendakwa perbuatan menoreh lengan itu dilakukan bagi membuktikan kesetiaan dan rasa cintanya yang mendalam terhadap kekasihnya yang belajar di sekolah sama,” katanya.

Ahmadi berkata, remaja terbabit tanpa rasa bersalah mendakwa terlalu sayangkan teman lelaki menyebabkan dia hilang pertimbangan dan berani melakukannya.

“Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani.

“Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi ‘trend’ baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing,” katanya.

Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.

“Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta,” katanya.

Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.

“Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya,” katanya.

Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kementerian urusan wanita, kena cepat tangani...

Kisah Seorang Pengemis Buta...

Siri Sambut Ramadzan
"JANGAN dekati Muhammad! Dia itu orang gila. Dia itu pembohong. Dia itu tukang sihir. Bila kamu dekatinya kamu akan dipengaruhinya." Begitu kata seorang pengemis Yahudi yang buta tiap hari bila ada orang mendekatinya, di sudut pasar Madinah.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW menemuinya dengan membawa makanan. Tanpa sepatah kata pun, Rasulullah suapkan makanan ke mulut pengemis itu, dengan tidak diketahui siapa penyuapnya, iaitu orang yang dimaki hamunnya setiap hari.

Rasulullah saw melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah beliau wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah, isteri Rasul itu. "Aisyah.. Ada ke lagi kebiasaan Rasulullah yang belum aku buat?"

"Ayah!" Jawab Aisyah, anaknya. "Ayah adalah seorang yang mengikut apa yang Nabi buat (ahli sunnah). Hampir tidak ada lagi kebiasaan yang belum ayah buat, kecuali satu sahaja..."

“Apa dia?" tanya Abubakar, terkejut kerana merasa sudah tahu semua kebiasaan Nabi.

"Setiap pagi Rasulullah pergi ke ujung pasar membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana..." Jelas Aisyah.

Esoknya Abubakar RA pergi ke pasar membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar jumpa pengemis itu lalu berikan makanan kepadanya. Ketika Abubakar mulai suapkan, pengemis itu mengherdik marah,"Siapa kamu ha?"

"Aku orang yang seperti biasa.." Jawab Abu Bakar.

"Tidak. Kau bukan orang biasa yang datang kepadaku." bantah pengemis itu. "Bila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang. Tidak susah mulut ini mengunyah. Dia menyuapku, tetapi lebih dulu dihaluskan makanan, baru diberi.."

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya, beliau menangis.

"Memang, aku bukan orang yang selalu datang padamu itu. Aku adalah salah seorang dari kawannya." Abu Bakar menjelaskan. "Sebenarnya, orang yang mulia itu telah tiada. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW!"

Pengemis itu pula terkejut. Dia pula menangis, seolah-olah tidak percaya, "Benarkah begitu? Selama ini aku selalu menghinanya.. memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Dia terus menemuiku membawa makanan setiap pagi. Oh, beliau begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar masa itu juga. Dan sejak hari itu, dia menjadi Muslim. (dikutip dari EraMuslim)

Sila lihat tulisan lalu yang ada kaitan denga sambut Ramadzan..

Program Imam Muda Sesuai Untuk Remaja M'sia, Cuma..

Asyraf muncul juara Imam Muda


Muhammad Asyraf(kiri) dinobatkan sebagai juara Imam Muda oleh Hassan pada malam kemuncak program realiti dakwah di Kuala Lumpur malam tadi.

KL 30 JUL 10: Menepati ramalan, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, diumumkan sebagai juara pada malam kemuncak program realiti dakwah, Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.

Anak kelahiran Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu berjaya menewaskan seorang lagi peserta akhir, Hizbur Rahman, 27, selepas bersaing selama 10 minggu termasuk dengan lapan individu lain pada program diilhamkan oleh Astro dengan kerjasama Jawi.

Kemenangan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin dan Fiqah dari Universiti Malaya itu membolehkan beliau menerima insentif berbentuk tawaran Imam Ratib secara kontrak di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, trofi Imam Muda, sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf oleh Jawi.

Tidak ketinggalan, Asyraf membawa pulang hadiah melanjutkan pengajian tanpa had di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Mesir, sebuah Proton Exora, pakej mengerjakan haji dan umrah, percutian ke Bandung, Indonesia, wang tunai berjumlah RM20,000, iPhone 3G dan komputer riba Apple MacBook Pro.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebuah contoh program menarik sesuai untuk remaja Malaysia yang berbudaya tinggi dan bermoral. Perlu lagi di'berbilangkaum'kan dan diperluaskan..

Konsep Sembang Lucah Di iPhone 4 Perlu Kawalan.


Pelakon filem lucah, Teagan Presley menguji perkhidmatan sembang lucah dengan menggunakan iPhone 4 baru-baru ini.

NEW YORK. JUL31 10: Orang ramai kini boleh bersembang lucah secara langsung menerusi panggilan video iPhone 4 keluaran Apple Inc., di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Dengan menggunakan perisian Face Time iPhone 4, banyak syarikat di AS termasuk firma pengiklanan lucah, Craiglist giat memajukan sidang video perbualan lucah. Di lima bandar raya AS, firma Craiglist itu menyiarkan iklan-iklan mencari model khusus untuk sesi bicara video seks di Face Time.

Perisian FaceTime membolehkan pengguna iPhone 4 membuat panggilan video menerusi sambungan Wi-Fi dengan menggunakan kamera dan skrin telefon tersebut. Baru-baru ini, seorang pelakon filem lucah, Teagan Presley menguji perkhidmatan Face Time dengan menggunakan iPhone 4.

Populariti perkhidmatan terbaru itu meningkat ekoran berlaku perubahan dalam industri pornografi global masa kini. Pengguna-pengguna kini tidak mahu melihat model-model lucah di Internet sebaliknya mahu bersembang dengan mereka.

Sesi bersembang itu dijangka mengenakan bayaran AS$5 (RM15.90) dan AS$6 (RM19.08) selama satu minit dengan bayaran dibuat menggunakan kad kredit. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kawalan perlu difikir dan disegerakan, supaya wabak tersebut tidak melanda negara ini.

Misteri Wajah Manusia Di Planet Marikh Terlerai


Satu siri gambar menunjukkan perubahan kualiti imej yang dirakamkan dari sebuah bukit di Marikh dari Julai 1976 hingga 2001.

HOUSTON.31 JUL 10: Sekeping gambar yang menunjukkan wajah manusia di permukaan planet Marikh yang dirakamkan kapal angkasa Viking 1 Amerika Syarikat (AS) pada Julai 1976 lalu sebenarnya sebuah bukit berbatu besar di tengah padang pasir, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu mencetuskan teori konspirasi kononnya Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merahsiakan bahawa Marikh sudah memiliki tamadun tersendiri.

Namun, gambar wajah manusia itu dirakamkan kembali oleh sebuah kapal angkasa peninjau pada 25 Julai lalu dari jarak 1,873 kilometer dengan menggunakan kamera definisi tinggi HiRise.

Gambar terbaru itu mendedahkan wajah asal tersebut disebabkan sudut pantulan cahaya matahari yang membentuk lengkok kawah permukaan. - Agensi

Misteri Makhluk Aneh Di Britain


Gambar yang dirakamkan oleh Gill Pearce menunjukkan makhluk misteri yang berleher panjang di Goodrington, Britain.

EDINBURGH 31 JUL 10: Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.

Pearce melaporkan penemuan itu kepada sebuah badan pemuliharaan marin Britain, Marine Conservation Society (MCS). Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.

"Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air," kata seorang anggota MCS, Clare Fischer. - Agensi

Friday, July 30, 2010

Cheng Ho Sudah Ke Amerika, Sebelum Columbus..

CATATAN PERJALANAN CHINA 13

Di mana saja, bila ada peluang sewaktu dalam perjalanan di China, ketua delegasi kami, Datuk Husam terus perkenalkan...
Pameran Laksamana Cheng Ho dan

Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober tahun ini.

MAKLUMAT terbaru hari ini menurut eramuslim.com, mengenai Laksamana Cheng Ho menyebutkan..

'Bulan depan, para arkeolog akan mulai bekerja di lepasan pantai Kenya untuk mengidentifikasi sisa-sisa kapal terdampar yang diyakini milik seseorang.. Yang beberapa sejarawan percaya orang tersebut telah dapat ilham pengembaraan atau petualangan Sinbad seorang pelaut atau pelayar'. Sehingga berita tersebut diberi tajuk, 'Laksamana Cheng Ho: Cina Muslim yang Seharusnya Bergelar 'The Real Sinbad'

Arkeolog Cina, yang tiba di negara Afrika minggu ini, berharap kapal karam itu dapat membuktikan adanya hubungan pertama antara negara China dan timur Afrika. Kapal yang tenggelam dan karam itu diyakini menjadi bahagian dari armada Zheng He atau Cheng Ho, yang mencapai kota pesisir Malindi pada tahun 1418.

Negara China sendiri nampaknya yakin, mereka akan menemukan kapal karam di dekat kepulauan Lamu, di mana potongan-potongan keramik dari era dinasti Ming banyak ditemukan. Pemerintah China berinvestasi sebesar £ 2 juta (atau 3 juta dolar) dalam projek bersama selama tiga tahun, di mana Kenya sendiri mengatakan mereka berharap akan menjumpai temuan penting tentang hubungan awal antara China dan Afrika.

Menurut mitos di Kenya, beberapa pelaut Cina dari armada Zheng He yang terdampar dan selamat, diizinkan untuk tinggal dan menikahi wanita tempatan. Tes DNA dilaporkan menunjukkan bukti adanya keturunan Cina dari beberapa warga Kenya. Salah seorang warga Kenya yang berketurunan Cina itu adalah wanita muda bernama Mwamaka Shirafu, ia diberikan biasiswa untuk belajar perubatan Cina di negara China, di mana dia tinggal, sekarang.

Dengan tinggi tujuh kaki, maritim raksasa Cina yang dibawah kepimimpinan Laksamana Zheng He atau Cheng Ho, telah memimpin armada terkuat di dunia, beserta 300 kapal dan sebanyak 30,000 tentara di bawah komandonya. Dengan, menetapkan perlayaran lebih dari 600 tahun lalu, armada laksamana Zheng He membuat tujuh perjalanan epik. Perlayarannya mencapai Asia Tenggara, Timur Tengah, dan sejauh pantai timur Afrika.

Ada yang mengatakan ia bahkan sampai ke Amerika, beberapa dekad sebelum penjelajah Eropah meyakini Christopher Columbus yang pertayamakali menjangkau benua Amerika, walaupun hal ini masih banyak diperdebatkan oleh para sejarawan. Zheng He, juga dikenal sebagai Kasim, 'Laksamana Tiga Perhiasan'. Beliau membawa hadiah dari Kaisar Cina dengan menaiki 'kapal harta', yang membawa barang berharga termasuk emas, porselin dan sutera.

Barang-barang berharga ini ditukar di sepanjang aktiviti perdagangan dengan pedagang Arab. Barang-barang berharga itu ditukar dengan gading, mur dan jerapah, bahkan armada kapal Zheng He juga mempromosikan pengakuan dinasti baru Ming.

Tetapi bertahun-tahun setelah kematiannya, kemunculan atas legenda laksaman Zheng He kian pudar dari kesadaran umum. Dan selama berabad-abad legendanya telah dilupakan kerana China kembali pada dunia dan memasuki suatu periode panjang isolasi. Tetapi kini, Zheng He, yang juga dikenal sebagai Cheng Ho dipuji sebagai 'Pahlawan Nasional Baru China', yang pemberi gelarnya ialah Partai Komunis China.

"Munculnya China telah menyebabkan banyak rasa takut," kata Geoff Wade dari Institut Studi Asia Tenggara di Singapura.

"Zheng He digambarkan sebagai simbol keterbukaan China untuk dunia, sebagai utusan perdamaian dan persahabatan. Dua kata ini terus bermunculan di hampir setiap referensi untuk Zheng He yang keluar dari China," kata Prof Wade.

Pelayaran Zheng He, katanya, membawa porselin, sutera dan teh. Bukan dari pelayaran yang menyebabkan terjadinya tumpah-darah, menjarah atau kolonialisme baru, mengacu kepada tindakan kekerasan koersif, seperti yang digunakan oleh penjajah-penjajah Barat.

"Untuk hari ini, Zheng He masih dikenang sebagai duta persahabatan dan perdamaian," kata Wade.

Zheng He adalah seorang laksamana pada masa "kekaisaran" China era lampau, ketika belum ada pembatasan, tidak ada batas perbatasan, kata pakar tentang China Edward Friedman.

"Ekspedisi Zheng He adalah sesuatu kejadian yang nyata. Itu merupakan prestasi yang luar biasa dari Zheng He dan sebuah keajaiban waktu," kata Prof Friedman dari University of Wisconsin-Madison.

Prof Geoff Wade, seorang sejarawan yang telah menerjemahkan dokumen dari era dinasti Ming yang berhubungan dengan perjalanan Zheng He, membantah penggambaran Zheng He seorang petualang (pengembara) yang hanya sekedar bertualang.

Dia mengatakan, catatan sejarah menunjukkan armada harta karun Zheng He juga membawa persenjataan canggih dan berpartisipasi dalam setidaknya tiga aksi militer besar; di Jawa, Sumatra dan Sri Lanka.

International Zheng He Society di Singapura menyebut pernyataan Prof. Geoff Wade sebagai "pemikiran ala barat", dan mengatakan Zheng He terlibat dalam pertempuran dalam upaya untuk membersihkan banyaknya lanun-lanun di laut.

Laksamana Cheng Ho 'Pahlawan Nasional Baru China'

Mungkin itulah sebabnya nama Laksamana Cheng Ho terus menjadi idola bagi Pameran Perdagangan Antarabangsa China yang akan diadakan di Kota Bharu pada 5-10 Oktober tahun ini.

Anda semua dijemput hadir!

Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung, insya Allah.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 13
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 30, 2010

Siri ini...

Nik Aziz Saran Bazar Ramadan Ditukar Kpd Bazar Iftar


Teruja dengan suasana Ramadzan di Kelantan tahun lepas. Gambar di atas, kemeriahan Ramadhan di negeri Kelantan bukan sahaja dinikmati oleh umat Islam yang menjadikan Kelantan sebagai destinasi beribadat di sepanjang hari namun ia juga menarik minat Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Masahiko Horie untuk sama-sama merasai nikmat umat Islam berbuka puasa.

KOTA BAHARU JUMAAT JUL 30 10: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan nama dan konsep bazar Ramadan ditukar kepada Bazar Iftar (berbuka puasa) bagi mencerminkan penghayatan terhadap ibadah berpuasa itu.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Tempatan dan media boleh memainkan peranan untuk menukar nama dan konsep bazar Ramadan itu yang sentiasa mendapat sambutan ramai setiap kali bulan puasa.

"Saya baca dalam akhbar, rasa kagum betapa ramai peniaga terdiri daripada umat Islam sampai berebut-rebut untuk mendapat borang berniaga di bazar Ramadan.

"Apa salahnya kalau nama dan konsep bazar Ramadan itu ditukar kepada bazar Iftar bagi memberi penghayatan kepada umat Islam bahawa ada dua ketika nikmat bagi orang berpuasa iaitu ketika berbuka dan menyambut Idilfitri," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini, Jumaat.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Nik Aziz berkata beliau telah melawat Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima, yang kini dirawat di Unit rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini kerana kanser usus.

Beliau meminta semua pihak mendoakan agar kesihatan wakil rakyat itu kembali pulih.Che Hashim, yang disahkan menghidap barah usus kira-kira setahun lepas, pernah menjalani rawatan susulan di sebuah Hospital di Guangzhou, China pada 2009.-BERNAMA

Gambar-gambar di bawah, sekumpulan wartawan asing dari Sweden dan Denmark merasa kagum dan teruja dengan suasana ramadhan dan puasa di Kelantan tahun lalu. Para pengamal media asing ini sedang mengikuti program yang diatur oleh pihak Tourism Malaysia dan Kelantan adalah antara destinasi yang menjadi fokus tumpuan mereka.

Lagi 2 gambar di bawah ini antara 6,000 orang membanjiri Qaryah Ramadzan.

Selamat Datang ke Kelantan untuk Ramadzan tahun ini!

10 Ciri Skim Piramid: KPDNKK Masih Tak Mampu selesai?

PENGGUNA


KL JUL 30 10: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama dengan media untuk menyiarkan dan menjelaskan mengenai 10 ciri skim piramid yang perlu diketahui orang ramai bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 10 ciri itu dirangka kementeriannya sebelum didedahkan kepada umum apabila Akta Jualan Langsung (Pindaan 2001) diluluskan selepas dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, minggu lalu dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius kewujudan skim piramid apabila meminda Akta Jualan Langsung (Pindaan 2010) ketika sesi persidangan Parlimen baru-baru ini dengan memasukkan satu bahagian khusus bagi skim itu membabitkan hukuman lebih berat iaitu kompaun sehingga RM5 juta dan RM10 juta untuk kesalahan seterusnya, selain hukuman penjara.

“Jadi, orang ramai patut mengambil perhatian dan memahami mengenai sesuatu sistem yang ditawarkan. Kami sudah banyak kali mengingatkan, kalau sistem yang dijual tidak mempunyai produk, tetapi sekadar merekrut ahli, itu sistem piramid.

“Kalau dapat bonus kerana mendapat agen di bawah (down line) yang mencari agen seterusnya dan setiap peringkat itu mendapat komisen tanpa menjual produk atau produk dijual tidak setimpal iaitu terlalu mahal, ia tidak logik pada akal.

“Saya harap semua pihak melindungi diri sendiri daripada ditipu skim yang dari awal berniat untuk menipu,” katanya selepas merasmikan ibu pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dikenali Menara SSM@Sentral di KL Sentral di sini, semalam.

Ismail Sabri mengulas mengenai penipuan skim piramid (MLM) termasuk kejayaan pihaknya dengan kerjasama polis menumpaskan sindiket yang mengumpan kereta mewah dan keuntungan mencecah enam angka, ketika pertemuan anggota sindiket itu di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway di sini.

Sementara itu seorang pengkomen bernama Ali Mahmud dalam Blog Ibnu Hasyim mengenai berita 'Sindiket Penipuan MLM Kereta Mewah, 59 Ditahan.' semalam, menulis, "Kementerian terbabit, dari dulu lagi cakap nak selesaikan, tetapi makin teruk ada!"

Sebelum ini Blog Ibnu Hasyim telah banyak mendedahkan penyelewengan yang berkaitan dengan skim tersebut, tetapi sampai sekarang masih tidak menampakkan kesannya. Rakyat sudah naik muak dengan janji harapan pnyelesaian dari pemerintah BN. (AK)

2,000 Dihantar Jumpa Nik Aziz, Pemecah Melayu?

Nik Aziz pemecah perpaduan Melayu?

KL 30 Julai 10: Kira-kira 100 orang menghadiri sesi bicara “Melayu Berpecah: Apa Tindakan Kita?” yang diadakan secara tertutup di Ampang dengan 10 orang berucap. Pihak penganjur tidak membenarkan nama sebuah NGO yang menjadi nadi kepada usaha mereka itu didedahkan. Antara yang hadir ialah budayawan, ahli-ahli akademik dan pengamal media.

Dilaporkan juga, salah seorang panel penceramah meminta agar rombongan rakyat biasa dihantar merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima idea kerjasama perpaduan orang Melayu Islam.

“Saya mencadangkan pelan tindakan rakyat, usaha membabitkan rakyat jelata dengan menghantar 50 buah bas ke Pulau Melaka, bertemu dengan Datuk Nik Aziz, bertemu dengan beliau di masjid, merayu kepada beliau supaya terima idea kerjasama penyatuan orang Melayu,” kata blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi kepada The Malaysian Insider. Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan dengan tepat bila rombongan itu, dijangka membabitkan kira-kira 2,000 orang, yang akan dihantar ke Kelantan.

Setakat ini Umno berulang kali membangkitkan idea kerjasama perpaduan dan kerjasama politik dengan PAS tetapi PAS bertegas akan kekal bersama Pakatan Rakyat. Ketika ditemui malam tadi, Syed Azidi berkata kegagalan kerjasama Umno-PAS berpunca daripada sikap Nik Aziz yang tidak mahukan perpaduan Melayu tercapai.

“Saya tidak lihat ia berpunca daripada Umno kerana parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.

“Punca utama adalah kerana halangan daripada Nik Aziz, padahal beliau sebenarnya tidak ada kuasa eksekutif untuk membuat keputusan,” katanya.

Sebelum ini Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam. Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup.”

Komen Blog Ibnu Hasyim: Siapa dalang di belakang perjumpaan sulit dan tertutup itu? Bunyi kenyataannya macam terompet UMNO, cuba nak salahkan Tok guru Nik Aziz sebagai penyebab Melayu berpecah. (AK)

M'sia-S'pura Bincang Penempatan KTMB -Bernama


KL.JUL 30 10: Pegawai-pegawai kanan Malaysia dan Singapura bertemu di Kuala Lumpur pada hari Selasa dan Rabu bagi membincangkan dengan lebih lanjut Perkara-perkara Yang Dipersetujui (PoA) berhubung tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik itu.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Wisma Putra semalam, Menteri Luar Datuk Sri Anifah Aman dan rakan sejawatannya George Yeo berkata pertemuan itu adalah yang pertama selepas persetujuan mengenai perkara itu dicapai kedua-dua pemimpin negara Mei lepas.Semasa Permukiman Pemimpin di Singapura pada 24 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong bersetuju mengambil langkah bagi menggerakkan isu-isu dalam PoA berhubung tanah milik KTMB itu.

Delegasi Malaysia diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa manakala Singapura oleh Setiausaha Tetap Kementerian Luarnya Peter Ho.

Susulan pertemuan itu, dua jawatankuasa kecil ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Kecil mengenai Penempatan Semula Stesen Kereta Api KTMB dan Jawatankuasa Kecil
Penubuhan M-S Pte Ltd.

Kedua-dua pihak mengulangi komitmen masing-masing bagi melaksanakan sepenuhnya persetujuan yang dicapai dalam Kenyataan Bersama pada 24 Mei, iaitu penempatan semula stesen kereta api KTMB dari Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP), penempatan kemudahan bersama kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP, dan penubuhan M-S Pte Ltd.

Menurut kenyataan itu kedua-dua pihak gembira dengan kemajuan yang dicapai Pasukan Pelaksanaan Bersama dan bersetuju bahawa pertemuan seterusnya akan diadakan hujung Ogos ini di Singapura.

Kedua-dua negara juga berbincang mengenai pelaksanaan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir
Selatan.

Ini merupakan pertemuan keempat membabitkan Jawatankuasa Teknikal Bersama yang menyaksikan kedua-dua pihak mengulangi komitmen masing-masing untuk menghormati serta mematuhi keputusan ICJ selain melaksanakan keputusannya.

Jawatankuasa bersama itu menyemak kerja Jawatankuasa Kecil megenai Kerja-Kerja Ukur Bersama dan Jawatankuasa Kecil mengenai Maritim dan Pengurusan Angkasa Lepas serta Perikanan.

Ia turut memuji Jawatankuasa Kecil mengenai Kerja Ukur Bersama yang selesai merangka memorandum persefahaman mengenai ukur hidrografi bersama di dalam dan di sekitar Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, yang perlu melalui proses kelulusan dalaman kedua-dua negara.

Pada Mei 2008, ICJ di The Hague, Belanda menganugerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura, manakala Batuan Tengah dan Tubir Selatan diberikan kepada Malaysia.
Bernama

HAMAS Larang Patung Berbaju Dalam?

Patung berbaju mini juga dilarang dipamerkan di toko di Gaza

KEMASKINI

KL. 30 JUL 10: Patung-patung berpakaian mini dipamerkan di toko-toko mahupun poster bergambar model yang mengenakan baju dalam, dilaporkan dilarang diletakkan di toko pakaian Jalur Gaza setelah pejabat Hamas mengumumkan peraturan baru.

Puak Islam Palestin Hamas, yang menguasai Jalur Gaza, mengatakan peraturan baru itu adalah bertujuan untuk melindungi "moral masyarakat". Peraturan itu dikeluarkan dua minggu setelah organisasi itu melarang wanita menghisap shisha atau merokok menggunakan paip air. Demikian berita dari BBC

Sejauh ini Hamas dikatakan hanya mengambil langkah terhad untuk menerapkan kesopanan berpakaian dan mencegah lelaki-perempuan bercampur di tempat umum.

"Jelas dilarang untuk memasang alat fotografi di dalam toko dan toko-toko dilarang mempamerkan pakaian terbuka (tersebut) di toko-toko jualan," demikian dimuat dalam pernyataan pemerintah Hamas.

"Langkah-langkah ini diambil akibat berbagai keluhan dan tekanan dari masyarakat awam. Langkah-langkah ini diambil untuk menegakkan tradisi kita," kata seorang jurucakap polis Hamas kepada pejabat berita Reuters.

Tahun lalu Hamas cuba mencegah peguam perempuan hadir di mahkamah tanpa mengenakan tudung menutup aurat dan melarang lelaki bekerja sebagai tukang gunting rambut perempuan.

Sementara itu, menurut sumber The Palestine Telegraph hari ini, Kerajaan Hamas di Gaza memutuskan untuk mengeluarkan beberapa peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kedai pakaian perempuan untuk membuat jalan-jalan di Gaza sesuai dan warga Gaza merasa selesa.

Peraturan tersebut adalah:

1. Tiada patung perlu ditempatkan di luar kedai.
2.Tidak ada pakaian keterlaluan dipromosikan di kaca depan kedai.
3. Pintu kedai perlu dibuka setiap masa semasa kedai dibuka.
4. Tidak ada tempat tertutup di dalam kedai.
5. Tidak ada kamera atau mana-mana alat perakam walau apa jenis dibenarkan.

Walaupun berita dari sumber BBC memilih tajuk 'Hamas larang patung berbaju dalam', namun bila dilihat betul-betul, peratuaran yang dibuat oleh HAMAS itu adalah suatu tuntutan agama Islam demi untuk kebaikan masyarakat, yang patut dicontohi oleh negara-negara umat Islam atau umat yang bertamadun.

Oleh Megat Ali Megat Alang

3 Tahun Dipenjara Putri Munawaroh Tetap Tenang..

Putri Munawaroh dikenakan hukuman penjara tiga tahun kerana sabit kesalahan melindungi Noordin Mat Top tahun lalu. – Gambar ihsan Jakarta Globe

JAKARTA, 29 Julai 10
: Seorang ibu muda Indonesia hari ini dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah memberi perlindungan kepada pengganas paling dikehendaki Noordin Mat Top, tahun lalu.

Meskipun Putri Munawaroh, 20, kelihatan tetap tenang selepas hukuman dijatuhkan, namun penyokong-penyokongnya memekik ke arah panel hakim Mahkanah Daerah Jakarta hari ini. “Allahu Akbar, harap anda dikutuk!” jerit seorang lelaki dengan menunjukkan jari ke arah Hakim Ida Bagus Dwiyantara.

Hakim pula memberitahu, Putri telah dibuktikan menyembunyikan maklumat tentang pengganas dan tindakannya bercanggah dengan kempen antipengganas yang dijalankan oleh kerajaan. Bagaimanapun hukuman penjara itu, lima tahun lebih rendah berbanding yang dituntut oleh pendakwa raya.

“Tertuduh masih muda, dia tidak disabitkan sebarang kesalahan sebelum ini dan mempunyai seorang anak untuk dijaga,” kata Ida dipetik Jakarta Globe.

Peguam tertuduh, Achmad Michdan memberitahu pihaknya akan mengemukakan rayuan kerana panel menyabitkan kesalahan berdasarkan andaian yang sangat lemah.

“Pelanggan saya didapati bersalah menyembunyikan maklumant tentang Noordin dan seorang lagi lelaki hanya kerana dia sentiasa menutup pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah,” kata peguam.

“Tiada apa-apa maklumat dalam perbicaraan yang boleh membuktikan bahawa Putri memang mengenali tetamunya sebelum mereka tinggal di rumah itu.

“Ia persoalan utama dalam tuduhan yang tidak boleh dijawab, tetapi dia disabitkan kesalahan akhirnya,” katanya.

Noordin ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan ke atas rumah milik wanita berkenaan pertengahan September 2009. Dia dikatakan terbunuh apabila meletupkan dirinya setelah pasukan keselamatan menggempur sebuah rumah di Solo, yang dipercayai menjadi tempat pesrembunyian Noordin dan kawan-kawannya. Tiga suspek telah ditangkap dalam serbuan itu, termasuk Putri serta dua yang lain.

Kematian Noordin membawa kepada tamatnya pemburuan ke atas pengganas kelahiran Malaysia itu. Noordin didakwa terlibat dalam beberapa siri keganasan di Indonesia sejak awal alaf ini, termasuk letupan ke atas sebuah kelab malam di Bali pada 2002, yang mengorbankan lebih 202 pengunjung, kebanyakannya warga Australia. Noordin juga dituduh turut terlibat dalam beberapa serangan ke atas kepentingan barat termasuk Amerika Syarikat di Indonesia dan letupan trak ke atas Kedutaan Australia di sini pada 2004. (AK)

Thursday, July 29, 2010

Sekolah Hamil Anak Haram Akan Didirikan Di Melaka.

Suasana begini berlaku adalah kerana salah kerajaan BN, yang tidak meng'agama'kan pendidikan negara. Maka jadilah sepertin kenyataan di bawah..

Pemeriksaan ibu hamil

Angka pembuangan bayi tinggi di Malaysia, menurut Datuk Ali Rustam

INDONESIA: Malaka rencanakan sekolah remaja hamil

NEGARA bagian Malaka, Malaysia mempertimbangkan untuk membuka sekolah khusus bagi remaja yang hamil guna menekan angka pembuangan bayi yang meningkat di negara itu.

Menteri Kepala Negara Bagian Malaka, Datuk Mohamad Ali Rustam mengatakan pembuangan bayi di Malaysia mencapai angka ratusan setiap tahun dan karena itu ia mempertimbangkan untuk membuka sekolah khusus itu.

"Banyak remaja berzinah, dan mereka hamil, takut kepada orang tua. Bayi kemudian dibuang. Islam tidak membenarkan aborsi, dan kami serukan mereka menikah, dan bila menikah ibunya tetap bisa sekolah," kata Ali Rustam kepada BBC Indonesia.

Ia mengatakan rencana itu ia ungkapkan setelah muncul pertanyaan dari sejumlah kalangan apakah ada sekolah yang mau menerima remaja yang hamil.

Ali Rustam mengatakan rencana mendirikan sekolah khusus tersebut masih dipertimbangkan dan bahwa prioritas utamanya adalah menyerukan agar remaja yang hamil segera melakukan pernikahan.

"Sekolah baru rencana, namun saya serukan agar remaja yang hamil untuk menikah. Bila tidak ada dana, akan saya bantu 500 Ringgit," tambahnya.

Masalah yang sering muncul, menurutnya adalah, remaja yang hamil, ditinggal pacar dan kemudian membuang bayi mereka.

"Orang yang mengandung tetapi tidak menikah, kemudian ditinggal lari pacar. Begitu beranak, bayi dibuang di mobil, di tong sampah, ada yang hidup, ada yang mati."

"Para orang tua sering tidak mau anak mereka kawin muda. Tapi anak-anak mereka gatal, padahal berusia 13, 14 atau 15 tahun. Masyarakat pun tidak suka melihat orang kawin muda," kata Ali Rustam.

Ia juga menyerukan agar para orang tua mengijinkan anak-anak mereka menikah muda.

"Kalaupun dilarang, mereka akan tetap berbuat tak baik, jadi lebih baik diijinkan menikah," katanya. (BBC Indonesia)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tidak ada undang-undang melarang berzina, yakni boleh bila suka sama suka di Malaysia. Bila berlaku perzinahan, lahirlah anak. Kerana tidak mahu anak maka dibuanglah! Kalau hendak selesaikan masalah ini, adakan peraturan larangan berzina seperti yang ditetapkan oleh agama rasmi negara ini.

Adakan peraturan 'jangan dekati zina', yakni mencegah 'kemungkinan dekat dengan zina' yang melibatkan media kerajaan, suasana sekeliling dan lain-lain, bukan salahkan ibubapa sahaja. Ini yang kerajaan BN kena faham!

Saudi Dikunjungi Mossad, M'sia Termasuk...



KL JUL29 10: Pimpinan Mossad, lembaga perisikan luar negara Israel, Meir Dagan disebut-sebut baru saja melakukan kunjungan ke Arab Saudi. Laman WorldNetDaily yang memuatkan berita itu menyebutkan bahawa Dagan dan pegawai tinggi intelijen Saudi melakukan pembicaraan tentang Iran dan program nuklear negara itu.

Meski tidak membuka hubungan diplomatik dengan Israel, mengenai konflik Israel-Palestin, sejumlah laporan menyebutkan 'Arab Saudi secara diam-diam menjalin kerjasama dengan Israel, termasuk kerjasama dalam bidang pertahanan', terutamanya mengenai kemungkinan tindakan tentera terhadap Iran.

Sebelum informasi soal kunjungan Meir Dagan ke Saudi muncul, sejumlah informasi tentang pertemuan rahsia Saudi-Israel sudah disiarkan beberapa media. Dua bulan yang lalu, akhbar Times yang terbit di London melaporkan bahawa Arab Saudi mematikan sistem pertahanan udaranya selama beberapa jam untuk memberikan kesempatan bagi pesawat-pesawat tempur Israel yang melewati wilayah udara Saudi untuk menguji senario jika Israel jadi menyerang Iran.

Beberapa media Arab dan Iran juga pernah melaporkan tentang pesawat-pesawat tempur serta helikopter milik angkatan udara Israel yang mendarat di Arab Saudi untuk menempatkan peralatan militer mereka di negeri kaya minyak itu.

Tiga minggu yang lalu, diberitakan Duta United Emirat Arab di Washington dalam sebuah konferen menuduh Iran lebih berbahaya dari Israel jika 'Negeri Para Mullah' itu memiliki senjata nuklear.

Kenyataan duta tersebut menunjukkan bahawa negara-negara Arab dan Teluk, meski menolak membuka hubungan diplomatik dengan Israel, tetapi dengan diam-diam 'main kayu tiga' dan menjalin kerjasama yang intensif dengan regim Zionis itu, terutama untuk menghadapi Iran.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jauh di mata dekat di hati.. Begitu sikap negara-negara yang disebut 'negara Islam' terhadap Israel. Mereka sanggup bersekongkol, berselingkuh atau main kayu tiga sesama sendiri, demi hubungan sulit, jahat dan munafik dengan negara haram Israel itu. Termasuk Malaysia... (AK)

Sindiket Penipuan MLM Kereta Mewah, 59 Ditahan.

PENGGUNA

Seorang pegawai polis melihat sebahagian daripada 18 buah kereta mewah yang dirampas daripada 59 individu di Subang Jaya semalam.

KL. JUL29 10: Keghairahan golongan muda yang ingin mendapatkan keuntungan cara mudah melalui satu skim jualan langsung (MLM) dengan cara mencari orang bawahan yang mampu melabur sehingga RM41,000 musnah apabila mendapati mereka sebenarnya ditipu.

Modus operandi sindiket tersebut ialah dengan mengedarkan risalah di sekitar kawasan perniagaan dan perumahan di Subang Jaya. Risalah tersebut mengandungi kata-kata manis untuk mengecap kekayaan dengan usaha yang minimum.

Anggota-anggota sindiket itu pula akan menggunakan kereta-kereta mewah seperti BMW pelbagai siri, Mercedes Benz, Toyota Aplhard dan Nissan Fairlady setiap kali hadir menyampaikan ceramah di lokasi-lokasi yang ditetapkan. Difahamkan, kesemua kereta itu didaftarkan dengan digit nombor yang sama bagi meyakinkan orang ramai.

Mangsa-mangsa dikehendaki membayar antara RM10,000 dan RM41,000 mengikut pakej yang ditetapkan dan perlu mencari orang bawahan bagi melayakkan mereka menerima imbuhan iaitu sebanyak RM2,500 dalam tempoh tiga hari.

Bagaimanapun, kegiatan penipuan sindiket yang beroperasi di Subang Jaya sejak dua tahun lalu itu terbongkar apabila seramai 59 ahli sindiket termasuk sembilan wanita ditahan selepas polis menerima tiga laporan daripada mangsanya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Serbuan pada pukul 10 malam kelmarin di dua buah restoran di kawasan Mentari Court Subang Jaya itu dilakukan ketika ahli sindiket berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an itu sedang leka mengadakan ceramah. Difahamkan, ketika serbuan terdapat lebih 30 pengunjung berada di situ.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, selain pulangan wang, sindiket itu juga menawarkan hadiah berupa barangan serta percutian.

Katanya, mangsa yang gelap mata akan mudah terpedaya dengan imbuhan serta hadiah yang ditawarkan dan terus membuat pinjaman untuk melabur ke dalam skim tersebut.

"Sindiket juga membantu menyediakan bantuan kewangan bagi pelabur yang berminat. Mereka kemudian akan mengarahkan mangsa supaya mencari orang bawahan bagi merancakkan perjalanan wang tersebut.

"Itu hanyalah taktik sindiket di mana mereka akan menggunakan wang yang dicari daripada orang bawahan untuk dibayar kepada pelabur berkenaan dan begitulah seterusnya. Skim tersebut sebenarnya tidak membuat sebarang keuntungan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Rohaimi berkata, tiga kakitangan kerajaan yang membuat laporan polis tersebut mendakwa mereka ditipu sindiket berkenaan apabila langsung tidak menerima pulangan wang yang dijanjikan. (Kosmo! Online)

Blog Ibnu Hasyim: Orang ramai perlu berhati-hati dan konsep 'nasihat-menasihati' seperti yang disuruh agama perlu diperluaskan.

Zina, RM150 Sekali. BN Tetap Pekak Dg Pusat Hiburan..

GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.

KL JUL 29, 10: Puluhan pelanggan yang memenuhi sebuah premis hiburan Kuchai Entrepreneur Park di sini, membawa kepada pembongkaran umpan wanita warga asing montok yang menjadi rahsia pelaris perniagaan mereka.

Wanita warga asing terbabit dipercayai bukan saja menjadi pelayan pelanggan (GRO), malah turut menawarkan khidmat seks dengan kadar bayaran serendah RM150 sekali perkhidmatan. Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas sepasukan anggota termasuk pegawai Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu premis terbabit kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, beberapa wanita warga asing yang berpakaian seksi dan asyik melayan pelanggan terkejut, namun tidak sempat meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran polis. Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata operasi diketuai Cif Inspektor Kamarudin Mohd Yusof menahan 10 wanita warga asing iaitu tujuh warga China, Vietnam (2) dan seorang warga Thailand. Semua mereka berusia 19 hingga 35 tahun.

“Semua mereka didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: 'Perzinahan' bukan khidmat seks, tetap menjadi masalah di pusat hiburan. Samada warga asing, atau remaja tempatan, montok, atau sebagainya adalah jenayah yang melanggar 'agama' negara ini, tidak wajar di sebut 'khidmat'. Kerajaan Pusat BN dan pemimpn-pemimpin masih pekak dan telinga kuali terhadap 'kebusukan' pusat hiburan yang dibelai mereka. Sampai bila kegiatan begini terus dikekalkan?

Wednesday, July 28, 2010

Langkah Terdesak UMNO-BN, Guru Aktif Politik -Prof Aziz Bari

Prof Dr Aziz Bari (Kanan sekali) di majlis Diskusi KAMI Ketiga yang membincangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

KL. 28 Julai 10
: Keputusan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai 1 Ogos ini, yang diumumkan semalam adalah satu langkah “terdesak Umno-BN” yang silap, kata penganalisis politik Prof Aziz Bari.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan seharusnya memansuhkan terus Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang mengehendaki kakitangan awam memperoleh kebenaran bertulis daripada ketua perkhidmatan awam jika mahu terlibat dalam politik.

“Ia satu langkah yang silap. Dari sudut parti politik Umno, keputusan itu adalah langkah terdesak mereka, mereka cuba untuk menggunakan selok-belok undang-undang dan peraturan (untuk kepentingan Umno-BN) untuk memperdayakan rakyat,” kata Aziz ketika ditemui selepas Diskusi KAMI Ketiga yang membincangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di sini hari ini, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.

“Langkah ini memang tidak logik. Pengumuman Ketua Setiausaha Negara menjadi bahan ketawa,” katanya Aziz lagi. Aziz memberitahu langkah membenarkan guru-guru kumpulan itu terlibat aktif dalam politik akan menjejaskan aspek keberkecualian guru dalam perkhidmatan awam.

“Kita mahukan satu perkhidmatan awam yang berkecuali, kita berkompromi dengan aspek keberkecualian dengan mengeluarkan perintah baru ini,” kata beliau lagi. Keputusan terbaru ini diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. “Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambah beliau lagi.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

Mengulas lanjut mengenai aspek keberkecualian, Aziz tidak menolak kemungkinan elemen salah guna kuasa dengan memihak kepada parti-parti politik tertentu akan wujud dalam jangka panjang jika langkah baru ini dilaksanakan.

“Kini pun masalah ini sudah wujud, misalnya di universiti-universiti awam yang mengguna pakai AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti), sangat jelas kewujudan salah guna kuasa di mana naib-naib canselor boleh menentukan siapa yang boleh mengambil bahagian dalam politik atau tidak.

“Jangan beritahu saya yang naib canselor tidak boleh menentukan sama ada permohonan seseorang untuk menyertai aktif dalam PKR, PAS diluluskan atau tidak, sudah pasti Umno,” kata beliau dengan menambah, persekitaran politik semasa jauh berbeza ketika negara merdeka.

“Sekarang kita ada jumlah yang ramai, yang berminat untuk aktif berpolitik,” kata beliau dengan merujuk bilangan yang berpendidikan cukup tinggi berbanding lima dekad lalu di mana negara bergantung kepada golongan pendidik semata-mata.

Sehubungan itu tegas beliau, golongan pendidik yang berminat untuk aktif berpolitik seharusnya berhenti dari perkhidmatan perguruan. “Saya tidak tahu apa kajian yang dibuat dan apa alasan yang digunakan dalam mengambil keputusan ini, tetapi (Menteri Pelajaran) Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjawab perkara ini,” katanya.

“Ini satu perkara yang nampak tidak betul, keputusan ini membawa mesej bahawa ia akan memburukkan perkhidmatan awam,” kata Aziz yang turut menekankan bahawa beliau hairan dengan makluman Ketua Setiausaha Negara yang gagal menangani isu Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus.

Katanya lagi, pengumuman yang dibuat oleh Mohd Sidek, yang sudah pasti dibuat atas keputusan Kabinet, telah menghakis prinsip keberkecualian dalam perkhidmatan awam. “Mutu perkhidmatan awam patut diperkasakan, bukannya dihakis,” katanya lagi.

Ketika ditanya bukannya langkah terbaru ini akan menguntungkan kesemua parti politik negara ini, Aziz berkata, “atas kertas mungkin betul”. Bagaimanapun tegas Aziz, beliau melihat kerajaan pusat mengambil tindakan ini kerana kemungkinan berhadapan dengan masalah ketandusan pemimpin yang berkualiti.

Ibnu Hasyim turut hadir dalam Diskusi KAMI Ketiga tersebut yang diadakan berakhir tengahari tadi. (AK)

Masjid Tertua Di Beijing, Dibina Tahun 996 Masehi

CATATAN PERJALANAN CHINA 12

Rombongan kami tiga dari kanan, Datuk Husam, YB Ustaz Latif, YB Zulkirli Mamat, Ibnu Hasyim & Encik Farid.

Masjid Niujie, pandangan dari luar

Kami sampai

MASJID Niujie. Niujie ertinya 'Jalan Sapi atau lembu.' Kerana sejak dulunya warga di wilayah ini menjual masakan halal, terutama yang menggunakan bahan baku daging lembu atau sapi. Justeru tidak hairan jika kawasan ini dipenuhi oleh restoran-restoran Muslim. Berada di dalam area kompleks seluas lebih kurang 6,000 meter persegi.

Masjid Niujie (bahasa Cina: 牛街清真寺; pinyin: niújiē qīngzhēnsì) adalah masjid paling tua dan bersejarah di Beijing, ibukota negara Republik Rakyat Cina (RRC). Usia masjid ini lebih dari seribu tahun. Masjid terbesar di antara 68 buah masjid di Beijing ini juga menjadi titik awal masuknya Islam di daratan Cina. Masjid ini dibangun pada masa pemerintahan Kaisar Tonghe dari Dinasti Liao, tahun 996 Masehi, oleh dua orang Arab.

Menilik dari sejarah tegaknya, masjid ini sudah melintasi enam zaman, dari masa kekuasaan Dinasti Liao, Dinasti Song, Dinasti Yuan, Dinasti Ming, Dinasti Qing hingga era Cina modern sekarang. Sejak awal berdiri hingga kini, Masjid Niujie telah mengalami beberapa kali renovasi dan perluasan. Di masa pemerintahan Dinasti Ming, bangunan masjid mengalami perbaikan pada tahun 1442.

Kemudian diperluas pada tahun 1696, semasa Dinasti Qing berkuasa. Setelah RRC berdiri tahun 1949, Masjid Niujie telah mengalami tiga kali renovasi, masing-masing di tahun 1955, 1979 dan 1996. Sebagai masjid tertua dan paling besar di Beijing, tidak mengherankan jika masjid ini menjadi pusat komuniti Muslim di kota tersebut yang jumlahnya mencapai 200 ribu jiwa.

Masjid ini terletak di kawasan Niujie, Distrik Xuanwu, Beijing. Niujie sendiri dikenal sebagai kawasan padat berpopulasi Muslim terbesar di Beijing. Data terakhir menyebutkan terdapat sekitar 13 ribu warga Muslim yang bermukim di kawasan ini.

Di dalam

Solat beramai-ramai.

Ambil berkat di mimbar masjid antara tertua di China.

Bersama ahli jamaah masjid di situ.

Bangunan Masjid Niujie memperlihatkan campuran dua kebudayaan, Islam dan Cina. Memperlihatkan campuran corak khas Cina dan Islam. Dari luar, arsitektur bangunan menunjukkan pengaruh Cina tradisional, yakni tipikal bangunan istana Cina. Sedangkan di dalam memperlihatkan gaya arsitektur Islam.

Perpaduan dua gaya arsiktektur ini tidak terlepas dari kebijaksanaan yang diterapkan oleh pemerintahan Dinasti Liao. Kaisar Liao menerapkan aturan yang melarang komuniti Muslim tempatan mendirikan bangunan dengan gaya arsitektur selain arsitektur tradisional Cina, kecuali penggunaan kaligrafi Arab, yang diizinkan masa itu.

Gerbang masuk menuju ke dalam kompleks Masjid Niujie berhadapan dengan tembok besar sepanjang kira-kira 40 meter dihiasi marmar berwarna putih. Interior bangunan didekorasi dengan arsitektur khas Cina dan sentuhan desain Arab yang tidak menampilkan figur manusia dan haiwan. Arsitektur khas Dinasti Qing jelas terlihat pada design ruangan ibadah, berupa aula utama yang hanya terbuka bagi pengunjung Muslim.

Langit-langit di depan aula utama didekorasi dengan panel persegi, yang pada tiap sudutnya dilukis dengan design lingkaran berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Pola dekorasi ini serupa dengan pola yang digambar di aula utama di 'Istana Terlarang'. Kaligrafi ayat-ayat Alquran dalam aksara Arab dan Cina, lukisan bunga, serta hiasan kaca berwarna menghiasi ruangan ibadah.

Ruangan ini hanya dapat menampung seribu orang jamaah dan terdiri dari tiga buah koridor yang lapang. Di bahagian dalam ruangan ibadah ini terdapat 21 buah tiang yang menyangga bahagian dalam bangunan. Ruangan ibadah ini dinamakan juga dengan nama 'Aula Tungku'. Di bahagian belakang ruangan terdapat paviliun berbentuk heksagonal (segi enam) yang membuat aula ini tampak seperti tungku.

Orang Cina mengenal Islam dengan sebutan 'Yisilan Jiao' yang bererti agama yang murni. Dianggarkan ajaran Islam mulai masuk dan berkembang di dataran Cina pada abad ke 5 Masehi. Khalifah Usman bin Affan yang pada waktu itu menugaskan Sa'ad bin Abi Waqqas untuk membawa misi dagang ke daratan Cina. Bahkan kemudiannya Sa'ad menetap di Cina hingga beliau meninggal pada tahun 635 M, dan dimakamkan di sana.

Masjid ini dibina dari kayu balak, rumah kepada beberapa relik dan batu bersurat kebudayaan penting, seperti batu bersurat yang tertulis suatu titah seorang maharaja pada 1694 di zaman Dinasti Qing.

Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung, insya Allah.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 12
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 28, 2010

Berkunjunglah ke...

Pameran Laksamana Cheng Ho dan
Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober tahun ini.

Anda semua dijemput hadir!

Siri ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails